Thursday, January 29, 2015

Ikat De Gea Atau Risiko Kehilangannya 18 Bulan Dari Sekarang

Ini adalah berita yang sepatutnya mengusarkan Manchester United. Real Madrid bercadang untuk 'mencuri' penjaga gol mereka, David de Gea dalam tempoh 18 bulan lagi secara percuma seandainya United gagal memperbaharui kontrak pemain itu dalam tempoh tersebut.


Ikat De Gea Atau Risiko Kehilangannya 18 Bulan Dari Sekarang, info sukan, bola sepak, manchester united, Real Madrid, David De Gea

Jika de Gea tidak menandatangani sebarang pelanjutan kontrak, enam bulan sebelum kontrak sekarang tamat, dia bebas untuk bertemu dan berunding dengan mana-mana kelab dan berpindah secara percuma kerana telah menjadi ejen bebas.

Oleh yang demikian, United perlu menyelesaikan isu pelanjutan kontrak de Gea enam bulan sebelum kontraknya tamat menjelang musim panas akan datang.

De Gea menyertai United dari Atletico Madrid pada Jun 2011 dengan bayaran perpindahan sebanyak £18.3 juta.

Real Madrid telah mengenalpasti penjaga gol berusia 24 tahun itu sebagai penganti jangka panjang kepada pemain veteran, Iker Casillas.

Sebaik sahaja temasya Piala Dunia berakhir Julai lalu, pengurus Real, Carlo Ancelotti telah membawa masuk penjaga gol antarabangsa Costa Rica, Keylor Navas sebagai penjaga gol kedua kelab tersebut.

Navas bermain cemerlang sehingga membawa negaranya ke peringkat suku akhir Piala Dunia.

Casillas, 33, masih mempunyai baki kontrak selama dua tahun lagi bersama Real.

Walaupun de Gea adalah pilihan utama di United dan gembira untuk bermain di England tetapi United harus berwaspada kerana pemain Sepanyol itu mungkin akan terdorong untuk kembali ke Madrid - pertama kerana tawaran adalah dari Real Madrid dan kedua kerana kekasihnya adalah penyanyi popular yang bermastautin di Madrid.

Namun pada masa yang sama, United mungkin terdorong untuk menjual pemain itu seandainya mereka gagal dalam rundingan gaji baru dengannya. Jika mereka tidak menjualnya dalam tempoh ini, mereka akan kehilangan hak memperolehi keuntungan daripada perpindahannya nanti kerana statusnya sebagai ejen bebas.

Sementara itu, tempoh perpindahan bagi pertengahan musim ini akan tamat dalam empat hari lagi.

Sumber : mstar.com.my

Chelsea Putuskan Untuk Jual Andre Schurrle

Chelsea telah memutuskan untuk menjual penyerang Jerman mereka Andre Schurrle bagi membolehkan mereka memperolehi dana segera untuk mengantikannya dengan pemain Colombia, Juan Cuadrado.


Chelsea Putuskan Untuk Jual Andre Schurrle, info sukan, berita, bola sepak, chelsea, Andre Schurrle

Jika rancangan untuk menghantar Schurrle kembali ke Jerman sukses, Cuadrado, 26, mungkin sempat untuk didaftarkan menjelang perlawanan menentang juara bertahan Manchester City, Sabtu ini.

Menurut laporan terkini portal berita Mail Online, Wolfsburg kini berminat untuk membeli pemenang Piala Dunia berusia 24 tahun itu dan Chelsea bersedia melepaskannya pada harga £30 juta tunai.

Chelsea juga dilaporkan sedia mendengar tawaran untuk Schurrle dari sebuah lagi kelab Jerman iaitu Borussia Dortmund.

Jose Mourinho diketahui tidak meminati corak permainan Schurrle, tetapi mengiktiraf nilai sebenar pemain itu apatah lagi Schurrle dikatakan ingin kembali ke tanah airnya semula.

Dengan pintun perpindahan pertengahan musim ini akan ditutup tengah malam Isnin depan, Chelsea dan sesiapa sahaja yang inginkan khidmat Schurrle perlu bertindak pantas.

Chelsea pula hanya akan melakukan tawaran rasmi ke atas Cuadrado, sekiranya mereka berjaya menjual Schurrle.

Sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan Cuadrado mestilah memenuhi syarat wajib bayar £26.8 juta kepada kelabnya sekarang iaitu Fiorentina untuk memperolehi hak komersilnya.

Sumber : mstar.com.my

Senarai Pesawat Dilapor Hilang Di Seluruh Dunia

Kehilangan misteri pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 tanpa sebarang kesan atau isyarat kecemasan pada 8 Mac tahun lepas telah mengejutkan dunia.


Senarai Pesawat Dilapor Hilang Di Seluruh Dunia, info, terkini, berita, sensasi,

Dengan peralatan canggih penerbangan pada abad ke-21 dan sistem pemantauan satelit, kehilangan MH370 membingungkan saintis dan pakar bagaimana pesawat moden sepanjang 63.7 meter itu boleh lenyap.

Satu-satunya data yang pihak berkuasa gunakan dalam pencarian pesawat itu ialah tujuh komunikasi automatik 'handshakes' antara pesawat dan stesen bumi yang membawa mereka ke kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi, iaitu kedudukan penerbangan terakhir pesawat itu dipercayai berakhir.

Boeing 777-200 itu yang hilang ketika dalam penerbangan rutin dari Kuala Lumpur ke Beijing membawa 239 penumpang dan anak kapal, bukanlah kapal terbang pertama yang hilang dalam sejarah pengangkutan udara kerana terdapat beberapa pesawat dilaporkan hilang di seluruh dunia.

Berikut beberapa kes kehilangan pesawat:

(sumber: Time Magazine, Forbes Magazine dan Wikipedia)

* 1937 - juruterbang wanita Amerika Syarikat yang pertama, Amelia Mary Earhart hilang dalam misi penerbangan solo merentasi Lautan Atlantik menggunakan pesawat enjin berkembar Electra. Tiada kesan pesawatnya ditemui sehingga sekarang.

* 2 Ogos, 1947 - Pesawat British South American Airways (BSAA) Star Dust yang membawa lima anak kapal dan enam penumpang merempuh Gunung Tupungato, terletak di banjaran Andes, Argentina semasa dalam penerbangan dari Buenos Aires ke Santiago, Chile.

- Usaha mencari tidak menemui sebarang kesan pesawat itu dan penumpang.

- Lebih 50 tahun kemudian, sepasang pendaki warga Argentina menemui bangkai enjin di Andes pada 1998 yang dikaitkan dengan pesawat itu dan kemudian ekspedisi tentera menemui rangka manusia.

* 30 Januari 1948 - Pesawat BSAA Star Tiger hilang di Lautan Atlantik di Segi Tiga Bermuda ketika dalam penerbangan ke Havana, Latin Amerika dari London.

- Ia hilang bersama enam anak kapal dan 26 penumpang.

* 17 Januari 1949 - Pesawat BSAA Star Ariel Avro Tudor IV yang dalam penerbangan dari Bermuda ke Kingston, Jamaica, membawa 20 penumpang dan anak kapal hilang tanpa dapat dikesan di Segi Tiga Bermuda.

- Kehilangan Star Tiger dan Star Ariel telah menimbulkan spekulasi tentang legenda Segi Tiga Bermuda.

* 30 Januari 1979 - Sebuah pesawat kargo Varig Brazilian Airlines, Boeing 707-323c terputus hubungan selepas setengah jam berlepas, kira-kira 200 kilometer ke timur Jepun dan membawa enam anak kapal dan kargo yang berharga.

- Pesawat dan anak kapal gagal ditemui.

Sumber : mstar.com.my

Zamani & Teman Wanita Mengaku Tidak Bersalah Ambil Dadah

Bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim dan pembantu peribadinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini pada Khamis terhadap pertuduhan memiliki dan mengambil dadah.


Zamani & Teman Wanita Mengaku Tidak Bersalah Ambil Dadah, info, terkini, hiburan, sensasi, berita, isu zamani, kes dadah zamani slam

Bagi pertuduhan pertama, Zamani, 43, dan Nur Juliana Abdul Rani, 32, didakwa bersama-sama memiliki 1.2 gram heroin di No. 31, Jalan Enggang Timor Satu, Taman Keramat, Hulu Langat kira-kira pukul 12.30 pagi, 21 Jan lalu.

Penyanyi yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang itu juga didakwa telah mengambil dadah jenis morfin di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya kira-kira 2 pagi pada tarikh sama.

Nur Juliana pula didakwa mengambil dadah jenis Amphetamine kira-kira pukul 2.05 pagi di tempat dan pada tarikh sama.

Bagi pertuduhan memiliki dadah, mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan mengambil dadah, mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) akta sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM6,500 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 10 Mac untuk sebutan semula kes.

Mereka membayar jaminan itu.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Nurdeenie Abdul Rashid menawarkan tertuduh masing-masing diikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan tetapi peguam Che Ahmad Zaharil Muhaiyar mewakili Zamani dan Nur Juliana berkata jumlah itu sangat tinggi.

Che Ahmad Zaharil berkata kedua-dua tertuduh telah mendaftar di Rumah Pengasih, iaitu pusat pemulihan dadah pada 24 Jan lepas.

"Saya percaya mereka akan hadir ke mahkamah. Mereka sekarang dalam proses rawatan oleh itu pendapatan mereka agak berkurangan. Pohon jaminan dikurangkan kepada RM1,000," katanya.

Isu penahanan Zamani sebelum ini menjadi kontroversi selepas tersebar video dia disuruh menyanyi lagu Gerimis Mengundang dalam keadaan tangan bergari ketika di balai polis.

Video berkenaan mendapat bantahan ramai sehingga menyebabkan pihak pengurusan polis mengambil tindakan tatatertib terhadap anggota polis yang merakan dan menyebarkan video tersebut.



Sumber : mstar.com.my

Bot Bawa Pati Ke Malaysia Karam, 24 Penumpang Hilang

Bot nelayan yang terlebih muatan pendatang asing tanpa izin (Pati) untuk memasuki Malaysia karam di perairan Bangladesh mengakibatkan 24 penumpangnya masih hilang, menurut polis negara berkenaan.


Bot Bawa Pati Ke Malaysia Karam, 24 Penumpang Hilang, info, terkini, berita, nahas bot karam,

Pasukan kecemasan bagimanapun sempat menyelamatkan 32 Bangladesh di Teluk Bengala selepas bos berkenaan dihanyutkan kira-kira 2.5 kilometer (km) ke pesisir pantai, kata polis.

"Sekurang-kurangnya 24 orang masih lagi hilang. Pasukan pengawal pantai dan polis masih menjalankan operasi menyelamat.

"Setakat ini, kami dimaklumkan bot itu membawa sehingga 60 penumpang yang menuju ke Malaysia untuk masuk secara haram," kata Ketua Polis, Masud Alam.

Stesen televisyen swasta negara itu, Somoy melaporkan kira-kira 100 penumpang menaiki bot yang karam berhampiran Pulau Kutubdia itu.

Dalam kejadian itu, bot berkenaan dipercayai dibadai ombak kuat sebaik berlepas dari pekan berhampiran pantai di selatan pelabuhan Chittagong," kata Alam lagi.
Ribuan warga Bangladesh miskin dan pelarian etnik Rohingya dari Myanmar cuma masuk ke Malaysia setiap tahun melalui jalan laut, malahan ada maut ketika mengharungi perjalanan 3,200 kilometer itu.

Sumber : mstar.com.my

MH370 Diisytihar Kemalangan, 239 Penumpang, Kru Terkorban

Tragedi membabitkan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014 diisytiharkan sebagai kemalangan, manakala semua 239 penumpang serta kru dianggap telah terkorban.


MH370 Diisytihar Kemalangan, 239 Penumpang, Kru Terkorban, info, terkini, berita MH370,

Pengumuman rasmi kerajaan Malaysia itu disampaikan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman menerusi siaran rakaman yang disiarkan di RTM1 pada petang, Khamis.

"Selepas 327 hari operasi mencari dan menyelamat, kemudiannya ke fasa mencari dan penemuan semula pesawat itu, didapati tiada yang dikesan terselamat.

"Sehubungan itu, dengan berat hati dan bagi pihak kerajaan Malaysia diisytiharkan MH370 satu kemalangan berdasarkan standard Annex 12 dan 13 yang ditetapkan pada konvensyen antarabangsa penerbangan awam, Konvensyen Chicago," katanya.

Azaharuddin berkata, pengisytiharan itu juga bagi membolehkan keluarga mangsa MH370 mendapatkan bantuan yang diperlukan terutama dalam proses pampasan.

"Ketika ini, pihak MAS sudah bersedia untuk menjalankan proses pampasan untuk semua waris mangsa," katanya.

Bagaimanapun, pada masa sama, beliau memberi jaminan usaha mengesan pesawat berkenaan akan diteruskan sehingga semua ditemui atau tiada lagi harapan.

Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan memahami pengisytiharan itu tentu menjadi sesuatu yang sukar kepada waris penumpang dan anak kapal.

"Bagaimanapun, Malaysia memberi jaminan pencarian pesawat MH370 tetap kekal sebagai keutamaan," katanya.

Pada masa ini katanya, siasatan agak terhad berikutan tiada bukti secara fizikal terutama perakam data penerbangan.

"Oleh itu, tiada bukti yang boleh mengaitkan dengan sebarang spekulasi terhadap punca kemalangan.

"Laporan interim yang akan memperincikan proses siasatan dijangka dikeluarkan pada atau sekitar selepas setahun kehilangan pesawat," katanya yang merujuk pada 7 Mac depan.

Selain itu, portal khas, www.mh370.gov.my diwujudkan untuk membolehkan waris mendapatkan perkembangan terkini serta sahih berhubung operasi mencari, siasatan, proses pampasan dan sebarang bantuan untuk semua terlibat.

Sumber : mstar.com.my

Lee Kwang Soo Punca Bandar Vietnam Sesak!

Siapa yang kipas-susah-mati rancangan popular Korea, ‘Runningman’ sudah tentu kenal dengan Lee Kwang Soo yang turut dikenali sebagai Giraffe di dalam rancangan tersebut. Tidak dinafikan popularitinya yang sangat luar biasa menyebabkan bandar Ho Chi Minh sesak ketika berkunjung ke Vietnam baru-baru ini.


Lee Kwang Soo Punca Bandar Vietnam Sesak!, info, terkini, hiburan, sensasi, Artis Korea, Lee Kwang Soo, Teraju Utama Running man

Peminat setia Lee Kwang Soo menyambut kedatangannya dengan penuh gembira dan meriah sekali dengan jumlah 2000 peminat yang hadir hanya untuk melihat sendiri selebriti kesayangan mereka. Wah betul-betul famous ni, walaupun sekejap, dorang sanggup datang.


Lee Kwang Soo Punca Bandar Vietnam Sesak!, info, terkini, hiburan, sensasi, Artis Korea, Lee Kwang Soo, Teraju Utama Running man
Suasana di Vietnam ketika kunjungan Lee Kwang Soo


Lee Kwang Soo Punca Bandar Vietnam Sesak!, info, terkini, hiburan, sensasi, Artis Korea, Lee Kwang Soo, Teraju Utama Running man

Menurut sumber, kedatangan Giraffe melibatkan lebih 100 anggota polis terpaksa bertugas menjaga keselamatan keadaan tambah-tambah lalu lintas di sana juga sesak teruk. Ternyata, sikapnya yang ramah dan mesra disenangi ramai peminat di sana malah di Malaysia juga. ‘Fanmeeting’ yang diadakan di Malaysia juga turut mendapat sambutan hangat oleh peminat-peminat.

Sumber : gosipmalaysia.com

Elfaeza Ul-Haq Bantu Peminat Kuruskan Badan

Pelakon Elfaeza Ul-Haq mengambil keputusan untuk bertindak sebagai jurulatih kecergasan program Jom Kurus 1Malaysia yang diasaskan oleh Kevin Zahri kerana ingin membantu peminatnya mengurangkan berat badan dan menjalani kehidupan sihat.


Elfaeza Ul-Haq Bantu Peminat Kuruskan Badan, info, terkini, hiburan, sensasi, Elfaeza Ui-Haq

Elfaeza, 30, berkata, dia tertarik untuk menyertai program berkenaan kerana ingin berkongsi pengalamannya kuruskan badan sebelum ini dengan teknik dan kaedah yang betul.

"Jujurnya saya bukan seorang jurulatih gim bertauliah tetapi saya mempunyai banyak pengalaman dalam mengurangkan berat badan sebelum ini yang ada di antaranya tidak berjaya dan memerlukan kos tinggi.

"Bagaimanapun menerusi program ini saya ingin tekankan bahawa teknik senaman yang betul dan pemakanan sihat adalah satu-satunya cara untuk kurus dan pada masa sama hidup sihat," katanya kepada mStar Online.

Elfaeza ditemui selepas pelancaran drama bersiri Keluarga Karaoke di Red Box Pavillion dekat sini pada Selasa lalu.

Selain Elfaeza, drama 60 episod itu turut dibintangi oleh Raja Ema, Sherry Ibrahim, Elyana, Zarina Zainuddin, Beego dan Dazrin Kamarudin.


Elfaeza Ul-Haq Bantu Peminat Kuruskan Badan, info, terkini, hiburan, sensasi, Elfaeza Ui-Haq
Elfaeza bakal muncul dalam drama bersiri Keluarga Karaoke.

 
Ia bakal disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Rabu pada pukul 10 malam bermula 9 Februari depan di saluran Mustika HD (134).

Dalam pada itu, Elfaeza berkata, program selama enam minggu itu telah pun bermula sejak 17 Januari lalu namun untuk sesi pertama ini dia hanya mengambil lapan orang peserta sahaja.

Dia juga mahu memberi fokus kepada setiap peserta dengan program dirancang untuk mereka dan bersyukur ia mula menampakkan hasil positif.

"Saya akan bertemu mereka tiga kali seminggu dan kebiasaannya saya akan membawa mereka menjalani aktiviti di luar bagi mengelakkan mereka bosan.

"Ramai yang takut untuk mula bersenam tetapi sebenarnya ia aktiviti menyeronokkan dan dapat memberi pelbagai kebaikan jika dilakukan dengan betul," ujarnya.

Tambahnya lagi, dia berhasrat untuk meneruskan program berkenaan dengan penyertaan lebih ramai peserta selepas kumpulan pertama selesai menjalani latihan yang dijangka berakhir pada akhir Februari ini.

Sumber : mstar.com.my

Zizan Razak Pencalonan Terbanyak Anugerah Meletop Era 2015

Pelakon dan pelawak Zizan Razak menerima pencalonan terbanyak dalam Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015) yang bakal berlangsung pada 22 Feburari depan di Stadium Putra Bukit Jalil di sini.


Zizan Razak Pencalonan Terbanyak Anugerah Meletop Era 2015 , info, terkini, hiburan, sensasi, AME2015, zizan razak

Pengumuman tersebut dibuat dalam satu sidang media yang diadakan di Hotel Double Tree by Hilton di sini pada Rabu.

Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak, 31, menerima pencalonan dalam kategori Artis Lawak MeleTOP, Hos MeleTOP, Pelakon TV MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP,  Fesyen MeleTOP dan Bintang Online MeleTOP.


Zizan Razak Pencalonan Terbanyak Anugerah Meletop Era 2015 , info, terkini, hiburan, sensasi, AME2015, zizan razak
Zizan Razak menerima lapan pencalonan Anugerah Meletop Era 2015.

 
Zizan juga turut tercalon menerusi dua lagi kategori gandingannya bersama Kaka Azraff iaitu dalam kategori Lagu MeleTOP (Infiniti Cinta) dan Duo/Grup MeleTOP.

Bagaimanapun usaha pihak media untuk mendapatkan komen Zizan berhubung pencalonan itu gagal selepas dia meninggalkan majlis selepas selesai sidang media diadakan.

Sementara itu, pengacara Datuk AC Mizal menerima tiga pencalonan menerusi tiga kategori iaitu Hos TV MeleTOP, Grup/Duo MeleTOP dan Fesyen MeleTOP.

Antara calon lain yang turut bertanding adalah Zul Ariffin, Datuk Siti Nurhaliza, Hafiz Suip, Aaron Aziz, Amar Baharin dan Nora Danish.

AME 2015 memperlihatkan sebanyak 16 kategori serta dua kategori utama iaitu Top Top MeleTOP (Lelaki) dan Top Top MeleTOP (Wanita) selain memperkenalkan empat kategori baharu iaitu Drama TV MeleTOP, Artis Lawak MeleTOP, Hos TV MeleTOP dan Pelakon TV MeleTOP.

Pemenang bagi kesemua 16 kategori tersebut bakal membawa pulang hadiah berjumlah RM5,000 beserta sebuah trofi sumbangan Astro.

Kembali untuk tahun kedua, AME 2015 bertujuan mengiktiraf dan menghargai bakat dan karya kreatif para selebriti yang banyak menyumbang dala industri seni hiburan tanah air merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem, digital serta serantau.

Anugerah ini juga memberi kuasa sepenunya kepada para peminat untuk mengundi melalui laman web khas yang diperkenalkan.


Zizan Razak Pencalonan Terbanyak Anugerah Meletop Era 2015 , info, terkini, hiburan, sensasi, AME2015, zizan razak
Pengacara dan para artis yang bakal bertanding dalam Anugerah Meletop Era 2015.

 
Bertemakan 'Yang Hit, Yang Legend', AME 2015 bakal disiarkan secara eksklusif di Astro Ria (104) dan siaran serentak di Maya HD (135).

Sementara itu, AME 2015 bakal mengandingkan lima hos iaitu Datuk AC Mizal, Nabil Ahmad, Noor Neelofa dan kumpulan Jozan (Zizan & Johan).

Bagi acara karpet merah pula akan dihoskan oleh Jihan Muse, Ray (Era) dan Dahlia (Hlive).

Pada malam itu, para penonton bakal dihiburkan dengan persembahan oleh barisan artis popular tanah air dan dua persembahan dari artis antara bangsa.

Bagaimanapun buat masa ini pihak Astro merahsiakan barisan artis tersebut sebagai kejutan.

Peminat yang ingin mengundi artis kegemaran mereka boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara-cara mengundi dengan melayariwww.meletop.com.my atau www.facebook.com/meletop.

Berikut adalah senarai penuh pencalonan AME 2015:

Drama TV Meletop
1) Bukan Kerana Aku Tak Cinta
2) Kerana Terpaksa Aku Relakan
3) Hantu Selfie
4) Aku dan Wali
5) Suamiku Encik Sotong

Artis Lawak Meletop
1) Zizan Razak
2) Jep Sepahtu
3) Johan
4) Abam Bocey
5) Jihan Muse

Hos TV Meletop
1) Datuk AC Mizal
2) Zizan Razak
3) Nabil Ahmad
4) Neelofa
5) Datuk Aznil Nawawi

Pelakon TV Meletop
1) Sharnaaz Ahmad
2) Zul Ariffin
3) Amar Baharin
4) Nelydia Senrose
5) Zizan Razak

Program TV Meletop
1) Maharaja Lawak Mega 2013
2) Konsert Akhir AF 2014
3) Anugerah MeleTOP Era 2014
4) Anugerah Juara Lagu ke-28
5) Ceria Popstar 2

Lagu Meletop
1)Mewangi - Akim & The Majistret
2) Jaga Dia Untukku - Datuk Siti Nurhaliza
3) Matahari - Hafiz Suip
4) Infiniti Cinta - Zizan & Kaka
5) Malaikat - Hazama

Penyanyi Meletop
1) Akim Ahmad
2) Datuk Siti Nurhaliza
3) Hafiz Suip
4) Shila Amzah
5) Hazama

Grup Duo Meletop
1) Akim & The Majistret
2) Zizan Razak & Kaka Azraff
3) Forteen
4) Mawi & Datuk AC Mizal
5) Sleeq ft Joe Flizzow

Penyampai Radio Meletop
1) Johan
2) Haniff
3) Feeya Iskandar
4) Ray
5) Raja Azura

Program Radio Meletop
1) JoHaRa Pagi Era
2) Pilih Hit Era
3) Petang Era
4) Morning Crew
5) Sinar Pagi

Filem Meletop
1) Abang Long Fadil
2) Mat Tudung
3) Ustaz Mu Tunggu Aku Datang
4) Sejoli
5) Penanggal

Bintang Filem Meletop
1) Nelydia Senrose
2) Zizan Razak
3) Shaheizy Sam
4) Nora Danish
5) Bront Palarae

Fesyen Meletop
1) Nur Fazura
2) Zizan Razak
3) Datuk AC Mizal
4) Wak Doyok
5) Nabil Ahmad

Artis Baharu Meletop
1) Ayda Jebat
2) Firman
3) Aman
4) Atikah Suhaimie
5) Amyra Rosli

Bintang Online Meletop
1) Emma Maembong
2) Zizan Razak
3) Datuk Siti Nurhaliza
4) Aaron Aziz
5) Hanis Zalikha

Couple Meletop
1) Scha Al-Yahya & Awal Ashaari
2) Rozita Che Wan & Zain Saidin
3) Aril AF & Puteri Emma Adlinda
4) Irma Hasmie & Redza Syah
5) Syamsul Yusof & Puteri Sarah

Sumber : mstar.com.my

Rozana Misbun Dan Awie Bakal Berdamai?

Setelah lebih setengah tahun kemelut rumah tangga penyanyi Awie dan Rozana Misbun tercetus, isteri penyanyi itu akhirnya terbuka hati dan bersedia untuk berbincang dalam menyelesaikan masalah mereka.


Rozana Terbuka Hati Mahu Berdamai Dengan Awie, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, awie, rozana misbun

Rozana, 36, berkata, demi kebahagiaan tiga orang anak yang sedang membesar, adalah wajar mereka suami-isteir mencari penyelesaian supaya masalah rumah tangga dapat diselesaikan dengan baik.

“Kalau betul saya gagal memberikan kebahagiaan yang Awie cari selama ni, lepaskanlah saya dengan cara baik. Tapi demi kebajikan anak-anak, saya bersedia untuk berbaik dengannya dan duduk berbincang. Kita jadi kawan.

“Kalau benar Awie dah hilang rasa hormat pada saya sebagai manusia dan isteri, hormatilah saya sebagai ibu yang bersengkang nyawa untuk melahirkan anak-anaknya. Itu saja yang saya minta,” ujar Rozana kepada mStar Online dalam satu kiriman e-mel pada Khamis.

Rozana berkata demikian ketika diminta komen selepas Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada Selasa lalu memutuskan hak penjagaan sementara tiga anak mereka diserahkan kepada Rozana.

Berikutan itu Awie atau Ahamd Azhar Othman, 46, yang sebelum ini memperoleh hak berkenaan terpaksa menyerahkan anak-anak mereka kepada isterinya itu.

Awie  selaku responden diberikan hak melawat di kediaman anak-anak tersebut selama dua jam sebanyak dua kali sebulan iaitu pada hari Sabtu dan Ahad pada minggu pertama dan ketiga dengan memaklumkan kepada Rozana.

Anak-anak berkeanan ialah Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5.

Awie turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan penyanyi Arni Nazira iaitu Puteri Aleeya Antasha, 15, dan Puteri Aleefa Antasha, 13.

Awie juga menghadapi kes mendatangkan kecederaan terhadap Rozana yang dibicarakan di Mahkamah Majisteret, Ampang Selangor.


Rozana Terbuka Hati Mahu Berdamai Dengan Awie, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, awie, rozana misbun
Rozana berkata, air mukanya jatuh selepas diaibkan suami sendiri.

 
Dalam pada itu kata Rozana, mungkin ada pihak menganggap dia kejam kerana perintah itu secara tidak langsung mengehadkan pertemuan Awie dan anak-anak tetapi sekurang-kuramna Awie akan dapat merasai bagaimanakah  deritanya seseorang ibu apabila tidak berjumpa anak-anaknya.

Ini kerana sewaktu Awie memperoleh perintah tersebut secara ex-parte sebelum ini, Rozana terpaksa menghormati injunksi berkenaan selama tujuh bulan apabila tidak dapat bertemu anak-anaknya.

“Kalau Saya boleh menerima dengan reda dan patuh kepada perintah injunksi selama 7 bulan itu, saya harap Awie juga boleh menerimanya dengan lapang dada. Sekurang-kurangnya Awie dapat merasai bagaimana deritanya saya dalam tempoh terpisah dengan anak-anak,” ujarnya.

Dalam pada itu mStar Online cuba mendapatkan penjelasan Rozana mengenai beberapa perkara penting yang pernah dibangkitkan Awie sebelum ini selain perancangan terhadap anak-anaknya selepas memperoleh hak penjagaan sementara itu.

Baca penjelasan Rozana:

Boleh Rozana komen mengenai kemelut dan rintangan terhadap kisah rumah tangga Rozana dengan Awie?

Setelah pelbagai dugaan dan rintangan yang saya hadapi sejak tujuh bulan kebelakangan ini, Alhamdulillah sedikit demi sedikit saya bina kekuatan diri. Saya tak mahu berdendam sebab saya tahu kalau saya menyimpan perasaan yang macam tu, saya sendiri yang makan hati dan merana sendiri nanti.

Jadi saya belajar untuk move on  dan berkat sokongan keluarga, Insya-Allah saya akan teruskan hidup dengan semangat baru. Siapalah saya untuk bagi nasihat pada Awie?

Tapi dalam klausa (4) perintah makhamah, ada ditulis secara terang dan nyata bahawa Awie ditegah sama sekali dari mengaibkan saya melalui media elektronik, Internet dan cetak. Kalau dia berdegil juga, maknanya dia menghina makhamah dan biarlah mahkamah saja yang tentukan hukumannya.

Pelbagai tuduhan Awie lemparkam melalui peguamnya di mahkamah seblum ini termasuk tuduhan Rozana mengamalkan perkara ditegah agama Islam. Apakah yang dapat Rozana simpulkan?

Siapa yang tak malu apabila suami sendiri tuduh saya macam-macam sedangkan saya ni isteri dia? Memang jatuh air muka saya dan ada masa-masanya saya malu sangat untuk berdepan dengan masyarakat.

Saya tahu ramai yang tertanya-tanya kenapa saya selalu pakai kaca mata hitam apabila hadir ke makhamah. Tapi itulah saja caranya untuk saya 'sembunyikan' diri saya yang malu untuk berdepan dengan wartawan dan juga mata yang memandang.

Kalau boleh bila saya keluar rumah, saya tak mahu orang ramai kenal saya sebab saya sedar, banyak berita yang negatif berbanding positif tentang saya yang diperkatakan orang.

Tapi saya kena tabah. Takkan nak berkurung saja dalam rumah?

Apa penjelasan Rozana apabila Awie pernah mendakwa Rozana curang dengan lelaki lain?

Macam manalah saya nak curang? Saya ni, sepanjang sembilan tahun berkahwin, hidup mati saya hanya untuk Awie dan keluarga. Sejak Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha mula bersekolah, celik mata aje, sayalah yang mandikan, sediakan sarapan dan siapkan pakaian mereka semua sebelum menghantar mereka sendiri ke sekolah.

Tengah hari pulak saya sibuk di dapur untuk siapkan makan tengah hari untuk keluarga sebelum sebelah petangnya pula, jemput anak-anak di sekolah. Sebelah malamnya pula, saya pastikan mereka mengaji dan 'monitor' buat kerja sekolah.

Pukul 9 malam, semua dah kena tidur sebab saya tak mahu mereka liat bangun pagi esoknya untuk ke sekolah.

Saya tak tahu ruang manakah untuk saya berpeleseran dengan lelaki lain? Lagipun, dengan imej Awie sebagai “ayahanda”, ada ke lelaki yang berani nak kacau isterinya ini?

Mestilah ada ‘mata-matanya' akan segera memberitahu “ayahanda” Awie kalau betul mereka nampak saya berpoya-poya di luar.

Tuduhan Rozana mengabaikan anak?

Macam mana saya ni boleh dituduh tak jaga anak? Sedangkan dalam seminggu, ada masa-masanya, beberapa hari saja Awie di rumah terutama sekali kalau dia terlibat dengan penggambaran filem atau konsert di luar KL (Kuala Lumpur). Tapi saya faham kesibukannya itu dan tak pernah mengeluh.

Apa perancagan Rozana selepas mendapat hak penjagaan sementara anak ini?

Saya nekad untuk bawa anak-anak tinggal dengan Saya. Anak-anak yang sedang membesar perlukan disiplin. Masa saya jumpa anak sulung saya, Merrah di sekolah hari tu, dia nampak macam tak cukup tidur. Saya rasa dia orang bebas berjaga sampai tengah malam main video game.

Dengan saya dulu, mereka tak boleh suka-suka hati buat macam tu. Saya memang pantau aktiviti anak-anak.

Sumber : mstar.com.my

Fazura Kini Bercinta Dengan Taufik Batisah

Lagi gosip tentang Taufik Batisah dan pelakon terkenal Malaysia, Nur Fazura! Nampaknya memang ramai yang mengatakan Fazura dan Taufik serasi bersama. Pelakon Fazura mengakui selesa berkawan dengan Taufik Batisah yang merupakan penyanyi kegilaan ramai yang berasal dari Singapura. Adakah “Fazura Punca Taufik Batisah Mahu Kerap Datang Malaysia?“. Ahaks!


Fazura Kini Bercinta Dengan Taufik Batisah, info, terkini, hiburan, sensasi, Fazura, Taufik Batisah

Haish selesa je ke Fazura? Ke ada pape perasaan ni? Hehehe. Menurut Fazura, Taufik merupakan seorang lelaki yang bijak namun menafikan mempunyai perasaan lebih daripada seorang teman rapat. Tambahnya juga, Fazura sudah pun berkawan rapat sebelum ini, namun apabila bergandingan sebagai juri di MLM 2014, hubungan mereka dilihat lebih akrab dan mesra memandangkan setiap minggu mereka akan bersama di pertandingan tersebut.


Fazura Kini Bercinta Dengan Taufik Batisah, info, terkini, hiburan, sensasi, Fazura, Taufik Batisah

“Memang sejak dari dulu lagi kami memang berkawan baik tetapi hubungan rapat kami tidaklah sampai selalu bermesej. Kalau berjumpa pun sekadar bertegur sapa dan berbual tentang perkembangan masing-masing.

“Sekarang ini, mungkin kami nampak lebih rapat sebab setiap minggu kami sebagai juri Maharaja Lawak Mega (MLM). Saya suka berkawan dengannya kerana dia seorang yang bijak dan saya sukakan lelaki bijak.”
Fazura Kini Bercinta Dengan Taufik Batisah, info, terkini, hiburan, sensasi, Fazura, Taufik Batisah


Kalau dilihat masing-masing ada memuat naik gambar bersama ketika di MLM2014, so ramailah yang beranggapan mereka berdua sangat serasi. Bertuah jugalah kalau dorang ni betul-betul bercinta kan, ahaks. Pape pun tu semua gosip dan andaian ramai je.


Fazura Kini Bercinta Dengan Taufik Batisah, info, terkini, hiburan, sensasi, Fazura, Taufik Batisah

Sumber : gosipmalaysia.com

Qari Sentuh Kepala, Neelofa Tampil Jelas Isu Sebenar!

Gambar Neelofa Disentuh Qari Mendapat Kecaman” baru-baru ini mencetuskan kontroversi hangat sehinggakan adiknya juga Ameera turut terlibat dalam isu ini. Bukan apa, Ameera ni tak tahan kritikan yang dilemparkan terhadap kakaknya lalu tampil dengan bidasan yang agak kasar. 


Qari Sentuh Kepala, Neelofa Tampil Jelas Isu Sebenar!, info, terkini, hiburan, sensasi, Neelofa,

Apa lagi, timbul rasa kurang selesa dengan ayat yang dikeluarkan oleh adik Neelofa sendiri, semakin panas laa isu tersebut. Ada juga yang beranggapan gambar itu seperti menunjukkan satu teknik perubatan Islam memandangkan Qari tersebut pun memegang kepala Neelofa secara berlapik.

Bagaimanapun, Neelofa tidak mahu isu ini terus berpanjangan tambah-tambah ia juga melibatkan adiknya sendiri, Neelofa tampil memberi penjelasan.


Qari Sentuh Kepala, Neelofa Tampil Jelas Isu Sebenar!, info, terkini, hiburan, sensasi, Neelofa,
Gambar yang mencetuskan kontroversi hangat

 
    “Sebenarnya, ia adalah gambar candid yang diambil semasa saya menghadiri majlis perkahwinan saudara saya. Ramailah keluarga saya dari Kelantan dan Pakistan yang hadir.

    “Kebetulan, Maulana itu adalah saudara kepada pakcik saya. Dia datang dari Pakistan dan bercakap dalam bahasa Urdu dengan pakcik saya. Ada juga keluarga saya yang boleh berbahasa Urdu. Saya tidak faham sangat bahasa Urdu.

    “Apabila Maulana itu berjumpa sanak saudara kami, dia akan meletakkan tangannya di atas kepala kami sambil mengucapkan kata-kata ‘Meri beti’ (bermaksud My daughter). Itulah yang dilakukannya kepada saya semasa gambar itu diambil secara candid. Tak ada apa-apa pun,” jelas Neelofa.

Menurutnya juga, tidak pernah terlintas difikiran mahupun menyangka gambar yang dikongsikannya itu akan mengundang cerita-cerita dan komen-komen yang panas. Hmmm susah nak cakap sebenarnya, tapi kalau dah jadi artis ni setiap perbuatan dan perkongsian harus berwaspada kerana artis sememangnya diperhatikan. Mungkin yang komen-komen tu nak tegur kesilapan tanpa tahu apa kisah disebaliknya. So, bagi mengelakkan tercetusnya sesuatu isu hangat, berhati-hatilah sebelum memuat naik mana-mana gambar atau melakukan apa-apa perkara sekalipun.

    “Kalaulah saya tahu ia akan cetus kontroversi, memang saya tidak akan muat naik gambar itu di mana-mana laman sosial”.
Qari Sentuh Kepala, Neelofa Tampil Jelas Isu Sebenar!, info, terkini, hiburan, sensasi, Neelofa,

Perkara dah lepas jadikanlah ia sebagai peringatan. Memang banyak mata yang memandang dan gemar mencari kesalahan orang lain lagi-lagi kalau artis. Lebih baik hindari segala kontroversi yang mungkin akan menjatuhkan lagi reputasi dan kerjaya anda, tak gitu? 


Qari Sentuh Kepala, Neelofa Tampil Jelas Isu Sebenar!, info, terkini, hiburan, sensasi, Neelofa,

Dalam pada itu, Ameera juga sedar akan kesilapannya yang cuba mempertahankan kakaknya dengan menggunakan kata-kata kesat itu. So, janganlah diungkit-ungkit lagi perkara yang lepas, setiap manusia melakukan kesilapan dan tidak adil sekiranya mereka yang melakukan kesilapan tidak diberi peluang untuk berubah. Betul tak?

Sumber : gosipmalaysia.com

Hanez Suraya, Romie Percepatkan Tarikh Nikah Ke 14 Mac Ini?

Sebelum ini timbul persoalan apabila pasangan ini dikatakan akan berkahwin pada tarikh yang berbeza dan kini ada bukti terbaru yang mengatakan bahawa Hanez Suraya akan melangsungkan majlis mereka pada 14 Mac nanti.


Hanez Suraya, Romie Percepatkan Tarikh Nikah Ke 14 Mac Ini?, info, terkini, hiburanm,sensasi, gosip, Hanez Suraya, Romie

UPDATE-1: Hanez Suraya mengesahkan beliau dan tunang, Romie akan bernikah 14 Mac ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.

Perkara tersebut dikongsikan bersama oleh laman Facebook Kadkahwinku.com dan jika dilihat pada tarikh yang dipaparkan, seolah-olah tarikh tersebut merupakan tarikh yang telah ditetapkan oleh pasangan tersebut.


Hanez Suraya, Romie Percepatkan Tarikh Nikah Ke 14 Mac Ini?, info, terkini, hiburanm,sensasi, gosip, Hanez Suraya, Romie

Selain itu, dalam masa yang sama, Romie juga menyatakan dia memang berniat untuk menjadikan Hanez sebagai teman hidup ketika mula-mula mengenali tunangnya itu.

“Syukur Alhamdulillah segala-galanya terus dipermudahkan. Niat saya dari awal mengenali Hanez memang nak jadikan dia sebagai teman hidup saya. Tetapi lumrah dalam mana-mana hubungan pasti ada rintangan yang melanda.

“Ia menjadi kayu pengukur sejauh mana hubungan ini akan bertahan. Dalam hubungan kami pun, kami pernah melalui fasa berantakan. Tetapi saya tak pernah putus asa untuk terus memilikinya sekali gus memperisterikannya,” katanya seperti yang dilaporkan di Berita Harian.

Apa yang pasti, ramai peminat Hanez di luar sana tidak sabar-sabar untuk melihat selebriti kesayangan mereka ini untuk mendirikan rumah tangga, apatah lagi dalam jangka masa yang terdekat.

Sumber : rotikaya.com

Lisa Surihani & Yusry Sorok Kehamilan Kerana Kontrak Stesen TV?

Kalau anda terlepas kisah dunia hiburan paling diperkatakan ramai sepanjang 24 jam lepas, Lisa Surihani mengesahkan dirinya kini sedang hamil selepas timbul satu spekulasi beberapa hari lalu yang mengatakan beliau tidak sihat kerana peringkat awal kehamilan.


Lisa Surihani & Yusry Sorok Kehamilan Kerana Kontrak Stesen TV?, info, terkini, hiburan, sensasi Lisa Surihani Hamil, gosip


Berita gembira ini disambut baik oleh seluruh peminat pasangan Lisa Surihani & Yusry KRU yang memang menantikan berita ini sejak mereka berkahwin sekitar Februari 2012 dahulu.

Bercakap kepada para wartawan di sidang media pelancaran trailer filem terbarunya, Cicakman 3 pasangan ini berkata yang mereka enggan menghebahkan perkara ini lebih awal kerana kandungan Lisa Surihani kini masih dalam peringkat permulaan.

“Kami sudah bincang mengenai perkara ini dan ya, dia sudah mengandung. Cuma ia masih terlalu awal dan sebab itu kami tidak mahu kecoh. Kami hanya ikut pandangan orang tua supaya tidak war-warkan hal ini kerana masih baru. Terima kasih atas doa semua untuk kami,” ujar Yusry.

Dalam temubual bersama media, suaminya Yusry KRU turut menepis kata kata orang luar yang mengatakan mereka berselindung dalam isu kehamilan ini kerana terikat dengan kontrak eksklusif bersama stesen TV tertentu.

“Ada yang cakap itu dan inilah termasuk kononnya kami berdiam diri kerana akan terikat kontrak eksklusif dengan stesen TV. Tak ada eksklusif mana mana pun. Nanti bila kami bersedia bercerita lanjut, ia akan dikongsi bersama sama,” tambahnya lagi.


Lisa Surihani & Yusry Sorok Kehamilan Kerana Kontrak Stesen TV?, info, terkini, hiburan, sensasi Lisa Surihani Hamil, gosip

Lisa Surihani & Yusry Sorok Kehamilan Kerana Kontrak Stesen TV?, info, terkini, hiburan, sensasi Lisa Surihani Hamil, gosip

Lisa Surihani & Yusry Sorok Kehamilan Kerana Kontrak Stesen TV?, info, terkini, hiburan, sensasi Lisa Surihani Hamil, gosip

Lisa Surihani & Yusry Sorok Kehamilan Kerana Kontrak Stesen TV?, info, terkini, hiburan, sensasi Lisa Surihani Hamil, gosip

Sumber : rotikaya.com

"Cicakman 3" gabungan tiga produksi besar tanah air

Jika sebelum ini filem adiwira "Cicakman" pertama dan kedua diterbitkan oleh KRU Studios, namun untuk siri ketiga kali ini "Cicakman 3" telah menggabungkan tiga produksi besar tanah air iaitu KRU Studios, Grand Brilliance dan Astro Shaw bagi menghasilkan filem mega yang dinantikan ramai.


"Cicakman 3" gabungan tiga produksi besar tanah air, info, terkini, hiburan, sensasi, Cicak Man 3, filem terbaru


Selain menggabungkan tiga produksi, filem "Cicakman 3" kali ini juga menampilkan dua pengarah iaitu pengarah asal Yusry Abdul Halim dan Ghaz Abu Bakar.

Menurut Yusry, siri ketiga "Cicakman" ini masih mengekalkan genre aksi komedi dengan lawak jenaka yang lebih lucu dan bersahaja. Pada masa sama Bandaraya Metrofulus pula dihidupkan semula dengan penggunaan CGI yang lebih kemas.

""Cicakman 1" merupakan filem arahan saya yang pertama pada 2005. Ketika itu ramai yang skeptikal tentang projek ini dan tidak faham naskah yang ingin saya tonjolkan melalui konsep 'zero to hero' iaitu seorang 'loser' tetapi berjiwa besar yang didalam proses pembelajaran utnuk menjadi adiwira.

"Eksperimen tersebut berjaya dan "Cicakman 1" mendapat kutipan pecah panggung filem tempatan yang tertinggi pada tahun 2006. Kini, saya berani katakan "Cicakman 3" merupakan naskah yang terbaik yang pernah saya hasil kerjasama dengan Ghaz serta pakar-pakar skrip dari tiga studio yang ternama tanah air," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran trailer "Cicakman 3" di GSC Pavilion Kuala Lumpur, semalam.


"Cicakman 3" gabungan tiga produksi besar tanah air, info, terkini, hiburan, sensasi, Cicak Man 3, filem terbaru
Ghaz Abu Bakar

 
Dalam pada itu, pengarah bersama Ghaz Abu Bakar berkata, di Malaysia jarang sekali filem menggabungkan dua pengarah dalam satu filem.

"Gabungan dua pengarah di dalam satu set penggambaran jarang berlaku di Malaysia. Walaubagaimanapun, "Cicakman 3" merupakan filem yang besar dan ianya menjustifikasikan keperluaan tersebut.

"Saya dan Yusry sering bertukar pendapat semasa penulisan skrip, penyediaan papan cerita, di lokasi penggambaran dan hasilnya memang cukup kemas dari pelbagai sudut."


"Cicakman 3" gabungan tiga produksi besar tanah air, info, terkini, hiburan, sensasi, Cicak Man 3, filem terbaru

"Cicakman 3" mempertaruhkan Zizan Razak sebagai watak utama yang juga Cicakman meneruskan legasi adiwira yang pernah dibawa oleh Saiful Apek.

Selain Zizan, "Cicakman 3" turut dibintangi pelakon-pelakon hebat lain seperti Lisa Surihani, Fizz Fairuz, Bell Ngasri, Azizah Mahzan, Rashidi Ishak, Adam Corrie dan Rykarl Iskandar.


"Cicakman 3" gabungan tiga produksi besar tanah air, info, terkini, hiburan, sensasi, Cicak Man 3, filem terbaru

Filem terbitan KRU Studios, Grand Brilliance dan Astro Shaw ini bakal menemui penonton pada 12 Mac depan.

Sumber : tupai.com.my

Kamal Adli tidak mahu dikaitkan dengan Emma lagi

Pelakon Kamal Adli tidak mahu dikaitkan lagi dengan aktres jelita Emma Maembong kerana mereka hanyalah teman biasa, walaupun sebelum ini mereka pernah didakwa mempunyai hubungan intim.


Kamal Adli tidak mahu dikaitkan dengan Emma lagi, info, terkini, hiburan, sensasi, kamal adli,

Jelas Kamal Adli, apa sahaja yang terjadi diantara pasangan kekasih tersebut iaitu Emma dan Zizan Razak, dia tidak berhak masuk campur.

"Kami hanya kawan dan tak lebih dari itu, saya rasa tak eloklah saya terus dikaitkan dengan kisah mereka sebab tuduhan itu semua memang tak betul."

"Tak kisahlah apa juga cerita yang timbul mengenai hubungan mereka, pada pihak saya tak baik untuk campur tangan," ujarnya seperti dipetik daripada Harian Metro.

Tambah Kamal lagi, dia dan Emma tidak pernah berhubung dan sekaligus menolak dakwaan  yang sebelum ini pernah dikhabarkan bahawa mereka pernah keluar bersama.

"Saya tak ada berkomunikasi dan jauh sekali untuk keluar bersama Emma. Itu tak logik sebab kita semua tahu, dia dan Zizan sudah berbaik semula. Jadi saya harap hormatilah saya dan mereka."

Terdapat sumber mendakwa, Kamal Adli dan Emma Maembong, berhubung dalam diam kerana pengumuman kononnya aktres itu sudah berbaik semula dengan Zizan Razak adalah lakonan semata-mata untuk mengaburi mata peminat.

Kamal mengulas lagi, berikutan kontroversi itu, dia bimbang jika namanya terus dikaitkan dengan perkara tersebut dan boleh memudaratkan hubungan baik mereka selama ini.

"Antara Emma dan Zizan itu hal peribadi mereka dan masalah sekarang apabila saya pula terkait sekali sedangkan tak berlaku langsung semua dakwaan itu."

"Saya tak beranilah kalau benda ini dibuka semula dan jadi melarat nanti saya pula dipersalahkan atas benda yang tak sepatutnya dikaitkan dengan saya,"katanya.


Sumber : tupai.com.my

Wajib Daftar Syarikat Untuk Jadi Pengedar Tudung Naelofar?

Menutup aurat itu memang dah menjadi kewajipan untuk umat islam baik lelaki mahupun wanita.

Di pasaran sekarang ini, lihat perniagaan berkaitan dengan busana muslimah terutama hijab atau pun tudung kian bertambah dengan pelbagai jenama.


Wajib Daftar Syarikat Untuk Jadi Pengedar Tudung Naelofar?, info, terkini, sensasi, gossip, hiburan, berita,

Termasuklah golongan artis dan selebriti mengambil peluang ini menceburi bidang keusahawanan untuk menambahkan pendapatan.

Namun,  menerima aduan bukan rungutan yang mengatakan untuk menjadi pengedar tudung popular iaitu Naelofar  diwajibkan mendaftar dengan Suruhjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Kalau ianya benar maka ia perlu dilihat dari segi positif dan negatif. Di aspek positif ia menggalakkan lagi peniaga melayu menjadi usahawan berjaya,  bukan hanya fokus kepada jenama Naelofar malah pendaftar syarikat boleh mempelbagaikan lagi jenis perniagaannya.

Di aspek negatif pula, kemungkinan pengedar tudung Naelofar itu daripada golongan yang ingin mencuba untuk menjadi peniaga, kalau berjaya akan diteruskan sekiranya gagal maka ia berhenti setakat itu sahaja.

Kebanyakkan permulaan peniaga tudung ini lebih menjurus menjual  produk  kepada rakan-rakan sepejabat, jiran tetangga, mahupun individu yang berminat.

Sekiranya perlu mendaftar dengan SSM hanya untuk menjual tudung jenama Naelofar, ia boleh timbul rasa kurang minat dan sangsi serta membataskan semangat mereka.

Jadi, kepastiaan untuk persoalan  itu hanya Neelofa sahaja yang boleh jelaskan, diharapkan kepada peminat jangan patah semangat nak jadi peniaga kerana cabang perniagaan itu amat meluas.

Sumber : murai.com.my

Wednesday, January 28, 2015

Respon Zamarul Hisham Tentang Isu Penceraian Dengan Diana Rafar

Pasangan suami isteri berstatus selebriti, Zamarul Hisham dan Diana Rafar kini dalam proses penceraian setelah Diana Rafar menfailkan penceraian semalam.


Respon Zamarul Hisham Tentang Isu Penceraian Dengan Diana Rafar , info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, diana rafar, zamarul hisham

Berita pencerian mereka itu mengejutkan ramai peminat dan mendoakan serta memberi kata-kata semangat kepada pasangan suami isteri ini.


Respon Zamarul Hisham Tentang Isu Penceraian Dengan Diana Rafar , info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, diana rafar, zamarul hisham

Menerusi akaun Instagram aktres lelaki itu, Zamarul Hisham telah memberi komen terhadap isu penceraian dengan Diana Rafar.

Sumber : katakcomel.my

Kes Ciplak Syamsul Yusof Bakal Dibicarakan

Kes dakwaan seorang penulis novel yang sebelum ini mendakawa Syamsyul Yusof menciplak hasil karyanya untuk dijadikan filem bakal dibicarakan selepas proses mediasi antara penulis Elias Idris, Syamsul Yusof dan Datuk Yusof Haslam gagal menyelesaikan perkara tersebut.


Kes Ciplak Syamsul Yusof Bakal Dibicarakan, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, isu ciplak, aku bohsia diciplak

Jelas Datuk Yusof Haslam pihak mereka sudah mencuba sehabis baik untuk mencari jalan penyelesaian secara baik tetapi Elias enggan memberikan kerjasama beliau.

    Saya dan anak saya, Syamsul cuba menyelesaikan kes ini di luar mahkamah seperti yang dinasihatkan hakim sebelum ini, namun pihak plaintif menuntut ganti rugi.

Elias mendakwa beliau adalah penulis bagi buku bertajuk Aku Bohsia yang diterbitkan pada tahun 1995 menggunakan nama pena Anne Natasha Nita.


Kes Ciplak Syamsul Yusof Bakal Dibicarakan, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, isu ciplak, aku bohsia diciplak

Penulis itu sebelum ini telah memfailkan saman terhadap Syamsul Yusof atau Datuk Yusof Haslam dan syarikat Skop Production Sdn Bhd pada 24 November tahun lepas kerana didakwa meniru novel Elias  dalam filem ‘Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam’ yang diterbitkan pada tahun 2009.


Hakim telah menetapkan tarikh 6 Februari depan untuk menguruskan kes tersebut.

Isu ciplak dan tuntutan hak cipta bukan perkara baru dalam industri tetapi jika masalah boleh diselesaikan secara baik apa salahnya kita mencuba bukan? Sejauh mana persamaan buku Aku Bohsia dan filem arahan Syamsul Yusof masih belum disahihkan lagi jadi kita tunggu sahaja lanjutan kes ini.

Sumber : beautifulnara.com

Maria Farida Anggun Berhijab

Maria Farida kelihatan tidak banyak berubah dari dirinya pada tahun 90’an. Ramai mengagumi kecantikan wanita ini yang masih nampak muda dan jelita pada usia 40’an. baru-baru ini Maria Farida telah berkongsi gambar-gambar beliau berhijab.

Maria masih belum berhijab sebenarnya. Gambar-gambar ini adalah atas urusan kerja. Kebanyakkannya adalah untuk sesi penggambaran produk dan ketika aktres jelita itu menunaikan umrah.

Takpalah, sebagai pemulaan, tak gitu? Lagi sembilan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Maria Farida Anggun Berhijab, info, terkini, hiburan, sensasi, Maria Farida

Maria Farida Anggun Berhijab, info, terkini, hiburan, sensasi, Maria Farida

Maria Farida Anggun Berhijab, info, terkini, hiburan, sensasi, Maria Farida

Maria Farida Anggun Berhijab, info, terkini, hiburan, sensasi, Maria Farida

Maria Farida Anggun Berhijab, info, terkini, hiburan, sensasi, Maria Farida

Maria Farida Anggun Berhijab, info, terkini, hiburan, sensasi, Maria Farida

Maria Farida Anggun Berhijab, info, terkini, hiburan, sensasi, Maria Farida

Maria Farida Anggun Berhijab, info, terkini, hiburan, sensasi, Maria Farida

Maria Farida Anggun Berhijab, info, terkini, hiburan, sensasi, Maria Farida

Sumber : beautifulnara.com