Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Wednesday, February 11, 2015

Ezad Lazim Didenda RM3,500, Pengawasan Polis 2 Tahun

Bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad Lazim dikenakan denda sebanyak RM3,5000 dan pengawasan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun selepas mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah jenis syabu seberat 0.30 gram pada 19 November tahun lalu.


Ezad Lazim Didenda RM3,500, Pengawasan Polis 2 Tahun , info, terkini, hiburan, sensasi, Ezad Exist, Berita,

Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Nurul Izzah Hassan Basri di Mahakamah Majistret Selayang dekat sini pada Selasa.

Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohamad Lazim ketika dihubungi mStar Online menerima hukuman tersebut dengan hati terbuka dan berharap akan menjadi pengajaran kepadanya.

"Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan denda pun telah saya bayar di mahkamah dan pengawasan polis selama dua tahun saya terima dengan hati terbuka," katanya.

Siasatan kes tersebut dibuat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15 (1) (a) akta yang sama.

Ezad yang berasal dari Alor Setar, Kedah ditangkap berhampiran Kompleks Selayang Mall kira-kira pukul 1.30 petang pada 19 November tahun lalu dengan dia menggenggam satu paket syabu pada tangan kirinya.

Hasil pemeriksaan air kencing penyanyi itu juga mendapati dia positif dadah jenis syabu.

Penyanyi itu sebelum ini pernah menyertai Exist pada 1995, dan telah merakam sebanyak enam buah album bersama kumpulan tersebut sebelum meneruskan kerjaya solo.

Ezad juga pernah membintangi beberapa buah filem terbitan Metrowelth International Group (MIG) termasuk Mami Jarum bersama aktres Zahida Rafik.

Sumber : mstar.com.my

Tuesday, February 10, 2015

Pemain Ini Sign Autograf Di ‘Dada’ Siapa Tu?

Tidak diketahui tarikh dan lokasi, gambar di atas menunjukkan seorang pemain bolaspek dipercayai pemain import Kelantan atau The Red Warriors (TRW) sedang menurunkan autograf kepada seorang wanita peminat pasukan itu.


Pemain Ini Sign Autograf Di ‘Dada’, info, terkini, berita, sensasi,

Gambar berkenaan tersebar luas di laman Twitter dan mengundang pelbagai spekulasi dan ada antara mereka yang mengatakan itu adalah pemain import Kelantan.

Pada siapa pula agaknya diturunkan tandatangannya itu?

Ada juga cakap-cakap bahawa wanita itu adalah isterinya. Cuma penulis agak pelik kenapa perlu menandatangani autograf dalam keadaan begitu di depan orang ramai.

Apapun gambar ini sudah pun menjadi viral di internet dan bermacam-macam spekulasi telah timbul.

Jika betul pun, mungkin ada jawapan yang boleh diberikan atau penjelasan kepada para peminat Kelantan dan juga pengguna laman sosial di internet.

Kalau ada yang mengetahui berkenaan gambar di atas tu, boleh juga menulis berkenaannya di ruangan komen.

Sumber : mynewshub.cc

Pilot Bertekak, 20 Penumpang Lari Turun Pesawat Malindo Air

Selepas mendakwa mendengar ‘pertengkaran’ melibatkan pembantu juruterbang dengan juruterbang pesawat, kira-kira 20 orang penumpang pesawat Malindo Air bertindak turun dan enggan menaiki penerbangan tersebut.


Pilot Bertekak, 20 Penumpang Lari Turun Pesawat Malindo Air, info, terkini,berita, pesawat malindo air

Dalam satu laporan portal tempatan, kejadian yang berlaku minggu lalu itu dikatakan mengejutkan seluruh kabin kerana pertengkaran mereka sangat kuat.

Menurut salah seorang penumpang yang hanya mahu dikenali sebagai Kee, insiden tersebut menyebabkan kebanyakan penumpang merasa terganggu lantas bertindak keluar dari pesawat.

“Mereka bertengkar dengan cukup serius sehingga menyebabkan seorang penumpang warga asing meninggalkan tempat duduk, diikuti 20 penumpang yang lain.

Kami masuk dan menunggu di dalam ruang bangunan lapangan terbang. Sejurus selepas itu, juruterbang pesawat datang bersemuka dengan kami untuk meminta maaf dan meminta kami naik pesawat semula.”

Namun demikian, Kee berkata, tujuh daripada keseluruhan jumlah penumpang memutuskan untuk tidak naik kembali ke pesawat dan menaiki penerbangan lain menuju Kuala Lumpur.

Pesawat tersebut kemudiannya meneruskan penerbangan selama 52 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas menuju Lapangan Terbang Subang selapas tertunda selama 50 minit.


Pilot Bertekak, 20 Penumpang Lari Turun Pesawat Malindo Air, info, terkini,berita, pesawat malindo air


Namun demikian, ketika mengulas mengenai kejadian tersebut, Pengarah Komunikasi dan Perhubungan Awam Malindo, Raja Saa’di Raja menafikan insiden tersebut sambil berkata, ia berkemungkinan berlaku akibat salah faham dari penumpang.

“Daripada laporan penerbangan yang diterima dan juga pemahaman serta pemerhatian yang dilakukan, kapten pesawat hanya memberikan arahan kepada pembantunya dengan nada kuat dan tegas, sebagai persiapan untuk berlepas dari lapangan terbang itu.

Bagaimanapun selepas mendengar arahan yang kuat, penumpang pesawat mengambil keputusan untuk keluar dari pesawat dan kami juga tidak dapat memahami punca penumpang membuat keputusan itu.”

Sempat memohon maaf atas insiden tersebut, beliau turut berkata, ia merupakan prosedur lazim yang akan dijalankan kesemua juruterbang dan pembantunya.

Sumber : mynewshub.cc

Video Rompakan Bersenjata di Cyber Cafe, Kulim

Sebuah Cyber Cafe didatangi seorang individu bersenjatakan parang merompak kaunter Cyber Cafe tersebut.


Video Rompakan Bersenjata di Cyber Cafe, Kulim, info, terkini, berita, kes rompak, jenayah

Dalam kejadian pada 3 Februari 2015, di Lembah Impiana, Kulim, Kedah, suspek yang berbangsa India, 30an itu telah mengambil sejumlah wang lebih kurang RM40 selain telefon bimbit.

Menurut mangsa, suspek seperti tidak berpuas hati dan menariknya keluar dari kaunter. Mangsa bagaimanapun cuba mempertahankan diri dan berlaku satu pergelutan.


Video Rompakan Bersenjata di Cyber Cafe, Kulim, info, terkini, berita, kes rompak, jenayah

Mangsa mengalami kecederaan yang serius di bahagian tangan kiri dan ibu jari tangan sehingga hampir terputus selain kecederaan pada tangan kanan.

Diharap kepada sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini boleh memaklumkan kepada pihak polis.



Sumber : Siakapkeli.com.my

Sunday, February 8, 2015

QZ8501: Jasad Dipercayai Juruterbang Ditemui

JAKARTA – Pasukan penyelam yang ditugaskan mencari serpihan dan baki mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 berjaya menemui bahagian kokpit pesawat dan membawa keluar satu jasad dipercayai juruterbangnya, pagi ini.


QZ8501: Jasad Dipercayai Juruterbang Ditemui, info, terkini, berita, sensasi, bangkai pesawat airasia qz8501, mangsa nahas pesawat QZ8501,
Gambar yang diambil pada 2 Februari lalu, pasukan penyelamat Indonesia dari Agensi Pencari dan Penyelamat menemui jasad mangsa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di Laut Jawa. – Foto AFP


Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat (BASARNAS) Indonesia, Bambang Soelistyo bagaimanapun memaklumkan gagal mengenalpasti sama ada jenazah ditemui itu adalah juruterbang pesawat, Iriyanto atau pembantunya, Remy Plesel.


QZ8501: Jasad Dipercayai Juruterbang Ditemui, info, terkini, berita, sensasi, bangkai pesawat airasia qz8501, mangsa nahas pesawat QZ8501,

“Satu jenazah dipercayai juruterbang sudah berjaya dipindahkan. Kita yakin jenazah itu adalah juruterbang kerana pakaian seragam dan lokasi penemuannya di kerusi kokpit.

“Keadaan jenazah juga sudah kelihatan tidak sempurna. Sebaiknya kita tunggu pengecaman daripada DVI (Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana),” katanya.

Mengulas lanjut, Soelistyo berkata, kedudukan seorang lagi juruterbang juga sudah diketahui iaitu di kokpit dan pasukan penyelam akan dikerah untuk memindahkan jenazah berkenaan hari ini.

“Kita berharap keadaan cuaca membolehkan pasukan penyelam kita menyempurnakan tugasnya di dasar laut. Semoga seorang lagi juruterbang akan dapat kita pindahkan,” katanya.

Soelistyo turut menjelaskan, bahagian kokpit itu berada sekitar 20 meter dari kedudukan badan pesawat yang sudah ditemui sebelum ini. 

Sumber : Kompas.com

Pemain bola sepak tempatan berpendapatan tinggi

Jika sebelum ini kita hanya mendengar pemain-pemain bola sepak di liga luar negara seperti Liga Perdana Inggeris, La Lagi, Bundesliga dan banyak lagi menerima gaji yang lumayan sehingga ratusan ribu seminggu.


Pemain bola sepak tempatan berpendapatan tinggi, info, terkini, berita, sukan bola sepak,


Namun, kini liga bola sepak tempatan Liga Malaysia antaranya Liga Super dan Liga Perdana turut mengikut jejak langkah liga-liga di luar negara apabila ramai pemain bola sepak tempatan kini mempunyai gaji yang tinggi sehingga ratusan ribu sebulan.

Berikutan adalah pemain bola sepak tempatan yang mendapat gaji tinggi. (Sila ambil perhatian bahawa ia adalah anggaran kasar bulanan gaji pemain, bukan jumlah sebenar).

Safee Sali, JDT FC (RM120,000)


Pemain bola sepak tempatan berpendapatan tinggi, info, terkini, berita, sukan bola sepak,

Safe Sali atau nama sebenarnya Mohd Safee Mohd Sali merupakan pemain bola sepak tempatan yang pertama bermain di Liga Super Indonesia iaitu di kelab Pelita Jaya selepas membantu Malaysia untuk menjuarai Piala AFF Suzuki pada tahun 2010 dengan menewaskan Indonesia. Safee telah menyertai pasukan itu dengan yuran perpindahan sebanyak USD30,000 (RM106 ribu) dan menerima gaji sebanyak USD 10,000 atau RM35,470. Namun pada tahun 2012, penyerang berusia 31 tahun ini telah berhijrah ke pasukan Harimau Selatan, Johor Darul Takzim (JDT) yang dikatakan menerima gaji sebanyak RM120,000 sebulan.

Amri Yahya, JDT FC (RM85,000)


Pemain bola sepak tempatan berpendapatan tinggi, info, terkini, berita, sukan bola sepak,

Amri Yahya memulakan karier bola sepaknya di Selangor FA selama 12 tahun dan sepanjang kariernya bersama Selangor, Amri telah tampil sebanyak 200 kali dan menjaringkan sebanyak 71 gol. Ini menjadikan Amri salah seorang pemain tengah/penyerang digeruni pihak lawan. Amri, 34, kemudian telah ditawarkan kontrak lumayan oleh Johor Darut Takzim (JDT) bernilai RM1 juta selama setahun iaitu sekitar RM85,000 sebulan.

Norshahrul Idlan Talaha, ATM FC (RM80,000)


Pemain bola sepak tempatan berpendapatan tinggi, info, terkini, berita, sukan bola sepak,

Pemain kelahiran Besut, Terengganu ini merupakan seorang penyerang kebangsaan yang cukup berbisa ketika bermain bersama pasukan Kelantan FA dan juga pasukan Malaysia sehingga pasukan kebangsaan berjaya menjadi juara Piala AFF Suzuki pada tahun 2010. Pada tahun 2013 pemain berusia 28 tahun itu telah berhijrah ke pasukan Harimau Selatan (JDT) selepas menerima tawaran lumayan iaitu menerima gaji sekitar RM80,000 sebulan. Bagaimanapun, Norshahrul gagal memberi impak besar terhadap pasukannya apabila hanya mampu menjaringkan 10 gol dalam 35 penampilannya bersama JDT. Dia kini bakal beraksi dengan pasukan baru iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM FC).

Indra Putra Mahayuddin, Felda United FC (RM75,000)


Pemain bola sepak tempatan berpendapatan tinggi, info, terkini, berita, sukan bola sepak,

Pemain berusia 33 tahun ini merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang dilihat sebagai pemain serba boleh. Dia yang bermain sebagai penyerang dan di bahagaian sayap pernah bermain untuk banyak negeri dan kelab antaranya Perak FA, Pahang FA, Selangor FA, Kelantan FA, T-Team dan kini bermain untuk Felda United FC yang mana dia dikatakan menerima gaji sebanyak RM75,000 sebulan.

Baddrol Bakhtiar, Kedah FA (RM65,000)


Pemain bola sepak tempatan berpendapatan tinggi, info, terkini, berita, sukan bola sepak,

Bermula dengan mewakili Kedah pada kejohanan Piala Presiden, Baddrol Bakhtiar kemudian telah diserapkan kepada pasukan 'senior' Kedah dan kebangsaan sebagai pengatur serangan (playmaker) dan sering juga dilihat bermain di bahagian sayap kanan. Walaupun tidak bermain di posisi penyerang bersama Kedah, namun 76 gol yang dijaringkan daripada 160 penampilannya cukup menggambarkan kehebatan pemain berusia 27 tahun ini yang dikatakan menerima gaji sekitar RM65,000 sebulan.

Sumber : tupai.com.my

Saturday, February 7, 2015

Jakim Nafi Keluar Kenyataan Haramkan Akaun Instagram

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan ada mengeluarkan kenyataan media bagi mengharamkan satu akaun Instagram atas nama ‘The Rich Kids of Malaysia’.


Jakim Nafi Keluar Kenyataan Haramkan Akaun Instagram, info, terkini, sensasi, berita,

Pegawai Perhubungan Awam Jakim, Aisha AlKharib Shah berkata pihaknya tiada kena mengena dengan kenyataan yang tersebar di media sosial itu.

Kenyataan palsu bertajuk ‘Status Akaun Instagram The Rich Kids of Malaysia’ bertarikh 6 Feb itu dikeluarkan atas nama Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha.

“Kita menafikan sama sekali kenyataan itu dikeluarkan Jakim,” kata Aisha kepada Bernama hari ini.

Antara lain, kenyataan palsu itu menyebut Jakim mengambil keputusan mengharamkan akaun berkenaan kerana beberapa faktor antaranya gambar-gambar yang dimuat naik menonjolkan sifat riak yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Sumber : mynewshub.cc

Friday, February 6, 2015

Samun Di Bachok, Peniaga Mati Anak Gadis Cedera Ditembak

Seorang peniaga terbunuh manakala anak perempuannya cedera ditembak dalam kejadian samun melibatkan tiga lelaki bertopeng di kedai mereka di hadapan Sekolah Kebangsaan Beris Lalang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Abdul Hamid Che Ahmad berkata Mustaffar Sidek, 52, ditembak di perut dan peha kanan dan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Baharu, pada puikul 7.40 malam.


Samun Di Bachok, Peniaga Mati Anak Gadis Cedera Ditembak, info, terkini, berita, kes tembak

Anak mangsa Ainul Wahida, 18, ditembak di lutut sebelah kanan dan dihantar ke hospital sama untuk rawatan dan kini dilaporkan stabil, katanya ketika dihubungi di sini.

Abdul Hamid berkata dalam kejadian pukul 5.45 petang itu, isteri mangsa, Norhaizan Mat Zin, 45, dan seorang pekerja berusia 28 tahun yang berada di kedai menjual barang-barang logam itu tidak dicederakan.

Beliau berkata kejadian itu disedari oleh isteri mangsa yang berada di pejabat kedai itu apabila melihat dua lelaki yang memakai topeng muka sedang mengacukan pistol ke arah suami dan anak perempuannya yang ketika itu berada di kaunter kedai manakala seorang lagi lelaki yang juga memakai topeng muka memegang sebilah parang.

Abdul Hamid berkata apabila suspek menyedari kehadiran isteri mangsa, suspek telah menggari wanita itu bersama dengan pekerjanya namun wanita itu sempat bergelut dengan seorang daripada suspek yang mengacukan pistol ke arah suaminya dan menarik topeng muka suspek itu.

“Suspek terus melepaskan tiga das tembakan ke arah suaminya (Mustaffar) di mana dua das tembakan mengenai perut dan peha kanan mangsa manakala satu das tembakan mengenai lutut kanan anak perempuannya,” katanya.

Abdul Hamid berkata ketiga-tiga lelaki berkenaan kemudiannya melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta.

Sumber : mynewshub.cc

Lelaki Ditikam Bekas Kekasih Teman Wanita Atas Jalan

Gara-gara cinta, manusia jadi gila..Itu nasib menimpa seorang lelaki yang cedera parah ditikam bekas kekasih teman wanitanya di Jalan Haji Hussein, Kuala Lumpur pada petang semalam.


Lelaki Ditikam Bekas Kekasih Teman Wanita Atas Jalan, info, terkini, berita,

Ketika kejadian pukul 3 petang itu, mangsa, 39 tahun yang menunggang motosikal bersama teman wanita terjatuh ekoran dirempuh suspek yang memandu kereta.

Suspek kemudian, menikam dada kiri mangsa sebelum melarikan diri.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, suspek berusia 47 tahun dipercayai sengaja melanggar motosikal itu selepas melihat bekas teman wanitanya membonceng bersama mangsa.

“Suspek kemudiannya meluru keluar dari kereta sebelum menikam dada kiri mangsa dipercayai menggunakan pisau atau gunting sebelum melarikan diri selepas mendapati mangsa rebah berlumuran darah,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang cedera diberi bantuan oleh orang awam sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menerusi siasatan, pihak polis percaya suspek sudah merancang untuk melakukan serangan hendap ke atas mangsa.

Pada masa sama, Zainuddin memberitahu pihak polis sudah mengenalpasti identiti suspek dan usaha menjejakinya sedang dilakukan.

Sumber : mynewshub.cc

Wednesday, February 4, 2015

Gambar Sang Bedal 4.75 Meter Ditangkap Di Miri, Sarawak

Selepas dua hari bertarung, akhirnya seekor buaya gergasi sepanjang 4.75 meter berjaya ditangkap Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT) Sarawak Forestry Corporation (SFC).

Sebelum ini, hidupan liar itu menjadi buruan kerana mensasarkan haiwan ternakan penduduk sekitar sebagai santapannya.


Gambar Sang Bedal 4.75 Meter Ditangkap Di Miri, Sarawak, info, terkini, berita, buaya sarawak

Dalam satu kenyataan beberapa hari lalu, pihak SFC berkata, reptilia yang menghuni Sungai Buri, Marudi itu membuatkan penduduk ketakutan setelah memunculkan dirinya beberapa kali.

Menurut pihak berkuasa itu lagi, buaya gergasi tersebut bakal dipindahkan ke Bernaya Crocodile Farm, di Kuala Baram.

“SCF sedang berusaha mewujudkan Zon Bebas Buaya di kawasan yang mempunyai populasi penduduk yang tinggi atau di mana potensi untuk berlaku konflik antara manusia dan buaya adalah tinggi.”

Dalam pada itu, perbadanan itu memohon agar penduduk mengambil langkah berwaspada semasa memasuki kawasan yang berkemungkinan menjadi habitat haiwan liar, antaranya sungai.

“Mereka harus ingat bahawa kawasan berkenaan adalah habitat hidupan berkenaan dan kita merupakan ‘makhluk asing’ di habitat berkenaan.”


Gambar Sang Bedal 4.75 Meter Ditangkap Di Miri, Sarawak, info, terkini, berita, buaya sarawak

Gambar Sang Bedal 4.75 Meter Ditangkap Di Miri, Sarawak, info, terkini, berita, buaya sarawak

Gambar Sang Bedal 4.75 Meter Ditangkap Di Miri, Sarawak, info, terkini, berita, buaya sarawak

Gambar Sang Bedal 4.75 Meter Ditangkap Di Miri, Sarawak, info, terkini, berita, buaya sarawak

Sumber : mynewshub.cc

JAWI Naikkan Harga Sijil, ‘Kursus Kahwin’ Mulai Februari

Di saat negara kecoh tentang isu harga barang dituntut agar turun sempena penurunan harga minyak, rupanya ada yang naik harga dalam diam-diam.


JAWI Naikkan Harga Sijil, ‘Kursus Kahwin’ Mulai Februari, info, terkini, berita, JAWI,

Ianya adalah kadar bayaran bagi mengikuti kursus pra-perkahwinan Islam di Wilayah Persekutuan.

Rasanya semua pasangan muslim di negara ini pun tahu, ‘sijil kursus kahwin’ ini antara dokumen yang wajib ada bila nak melangsungkan pernikahan. Jadi nak tak nak kena pergi kursus untuk dapatkan sekeping kertas berharga tersebut.

Menerusi satu surat rasmi yang diedarkan dari Pejabat Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) 29 Januari lalu, kadar bayaran penyertaan dan sijil kursus Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPI) di seluruh


JAWI Naikkan Harga Sijil, ‘Kursus Kahwin’ Mulai Februari, info, terkini, berita, JAWI,

Justeru harga RM85 yang merangkumi bayaran untuk yuran penyertaan RM80 dan sijil kursus (RM5) sebelum ini, meningkat kepada RM130 iaitu RM120 bagi yuran penyertaan dan RM10 bagi sijil kursus.

Alasan kenaikan ini yang turut disertakan dalam surat tersebut adalah ‘peningkatan kos hidup semasa’.

Kami percaya pihak terbabit sudah tentu menjalankan kajian secukupnya sebelum harga ‘kursus kahwin’ ini dinaikkan.

Cuma… sajalah nak bertanya, bukankah dalam Islam urusan perkahwinan seharusnya dipermudahkan?

Sebagaimana alasan JAWI dalam pekeliling ini tentang kenaikan kos hidup semasa, pernahkah terfikir pasangan Islam yang datang ke kursus pra-perkahwinan ini ada yang terdiri daripada mereka yang berjuang keras untuk hidup di kota wilayah namun nekad mahu mengikut sunah nabi menyambung umatnya.

Sijil kursus kahwin itu pula adalah kehendak undang-undang negara dan bukannya termaktub dalam hukum agama tapi terpaksa diambil sebab itulah ‘law’ kalau nak bernikah.

RM45 mungkin kecil bagi sesetengah orang tapi buat bakal pengantin yang tak lena tidur dok memikirkan kos kenduri kendara dan kos selepas nikah sejajar dengan peningkatan kos hidup semasa bak kata JAWI, tak mustahil ada yang postpone dulu hasrat nak kahwin sebab perkara basic iaitu ambil sijil kursus kahwin dulu pun dirasakan mahal sangat. Kesian..

Lagi satu kalau kadar harga di Wilayah Persekutuan naik, tak mustahil harga kursus pra-perkahwinan di negeri lain pun ikut naik lepas ni ye tak?

Apa pun pun bakal pengantin, sila catatkan harga baru ini dalam senarai kos belanja nak kahwin anda..

Sumber : mynewshub.cc

Hak Pengguna : Ismail Sabri Turut Terima Ancaman Bunuh

Ekoran kenyataannya yang mahu pengguna Melayu memboikot peniaga Cina supaya harga dapat diturunkan yang disifatkan kontroversi termasuk dilabel sebagai perkauman oleh pihan tertentu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut menerima ancaman bunuh.


Hak Pengguna : Ismail Sabri Turut Terima Ancaman Bunuh, info, terkini, berita, sensasi, Ismail Sabri

Ancaman bunuh berkenaan ditulis di ruangan komen di laman sosial Facebook oleh beberapa pihak berbangsa Cina yang tidak berpuas hati akan kenyataan beliau itu.

Antara ancaman yang diterima ialah beliau diugut untuk dipotong atau dicincang tipis-tipis oleh pengguna Facebook berkenaan.


Hak Pengguna : Ismail Sabri Turut Terima Ancaman Bunuh, info, terkini, berita, sensasi, Ismail Sabri

Dalam kenyataan di laman Facebook beliau itu, Ismail Sabri memberikan pandangan berkenaan tindakan yang boleh dilakukan selain Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menggunakan Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan.

Beliau berkata majoriti pengguna adalah Melayu, manakala bangsa Cina adalah minoriti, jika pengguna Melayu memboikot perniagaan bangsa Cina, para peniaga itu sudah tentu tiada pilihan tetapi untuk turunkan harga.

“Bayangkan banyak kedai makan Cina yang tiada logo halal dan beberapa kali diserbu kerana kehalalan merahukan, Melayu masih berpusu-pusu di restoran tersebut sedang beribu restoran Melayu yang sah halal,” katanya dalam kenyataan itu.

Sementara itu, kenyataan oleh Ismail Sabri itu kini dipertahankan kebanyakan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang menyifatkan ia cadangan terbaik untuk mendesak harga barangan diturunkan berikutan penurunan harga minyak mentah dunia.


Sumber : mynewshub.cc

Apa Kes?? Astro Pecat 60 Kakitangan Dalam 24 Jam

Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) mengecam tindakan Astro Productions Sdn. Bhd. (Astro Productions) memberhentikan seramai 60 kakitangan syarikat itu dalam tempoh 24 jam.


Apa Kes?? Astro Pecat 60 Kakitangan Dalam 24 Jam, info, terkin, Astro, berita, sensasi

Presidennya, Mohamed Shafie BP Mammal berkata, syarikat itu tidak sepatutnya memberhentikan pekerja terbabit hanya dengan memberi notis 24 jam kerana itu satu perbuatan yang sangat kejam.

“Mereka seharusnya menggunakan pendekatan yang lebih terhormat kerana pekerja-pekerja yang di berhentikan ada di antara mereka yang berkhidmat lebih 20 tahun dibuang begitu sahaja.

“Mereka yang di berhentikan berasa amat kecewa. UNI-MLC membantah sekeras-kerasnya tindakan Astro Productions dan meminta Menteri Sumber Manusia menyiasat tatacara yang diguna pakai syarikat besar itu bagi menamatkan perkhidmatan kakitangannya serta merta,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohamed Shafie menjelaskan, pihaknya menerima aduan daripada pekerja yang diberhentikan tersebut mereka menerima surat Penamatan Perkhidmatan Pekerja Tanpa Notis pada 30 Januari lalu.

Dakwa beliau, pengurusan Astro Productions bertindak memanggil 60 orang pekerja terbabit dan memberitahu bahawa perkhidmatan mereka ditamatkan serta merta dan diberi surat pemberhentian untuk ditandatangani.

Beliau mendakwa, pekerja terbabit yang bersetuju untuk berhenti pada hari terbabit diberi pampasan dibayar pada masa yang sama.

Sumber : mynewshub.cc

Video Jurutebang Jordan Di Bakar Hidup-Hidup Oleh Kumpulan Isis

Kumpulan pemisah Negara Islam Iraq dan Levant (ISIS) telah mengeluarkan sebuah video yang memaparkan juruterbang Jordan yang dikenali Moaz al-Kassasbeh dibakar hidup-hidup.


Video Jurutebang Jordan Di Bakar Hidup-Hidup Oleh Kumpulan Isis, info, terkini, berita, jordan, ISIS,

Video yang dikeluarkan 3 Februari 2015 itu menunjukkan pembunuhan Kassasbeh dilakukan sebagai respon Jordan dalam kerajaan campuran pimpinan AS terhadap ISIS.

Raja Jordan yang berada di Washington DC untuk bertemu pegawai AS memendekkan lawatan selepas mengetahui video mengerikan ini.

“Hari ini kita berdiri bersama-sama dengan keluarga Moaz al-Kassasbeh.


Sumber : katakcomel.my

Juruterbang Berselfie Punca Pesawat Terhempas

Selfie ketika mengendalikan pesawat mungkin menjadi punca kematian seorang juruterbang dan penumpang pesawat ringan di Colorado baru-baru ini.


Juruterbang Berselfie Punca Pesawat Terhempas, info, terkini, berita, spekulasi, taiwan,

Hal ini kerana, siasatan terhadap bangkai pesawat mendapati, kapal terbang ringan itu tidak mengalami kerosakan yang menyebabkan ia terhempas.

Sebaliknya pasukan penyiasat menemui kamera GoPro di ruang juruterbang yang telah rosak.

Penyiasat daripada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Awam (NTSB) mendedahkan, rakaman dari GoPro yang diperolehi mendapati juruterbang itu, Amritpal Singh sibuk berselfie dengan penumpangnya ketika berada di altitud merbahaya.

Malah, siasatan juga menunjukkan juruterbang tidak mengetahui ketika mereka berada di sudut merbahaya dan boleh terhempas.

Sumber : mstar.com.my

Pesawat Taiwan Terhempas, 11 Dikhuatiri Terbunuh

Sebuah pesawat penerbangan komersial Taiwan yang membawa 53 penumpang terhempas di Taipei pada pagi Rabu.

Pasukan penyelamat sedang berusaha membawa keluar kira-kira 30 mangsa yang masih terperangkap di dalam bangkai kapal terbang berkenaan.

11 Dikhuatiri Terbunuh, berita, info, Pesawat Taiwan Terhempas, taiwan, terkini,


Hingga kini dikhuatiri sekurang-kurangnya 11 terbunuh.

Sebelum ini Central News Agency Taiwan berkata sekurang-kurangnya 10 orang berjaya diselamatkan.

Bagaimanapun nasib penumpang dan anak kapal yang lain pesawat TransAsia Airways itu masih belum diketahui.


11 Dikhuatiri Terbunuh, berita, info, Pesawat Taiwan Terhempas, taiwan, terkini,

11 Dikhuatiri Terbunuh, berita, info, Pesawat Taiwan Terhempas, taiwan, terkini,

11 Dikhuatiri Terbunuh, berita, info, Pesawat Taiwan Terhempas, taiwan, terkini,

11 Dikhuatiri Terbunuh, berita, info, Pesawat Taiwan Terhempas, taiwan, terkini,


Sumber : mstar.com.my

Tuesday, February 3, 2015

Gambar Rekahan Bahagian Sayap Enjin Pesawat AirAsia?

Nampaknya ramai pengguna telah berhati-hati dalam pemilihan penerbangan sejak kajadian nahas pesawat QZ8501 milik AirAsia Indonesia baru-baru ini.


Gambar Rekahan Bahagian Sayap Enjin Pesawat AirAsia?, info, terkini, sensasi, berita, Pesawat AirAsia

Terbaru, melalui sebuah gambar yang dikirimkan kepada kami, seorang penumpang pesawat AirAsia dalam penerbangan daripada Kuala Lumpur menuju ke Ho Chi Minh, Vietnam (AK 520) telah mengambil gambar seakan terdapat rekahan pada bahagian enjin sayap pesawat melalui tingkap tempat duduknya.
Gambar Rekahan Bahagian Sayap Enjin Pesawat AirAsia?, info, terkini, sensasi, berita, Pesawat AirAsia

Berkemungkinan ia hanyalah goresan cat yang tertanggal atau sememangnya bahagian yang sudah merekah?


Gambar Rekahan Bahagian Sayap Enjin Pesawat AirAsia?, info, terkini, sensasi, berita, Pesawat AirAsia

Di sini kami ingin mempersoalkan bagaimana AirAsia boleh terlepas pandang dengan isu yang melibatkan keselamatan krew dan penumpang ini.

Apa-apa pun, ia perlu diberi perhatian oleh pihak AirAsia dan mengharapakan penjelasan lanjut diberikan sama ada keretakan seperti di dalam gambar tersebut merupakan suatu yang normal atau berbahaya kepada penumpang.

Sumber : mynewshub.cc

Awie: Tidak Pernah Suruh Atau Ajar Anak-anak Backing Saya

Selain artis tempatan lain Awie juga turut tidak terkecuali terlibat dengan gosip-gosip dalam industri tanah air. Malahan anaknya juga turut dilanda kontroversi apabila “Anak Sulung Awie, Aleeya Antasha Dakwa Rozana Misbun Menipu“. 


Awie, info, terkini, berita, sensasi, gossip, kontrovesi awie dan rozana

Kini, vokalis kumpulan Wings, iaitu Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie memaklumkan bahawa dia sama sekali tidak pernah menyuruh atau mengajar anak-anaknya supaya mengeluarkan apa-apa kenyataan yang mampu mempertahankan dirinya terhadap masyarakat umum.

Awie berkata demikian apabila dia diminta mengulas mengenai tindakan berani anak sulungnya, Puteri Aleeya Antasha, 15, yang telah mendakwa ibu tirinya Rozana Misbun membuat kenyataan palsu kepada media seperti mana yang dilaporkan portal Astro Gempak pada 31 Januari lalu. Aleeya telah memuat naik status di Facebooknya baru-baru ini meluahkan rasa kesalnya terhadap ‘penipuan’ yang dilakukan Rozana.

Awie, info, terkini, berita, sensasi, gossip, kontrovesi awie dan rozana


Menurut Awie lagi, terus-terang dia sendiri tidak tahu apa-apa mengenai tindakan anaknya itu dan dia hanya diberitahu selepas Aleeya memuat naik status berkenaan di laman sosial medianya.

    “Luluh sebenarnya hati saya apabila membaca posting yang dimuatnaik olehnya (Aleeya) itu. Sampai menitis air mata saya. Tidak sangka saya sanggup berbuat demikian demi untuk pertahankan saya.

    “Apapun, dia sudah besar. Dia sudah 15 tahun. Dia beritahu saya dia muatnaikkan status berkenaan kerana dia sudah tidak tahan lagi apabila membaca kenyataan dari pihak sebelah sana dan dia mahu ceritakan keadaan yang sebenar.

    “Bayangkan seorang anak yang saya tidak ajar untuk berbuat demikian, tiba-tiba buat macam itu? Dan selalunya, yang akan pertahankan saya adalah anak perempuan saya yang kedua iaitu Putri Aleefa Antasha, 11. Tapi, inilah kali pertama dia berbuat demikian,” kata Awie.


Sumber : gosipmalaysia.com

Monday, February 2, 2015

Nicol David Catat Rekod Baharu Juara Dunia

Juara skuasy dunia, Nicol David mencatat rekod baharu apabila kekal pada kedudukan terbaik itu untuk tempoh 106 bulan.


berita, info sukan, Nicol David, Nicol David Catat Rekod Baharu Juara Dunia, sensasi, Sukan Skuasy,

Anak kelahiran Pulau Pinang kini menduduki tempat teratas senarai Persatuan Skuash Wanita (WSA) pada Januari 2006, menamatkan rekod 105 bulan milik Susan Devoy dari New Zealand pada Februari 1993 yang pernah memenangi empat kali gelaran juara dunia.

Pencapaian cemerlang wanita berusia 31 tahun ini adalah yang terbaharu dalam kerjayanya termasuk lapan gelaran juara Kejohanan Dunia, dua pingat emas Sukan Komanwel dan empat pingat Sukan Asia.

"Menjadi yang terbaik adalah sesuatu yang kita perlu capai tiap hari.

"Bagi saya, yang utama adalah bersedia menghadapi setiap kejohanan, selebihnya adalah bonus," kata bintang sukan Malaysia itu.

Sumber : msatr.com.my

Thursday, January 29, 2015

Chelsea Putuskan Untuk Jual Andre Schurrle

Chelsea telah memutuskan untuk menjual penyerang Jerman mereka Andre Schurrle bagi membolehkan mereka memperolehi dana segera untuk mengantikannya dengan pemain Colombia, Juan Cuadrado.


Chelsea Putuskan Untuk Jual Andre Schurrle, info sukan, berita, bola sepak, chelsea, Andre Schurrle

Jika rancangan untuk menghantar Schurrle kembali ke Jerman sukses, Cuadrado, 26, mungkin sempat untuk didaftarkan menjelang perlawanan menentang juara bertahan Manchester City, Sabtu ini.

Menurut laporan terkini portal berita Mail Online, Wolfsburg kini berminat untuk membeli pemenang Piala Dunia berusia 24 tahun itu dan Chelsea bersedia melepaskannya pada harga £30 juta tunai.

Chelsea juga dilaporkan sedia mendengar tawaran untuk Schurrle dari sebuah lagi kelab Jerman iaitu Borussia Dortmund.

Jose Mourinho diketahui tidak meminati corak permainan Schurrle, tetapi mengiktiraf nilai sebenar pemain itu apatah lagi Schurrle dikatakan ingin kembali ke tanah airnya semula.

Dengan pintun perpindahan pertengahan musim ini akan ditutup tengah malam Isnin depan, Chelsea dan sesiapa sahaja yang inginkan khidmat Schurrle perlu bertindak pantas.

Chelsea pula hanya akan melakukan tawaran rasmi ke atas Cuadrado, sekiranya mereka berjaya menjual Schurrle.

Sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan Cuadrado mestilah memenuhi syarat wajib bayar £26.8 juta kepada kelabnya sekarang iaitu Fiorentina untuk memperolehi hak komersilnya.

Sumber : mstar.com.my