Showing posts with label gosip. Show all posts
Showing posts with label gosip. Show all posts

Wednesday, February 11, 2015

Zulin Aziz Bertunang Dengan Ariz Forteen?

Sekeping gambar Zulin Aziz dan Ariz daripada kumpulan Forteen telah menyebabkan ribuan gadis-gadis mengalirkan air mata mereka baru-baru ini. Mana tidaknya, Zulin dan Ariz dilihat bersanding di atas pelamin. Ramai yang membuat anggapan mereka berdua telah bertunang. Tambahan pula ada rakan-rakan artis yang turut sama mengucapkan tahniah kepada mereka.


Zulin Aziz Bertunang Dengan Ariz Forteen?, info, terkini, hiburan, gosip, Zulin Aziz, Aris Forteen

Tidak mahu para peminat tertanya-tanya, Zulin Aziz telah tampil untuk menjelaskan keadaan. Mereka berdua tidak bertunang. Ia hanya sekadar menangkap gambar di atas pelamin bersama dengan best friend forever(bff). Terang Zulin:-


Zulin Aziz Bertunang Dengan Ariz Forteen?, info, terkini, hiburan, gosip, Zulin Aziz, Aris Forteen

Jadi para peminat Ariz Forteen terutamanya bolehlah menarik nafas lega. Jangan risau. Jejaka kacak anda masih single mingle. Tak ada tunang, tak ada kekasih (ini tak pasti) dan masih mencari (ini kemungkinan). Mereka berdua hanya kawan baik. Tiada cinta di antara mereka. Hehehe. Sila lap kembali air mata anda.

Sumber : beautifulnara.com

Punca Tomok Tolak "Show" Luar KL

Penyanyi Tomok terpaksa menolak tawaran persembahan di luar Lembah Klang buat seketika bagi menemani isterinya Rahayu Abbas (Ayu), 32, yang dijangka bersalin anak kedua mereka dalam masa terdekat.


Punca Tomok Tolak "Show" Luar KL, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Tomok

Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 31, berkata, pada keadaan ini dia perlu bersedia dan sentiasa berada dekat dengan isteri kerana khuatir isterinya akan bersalin awal daripada tarikh sepatutnya.

"Saya tidaklah berehat sepenuhnya tetapi saya banyak menolak tawaran di luar Kuala Lumpur kerana bimbang meninggalkan isteri dalam keadaan dia akan bersalin pada bila-bila masa.

"Persembahan di Kuala Lumpur saya masih terima cuma kini dalam keadaan bersedia menyambut anak kedua," katanya kepada mStar Online.

Tomok ditemui pada majlis sidang media pelancaran klip video lagu tema filem Isyarat Cinta iaitu Tak Harus Memiliki di Restoran Rebung di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, Tomok memberitahu dia dan isterinya lebih berjimat dalam menyambut kehadiran bayi kedua mereka dan menggunakan kembali barangan anak pertama, Arrianshah Akid yang kini berusia tiga tahun.


Punca Tomok Tolak "Show" Luar KL, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Tomok

Tomok bakal menimang anak kedua dalam waktu terdekat.

"Anak kedua juga Insya-Allah lelaki jadi untuk mengelakkan pembaziran kami hanya beli barangan yang penting sahaja dan mengguna kembali barang milik Arrian," ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai Tak Harus Memiliki, Tomok berkata, lagu runut bunyi (OST) memainkan peranan penting dalam mempromosikan sesebuah filem.

Malah kata Tomok, menerusi lagu tema itu juga dapat membawa penonton ke pawagam kerana minat mereka terhadap sesebuah lagu itu.

"Saya sebelum ini ada dua kali merakamkan lagu OST untuk filem dan Alhamdulillah ia memberi impak kepada filem berkenaan.

"Ia promosi cukup baik untuk menarik minat penonton tambahan pula jika ia turut hadir dengan klip video," ujarnya.

Tak Harus Dimiliki adalah ciptaan sepenuhnya Fazz Alberto atau GG (Sixth Sense).

Dalam perkembangan sama, GG memberitahu, dia mencipta lagu berkenaan khas untuk filem Isyarat Cinta selepas penerbitnya, Datuk Rosyam Nor memberikan kepercayaan itu.

Jelas GG lagi, dia menonton terleboh dahulu filem berkenaan selain meneliti sinopsisnya sebelum hadir dengan lirik dan melodi.

"Dua tiga kali juga saya menonton filwm berkenaan untuk mendapatkan idea dan akhirnya tercetus juga ilham sehingga siapnya Tak Harus Memiliki," katanya.

Isyarat Cinta merupakan filem arahan Bade Hj Azmi yang akan menemui penonton di pawagam pada 19 Mac 2015.

Bagaimanapun pada 4 Mac 2015, tayangan amal perdana anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) akan diadakan di pawagam Cathay e-Curve, Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Tiket eksklusif menyaksikan tayangan amal perdana ini ialah dari RM100 yang antara lain bertujuan mengumpul dana membantu mangsa-mangsa banjir di negeri Pantai Timur.

Penonton yang turut serta dalam projek amal ini akan berpeluang menjadi orang pertama menonton filem ini selain dapat bersamah mesra dan menikmati makan malam bersama artis.

Isyarat Cinta menampilkan Adi Putra, Liyana Jasmay dan Fizo Omar yang mengisahkan percintaan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Untuk tempahan tiket dan sebarang pertanyaan mengenai tayangan amal ini bolehlah menghubungi 017-2429699 (Bohari) dan 012-2578884 (Amie).

Sumber : mstar.com.my

Pembekuan Akaun: Bekas Pengurus Zizan Razak Perlu Bayar RM20,000

Hasrat bekas pengurus Zizan Razak iaitu Marina Juki untuk menghalang pembekuan akuan syarikat pengursan artis Wire Fame Entertainment Sdn Bhd gagal sebaliknya wanita berkenaan perlu membayar kos sebanyak RM20,000.


Bekas Pengurus Zizan Razak Perlu Bayar RM20,000, info, terkini, hiburan, sensasi,gosip, kontroversi, zizan razak, kontroversi zizan dan marina juki,


Hakim Datuk John Louis O'Hara dalam keputusannya mengarahkan Marina selaku plantif membayar kos mahkamah kepada Maybank Islamic Berhad (Maybank Islamic) sebanyak RM10,000 selaku defenden pertama dan jumlah serupa kepada Zizan sebagai defenden kedua.

John Louis sebelum itu membenarkan permohonan Zizan untuk membatalkan saman bekas pengurus pelawak itu berhubung pembekuan akaun syarikat berkenaan selepas pihak plaintif gagal untuk membawa tindakan undang-undang terhadap Wire Fame Entertainment Sdn Bhd selaku defendan ketiga seperti mana diperuntukkan mengikut Seksyen 181 A (1) Akta Syarikat 1965.

Plaintif juga gagal membuktikan penderitaan yang ditanggung akibat pembekuan akaun berkenaan seperti mana didakwa kepada mahkamah bagi mengukuhkan kes berkenaan.


Bekas Pengurus Zizan Razak Perlu Bayar RM20,000, info, terkini, hiburan, sensasi,gosip, kontroversi, zizan razak, kontroversi zizan dan marina juki,
Bekas pengurus, Marina Juki.

Marina pada 30 September 2014, memfailkan saman ke atas Zizan atau nama sebenarnya, Mohd Razizan Ab. Razak, 31, Maybank Islamic Bhd. (Maybank Islamic) dan Wire Fame Entertainment Sdn Bhd defendan ketiga.

Terdahulu pada 14 Januari lalu, Marina berjaya memperoleh perintah injunksi sementara untuk menghalang pelawak dan pelakon itu daripada menandatangani sebarang kontrak baharu dan membuat sebarang endorsement dengan stesen televisyen berbayar, Astro atau mana-mana produksi lain sehingga injunksi kekal didengar.

Injunksi sementara secara ex-parte (sebelah pihak) itu dikeluarkan oleh Hakim Hassan Abdul Ghani di Mahkamah Sesyen di sini.


Sumber : mstar.com.my

Ifa Raziah Komen Comeback Amelina

Sebenarnya kami juga tertanya-tanya benarkah Amelina sudah membuat kemunculan semula? Kerana tak ada pula kami dengar penyanyi yang mendapat jolokan ratu dangdut ini mengeluarkan album atau single terbaru.


Ifa Raziah Komen Comeback Amelina, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Ifa Raziah, Amelina, Ratu dangdut


Mungkin masih dalam proses rakaman kot. Tapi tak sangka pula, Ifa Raziah yang juga seorang penyanyi dangdut mempunyai komennya sendiri mengenai comeback Amelina. Ada yang tak kena ke?



Ifa Raziah Komen Comeback Amelina, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Ifa Raziah, Amelina, Ratu dangdut


    Comeback sesuatu yang baru, saya tak nampak benda yang baru (dari Amelina), dia masih nyanyi lagu-lagu lama, mana yang barunya?

    Tidak mengapalah dia nak muncul, muncul la, takde siapa menghalang pun. Takde dia ke, ada dia ke, sama sahaja, takde beza pun pada saya. – Mynewshub

Difahamkan, Ifa membuat kenyataan tersebut bagi menjelaskan yang dia tak merasa tergugat apabila Amelina akan kembali memeriahkan industri hiburan.

Iyalah, bukan ramai sangat pun yang memperjuangkan muzik dangdut. Tapi persaingan boleh tahan sengit juga. Kalau Amelina dan Ifa berduet pun apa salahnya, kan?

Sumber : ohbulan.com

Rania Marketing Dakwa Azad & Eira Terima Pendapatan Hampir RM200,000

Baru-baru ini kecoh apabila Azad Jasmin dan isterinya Eira Syazira mendakwa hampir 1000 orang dibawahnya tidak mendapat pulangan seperti yang dijanjikan Rania Marketing.


Rania Marketing Dakwa Azad & Eira Terima Pendapatan Hampir RM200,000, info, terkini, h iburan, gosip, kontroversi, Azad, Eira,

Malah Azad sendiri sudah pun membuat laporan polis berhubung dakwaan dirinya melarikan sejumlah wang milik pelabur. Namun menurut rekod Rania Marketing memang Azad dan Eira Syazira memperoleh pendapatan hampir RM200, 000. Siapa yang betul sekarang ini?


Rania Marketing Dakwa Azad & Eira Terima Pendapatan Hampir RM200,000, info, terkini, h iburan, gosip, kontroversi, Azad, Eira,

Bercakap kepada media, Mohd Hisham yang merupakan duta Rania Marketing mendakwa Datin Muniroh Shuhaimy dan suami tidak pernah menuduh bahawa Azad menggelapkan atau melarikan wang orang bawahannya seperti mana didakwa media.

    Ini semua salah faham, Datuk tak pernah mengatakan dalam mana-mana media bahawa dia menuduh Azad dan Eira Syazira menggelapkan atau mengambil sejumlah wang yg dinyatakan.

    Datuk hanya cakap mereka berdua mencapai pendapatan terkumpul hampir 200k semasa menjadi pengedar Rania sejak Mei 2014 sehingga sekarang.

Tambah dirinya, perancangan roadshow yang telah dirancang melibatkan Azad dan isteri turut terbatal ekoran daripada keputusan mereka menarik diri.

Pada masa sama, Hisham menjelaskan bahawa dakwaan yang ditimbulkan oleh Azad sebenarnya berpunca daripada salah faham dan pengetahuan yang kurang tentang plan syarikat.

    Rania Marketing ada plan dan pakej pemasaran yang tersendiri malah berdaftar dan dikawal selia oleh KPDNKK. Kami menyediakan plan tertentu dan plan ini perlu difahami oleh semua orang.

    Kami yakin wujud kekeliruan dan salah faham daripada pihak Azad.

Azad juga dialu-alukan untuk datang ke pejabat Rania Marketing pada bila-bila masa dan bertanya tentang permasalahan seperti yang didakwa.

    Kami harap agar azad tampil ke syarikat dan berbincang dengan kami daripada terus ke media. Kenyataan dia dah kelirukan ramai org termasuk semua industri MLM. Bila berlaku mcm ni, orang pandang rendah MLM. Kalo boleh Azad dtg cakap secara gentleman.

    Mohon rangkaian Azad boleh beritahu apa masalah sebenar, siapa yang tak dapat pulangan. Dalam Utusan cakap sehingga 1000 org. Bagi saya ini kekeliruan, 1000 orang boleh datang pejabat buat semakan.


Rania Marketing Dakwa Azad & Eira Terima Pendapatan Hampir RM200,000, info, terkini, h iburan, gosip, kontroversi, Azad, Eira,

Ketika ditanya sama ada tindakan undang-undang bakal diambil ke atas Azad, Hisham sebolehnya mahu ia diselesaikan secara baik namun memberi 14 hari untuk Azad menjawab dan memperbetulkan kembali keadaan.


Sumber : ohbulan.com

Tuesday, February 10, 2015

Shaheizy Sam Nafi Pernah Bercinta Dengan Nur Fazura

Jika sebelum ini, Fazura mendakwa pernah bercinta dengan Shaheizy Sam di dalam rancangan Facing Up to Fazura, kali ini giliran Sam pula untuk menafikan perkara tersebut melalui rancangan Melodi pada hujung minggu lalu di TV3.


Shaheizy Sam Nafi Pernah Bercinta Dengan Nur Fazura, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, shaheizy sam, fazura

Sam dikatakan berdiam diri dan tidak mempedulikan perkara itu namun dia menafikannya dengan alasan penat bekerja malah turut menafikan bahawa Fazura bertepuk sebelah tangan disebabkan sikap Sam sendiri yang memberi bayangan seolah-olah itu sebenarnya yang berlaku.

“Tak adalah, orang cantik seperti itu takkanlah bertepuk sebelah tangan. Cuma bila tiba masanya untuk saya bercerita nanti barulah saya akan bercerita”

“Ia lebih kepada hubungan kawan di mana kami bekerja secara profesional bersama-sama. Bagi orang yang tidak kenal mungkin berasa tidak selesa dengan dia tetapi saya selesa dengan dia dan masih berkawan dengan dia,” katanya.

Masih lagi mahu berteka-teki, kita tunggu saja apa kata pelakon ini yang pernah mengakui dia sering keluar bersama Fazura, apabila dia sudah bersedia nanti.

Sumber : rotikaya.com

Kenapa Baru Sekarang Malique Keluarkan Kenyataan? – Joe Flizzow

Tak sangka pula sebaik sahaja lagu Apa Khabar dinobatkan sebagai Juara pada malam Anugerah Juara Lagu (AJL) 29 tempoh hari, banyak pula isu lain yang timbul.


hiburan, info, terkini, gosip, joe flizzow, malique, too phat,

Walaupun Malique selaku bekas anggota Too Phat telah menjelaskan bahawa dia tak pernah menjawab ‘Khabar baik, bro’ menerusi laman sosial sebagai balasan kepada lagu Apa Khabar, tapi nampaknya perkara ini makin melarat pula.


hiburan, info, terkini, gosip, joe flizzow, malique, too phat,

    Saya tidak mahu bercakap mengenai lagu Rindu kerana tidak tahu apa-apa mengenainya. Malah, tak pernah dengar pun. Saya rasa dia kena jelaskan kerana ramai orang ingat lagu itu jawapan kepada Apa Khabar.

    Jujur, ketika hasilkan Apa Khabar, saya tak perlukan jawapan balas. Kalau mahukan jawapan, saya boleh dapat menerusi panggilan telefon, SMS atau berjumpa terus dengannya.

    Kalau ada isu, patutnya sudah lama jadi, tapi kenapa baru sekarang? Adakah sebab menang AJL? Selepas 15 bulan, baru dia keluarkan kenyataan. Mungkin AJL beri kesan pada hidup dia atau mungkin ada perhatian yang tidak diingini.

    Saya sendiri tak faham situasi dia dan melihat kenyataannya sebagai penjelasan terhadap karyanya yang tiada kena mengena dengan AJL.


hiburan, info, terkini, gosip, joe flizzow, malique, too phat,

Apapun, buat anda yang masih belum pernah mendengar lagu Rindu yang dihasilkan oleh Malique, jom klik button play kat bawah. Sedap juga lagu ni, mendayu-dayu.


Sumber : ohbulan.com

Kim Jong Kook Bakal Tinggalkan Running Man

Sebut sahaja nama Kim Jong Kook pasti ramai terbayang akan keletahnya dalam Running Man. Terbaru penyanyi berbadan sasa itu meluahkan hasrat untuk meninggalkan Running Man kerana kerap cedera sepanjang rancangan tersebut.


Kim Jong Kook Bakal Tinggalkan Running Man, hiburan, sensasi, artis korea, running man

Habis siapa yang bakal menggantikan tempat Kim Jong Kook yang dikenali sebagai ‘Commander‘ ini?

Ketika ditanya menerusi program ‘Healing Camp’, Kim Jong Kook menjelaskan dirinya terfikir untuk meninggalkan rancangan tersebut dua tahun lalu kerana kerap cedera dan bergantung dengan bekalan ubat.

    Saya sering membawa bekalan ubat ketika berada di set penggambaran Running Man dan saya akui agak sukar untuk saya meneruskan penggambaran tanpa bantuan ‘athletes tape’ itu.

    Kerana sering tercedera saya pernah terfikir untuk menarik diri dari rancangan tersebut dua tahun yang lalu.

Akibat kerap cedera, Kim Jong Kook merasa bersalah terhadap rakan sepasukan. Iyalah rancangan tersebut memerlukan kecergasan untuk lari sana sini. Kalau tak fit, memang kena tapau la jawabnya.

    Perasaan bersalah sering menghantui diri saya kerana khuatir saya tidak dapat memberikan yang terbaik kepada ahli dan juga produksi Running Man.

Apa pun kami pasti Kim Jong Kook takkan tinggalkan rancangan tersebut berikutan sambutan luar biasa peminat seluruh dunia. Malah ada yang menonton Running Man semata-mata nak tengok Kim Jong Kook.

Kredit Berita : Astro Gempak

Sunday, February 8, 2015

Ainan Tasneem Didakwa Berlagak Diva!

Namanya tidak asing lagi dalam dunia nyanyian. Siapa tidak kenal dengan penyanyi cantik manis bertudung ayu ni memang ketinggalan zamanlah hihii. Penyanyi yang dimaksudkan ialah Ainan Tasneem. Gosip panas tentang Ainan Tasneem terus berterusan memburu dirinya. Terdahulu “Ainan Tasneem Terkilan Dituduh Berpimpin Tangan dengan Kekasih“.


Ainan Tasneem Didakwa Berlagak Diva!, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Ainan Tasneem

Bagi menjawab persoalan tersebut Ainan Tasneem tampil memberi kenyataan berhubung gosip yang melanda dirinya itu dalam “Ainan Tasneem Jawab Persoalan Pegang Tangan Kekasih“.

Namun, harini lain pulak cerita apabila dia didakwa semakin berlagak diva. Alahai ape ceta ni? Hurmm.. Ainan dikatakan berlagak diva apabila ada pihak yang mengadu dia sukar memberikan kerjasama.

Tak pasti pulak kerjasama yang macam mana sukar diberikan sehingga penyanyi popular lagu Aku Suka Dia ini dikatakan gemar beri alasan apabila disuruh berbuat sesuatu.


Ainan Tasneem Didakwa Berlagak Diva!, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Ainan Tasneem

Pihak yang dikatakan merungut tentang perangai penyanyi ini pun dalam kalangan orang terdekatnya jugak, Opss! Sapelah agaknya orang tu kan.

Diharap bila timbulnya isu sebegini, ia akan menjadi pengajaran buat semua selebriti tanah air. Manusia biasa sama jer, semua bermula dari bawah. Ada pasang surutnya, ada masa kita di atas dan ada masa pulak kita di bawah. Jadi tak usahlah nak ada rasa meninggi diri, berlagak itu dan ini. Apa yang penting sama-sama muhasabah diri, jangan cepat mudah lupa diri. Itu kan lebih elok tak gitu?

Apa-apa pun selamat maju jaya untuk Ainan!'


Sumber : gosipmalaysia.com

Caliph Buskers Tepis Dakwaan Tolak Undangan Persembahan Di Majlis Kahwin

Caliph Buskers kini menjadi bintang yang semakin menyerlah selepas ‘Caliph Buskers Kini Jadi Fenomena, Patut Menang AJL29‘ gara-gara membuat persembahan mantap di pentas Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) sebelum ini. Persembahan terbaik Anugerah Juara Lagu pastinya memberikan nafas baharu kepada kumpulan Caliph Buskers dalam menempuh industri hiburan tanah air.


Caliph Buskers Tepis Dakwaan Tolak Undangan Persembahan Di Majlis Kahwin, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Caliph Buskers

Terkini ‘Caliph Buskers Tolak Populariti, Mahu Terus Jadi Pemuzik Jalanan‘ merupakan pendirian mereka walaupun semakin dikenali. Dengan gelaran artis baharu, Caliph Buskers kini semakin sibuk memenuhi jadual seharian dengan aktiviti nyanyian dan persembahan.

Namun terdapat desas-desus yang kurang enak di dengar apabila ada mengatakan Caliph Buskers tidak lagi menerima undangan persembahan di majlis perkahwinan. Yelarkan, sebelum menjadi selebriti yang dikenali kumpulan mereka hanya bermula dengan busking di jalanan dan majlis perkahwinan sahaja. Kini dah popular pasti memilih kan? Opss! Rasanya kumpulan bukan begitu. Ehem penulis yakin ini semua salah faham sahaja.


Caliph Buskers Tepis Dakwaan Tolak Undangan Persembahan Di Majlis Kahwin, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Caliph Buskers

Justeru, tampil ahli kumpulan Caliph Buskers, Azmi menjelaskan, mereka masih menerima jemputan untuk persembahan di majlis seperti itu. Hairan juga yer kenapa pula gosip ini tiba-tiba muncul, ada pihak yang dengki kot. Opss!

    “Jangan risau. Kami masih lagi menerima jemputan untuk orang kawin. Kami tak kan lupakan sahabat-sahabat Caliph yang telah mengundi kami sehingga dinobatkan sebagai pemenang persembahan terbaik tempoh hari.

    “Saya yakin, kebanyakan pengundi bukanlah dari keluarga yang senang. Pengundi juga bukanlah sebuah syarikat. Semua undian datang dari individu. Tapi kerana semangat untuk menyokong, kalian tetap mengundi.

    Lebih-lebih lagi yang mendoakan kejayaan kami,”


Pada kebiasaannya pihak Caliph Buskers akan mengenakan kadar bayaran yang jauh lebih rendah kepada mana-mana individu atau pihak yang mengundang mereka untuk membuat persembahan di majlis perkahwinan kerana jemputan orang kawin bajetnya datang dari poket individu. Lain kalau jemputan makan malam dari syarikat-syarikat besar. Mereka ada bajet untuk bayar walaupun bayarannya besar.

    “Kami sekumpulan buskers. Kami tahu susah senang mencari rezeki. Insya ALLAH, selagi para sahabat ada disamping kami, kami akan cuba berikan yang terbaik selagi kami mampu. Tujuan bermuzik adalah untuk didengari dan menghiburkan orang bukan untuk mencari kekayaan.

    Jangan ada yang takut untuk mengundang kami kerana kami tetap seperti yang dulu. Kami tetap Caliph Buskers yang akan menjadi Buskers sampai bila-bila,”

Syukur mereka masih lagi merendah diri walaupun kini semakin dikenali. Berlainan dengan sesetengah artis bila dah popular mula lah nak letakkan bayaran tinggi. Eh!, apa pun penulis doakan semoga kumpulan Caliph Buskers semakin maju dan makin dikenali ramai. Memang mantap persembahan mereka sehingga berjaya membuatkan airmata penulis tumpah

Sumber : gosipmalaysia.com

Punca Zalif Sidek Tinggalkan MIG

Jika sebelum ini Yana Samsudin dengan rela hati meninggalkan MIG dan menguruskan kariernya sendiri, kini tiba pula giliran pelakon Zalif Sidek berhenti bernaung di bawah Metrowealth Movies Production (MIG).


Punca Zalif Sidek Tinggalkan MIG, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, zalif sidek

Mengakui menamatkan kontrak bersama MIG Disember lalu, selepas empat tahun bersama syarikat penerbitan tersebut, Zalif Sidek berkata, tiba masanya dia membawa haluan sendiri.

Meskipun produksi milik Mejar (K) David Teo itu pernah berdepan kontroversi bayaran tidak setimpal, namun bagi Zalif pengundurannya dari MIG bukanlah kerana isu tersebut.

“Saya akui ketika di awal penglibatan saya sebagai pelakon memang saya mendapat bayaran yang rendah. Lagipun siapalah saya ketika itu, tetapi MIG satu-satunya syarikat yang memberi peluang kepada saya sehingga dikenali hari ini”

“Malah selepas empat tahun, saya sendiri terkejut apabila mendapat bayaran yang agak tinggi dan di luar jangkaan saya sendiri,” katanya.

Ditanya mengapa dia tidak menyambung kontrak bersama MIG, jelas Zalif, ia tiada kaitan dengan sebarang isu atau hubungan kurang baik yang timbul bersama syarikat berkenaan.

“Keluarnya saya dari MIG adalah selepas perbincangan bersama dengan David. Dia sendiri memberi peluang kepada mana-mana artis untuk bergerak sendiri jika telah bersedia.

“Saya yakin, kerjaya bersama MIG masih ada memandangkan beliau sendiri sudah memberitahu akan terus menawarkan projek kepada saya selepas ini,” jelasnya.

Sumber : rotikaya.com

Nabil Bersara, Sepahtu Umum Tarik Diri Daripada MLM Tahun Hadapan

Di saat semua orang sedang bergembira dengan pencapaian peserta kegemaran masing-masing di Maharaja Lawak Mega 2014 semalam, ada berita kurang menggembirakan untuk peminat Nabil dan Sepahtu. 


Nabil Bersara, Sepahtu Umum Tarik Diri Daripada MLM Tahun Hadapan, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, sepahtu, nabil,

Nabil telah mengumumkan yang MLM2014 adalah MLM terakhir buat dirinya sementara Sepahtu pula memaklumkan yang akan berehat sebentar daripada rancangan ini. Pastinya sedikit sebanyak MLM akan hilang serinya tahun hadapan tanpa kehadiran mereka berdua.
 

Nabil Bersara, Sepahtu Umum Tarik Diri Daripada MLM Tahun Hadapan, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, sepahtu, nabil,

Penat sebenarnya memerah keringat untuk membuat lawak setiap minggu. Bukan satu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi untuk Nabil yang beraksi secara bersendirian. Keputusan ini bagaimanapun sedikit sebanyak memberi peluang kepada pelawak-pelawak lain untuk muncul menunjukkan bakat mereka. Lagipun kalau selalu sangat keluar tv orang bosan juga kan?

Apa pun all the best dan tahniah diucapkan kepada Nabil dan Sepahtu atas lawak yang dipertontonkan sepanjang MLM2014.

Sumber : beautifulnara.com

Mengejutkan!! Punca Eida Moin Kurang Terima Tawaran Berlakon

Setiap pasangan yang berkahwin semestinya mengimpikan kehidupan bahagia dan menginginkan mahligai yang dibina berkekalan hingga akhir hayat. Namun lain pulak kisah Pelakon dan penyanyi Eida Moin ini.


Mengejutkan!! Punca Eida Moin Kurang Terima Tawaran Berlakon, info, terkini, hiburan, sensasi, eida moin, gosip,

Walaupun cuba mempertahankan rumah tangganya yang dibina hampir 10 tahun, namun Eida Moin, 35 tidak mampu melawan takdir apabila dia diceraikan secara sah di Mahkamah Syariah, hujung Disember lalu. Sedih pulak Ida Melly dengan Eida Moin ni mana taknya hampir 10 tahun tu mahligai dibina dan ia bukanlah satu tempoh yang singkat!

Eida atau nama sebenar Siti Haida Abd Moin akui walaupun apa yang berlaku sangat pedih untuk ditelan, namun dia tidak mahu kisah penceraiannya menggangu perjalanan hidup dan kerjaya seninya.

Eida Moin yang mula dikenali menerusi kumpulan Moin bersama adiknya Eddy, kini kembali bersemangat untuk meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian apabila dia muncul dengan single terbaru.

Eida yang kini sibuk mempromosi single terbarunya, Kahwin Lagi dimana lirik lagu tersebut dihasilkan oleh bekas anggota kumpulan UG14 iaitu Teddy Iskandar. Teddy Iskandar menegaskan bahawa dia tidak mahu mengungkit apa yang telah berlaku.

    “Sejujurnya, rumah tangga saya dan Naquib memang bermasalah sejak lima tahun lalu. Sebagai isteri, saya cuba melakukan yang terbaik untuk mempertahankannya tetapi memang tertulis jodoh kami hanya sampai di sini.

    “Saya tidak mahu bercerita panjang mengenainya. Biar perkara yang berlaku itu berlalu. Yang penting sekarang, saya harus bangkit dan bina hidup baru. Paling utama, saya harus bekerja keras demi masa depan saya dan anak, Nur Dhia Dania,” katanya.

Kata Eida lagi, kembali menyanyi dan menghasilkan lagu single juga merupakan sebahagian daripada usahanya untuk mengembangkan kembali bakat dan nama yang sedia ada.

    “Sebenarnya, niat untuk kembali menyanyi sudah lama ada, cuma peluang dan keadaan pasaran tidak menentu membuatkan saya berasa kurang yakin untuk merakam lagu baru.

    “Tahun lalu tiba-tiba Teddy datang menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan saya. Lagu diberikan juga menarik. Sesuatu yang sudah lama tidak dilakukan mana-mana penyanyi,” katanya.

Tegas Eida, perancangan merakam lagu Kahwin Lagi dibuat sebelum bercerai dan tiada kena mengena dengan kisah hidupnya.

    “Apabila mendengar lagu ini, jangan ada pula yang salah faham kerana lagu ini sudah lama dicipta. Pada awalnya ia seharusnya dinyanyikan seorang pendatang baru tetapi dia tidak dapat memberi komitmen, menyebabkan Teddy dan pihak syarikat rakaman Rousing Muses Sdn Bhd terpaksa mencari pengganti.

    “Lagu ini berkonsepkan satira atau komedi yang pernah dirakam Anita Sarawak dan contoh paling dekat untuk mengenali karya begini adalah Kalau Berpacaran yang dipopularkan Ana Raffali, Sohaimi Mior Hassan dan Altimet sebelum ini.

    “Saya tahu ramai pihak skeptikal apabila saya mengambil keputusan kembali menyanyi tetapi ia bukan bidang yang asing kerana saya pernah melakukannya bersama adik saya dulu. “Pada saya, dalam usia sekarang bukan sesuatu yang sangat lewat. Malah, ada juga pe­nyanyi yang bertahun-tahun mening­galkan industri muzik tempatan diterima baik peminat apabila membuat kemunculan semula,” katanya.

Bagi Eida, kembali menyanyi sekurang-kurangnya memberi peluang untuk mendapat duit lebih. Tambahan lagi dia kini bergelar sebagai ibu tunggal yang membesarkan anaknya sendirian.

    “Sekarang tawaran berlakon juga perlahan dan tidak sekencang dulu, terutama apabila badan saya kembali susut.

    Saya hairan apabila tidak lagi gemuk, orang tidak mahu lagi mengambil saya berlakon. “Saya juga hairan apabila keba­nyakan produser, pengarah mahupun peminat melabelkan saya pelawak, sedang­kan saya tidak pernah mengehadkan bakat pada satu-satu genre.

    “Bagaimanapun, saya bersyukur kerana dengan lawaklah saya lebih dikenali sebagai pelakon, namun saya cuba memastikan bakat saya berkembang dalam semua sudut dan watak.

    “Selain berlakon, saya juga mengacara. Apabila saya kembali menyanyi dan muncul dengan single Kahwin Lagi, ia lebih mudah kerana apabila ada tawaran menjayakan persembahan, saya boleh melakukan dua tiga perkara dalam satu masa dan pasti penganjur yang mempelawa saya akan memperoleh keuntungan,” katanya.


Sumber : gosipmalaysia.com

Saturday, February 7, 2015

Gambar Fazura Dan Zizan Keluar Bersama Selepas Kontroversi MLM2014

Pelbagai spekulasi muncul kononnya selebriti paling berpengaruh di Malaysia iaitu Fazura dan Zizan Razak sedang bergaduh gara-gara penyingkiran kumpulan Virus dari pentas Maharaja Lawak Mega 2014. Lebih-lebih lagi pernah muncul gosip ‘Fazura Meluat Dengan Perangai Zizan Razak Yang Berlagak‘. Peminat pun dah pening apa sebenarnya yang terjadi antara mereka. Rasanya mereka telah berdamai setelah ‘Zizan Razak Muat Naik Permohonan Maaf Di Instagram‘.


Gambar Fazura Dan Zizan Keluar Bersama, Kontroversi MLM2014, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, zizan razak, fazura


Alahai, dah macam pasangan bercinta la pulak setelah melihat gambar mereka keluar bersama. Dimana Emma Maembong? Opss! Apa pun kami sebagai peminat gembira dengan tindakan bijak mereka untuk berdamai walaupun hakikatnya mereka bukan bergaduh pun. Media sosial sahaja yang suka menambah-nambah cerita termasuk lah Gosip Malaysia.


Gambar Fazura Dan Zizan Keluar Bersama, Kontroversi MLM2014, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, zizan razak, fazura

Gambar Fazura Dan Zizan Keluar Bersama, Kontroversi MLM2014, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, zizan razak, fazura


    Zizan Razak – Makan gelak makan gelak #LovenotHate #FAZURA #ZIZANRAZAK #ZIZAN

    Fazura – Makan. Gelak. Makan. Gelak. @zizanrazak869 #LovenotHate

Gambar ini dimuatnaik oleh mereka berdua serentak, pada masa yang hampir sama pada 4 Februari 2015

Justeru, buat keyboard worrior sudah-sudah la tu nak lagakan mereka berdua sedangkan hubungan persahabatan mereka baik-baik sahaja.

Sumber : gosipmalaysia.com

Hanis Zalikha Adakan Pre Wedding Di Paris?

Kelihatan kemas bergaya di hadapan Eiffle Tower ditambah lagi dengan persalinan Hanis Zalikha persis busana pengantin, perkara tersebut menguatkan lagi sangkaan peminat bahawa pasangan ini sedang menjalani sesi fotografi pre wedding di Paris.


Hanis Zalikha Adakan Pre Wedding Di Paris? , info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, hanis zalikha,

Semakin berahsia, semakin peminat tidak sabar untuk tahu.

Sebelum ini, Hanis memuatnaik gambar mereka ketika berada di butik barang kemas dan perkara itu membuatkan puluhan ribu peminatnya tertanya-tanya dan mendoakan agar pasangan ini cepat melangsungkan majlis perkahwinan.

Pada jangkaan kami, jika melihatkan daripada gambar mereka berdua, apabila pulang ke tanah air nanti, pasti Hanis akan berkongsi mengenai tarikh perkahwinan atau apa pun rancangan mereka seterusnya.

Buat peminat setia dua pasangan merpati secocok ini harap bersabar & boleh like gambar Hanis banyak kali jika anda suka gambar comel mereka berdua.


Hanis Zalikha Adakan Pre Wedding Di Paris? , info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, hanis zalikha,

Hanis Zalikha Adakan Pre Wedding Di Paris? , info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, hanis zalikha,

Hanis Zalikha Adakan Pre Wedding Di Paris? , info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, hanis zalikha,

Hanis Zalikha Adakan Pre Wedding Di Paris? , info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, hanis zalikha,

Hanis Zalikha Adakan Pre Wedding Di Paris? , info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, hanis zalikha,

Sumber : rotikaya.com

Fara Fauzana Jawab Isu Berumahtangga

Hos baru program Muzik Muzik, Fara Fauzana menjelaskan dia kini hanya mengikut perancangan Allah mengenai jodohnya. Dia yang ditemui kelmarin memberitahu setiap tahun dia berusaha dan berdoa agar ditemukan jodoh tetapi itu semua ketentuan sebagai manusia dia hanya mampu untuk terus berusaha, dan berdoa.


Fara Fauzana Jawab Isu Berumahtangga, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, fara fauzana

“Setiap tahun saya berusaha bukan kata berserah sahaja dan berdoa. Kita harap menjadi sahaja. Sekarang ini setiap apa yang berlaku adalah perancangan Allah S.W.T dan kalau bukan seseorang itu disatukan untuk orang mungkin sudah ditentukan untuk menjaga ibubapa sehingga mati”

“Bila saya dengar benda itu saya gembira dan tak kisah. Sebab orang macam saya tak perlu rasa rendah diri, kalau bukan kau untuk orang lelaki atau perempuan, kau adalah untuk keluarga sehinggalah mati,” katanya.

Fara turut mendedahkan bahawa ada juga yang cuba mendekati dan mahu berkawan dengannya tetapi kesibukan kerja membataskan masa untuk keluar ber’dating.

“Ada yang mendekati, berkawan tetapi bila kita sibuk kerja dia pula cuti jadi halangan untuk jumpa dan begitu juga apabila saya tak bekerja dia pula bekerja,” tambahnya lagi.


Fara Fauzana Jawab Isu Berumahtangga, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, fara fauzana

Fara Fauzana Jawab Isu Berumahtangga, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, fara fauzana

Fara Fauzana Jawab Isu Berumahtangga, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, fara fauzana

Fara Fauzana Jawab Isu Berumahtangga, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, fara fauzana

Fara Fauzana Jawab Isu Berumahtangga, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, fara fauzana

Sumber : rotikaya.com

Foto-foto: Abby Abadi Temui Pengganti, Kini Bercinta Dengan Uztaz?

Selepas bercerai pada pertengah tahun lalu, dapat tahu Abby Abadi kini sedang bercinta dengan seorang ustaz yang agak kacak juga paras rupanya.


Foto-foto: Abby Abadi Temui Pengganti, Kini Bercinta Dengan Uztaz?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, abby abadi

Mula-mula tidak percaya tetapi setelah seorang rakan menghantar beberapa keping foto mereka berdua kelihatan mesra bersama barulah celik mata luas-luas hehe.

Wah jika benar, nampaknya cepat juga Abby mendapat pengganti ya? Atau mungkin mereka dalam peringkat berkawan. Yelah apa salahnya kerana Abby pun sudah kembali single.


Foto-foto: Abby Abadi Temui Pengganti, Kini Bercinta Dengan Uztaz?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, abby abadi

Namun uztaz muda ini agak serius dengan Abby dan merancang untuk memperisterikan Abby tidak lama lagi. Baguslah, benda yang baik haruslah dipercepatkan.


Foto-foto: Abby Abadi Temui Pengganti, Kini Bercinta Dengan Uztaz?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, abby abadi

Malah, dilihat seperti mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain. Lelaki itu bukan sahaja sudah lama mendekati Abby tetapi mesra juga bersama anak-anak Abby.

Sumber : murai.com.my

Friday, February 6, 2015

Shila Amzah Mohon Henti Sebar Foto & Video Tidak Berhijab

Penghijarahan dilakukan penyanyi terkenal Shila Amzah dengan mengenakan hijab sejak 2012 diterima baik oleh peminat hiburan.


Shila Amzah Mohon Henti Sebar Foto & Video Tidak Berhijab, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, shila amzah

Bagaimanapun selaku artis yang sudah lama memasuki bidang seni, terdapat banyak gambar lama Shila Amzah ketika masih belum berhijab yang telah didedahkan sebelum ini.


gosip, hiburan, info, sensasi, shila amzah, Shila Amzah Mohon Henti Sebar Foto & Video Tidak Berhijab, terkini,

gosip, hiburan, info, sensasi, shila amzah, Shila Amzah Mohon Henti Sebar Foto & Video Tidak Berhijab, terkini,

Justeru, penyanyi itu memohon kepada semua pihak agar berhenti daripada menyiarkan foto dan videonya lamanya ketika masih belum berhijrah.

Pelantun lagu Patah Seribu ini turut menyuarakan pendirian tersebut di Twitter setelah banyak pihak dilihatnya masih berkongsikan foto dan video lamanya di laman sosial.


A photo posted by Nur茜拉 (@shahilaamzah) on


ika difikir-fikirkan memang ada logiknya permintaan Shila Amzah yang sudah membuka lembaran baru dalam hidupnya.

Lagi-lagi kerjayanya dalam dunia seni sememangnya sudah berada di tahap yang amat membanggakan.

Diharapkan semua pihak menghormati pendirian rasional Shila Amzah ini.

Sumber : mynewshub.cc

Tuesday, February 3, 2015

PA Kesal Mamat ‘Lesap’ Lepas Terima Wang Gegar Vaganza

Siapa yang tidak kecewa kalau usaha keras bagi menaikkan nama seseorang penyanyi itu disia-siakan begitu sahaja.

Itulah yang dirasakan oleh pengurus artis yang dikenali sebagai Mie Kuarters selepas penyanyi, Mamat yang juga bekas vokalis kumpulan Exist tiba-tiba menghilangkan diri tanpa khabar berita selepas memenangi tempat ketiga program Gegar Vaganza, baru-baru ini.


PA Kesal Mamat ‘Lesap’ Lepas Terima Wang Gegar Vaganza, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Mamat Exist

Kalau diimbas kembali, penyanyi itu sebelum ini pernah terlibat dengan pelbagai kontroversi termasuklah kes dadah dan curi sehingga popularitinya merudum.

Bagaimanapun, usaha Mie setahun sebelum program tersebut telah berjaya mengubah Mamat sehingga berjaya membawanya kembali ke pentas nyanyian, menurut laporan Berita Harian.


PA Kesal Mamat ‘Lesap’ Lepas Terima Wang Gegar Vaganza, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Mamat Exist

Malangnya, wang kemenangan di Gegar Vaganza dikatakan telah membuatkan penyanyi itu terus menghilangkan diri sehingga beberapa tawaran persembahan terpaksa dibatalkan kerana dia tidak dapat dihubungi.

“Jangan terlalu hidup dibayangi populariti kerana tidak selama-lamanya kita berada di atas. Mamat sepatutnya belajar daripada kesilapan dan tidak mengulangi apa yang pernah dilaluinya.

“Sepanjang setahun, sebelum muncul tempat ketiga Gegar Vaganza, Mamat menunjukkan displin yang baik. Namun semua berubah apabila wang berada dalam genggamannya. Saya marah kerana tindakan tidak matang Mamat membuatkan beberapa perancangan terganggu.

“Saya memberinya bunga, tetapai Mamat meninggalkan ‘tahi’ yang membuatkan saya begitu kecewa,” ujar Mie.

Aduhai, banyak mana sangatlah wang RM15,000 tu sampai sanggup memperjudikan peluang dan masa depan yang sudah sedia terbentang.

Harapnya Mamat tak gunakan wang tersebut untuk perkara-perkara yang tak berfaedah. Faham-faham sajalah…

Sumber : mynewshub.cc

Thursday, January 29, 2015

Rozana Misbun Dan Awie Bakal Berdamai?

Setelah lebih setengah tahun kemelut rumah tangga penyanyi Awie dan Rozana Misbun tercetus, isteri penyanyi itu akhirnya terbuka hati dan bersedia untuk berbincang dalam menyelesaikan masalah mereka.


Rozana Terbuka Hati Mahu Berdamai Dengan Awie, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, awie, rozana misbun

Rozana, 36, berkata, demi kebahagiaan tiga orang anak yang sedang membesar, adalah wajar mereka suami-isteir mencari penyelesaian supaya masalah rumah tangga dapat diselesaikan dengan baik.

“Kalau betul saya gagal memberikan kebahagiaan yang Awie cari selama ni, lepaskanlah saya dengan cara baik. Tapi demi kebajikan anak-anak, saya bersedia untuk berbaik dengannya dan duduk berbincang. Kita jadi kawan.

“Kalau benar Awie dah hilang rasa hormat pada saya sebagai manusia dan isteri, hormatilah saya sebagai ibu yang bersengkang nyawa untuk melahirkan anak-anaknya. Itu saja yang saya minta,” ujar Rozana kepada mStar Online dalam satu kiriman e-mel pada Khamis.

Rozana berkata demikian ketika diminta komen selepas Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada Selasa lalu memutuskan hak penjagaan sementara tiga anak mereka diserahkan kepada Rozana.

Berikutan itu Awie atau Ahamd Azhar Othman, 46, yang sebelum ini memperoleh hak berkenaan terpaksa menyerahkan anak-anak mereka kepada isterinya itu.

Awie  selaku responden diberikan hak melawat di kediaman anak-anak tersebut selama dua jam sebanyak dua kali sebulan iaitu pada hari Sabtu dan Ahad pada minggu pertama dan ketiga dengan memaklumkan kepada Rozana.

Anak-anak berkeanan ialah Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5.

Awie turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan penyanyi Arni Nazira iaitu Puteri Aleeya Antasha, 15, dan Puteri Aleefa Antasha, 13.

Awie juga menghadapi kes mendatangkan kecederaan terhadap Rozana yang dibicarakan di Mahkamah Majisteret, Ampang Selangor.


Rozana Terbuka Hati Mahu Berdamai Dengan Awie, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, awie, rozana misbun
Rozana berkata, air mukanya jatuh selepas diaibkan suami sendiri.

 
Dalam pada itu kata Rozana, mungkin ada pihak menganggap dia kejam kerana perintah itu secara tidak langsung mengehadkan pertemuan Awie dan anak-anak tetapi sekurang-kuramna Awie akan dapat merasai bagaimanakah  deritanya seseorang ibu apabila tidak berjumpa anak-anaknya.

Ini kerana sewaktu Awie memperoleh perintah tersebut secara ex-parte sebelum ini, Rozana terpaksa menghormati injunksi berkenaan selama tujuh bulan apabila tidak dapat bertemu anak-anaknya.

“Kalau Saya boleh menerima dengan reda dan patuh kepada perintah injunksi selama 7 bulan itu, saya harap Awie juga boleh menerimanya dengan lapang dada. Sekurang-kurangnya Awie dapat merasai bagaimana deritanya saya dalam tempoh terpisah dengan anak-anak,” ujarnya.

Dalam pada itu mStar Online cuba mendapatkan penjelasan Rozana mengenai beberapa perkara penting yang pernah dibangkitkan Awie sebelum ini selain perancangan terhadap anak-anaknya selepas memperoleh hak penjagaan sementara itu.

Baca penjelasan Rozana:

Boleh Rozana komen mengenai kemelut dan rintangan terhadap kisah rumah tangga Rozana dengan Awie?

Setelah pelbagai dugaan dan rintangan yang saya hadapi sejak tujuh bulan kebelakangan ini, Alhamdulillah sedikit demi sedikit saya bina kekuatan diri. Saya tak mahu berdendam sebab saya tahu kalau saya menyimpan perasaan yang macam tu, saya sendiri yang makan hati dan merana sendiri nanti.

Jadi saya belajar untuk move on  dan berkat sokongan keluarga, Insya-Allah saya akan teruskan hidup dengan semangat baru. Siapalah saya untuk bagi nasihat pada Awie?

Tapi dalam klausa (4) perintah makhamah, ada ditulis secara terang dan nyata bahawa Awie ditegah sama sekali dari mengaibkan saya melalui media elektronik, Internet dan cetak. Kalau dia berdegil juga, maknanya dia menghina makhamah dan biarlah mahkamah saja yang tentukan hukumannya.

Pelbagai tuduhan Awie lemparkam melalui peguamnya di mahkamah seblum ini termasuk tuduhan Rozana mengamalkan perkara ditegah agama Islam. Apakah yang dapat Rozana simpulkan?

Siapa yang tak malu apabila suami sendiri tuduh saya macam-macam sedangkan saya ni isteri dia? Memang jatuh air muka saya dan ada masa-masanya saya malu sangat untuk berdepan dengan masyarakat.

Saya tahu ramai yang tertanya-tanya kenapa saya selalu pakai kaca mata hitam apabila hadir ke makhamah. Tapi itulah saja caranya untuk saya 'sembunyikan' diri saya yang malu untuk berdepan dengan wartawan dan juga mata yang memandang.

Kalau boleh bila saya keluar rumah, saya tak mahu orang ramai kenal saya sebab saya sedar, banyak berita yang negatif berbanding positif tentang saya yang diperkatakan orang.

Tapi saya kena tabah. Takkan nak berkurung saja dalam rumah?

Apa penjelasan Rozana apabila Awie pernah mendakwa Rozana curang dengan lelaki lain?

Macam manalah saya nak curang? Saya ni, sepanjang sembilan tahun berkahwin, hidup mati saya hanya untuk Awie dan keluarga. Sejak Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha mula bersekolah, celik mata aje, sayalah yang mandikan, sediakan sarapan dan siapkan pakaian mereka semua sebelum menghantar mereka sendiri ke sekolah.

Tengah hari pulak saya sibuk di dapur untuk siapkan makan tengah hari untuk keluarga sebelum sebelah petangnya pula, jemput anak-anak di sekolah. Sebelah malamnya pula, saya pastikan mereka mengaji dan 'monitor' buat kerja sekolah.

Pukul 9 malam, semua dah kena tidur sebab saya tak mahu mereka liat bangun pagi esoknya untuk ke sekolah.

Saya tak tahu ruang manakah untuk saya berpeleseran dengan lelaki lain? Lagipun, dengan imej Awie sebagai “ayahanda”, ada ke lelaki yang berani nak kacau isterinya ini?

Mestilah ada ‘mata-matanya' akan segera memberitahu “ayahanda” Awie kalau betul mereka nampak saya berpoya-poya di luar.

Tuduhan Rozana mengabaikan anak?

Macam mana saya ni boleh dituduh tak jaga anak? Sedangkan dalam seminggu, ada masa-masanya, beberapa hari saja Awie di rumah terutama sekali kalau dia terlibat dengan penggambaran filem atau konsert di luar KL (Kuala Lumpur). Tapi saya faham kesibukannya itu dan tak pernah mengeluh.

Apa perancagan Rozana selepas mendapat hak penjagaan sementara anak ini?

Saya nekad untuk bawa anak-anak tinggal dengan Saya. Anak-anak yang sedang membesar perlukan disiplin. Masa saya jumpa anak sulung saya, Merrah di sekolah hari tu, dia nampak macam tak cukup tidur. Saya rasa dia orang bebas berjaga sampai tengah malam main video game.

Dengan saya dulu, mereka tak boleh suka-suka hati buat macam tu. Saya memang pantau aktiviti anak-anak.

Sumber : mstar.com.my