Showing posts with label info sukan. Show all posts
Showing posts with label info sukan. Show all posts

Tuesday, January 13, 2015

Manchester City Beli Bony Pada Harga £25 Juta

Juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City telah berjaya mendapatkan tandatangan penyerang Swansea City, Wilfried Bony pada harga £25 juta.

Manchester City Beli Bony Pada Harga £25 Juta, info sukan, bola sepak, epl,bpl, Liga Perdana Inggeris, wilfred bony

Jumlah itu boleh meningkat kepada £28 juta sekiranya beberapa syarat lain dipenuhi.

Bony, yang akan menandatangani kontrak selama 4½ tahun bersama City akan menerima bayaran gaji lumayan iaitu sekitar £100,000 seminggu tidak termasuk bonus kemenangan dan lain-lain bayaran tambahan.

Pembelian Bony bermakna pengurus City, Manuel Pellegrini perlu menguggurkan seorang pemain luar kerana kelab itu kini sudah mengatasi jumlah pemain bukan British yang dibenarkan di bawah peraturan Liga Juara-Juara Eropah.

Setiap skuad yang bersaing dalam Liga Juara-Juara hanya dibenar menyenaraikan 16 pemain bukan British.

Bony, 26, yang merupakan pemain antarabangsa Ivory Coast diperlukan sebagai penyerang keempat oleh City, memandangkan kelab itu ragu-ragu dengan tahap kecergasan Sergio Agüero, Edin Dzeko dan Stevan Jovetic yang seringkali terganggu oleh kecederaan yang panjang.

“Ya, kecederaan yang melanda barisan penyerang kami adalah sebahagian daripada sebab mengapa kami memerlukan seorang lagi penyerang," ujar Pellegrini sambil menambah fenomena ini hanya terjadi di England kerana corak permainan liga yang fizikal dan pantas.

City khuatir jika mereka tidak memperkukuhkan barisan serangan, mereka akan berhadapan dengan kesukaran untuk mara ke peringkat seterusnya dalam Liga Juara-Juara Eropah yang bakal menyaksikan mereka menentang Barcelona 24 Februari ini.

Pellegrini juga menegaskan yang mereka mampu muncul sebagai juara liga musim lepas kerana mempunyai empat orang penyerang yang boleh diharapkan.

Bagaimanapun keputusan untuk melepaskan penyerang Sepanyol, Álvaro Negredo untuk menyertai Valencia secara pinjaman telah mendorong City mendapatkan pengantinya dengan segera.

Sumber : mstar.com.my

Monday, January 12, 2015

Tuah Jersi Biru Cardiff City

Beraksi dengan jersi tradisi biru dan logo asal Bluebird bagaikan memberi semangat baharu kepada pemain Cardiff City apabila berjaya menewaskan Fulham pada malam Sabtu.

Tuah Jersi Biru Cardiff City, info sukan, bola sepak, cardiff city,
Penyokong gembira dengan keputusan untuk menukar warna rasmi Cardiff City kepada biru.


Stadium Cardiff City yang sesak dengan penyokong yang gembira dengan keputusan untuk menukar semula warna rasmi kelab kepada biru ternyata memberi sokongan padu kepada pasukan mereka.

Ternyata ia berbaloi apabila penyokong dihadiahkan gol pada minit ke-14 perlawanan hasil rembatan Sean Morrison, sekali gus memberi kemenangan buat kelab itu.

Terima kasih kepada ibu hartawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan yang menasihatkannya supaya menukar semula warna rasmi Cardiff City kepada biru.

Selain itu, beliau juga mengembalikan logo asal Bluebird sebagai langkah untuk berdamai dengan penyokong.

Anak kelahiran Batu Pahat, Johor itu mengakui nasihat ibunya, Low Siew Beng mendorong beliau mengubah fikiran.

Tuah Jersi Biru Cardiff City, info sukan, bola sepak, cardiff city,

Cardiff yang kini bersaing dalam Liga Kejuaraan England akan memakai jersi biru apabila bermain di tempat sendiri, berbanding jersi merah yang digunakan selama ini.

Vincent, 63, menukar jersi utama Cardiff daripada biru kepada merah, selain menukar logo Burung Biru (Bluebird) kepada naga merah selepas membeli kelab itu pada 2012.

Beliau percaya, naga dan warna merah bakal membawa tuah kepada kelab Wales tersebut, bagaimanapun tindakannya tidak diterima penyokong Bluebirds.

Bagaimanapun, kedatangan ibunya untuk menonton perlawanan menentang Fulham mengubah pendirian Vincent apabila pemain kelab itu akhirnya menyarung jersi tradisi mereka itu.
Tuah Jersi Biru Cardiff City, info sukan, bola sepak, cardiff city,


"Meluangkan masa bersama keluarga memberi kesan mendalam kepada diri saya.

“Ibu saya seorang penganut Buddha yang taat telah berkunjung ke Kelab Bola Sepak Cardiff City bagi menyaksikan mereka bermain dan  menasihatkan saya mengenai kebersamaan, perpaduan dan kebahagiaan," katanya.

Mengakui hasil bimbingan, berkat dan pengaruh ibu, beliau berhasrat merapatkan kembali hubungan dengan penyokong dan keputusan dibuat selepas berbincang dengan pengerusi, Mehm­et Dalman dan ketua pegawai eksekutif, Ken Choo.

“Niat saya adalah untuk menyatukan serta menjadikan kelab ini berjaya, dan dengan itu saya menyokong keputusan lembaga kelab melakukan perubahan,” kata Vincent.

Pertukaran jersi biru berkuat kuasa serta-merta setelah diberi pengecualian oleh Liga Bola Sepak.

Logo kelab pula akan direka semula pada musim panas ini. Vincent turut mengumumkan perancangannya untuk menurunkan harga tiket bermusim.

Sumber : mstar.com.my

Friday, January 9, 2015

Liverpool Bukan Pilihan Pemain Bertaraf Bintang

Pengendali Liverpool, Brendan Rodgers mengakui susah untuk menarik perhatian pemain bertaraf dunia untuk ke kelab itu berdasarkan prestasi semasa yang tidak menentu.


Liverpool Bukan Pilihan Pemain Bertaraf Bintang , info sukan, bola sepak, epl, liverpool, brendan rodgers

Bagimanapun, kelab itu tiada pilihan, sebaliknya perlu memancing pemain bertaraf bintang untuk menampung keperluan di posisi penting termasuk selepas ketiadaan Steven Gerrard.

Jurulatih The Kop itu kehilangan Alexis Sanchez pada awal musim lalu selepas pemain terbabit memilih untuk menyertai Arsenal.

Rodgers turut mengakui ramai pemain menuntut gaji tinggi untuk menyertai kelab di England memandangkan kos gaya hidup di London berbeza, namun dia tetap yakin mampu mendapatkan pemain bertaraf bintang.

"Ini adalah Liverpool, kami merupakan sebahagian kelab terkemuka dan terbaik dunia, kami perlu percaya ianya akan menjadi lebih sempurna.

"Tahun lalu, kami berjaya menamatkan liga sebagai naib juara dan layak ke saingan Liga Juara-juara Eropah, itu membuktikan kami mampu," jelasnya.

Sumber : mstar.com.my

Manchester United Tawar De Gea Kontrak Baharu, Valdes 18 Bulan

Manchester United mengambil tindakan pantas dengan menawarkan kontrak baharu kepada penjaga gol utamanya, David de Gea sebaik sahaja menandatangani bekas penjaga gawang Barcelona, Victor Valdes.


Manchester United Tawar De Gea Kontrak Baharu, Valdes 18 Bulan , info sukan, bola sepak, manchester united, david de gea, Victor valdes,

United mengikat Valdes dengan kontrak selama 18 bulan serta penyambungan setahun dan pengendali kelab itu, Louis van Gaal turut mengesahkan bahawa penjaga gol berusia 32 tahun tidak akan menggugat kedudukan De Gea.

Manchester United Tawar De Gea Kontrak Baharu, Valdes 18 Bulan , info sukan, bola sepak, manchester united, david de gea, Victor valdes,

Kemasukan Valdes dibimbangi membawa risiko kepada penghijrahan De Gea dan berikutan itu United akan memanjangkan kontrak pemain kelahiran Sepanyol berkenaan.

Valdes bersalaman dengan Van Gaal selepas menandatangani kontrak selama 18 bulan bersama United.

Manchester United Tawar De Gea Kontrak Baharu, Valdes 18 Bulan , info sukan, bola sepak, manchester united, david de gea, Victor valdes,
Valdes diperkenalkan kepada media selepas disahkan menjadi milik United.


De Gea yang mempunyai baki kontrak selama 18 bulan di United ketika ini merupakan sebagai penjaga gol terbaik dunia selepas mempamerkan aksi memberangsangkan.

Valdes ketika ditemubual MUTV berkata," Saya fikir sekarang, dia (De Gea) merupakan penjaga gol terbaik dunia.

Manchester United Tawar De Gea Kontrak Baharu, Valdes 18 Bulan , info sukan, bola sepak, manchester united, david de gea, Victor valdes,

"Prestasinya pada setiap hari dan setiap perlawanan berada pada tahap tertinggi. Dia berada pada tahun terbaik. Oleh itu saya rasa dia adalah penjaga gol terbaik dunia.

"Saya di sini (Old Trafford) untuk membantu semua orang. Untuk membantu jurulatih dan pemain lain. Saya sebahagian daripada pasukan ini dan bukan masalah," jelasnya.

Manchester United Tawar De Gea Kontrak Baharu, Valdes 18 Bulan , info sukan, bola sepak, manchester united, david de gea, Victor valdes,
Valdes akan memakai jersi penjaga gol berwarna hijau.

Sumber : mstar.com.my

Manchester United Terima Valdes, Berisiko Kehilangan De Gea

Manchester United akhirnya bersetuju untuk menjadikan Victor Valdes sebagai penjaga gol pasukan tersebut dan keputusan itu sekaligus akan menimbulkan persoalan mengenai masa depan David De Gea sebagai pemilik jersi nombor satu.

Manchester United Terima Valdes, Berisiko Kehilangan De Gea, info sukan, bola sepak, sensasi, manchester united, Victor valdes, david de gea,

Valdes yang merupakan bekas penjaga gol Barcelona semakin hampir untuk mengikat kontrak bersama juara 20 kali Liga Perdana Inggeris selepas berlatih bersama skuad berkenaan sejak Oktober lalu.

Manchester United Terima Valdes, Berisiko Kehilangan De Gea, info sukan, bola sepak, sensasi, manchester united, Victor valdes, david de gea,

United dilaporkan membawa masuk Valdes bagi memainkan peranan disebalik tugas penjaga gol utama.

Selain Valdes, United dilapor turut berminat untuk mendapatkan penjaga gol Newcastle, Tim Krul yang beraksi untuk pasukan Belanda di bawah kendalian Louis van Gaal ketika saingan Piala Dunia.

Penjaga gol utama United ketika ini, De Gea, 24, berjaya mempamerkan aksi memberangsangkan sejak awal musim lalu.

Manchester United Terima Valdes, Berisiko Kehilangan De Gea, info sukan, bola sepak, sensasi, manchester united, Victor valdes, david de gea,

Pemain kelahiran Sepanyol itu,  turut diintai oleh Real Madrid yang sedang mencari pengganti bagi posisi yang disandang oleh iker Casillas.

Sumber : mstar.com.my

Wednesday, January 7, 2015

45,000 Penyokong Hadir Saksikan Kepulangan Fernando Torres

Kepulangan Fernando Torres ke Atletico Madrid menerusi pinjaman dari AC Milan berjaya menarik lebih 45,000 penyokong kelab itu untuk hadir pada hari pengenalan pemain itu di Stadium Vicente Calderon pada Ahad.

45,000 Penyokong Hadir Saksikan Kepulangan Fernando Torres, info, terkini, sensasi, info sukan, bola sepak, la liga, fernando torres, Atletico Madrid

Penyerang berusia 30 tahun itu kembali ke kelab zaman remajanya menerusi pinjaman selama enam bulan selepas menempah nama di Liverpool dan Chelsea.

45,000 Penyokong Hadir Saksikan Kepulangan Fernando Torres, info, terkini, sensasi, info sukan, bola sepak, la liga, fernando torres, Atletico Madrid

Walaupun penyerang Sepanyol itu hanya menjaringkan satu gol dalam 14 perlawanan di Itali, namun kepulangan penuh emosi itu telah dinantikan penyokong Atletico sejak sekian lama.

Ketika majlis menandatangani kontrak bersama kelab tersebut, Torres turut diberi penghargaan untuk menyarung semula jersi bernombor 19 yang pernah dipakainya.

45,000 Penyokong Hadir Saksikan Kepulangan Fernando Torres, info, terkini, sensasi, info sukan, bola sepak, la liga, fernando torres, Atletico Madrid

"Bertapa indahnya kepulangan ini. Saya telah menunggu sekian lama untuk mengharungi detik ini - akhirnya ia berlaku. Bagi saya ia merupakan hari yang istimewa.

"Banyak perubahan berlaku pada kelab ini sejak saya meninggalkannya. Sekarang mereka sedang bersaing ke level lebih tinggi - bersama Real Madrid dan Barcelona.

45,000 Penyokong Hadir Saksikan Kepulangan Fernando Torres, info, terkini, sensasi, info sukan, bola sepak, la liga, fernando torres, Atletico Madrid

"Simeone (jurulatih) mempunyai agenda besar atas kepulangan ini, dia mahu lakukan sesuatu yang lebih baik," katanya.

Sumber : mstar.com.my

Manchester City Sedia Bayar Swansea £30 Juta

Manchester City dilaporkan telah bersetuju untuk memberikan Swansea sebanyak £30 juta sebagai yuran mendapatkan penyerang kelab itu, Wilfried Bony.

Manchester City Sedia Bayar Swansea £30 Juta, info sukan, epl, liga perdana inggeris, welfred bony, manchester city, bola sepak

Sehubungan itu, Bony yang juga penyerang Ivory Coast dijangka akan menandatangani kontrak selama empat tahun bersama City untuk meraih pendapatan sebanyak £100,000 seminggu.

Swansea terpaksa melepaskan Bony kepada City selepas pemain yang sedang menjalani latihan bersama skuad negaranya menyatakan keinginan untuk bersama pasukan yang beraksi dalam Liga Juara-juara Eropah.

City memerlukan khidmat Bony sebagai usaha menajamkan jentera serangan pasukan itu selepas berjaya berkongsi kedudukan teratas liga dengan Chelsea.

Kelab yang berpangkalan di Manchester itu kini kehilangan dua penyerang utama iaitu Sergio Aguero dan Edin Dzeko kerana mengalami kecederaan.

Sumber : mstar.com.my

Campbell, Sanogo Bakal Tinggalkan Arsenal Bulan Ini

Dua penyerang Arsenal iaitu Joel Campbell dan Yaya Sanogo akan mengikut jejak langkah Lukas Podolski untuk meninggalkan kelab berkenaan pada bulan ini.
Podolski meninggalkan The Gunners untuk menyertai Inter Milan menerusi pinjaman pada awal bulan ini.


Campbell, Sanogo Bakal Tinggalkan Arsenal Bulan Ini, info sukan, bola sepak, liga perdana inggeris, epl, arsenal, joel campbell. yaya sanogo
Dua penyerang, Campbell (kiri) dan Sanogo bakal meninggalkan Arsenal


Bagaimanapun, kelmarin, Villareal cuba mendapatkan Campbell yang turut dikehendaki oleh David Moyes untuk Real Sociedad.

Penyerang Costa Rica itu dijangka akan menandatangani kontrak baharu bersama Arsenal sebelum dibenarkan menyertai kelab lain menerusi pinjaman.

Ejen pemain berkenaan dilapor berada di England ketika ini untuk melakukan rundingan mengenai masa depan pemain terbabit.

Dalam pada itu, Sanogo pula akan dilepaskan oleh The Gunners kepada pasukan lain melalui pinjaman.

Kelab Perancis, Bordeaux menaruh minat untuk mendapatkan khidmat pemain terbabit.

Presiden kelab itu, Jean-Louis Triaud mendakwa, pemain berusia 21 tahun itu juga telah bersetuju untuk menyertai kelabnya.

Sumber : mstar.com.my

Messi Bernilai Lebih £68.2 Juta Berbanding Ronaldo, Kata Kajian

Pemain Barcelona, Lionel Messi bernilai lebih £68.2 juta (RM367.14 juta) berbanding pemain Real Madrid, Cristiano Ronaldo, menurut satu kajian.

Messi Bernilai Lebih £68.2 Juta Berbanding Ronaldo, Kata Kajian, info sukan, bola sepak, La Liga, Pemain Terbaik Dunia, Lionel Messi, Cristiano Ronaldo

Penerbitan tahunan mengenai pemain paling berharga di dunia oleh Pusat Antarabangsa bagi Pengajian Sukan (CIES) Football Observatory sentiasa berdebat mengenai perkara itu.

Perangkaan yang dibuat mereka bagi 2015 menarik perhatian apabila Messi dikatakan berharga £172.7 juta (RM929.68 juta) dan pemain bagi pasukan saingannya dari Real Madrid itu hanya bernilai £104.4 juta (RM562.06 juta).
Messi Bernilai Lebih £68.2 Juta Berbanding Ronaldo, Kata Kajian, info sukan, bola sepak, La Liga, Pemain Terbaik Dunia, Lionel Messi, Cristiano Ronaldo


Perangkaan CIES Football Observatory itu membuat pengiraan menggunakan kaedah algoritma menerusi pangkalan data yang mengandungi lebih 1,500 pemindahan pemain sejak 2009.

Nilai itu turut mengira prestasi, ciri-ciri dan keputusan yang diperoleh pasukan masing-masing.

Apa yang jelas adalah perhatian buat Messie bahawa dia berumur 27 tahun, dua tahun lebih muda berbanding Ronaldo.

Jika tidak, adalah sukar untuk melihat sebab di sebalik nilai masing-masing berikutan prestasi cemerlang Ronaldo yang menjaringkan 26 gol dalam 15 perlawanan, berbanding Messi hanya 15 jaringan dalam 17 permainan. - uk.eurosport.yahoo.com

Monday, December 29, 2014

Nicol Juara Kejohanan Skuasy Wanita Dunia

Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David menutup tirai penyertaannya dalam kejohanan peringkat antarabangsa tahun ini dengan meraih gelaran juara untuk kali kelapan dan dinobatkan sebagai pemain wanita nombor satu dunia 2014.


Nicol Juara Kejohanan Skuasy Wanita Dunia, info sukan, berita, skuasy, nicol david juara skuasy kali kelapan

Kemenangan beliau dalam Kejohanan Skuasy Wanita Dunia di Kaherah, Mesir Sabtu lepas menjadi pelengkap kepada kemenangan yang diraihnya pada Sukan Komanwel dan Sukan Asia, selain dimahkotakan sebagai juara bagi enam kejohanan Jelajah Persatuan Skuasy Wanita (WSA) dan menerajui cabaran Malaysia untuk beraksi untuk julung kalinya di peringkat akhir Kejohanan Berpasukan Wanita Dunia.

Mengenai kemenangan yang diraihnya pada Kejohanan Skuasy Wanita Dunia di Kaherah, Nicol berkata ia antara kejayaan yang tidak akan dilupainya kerana terpaksa mengejar mata dalam set keempat untuk mengalahkan lawannya.

"Ketika itu, keazaman yang ada dalam minda saya ialah untuk mendapatkan mata terakhir kerana saya tahu saya telah bekerja keras dan oleh itu perlu menang dan tidak mahu peluang yang ada terlepas dengan mudah.

"Kepercayaan yang diberi keluarga dan rakan sepasukan menjadi pendorong utama bagi saya untuk mengatasi semua halangan. Ia sesuatu yang amat berharga dan saya gembira kerana usaha gigih saya telah membuahkan hasil," kata Nicol yang kembali ke tanah air untuk menyambut Krismas bersama rakan dan keluarga di sini, Rabu.

Sabtu lepas, anak jati Pulau Pinang ini meraih gelaran juara kelapan apabila mengalahkan pemain utama tuan rumah dan pemain nombor tiga dunia, Raneem El Weleily, dalam pertarungan mendebarkan sebanyak lima set selama sejam, enam minit di Wadi Delga Squasy Club, Mesir, yang berkesudahan dengan keputusan 5-11, 11-8, 7-11, 14-12, 11-5.

Ditanya adakah lapan gelaran juara dunia yng diraihnya itu sudah cukup baginya, Nicol berkata ia belum cukup.

"Saya rasa selagi tubuh saya masih mampu serta sihat, dan keinginan untuk menang masih ada, saya tidak akan berhenti," katanya.

Nicol berkata pada 2015, beliau akan menyertai lebih 10 kejohanan, bermula dengan Kejohanan Juara-juara pada 16 Jan di New York.

"Selain kejohanan utama seperti Kejohanan Juara-juara, Terbuka Britain dan Terbuka Amerika, saya juga berazam mencatat prestasi cemerlang dalam kejohanan yang berlangsung di Malaysia," katanya.

Nicol berkata beliau akan berehat selama dua minggu di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur untuk menyambut Krismas dan Tahun Baharu 2015 bersama rakan dan keluarganya.

Sumber : mstar.com.my