Showing posts with label sensasi. Show all posts
Showing posts with label sensasi. Show all posts

Monday, March 2, 2015

Aktiviti seni bukan lagi keutamaan Wawa Zainal

Pelakon popular Wawa Zainal mengakui aktiviti seni bukan lagi menjadi satu keutamaan buatnya selepas dia bergelar isteri dan ibu kerana dia perlu meluangkan lebih masa bersama keluarga dan juga menjalankan perniagaan.


Pelakon popular Wawa Zainal, info, terkini, hiburan, sensasi, wawa zainal, isteri aeril zafrel

"Fokus saya kini lebih kepada rumah tangga, perniagaan baju secara atas talian dan akan datang saya akan keluarkan produk kecantikan sendiri.

"Bagaimanapun produk kecantikan masih lagi dalam proses perbincangan termasuk jenama. Namun perniagaan baju kini Alhamdulillah mendapat sambutan.

"Jadi saya rasa buat apa saya penat berlakon jika pendapatan berniaga menyamai pendapatan saya ketika berlakon sebulan," katanya yang dipetik dari Sinar Harian.

Dalam pada itu, pelakon berusia 23 tahun itu berkata walaupun dia memperlahankan aktiviti seninya, namun dia tidak akan meninggalkan bidang yang menjadi minatnya.

"Dari segi kerjaya lakonan saya tidak akan sesekali berhenti tetapi hanya perlahankan sahaja. Lagipun bila berlakon masa banyak habis di lokasi dan masa bersama anak cukup terhad.

"Bagaimanapun dari segi watak, saya tidaklah selektif dalam memilih tawaran. Saya tidak letakkan sebarang syarat, malah jika diberi watak antagonis pun saya sedia menjayakannya.

"Dari segi babak bersentuhan pula, saya rasa pengarah sekarang sudah arif sedia maklum saya sudah bertudung, jadi takkanlah mereka mahu saya menjayakan babak bersentuhan dengan bukan mahram pula."

Pada masa sama, Wawa turut berkata dia juga tidak meletakkan sebarang syarat jika suaminya Aeril Zafrel berlakon dengan pelakon wanita lain.


Sumber : tupai.com.my

Raisyyah Rania Yeap Sudah Berkahwin?

Model popular Raisyyah Rania Yeap menyangkal dakwaan segelintir pihak kononnya dia sudah berkahwin menerusi satu status di laman sosial Facebook miliknya.


Raisyyah Rania Yeap Sudah Berkahwin?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip,

Dalam statusnya turut meluahkan rasa kesalnya kerana sering difitnah sedangkan dia masih solo dan tidak berpunya.

Pada masa sama, Raisyyah dalam nada sinis turut mempersoal dengan siapa jejak yang dikaitkan dengannya kali ini.


Raisyyah Rania Yeap Sudah Berkahwin?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip,

"Saya rasa masih ramai yang tak faham kot. Asyik dengar orang sebar fitnah yang saya dah kahwin, padahal saya hidup sebatang kara tiada berimam.

"Batang hidung bakal imam pun tak nampak lagi. Dah kena gosip kahwin dengan siapa pulak??."


Sering dihimpit gosip kahwin, Raisyyah turut berseloroh dengan berkata dia mungkin perlu memuat naik status masih solo setiap hari.

"Takpe la..mungkin saya perlu ulang setiap hari sehingga orang ramai faham. Biar hari-hari baca sampai meluat. HAHAHA."

Sumber : tupai.com.my

Izzue Islam Beri Harapan Tinggi Untuk ‘Suami Sebelah Rumah’

Pelakon dan penyanyi Izzue Islam berharap drama rantaian terbarunya Suami Sebelah Rumah mampu menarik perhatian penonton serta menjadi viral di laman sosial.


Drama Suami Sebelah Rumah, info, terkini, sensasi, hiburan, izzue islam

Adaptasi menerusi novel hasil nukilan Ana Sofiya mempunyai pengikut tersendiri dan menjadi tanggungjawab Izzue untuk melakonkan watak sebagai Dr Amar mengikut kreativitinya.

“Drama ini adalah bergenre komedi yang turut dibintangi pelakon lain seperti Ayda Jebat, Zulin Aziz dan Sherry Alhadad.

“Uniknya cerita ini ialah transformasi seorang lelaki yang comot kepada lebih bergaya boleh dikatakan antara paling kurang diketengahkan dalam drama melayu,” kata Izzue dihubungi portal Murai.com.my

Dalam pada itu, cabaran yang terbesar buat Izzue ialah melakonkan watak dalam drama ini ialah imaginasi pembaca. Dia berasa gusar sekiranya lakonan itu tidak seiring dengan kehendak pembaca.

“Membaca dan menonton adalah 2 perkara yang berbeza, pembaca bermain dengan emosi tersendiri, sekiranya ia tak mencapai kehendak mereka, saya mohon maaf kerana saya sudah lakukan yang terbaik buat anda,” ujar Izzue.

Ketika ditanya adakah drama ini mampu melonjakkan namanya lantas Izzue menjelaskan itu semua adalah rezeki yang kadangkala ada pasang surutnya.

“Sebelum ini banyak drama lakonan saya menerima reaksi positif penonton, saya harap drama ini juga mampu menerima ‘feedback’ yang serupa,” katanya.

Suami Sebelah Rumah akan ditayangkan bermula hari ini, 2 Mac iaitu setiap Isnin hingga Khamis di slot Iris jam 6.30 petang hanya di TV3.   

Sumber : murai.com.my

Foto Istimewa Khaleef Dayyan, Putera Sulung Penyanyi Black & Cira

Baru baru ini pihak thephotolicious telah berkongsi gambar eksklusif cahaya mata pertama penyanyi Black atau nama sebenarnya Hanifah bin Md Hanafiah hasil perkongsian hidup dengan isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairi atau Cira.


Putera Sulung Penyanyi Black & Cira, info, terkini, hiburan, sensasi, Anak Black Mentor

Bayi lelaki pasangan ini dilahirkan jam 7.48 malam tangga 13 Januari lalu dengan berat 2.09 kilogram di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya itu telah diberikan nama Khaleef Dayyan oleh kedua ibu bapanya.

Black telah mendapatkan khidmat daripada thephotolicious untuk memotretkan gambar anak sulungnya itu dan telah bermurah hati untuk berkongsinya dengan media.


Untuk pengetahuan, pihak thephotolicious telah pun berjaya mendapatkan lebih dari 15 pose tetapi pihak Black dan Cira telah memilih 2 gambar yang paling mereka sukai untuk tatapan ramai. Disertakan juga klip video yang dirakamkan sebagai video di sebalik tabir sewaktu sesi penggambaran berlangsung.

Anak sulung kepada penyanyi kelahiran Mentor TV3 itu dijadualkan lahir pada 18 Februari lalu tetapi kerana sedikit komplikasi, Khaleef Dayyan telah sebulan lebih awal melihat dunia iaitu pada Januari lalu.

Kepada bakal ibu dan bapa yang ingin mendapatkan khidmat yang sama dari thephotolicious boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian bernombor 019 668 2336 bagi sebarang maklumat dan info lanjut mengenainya.

Sumber : murai.com.my

Jarang Pulang Ke Kampung, Ajak (Shiro) Bukan Lupa Diri

Pelawak dan pelakon Ajak (Shiro) mengakui jarang pulang ke kampung halamannya di Johor sejak akhir-akhir ini berikutan kerjaya seninya padat dengan pelbagai aktiviti.


Jarang Pulang Ke Kampung, Ajak (Shiro) Bukan Lupa Diri, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, ajak shiro

Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak, 30, bagaimanapun berkata, itu tidak bererti dia langsung tidak pulang untuk menjenguk keluarganya kerana akan memastikan dia menghabiskan masa bersama mereka jika mempunyai masa terluang.

"Saya mengaku saya jarang pulang ke kampung tetapi itu bukan bererti saya langsung tidak pulang untuk melawat keluarga saya dan bersikap lupa diri.

"Sekiranya saya tidak dapat pulang saya akan hubungi ibu dan ayah selain keluarga yang lain untuk bertanya khabar mereka," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.

Ajak berkata demikian sebagai mengulas laporan ruangan gosip sebuah akhbar mingguan pada Ahad yang mendakwa saudara terdekat pelawak itu kononnya berkecil hati dengan sikapnya yang kini jarang meluangkan masa bersama keluarga di kampung halaman.

Dalam pada itu, Ajak berkata, dia kurang pasti siapakah 'saudara' terdekatnya yang membuat dakwaan itu kerana apa yang diperkatakan sama sekali tidak benar.

Malah Ajak turut menyangkal dakwaan kononnya dia dan keluarganya lebih selesa menginap di hotel berbanding rumah ibu bapanya sekiranya mereka pulang ke kampung.

"Saya lebih selesa tidur atas bantal busuk saya di rumah ibu daripada hendak tidur di hotel.

"Apa yang didakwa mengenai diri saya itu langsung tidak benar dan saya sendiri kurang pasti 'saudara' mana yang tidak berkecil hati," ujarnya.

Bagaimanapun kata Ajak, dia mengambil gosip berkenaan sebagai satu pengajaran dan peringatan kepada dirinya sendiri pada masa hadapan.

Sumber : mynewshub.cc

Hamil 5 Bulan, Elaine Daly Tetap Hot Berbikini

Bakal hot mummy meletup! Itu gambaran yang tepat dalam mendefinisikan pengacara cantik, Elaine Daly yang masih lagi mampu kelihatan hot berbikini biarpun dirinya kini sedang berbadan dua!


Hamil 5 Bulan, Elaine Daly Tetap Hot Berbikini, info, terkin, hiburan, sensasi, elaine daly

Pergh.. memang boleh bikin cemburu wanita-wanita di luar sana tengok body Elaine yang masih lagi meletup bak model biarpun kini sedang hamil lima bulan.

Elaine, hos program tv Bella kini sedang hamil anak sulung dan menyatakan perasaan terujanya mengandung di kala usianya kini sudah pun mencecah 35 tahun ke atas.

Untuk makluman, Elaine berkahwin dengan seorang doktor kelahiran Afrika Selatan pada 4 Disember lalu selepas hampir lapan bulan berkenalan.

Tahniah diucapkan buat Elaine dan suami!


Hamil 5 Bulan, Elaine Daly Tetap Hot Berbikini, info, terkin, hiburan, sensasi, elaine daly

Hamil 5 Bulan, Elaine Daly Tetap Hot Berbikini, info, terkin, hiburan, sensasi, elaine daly

Hamil 5 Bulan, Elaine Daly Tetap Hot Berbikini, info, terkin, hiburan, sensasi, elaine daly

Sumber : mynewshub.cc

Warden Asrama Belasah Murid Sampai Mati Dihukum Gantung

Seorang warden asrama dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh seorang murid berusia tujuh tahun di Arau, Perlis, empat tahun lalu.


Warden Asrama Belasah Murid Sampai Mati Dihukum Gantung, info, terkini, sensasi, berita, kejam
Keadaan arwah Saiful Syazani ketika berada dalam keadaan koma selepas dibelasah warden asrama.
 
 
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Abd Wahab menjatuhi hukuman itu kepada tertuduh, Hanif Muhammad Ali, 31, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.


Warden Asrama Belasah Murid Sampai Mati Dihukum Gantung, info, terkini, sensasi, berita, kejam

Mengikut kertas pertuduhan, Hanif yang juga seorang ustaz dituduh membunuh Saiful Syazani Saiful Sopfidee di dalam sebuah bilik warden di sebuah sekolah rendah Islam di Arau pada jam antara 6 petang hingga 12 tengah malam, 31 Mac 2011.

Tertuduh yang masih bujang dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan. - BH Online

Zamarul Mengaku Ceraikan Diana 15 Jan Lalu

Spekulasi pergolakan rumah tangga yang melanda Zamarul Hisham dan Diana Rafar akhirnya terungkai.

Krisis melanda pasangan pelakon ini mula dihidu selepas Diana Rafar dilihat menfailkan penceraian terhadap Zamarul di mahkamah syariah di Shah Alam, 15 Januari lalu.


Zamarul Mengaku Ceraikan Diana 15 Jan Lalu, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, zamarul hisham, diana rafar

Akhirnya eksklusif menerusi Berita Harian, Zamarul tampil mendedahkan status sebenar rumah tangga mereka.

Dalam satu pengakuan mengejutkan Zamarul mengaku telah menceraikan Diana dengan talak satu pada 15 Januari lalu.

“Tiada apa yang perlu diselindung lagi. Kami sudah sah bercerai Januari lalu. Apa yang berlaku ada hikmah, terlalu peribadi untuk bercerita setiap inci butiran. Saya tidak mahu mengaibkan orang atau menyalahkan sebelah pihak saja.


Zamarul Mengaku Ceraikan Diana 15 Jan Lalu, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, zamarul hisham, diana rafar

“Sejujurnya saya agak terkejut apabila berlaku perceraian ini. Insya-Allah selagi saya boleh pertahankan perkahwinan kedua ini semula, saya akan lakukannya. Terlalu ramai peminat kami, peminat anak kami sendiri termasuk rakan wartawan mendoakan yang terbaik.

“Apa yang terjadi membuka mata kami bahawasanya terlalu ramai yang menyayangi hubungan ini. Kalau ada berita gembira (rujuk semula) saya akan kongsi tapi bukan sekarang. Diana pun selesa dengan situasi sekarang untuk bermuhasabah diri. Doakan kami,” katanya.

Mengakui masih menyayangi Diana, Zamarul berharap peminat mendoakan mereka berdua meskipun perpisahan ini sudah ditentukan.

“Jika sayang itu sekadar percakapan semata-mata, mahu saya tulis pula perkataan sayang itu di merata tempat. Dia pun tahu saya terlalu sayangkan dia,” ujarnya.

Zamarul dan Diana diijabkabulkan pada 16 Mei 2009 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam selepas lapan tahun bercinta dan dikurniakan seorang anak lelaki berusia lima tahun, Kashfi Haikal.



Sumber : mynewshub.cc

Fara Fauzana Akui Dah Ada Teman Istimewa

Lebih senang berdiam diri, kisah kehidupan peribadi pengacara dan penyampai radio terkenal, Fara Fauzana boleh dikatakan jarang sekali didedahkan di dada media.


Fara Fauzana Akui Dah Ada Teman Istimewa, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Fara Faauzana

Namun seiring dengan usia yang sudah memasuki angka 35, ramai peminat hiburan pastinya ingin tahu bilakah dia mahu mengakhiri zaman bujangnya.

Tanpa disangka menerusi siaran Melodi hari ini, Fara Fauzana akhirnya membuat pengakuan dia sudah pun mempunyai teman lelaki yang berjaya mengisi hatinya kini.

Bagaimanapun, Fara Fauzana atau mesra disapa FaFau lebih senang untuk tidak mendedahkan gerangan siapakah teman lelakinya itu.

FaFau juga berharap agar semua peminat dapat memahami dan mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Saya sangat private perkara sebegini walaupun dengan kawan sendiri.

“Saya wanita Melayu dan Islam, perlu jaga sedikit lebih. Saya juga lebih selesa untuk keep it to myself. Banyak hati yang saya perlu jaga.. family, bestfriend…

“Setiap orang impikan sesuatu yang baik. Saya harap anda doakan yang terbaik untuk saya dan juga orang di luar sana,” ujarnya.

Ok, sama-sama kita doakan moga hubungan yang terjalin antara FaFau dan pilihan hatinya dapat disatukan segera dalam satu ikatan sah.

Sumber : mynewshub.cc

Aksi Dewi Remaja Pakai Tudung Tapi Berjoget Sakan

Kecantikan wanita tidak hanya diukur daripada rambut maka langkah Majalah Remaja membuka penyertaan finalis Dewi Remaja kepada gadis bertudung sememangnya baik.


Aksi Dewi Remaja Pakai Tudung Tapi Berjoget Sakan, info, terkini, berita, sensasi, dewi remaja, finalis Dewi Remaja

Bagaimanapun apabila bertudung sudah pasti ada ‘adat’ yang perlu dijunjung kerana tudung yang digunakan untuk menutup sebahagian aurat itu juga, merupakan lambang agama dan tata susila.

Justeru apabila video memaparkan finalis Dewi Remaja 2015 yang bertudung namun memakai seluar ketat ikut sama menari hingga mendedahkan liuk lentok tubuh tersebar, ia dikecam ramai netizen.

Dipercayai, aksi menari mengikut alunan lagu rancak ini dilakukan dalam satu flashmob yang berlangsung di KL Sentral, semalam.




Tidak dapat dinafikan, pertandingan Dewi Remaja telah melahirkan ramai bintang yang memeriahkan dunia seni tanah air antaranya Scha Al-Yahya, Neelofa, Anzalna dan ramai lagi.

Tahniah juga diucapkan kepada Majalah Remaja kerana berjaya menongkah arus penerbitan hari ini apabila masih laris di pasaran tetapi pada masa sama, teguran daripada peminat harus diambil kira juga demi kebaikan dan nama baik majalah, betul tak?

Jadi selepas ini, kami sarankan supaya sebarang aktiviti yang dirancang untuk para Dewi Remaja mestilah mengambil kira juga sama ada ia sesuai atau tidak untuk finalis yang bertudung.


Sumber : mynewshub.cc

Hairul Azreen Umum Hanis Zalikha Sudah Berhijab

Boleh dikatakan satu Malaysia dah tahu, pasangan ini mempunyai hubungan istimewa selepas Hairul bertindak melamar Hanis secara terbuka sewaktu pentas akhir program hiburan Gegar Vaganza bersiaran secara langsung di saluran Astro, 4 Januari lalu.


Hairul Azreen Umum Hanis Zalikha Sudah Berhijab, info, terkini, hiburan, sensasi, hairul azreen, hanis zalikha

Selepas lamaran diterima, Hairul dan Hanis juga telahpun terbang ke kota Paris untuk merakam gambar pra-perkahwinan sekaligus menjadi petanda hubungan mereka bakal diakhiri di jinjang pelamin tak lama lagi.


Tup-tup belum pun tarikh nikah diumumkan, Hairul tampil dengan pengumuman berita gembira ini.


Hairul Azreen Umum Hanis Zalikha Sudah Berhijab, info, terkini, hiburan, sensasi, hairul azreen, hanis zalikha

Kami pasti, sebaik sahaja hal bertudung ini diketahui daripada Hairul maka peminat tentu menjengah Instagram Hanis untuk melihat gambar terbarunya, namun hampa.

Pos terakhir Hanis bertarikh empat hari lalu, itu pun gambar Hairul dengan kapsyen membayangkan gambar itu diambil selepas dia tertinggal telefon bimbitnya dalam kereta pemenang Fear Factor Selebriti Malaysia itu.

Bagaimanapun peminat nampaknya masih tidak mahu ketinggalan mengucapkan tahniah dan syukur kepada Hanis atas penampilan barunya.

Kami juga tumpang gembira melihat perubahan positif dan kebahagiaan pasangan sama cantik sama padan ini.

Semoga reda Allah mengiringi perhubungan mereka hingga bergelar suami isteri yang sah.

Sumber : mynewshub.cc

Sunday, March 1, 2015

Harga Petrol, Diesel Naik 25 Sen

Harga diesel dan petrol naik sebanyak 25 sen seliter mulai 1 Mac, demikian umum Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi kenyataan pada Sabtu.


Harga Petrol, Diesel Naik 25 Sen, info, terkini, sensasi, berita, barang naik, ekonomi

Harga baharu petrol RON95 ialah RM1.95 seliter (naik dari RM1.70), RON97 kini berharga RM2.25 seliter (dari RM2) dan diesel naik pada harga RM1.95 seliter (naik dari RM1.70).

Kenaikan ini berikutan keputusan kerajaan pada 21 November 2014 memutuskan bahawa penetapan harga runcit RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal bermula 1 Disember 2014.


Sumber : mstar.com.my

Juliana Evans, Sona One Bercinta?

Juliana Evans dan Sona One, nampak sesuai bukan? Ada khabar angin kini mengatakan bahawa pasangan ini sedang bercinta. Melalui beberapa siri gambar mereka di Instagram, kelihatan mereka mungkin ada menyembunyikan sesuatu atau mungkin juga hanya bergurau atas dasar kawan baik.


Juliana Evans, Sona One Bercinta?, info, terkin, hiburan, sensasi, gosip, juliana evans, sonaone

Melalui akaun Instagram Marina Juki, terdapat satu jawapan daripada Juliana sendiri seperti mengiyakan usikan rakannya itu. Malah, rakan selebriti yang lain juga bagaikan meraikan pasangan ini apabila pelakon ini memuatnaik gambar yang sama di akaun Instagram miliknya.


Juliana Evans, Sona One Bercinta?, info, terkin, hiburan, sensasi, gosip, juliana evans, sonaone

Malah kenyataan seorang peminat hiburan di forum Cari yang mendakwa pernah terbaca mengenai pengakuan Sona One terhadap Juliana Evans.

Jika dilihat sebelum ini pun, Juliana Evans tidak gemar berbicara mengenai kisah cintanya. Atau manalah tahu jika tiba-tiba Sona One mahu buat kejutan mengenai hubungan mereka ala-ala Akim lakukan kepada Stacy baru-baru ini.

Kami pasti jika ada jodoh di antara mereka, peminat pasti akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Juliana mahupun Sona One. Jika boleh buat undian melalui komen di Instagram, memang ramai yang mengatakan pasangan ini memang secocok!


Juliana Evans, Sona One Bercinta?, info, terkin, hiburan, sensasi, gosip, juliana evans, sonaone

Juliana Evans, Sona One Bercinta?, info, terkin, hiburan, sensasi, gosip, juliana evans, sonaone

Juliana Evans, Sona One Bercinta?, info, terkin, hiburan, sensasi, gosip, juliana evans, sonaone

Sumber : rotikaya.com

Foto-Foto Sekitar Majlis Pertunangan Hafiz Suip dan Nureffy

Tahniah diucapkan kepada penyanyi lagu Awan Nano yang juga juara Akademi Fantasia musim ketujuh, Hafiz Suip yang telah selamat mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya, Nureffy malam tadi.

Foto-Foto Sekitar Majlis Pertunangan Hafiz Suip dan Nureffy, info, terkini, hiburan, sensasi, hafiz suip


Majlis telah diadakan di Hotel Pullman, Kuching, Sarawak sekitar jam 9 malam yakni selepas waktu solat Isyak.

Pada majlis pertunangan tersebut Hafiz, 25, menyerahkan enam dulang hantaran, manakala pihak perempuan pula membalas 11 dulang.

Majlis telah dihadiri kedua-dua keluarga terdekat termasuk rakan artis antaranya Hazama dan Aril Pilus.

Berikut adalah sebahagian dari foto-foto majlis pertunangan mereka yang diambil di Instagram Hafiz.


















 Sumber : murai.com.my

Joe Flizzow Berdepan Suhu -10⁰C

Penyanyi Rap dan komposer Joe Flizzow, terpaksa berdepan dengan suhu sejuk -10⁰C bagi menjalani penggambaran muzik video lagu Baek di Brooklyn New York.


Joe Flizzow Berdepan Suhu -10⁰C, info, terkini, hiburan, sensasi, joe flizzow

Selain itu, Joe dengan beraninya ‘shoot’ videonya itu secara ‘illegal’ tanpa meminta sebarang permit daripada pihak berkuasa di sana.

“Kalau difikirkan balik memang kerja gila bikin video muzik Baek, saya dan krew lain bangun seawal 6 pagi dengan keadaan cuaca yang  sejuk melampau. Pakaian saya ketika itu pun bukan tebal sangat pun, hanya memakai sweater sahaja tanpa jaket. 

“Ketika itu, kebanyakkan penduduk mahupun pihak berkuasa masih lagi tidur jadi saya cepat-cepat ‘shoot’ video agar tidak tertangkap dengan pihak berkuasa,” seloroh Joe kepada portal murai.com.my

Joe yang ditemui wartawan di Up Close & Personal With Joe Flizzow di Sony Music Entertaiment turut menjelaskan pada mulanya video klip Baek tertalu urban dan tiada ciri-ciri Malaysia di dalam video tersebut.

“Lepas ‘shoot’ kemudiannya saya nak edit semula, saya berpendapat video klip ini terlalu USA sangat, itu sebabnya saya masukkan cameo selebriti tempatan seperti Nabil, Sharifah Amani dan ramai lagi supaya nampak keharmonian penduduk kita,” katanya.

Dalam pada itu, Joe Flizzow mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak media yang tidak henti-henti memberi sokongan terhadap karier nyanyian Rap hingga melonjakkan semula genre muzik ini di arena muzik tempatan.

“Alhamdulilah, selepas menjuarai AJL29 baru-baru ini, SonaOne terus dikenali dan saya juga tak putus-putus menerima panggilan tawaran untuk mencipta lagu untuk penyanyi tempatan,

“Ini semua adalah rezeki dan saya harap lagu Baek akan mendapat sambutan oleh pendengar walaupun ianya berbeza dengan lagu Apa Khabar, terima kasih kepada media yang tidak penat menyokong saya,” ujarnya mengakhiri bicara. 

 Sumber : murai.com.my

Emma dan Zizan hanya sekadar rakan

Aktres jelita Emma Maembong menjelaskan bahawa dia dan pelakon dan pelawak popular Zizan Razak tidak menjalin hubungan cinta lagi dan mereka kini hanya sekadar rakan biasa sahaja.


Emma dan Zizan hanya sekadar rakan, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, zizan razak, emma maembong

"Memang kami sudah tak ada apa-apa lagi. Apabila saya dedahkan sudah putus, kami tak pernah sambung semula," katanya yang dipetik dari Harian Metro.

Menurut aktres berusia 23 tahun itu lagi, dia mengambil keputusan untuk berpisah dengan Zizan bukan kerana isu kereta Ferrari, namun dia enggan mendedahkan punca sebenar.

"Tak perlulah saya ceritakan secara terperinci apa yang berlaku, tapi isu kereta Ferrari atau Zizan boros bukanlah sebab hubungan kami berakhir.

"Saya berdiam diri sebab tak mahu hal ini jadi lebih keruh dan memberikan persepsi buruk kepada saya pula sedangkan orang luar tak tahu cerita yang sebenar.

"Dalam hati saya memang sudah tidak ada lagi tempat untuk dia selepas macam-macam hal berlaku, tapi macam saya cakap tadi, ia terlalu peribadi untuk diceritakan."

Dalam pada itu, Emma juga enggan mengulas lanjut mengenai khabar angin yang mengatakan Zizan mempunyai hubungan dengan seorang pegawai atasan stesen televisyen.

"Kalau mengenai kisah peribadi dia, saya tak nak ulas apa-apa. Sama ada betul atau tidak itu hal mereka, saya tak terbabit.

"Saya hanya nak jaga kerja dan diri saya saja sekarang. Cukup-cukuplah dengan apa yang sudah berlaku. Kalau saya bercakap banyak pun orang akan salah anggap pada saya."

Sumber : tupai.com.my

Tuesday, February 24, 2015

Akhirnya.. Caj Telco Yang ‘Membingungkan’ Dapat Perhatian?

Dalam pada isu harga barangan hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini, terdapat juga harga lain yang harus dipantau pihak berkuasa negara kerana ia turut membabitkan wang poket pengguna.


Caj Telco Yang ‘Membingungkan, info, terkini, sensasi, berita, hangat,

Malah, cabaran bagi memastikan hak pengguna dalam soal harga yang ini pasti lebih mencabar kerana ia melibatkan nilai ‘tersembunyi’ dan sukar dipantau pengguna sendiri — ia adalah caj dikenakan syarikat telekomunikasi (Telco) di negara ini yang boleh dikatakan berada di tahap melampau dan sering membingungkan.

Masalah membabitkan caj Telco ini sebenarnya sudah lama membelenggu fikiran rakyat Malaysia.

Jika dahulu rungutan yang sering diutarakan adalah “sedar-sedar kredit kena ‘telan’ padahal tak banyak panggilan atau mesej keluar dibuat”, kini antara yang popular adalah “kejap je kuota Internet perlu ditambah nilai kerana sudah melepasi had dilanggan”.


Caj Telco Yang ‘Membingungkan, info, terkini, sensasi, berita, hangat,

Berbanding cara caj panggilan dikenakan Telco yang lebih mudah difahami dan dikira, kadar bayaran untuk penggunaan Internet yang ditawarkan dalam pelbagai pelan sukar difahami kebanyakan pengguna.

Maka mereka hanya mampu ‘reda’ apabila dimaklumkan data Internet yang dilanggan sudah mencecah kuota walaupun jauh di sudut hati mereka tidak percaya dan rasa macam ditipu bulat-bulat oleh Telco.


Caj Telco Yang ‘Membingungkan, info, terkini, sensasi, berita, hangat,

Itu belum disentuh bab mutu perkhidmatan yang jarang konsisten termasuk dari segi kelajuan Internet mahupun kawasan boleh akses!

Sebagai bukti masalah berkaitan Telco sudah lama dipendam rakyat negara ini, lihat saja keputusan hasil tinjauan dilakukan Mynewshub di mana, 98 peratus atau 1,932 pengundi bersetuju bahawa Syarikat Telekomunikasi Negara Ini Kuat Menipu!

Bagaimanapun, bukan hanya tinjauan di atas sahaja yang telah dibuat Mynewshub untuk menaikkan isu ini agar mendapat perhatian ramai.

Di bawah adalah laporan lain yang telah dimuatkan oleh Mynewshub sejak awal tahun lalu berkaitan permasalahan ini.

Kini ternyata, isu berkaitan caj Telco di Malaysia yang sering membingungkan pengguna telah mendapat perhatian pihak sewajarnya.

Terbaru, Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengumumkan kelmarin, kementeriannya akan menyemak kembali struktur berkenaan pembayaran perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar kerana kos pemasangan talian gentian optik sudah pun turun berikutan penurunan harga minyak dunia.

Susulan itu jamin beliau, satu rundingan melalui Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan dibuat dengan pihak Telco di negara ini bagi menurunkan caj perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna pada masa sekarang.

Ini sudah pasti satu berita yang cukup melegakan namun pada masa sama, usahlah kita melonjak kegembiraan terlalu awal selagi keprihatinan terhadap masalah melibatkan pengguna dengan Telco ini benar-benar dibuktikan.

Sekadar selingan, di bawah kami paparkan printscreen komen pembaca Mynewshub berkaitan perkara ini yang menunjukkan, pengguna sudah mula hilang rasa percaya.


Caj Telco Yang ‘Membingungkan, info, terkini, sensasi, berita, hangat,

Justeru jika rundingan demi rundingan yang dilakukan selepas ini akhirnya masih tidak menampakkan kesan positif buat pengguna, kami rasa mungkin dah tiba masa untuk pihak berkuasa berkaitan menggunakan kuasa yang ada untuk memaksa Telco berhenti menindas pengguna, betul tak?


Sumber : mynewshub.cc

8 Gambar Almy Nadia Ketika Dalam Berpantang

Pelakon terkenal, Almy Nadia telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.25 kilogram di Hospital Columbia, Kuala Lumpur beberapa hari yang lepas.

Pasangan suami isteri itu hanya akan berkongsi gambar bayi perempuan mereka sebaik sahaja berusia 40 hari atau lepas berpantang.

Apa pun, mari kita terjah beberapa gambar Almy Nadia ketika dalam berpantang yang dipaparkan di bawah ini buat tatapan anda.


8 Gambar Almy Nadia Ketika Dalam Berpantang, info, terkini, hiburan, sensasi, almy nadia, isteri fizz fairuz

8 Gambar Almy Nadia Ketika Dalam Berpantang, info, terkini, hiburan, sensasi, almy nadia, isteri fizz fairuz

8 Gambar Almy Nadia Ketika Dalam Berpantang, info, terkini, hiburan, sensasi, almy nadia, isteri fizz fairuz

8 Gambar Almy Nadia Ketika Dalam Berpantang, info, terkini, hiburan, sensasi, almy nadia, isteri fizz fairuz

8 Gambar Almy Nadia Ketika Dalam Berpantang, info, terkini, hiburan, sensasi, almy nadia, isteri fizz fairuz

8 Gambar Almy Nadia Ketika Dalam Berpantang, info, terkini, hiburan, sensasi, almy nadia, isteri fizz fairuz

Sumber : katakcomel.my