Showing posts with label terkini. Show all posts
Showing posts with label terkini. Show all posts

Wednesday, March 4, 2015

SonaOne nafi bercinta dengan Juliana Evans

Rapper popular SonaOne menyangkal dakwaan kononnya dia kini menjalin hubungan cinta dengan aktres jelita Juliana Evans.


SonaOne nafi bercinta dengan Juliana Evans, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, juliana evan, Sonaone

Menurut SonaOne atau nama sebenarnya Mikael Adam Lazoch, gosip yang mengatakan mereka bercinta itu hanyalah gurauan rakan-rakan Juliana.

"Saya rasa gosip yang mengatakan kami sedang bercinta ini agak kelakar kerana kami sudah berkawan rapat sejak dulu lagi. Malah saya dan Juliana sudah berkawan sejak usia kami kecil.

"Mungkin ada pihak yang suka melihat kami sebagai sepasang kekasih dan cuba untuk menyatukan kami berdua.

"Namun buat masa ini saya mahu fokus dengan muzik yang saya perjuangkan dan tiada masa untuk bercinta," katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Juliana turut menyangkal dia dan SonaOne merupakan pasangan kekasih kerana mreka hanya teman rapat sahaja.

"Masih terlalu awal untuk mengatakan bahawa kami merupakan sepasang kekasih. Buat masa sekarang, saya selesa bersahabat dengan dia.

"Tiada apa yang istimewa dalam perhubungan kami. Apa yang boleh saya nyatakan ialah kami lagi dalam peringkat teman rapat sahaja," katanya yang dipetik dari Kosmo!

Sementara itu, SonaOne memberitahu dia kini sedang sibuk dengan pembikinan album solo pertamanya yang bakal diriliskan tidak lama lagi.

Sumber : tupai.com.my

Monday, March 2, 2015

Video Perkahwinan Paling ‘Sporting’

Sporting ! Itulah perkataan yang keluar selepas melihat video sebuah majlis perkahwinan yang dimuat naik oleh salah seorang rakan pengantin wanita di laman sosial Facebook.


Video Perkahwinan Paling ‘Sporting’, info, terkini, berita, sensasi

Video ‘flashmob’ yang berdurasi tiga minit itu menjadi ‘viral’ apabila beribu pengguna laman sosial itu mula berkongsi di Facebook.

Pelbagai reaksi serta komen positif dan negatif diterima namun itu tidak memberi apa-apa kesan kepada pihak pengantin.



Menurut rakan pengantin, mereka tidak kisah apa pandangan orang ramai kerana mereka hanya ingin meraikan rakan setarian mereka yang sudah mengakhiri zaman bujangnya.

Mereka yang juga merupakan penari kebudayaan di bawah kumpulan Gemalai Qarma Dansa beranggapan segala kritikan baik dan buruk itu adalah lumrah sebagai penari.


Video Perkahwinan Paling ‘Sporting’, info, terkini, berita, sensasi

Sebelum ini mereka juga kerap mengadakan persembahan di majlis-majlis perkahwinan.

Sumber : mynewshub.cc

Jep Sepahtu Iri Hati Dengan Populariti AC Mizal?

Beberapa minggu yang lalu, Datuk AC Mizal pernah dikaitkan bergaduh dengan seorang pelawak namun nama pelawak tersebut tidak disebut. Malah AC Mizal mengakui menganggap pelawak tersebut sebagai seorang adik dan tak ada sebab untuk bermasam muka.


Jep Sepahtu Iri Hati Dengan Populariti AC Mizal?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, jep sepahtu, AC Mizal

Terbaru menerusi ruangan sebuah akhbar tempatan, Jep Sepahtu dikatakan iri hati dengan populariti yang dikecapi oleh AC Mizal. Laa kenapa pula ini?

Menerusi ruangan Pancaindera semalam, Jep Sepahtu didakwa makan hati dengan peminat AC Mizal yang dikatakan bilangannya lebih ramai berbanding kelab peminatnya sendiri.

Malah kontroversi bermasam muka ini dikatakan bermula sejak program Maharaja Lawak Mega 2014 tempoh hari.


Jep Sepahtu Iri Hati Dengan Populariti AC Mizal?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, jep sepahtu, AC Mizal

Setahu kami Jep Sepahtu dan AC Mizal cukup profesional sepanjang pembabitan mereka dalam bidang seni. Isu makan hati dan cemburu ini seharusnya tidak timbul memandangkan kedua-dua mereka sudah cukup dikenali dan punyai peminat tersendiri.

Apa-apa pun harap kontroversi ini dapat diselesaikan secepat mungkin andai benar ada pertelingkahan antara mereka berdua. Kata orang, buang yang keruh ambil yang jernih.

Sumber : ohbulan.com

Nazim Othman Disahkan Ada Ketumbuhan Otak?

Sejak beberapa minggu yang lalu Nazim Othman dilihat kerap memuatnaik foto dengan kapsyen yang agak menyayat hati di laman Instagramnya sehingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat.


Nazim Othman Disahkan Ada Ketumbuhan Otak?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip,

Malah ada yang mula membuat andaian bahawa Nazim sedang bergelut dengan penyakit membahaya. Hal ini dikuatkan lagi menerusi sekeping foto imbasan magnetik (MRI) di bahagian kepalanya.

Nazim Othman Disahkan Ada Ketumbuhan Otak?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip,

Jika diamati betul-betul, hasil imbasan MRI milik Nazim jelas berbeza berbanding manusia normal. Malah ada peminat yang mendakwa Nazim ada ketumbuhan dalam otak berdasarkan kesan bengkak pada bahagian kanan depan otaknya.

Nazim juga sempat berkongsi foto pil Dexamethaso, sejenis steroid yang diambil dua biji setiap hari bagi melawan kesakitannya itu. Menurut Nazim lagi dirinya sedang berjuang bagi melawan kesakitan yang di hidapi.

Nazim Othman Disahkan Ada Ketumbuhan Otak?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip,

Tindakan Nazim yang mengambil keputusan untuk terus berdiam diri sedikit sebanyak mengundang resah dan simpati peminat. Terbaru, Nazim bertindak memotong rambutnya sehingga botak! Apa dah jadi sebenarnya Nazim?


Nazim Othman Disahkan Ada Ketumbuhan Otak?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip,

Jika sebelum ini Nazim kerap membalas komen daripada peminat namun sekarang tidak. Foto-foto terbarunya kini penuh dengan kata-kata motivasi. Harap Nazim tabah menghadapi sebarang jenis penyakit yang sedang dihidapi oleh dirinya. Teruskan berdoa dan meminta pertolongan daripada Dia, Insyallah.





Sumber : ohbulan.com

Aktiviti seni bukan lagi keutamaan Wawa Zainal

Pelakon popular Wawa Zainal mengakui aktiviti seni bukan lagi menjadi satu keutamaan buatnya selepas dia bergelar isteri dan ibu kerana dia perlu meluangkan lebih masa bersama keluarga dan juga menjalankan perniagaan.


Pelakon popular Wawa Zainal, info, terkini, hiburan, sensasi, wawa zainal, isteri aeril zafrel

"Fokus saya kini lebih kepada rumah tangga, perniagaan baju secara atas talian dan akan datang saya akan keluarkan produk kecantikan sendiri.

"Bagaimanapun produk kecantikan masih lagi dalam proses perbincangan termasuk jenama. Namun perniagaan baju kini Alhamdulillah mendapat sambutan.

"Jadi saya rasa buat apa saya penat berlakon jika pendapatan berniaga menyamai pendapatan saya ketika berlakon sebulan," katanya yang dipetik dari Sinar Harian.

Dalam pada itu, pelakon berusia 23 tahun itu berkata walaupun dia memperlahankan aktiviti seninya, namun dia tidak akan meninggalkan bidang yang menjadi minatnya.

"Dari segi kerjaya lakonan saya tidak akan sesekali berhenti tetapi hanya perlahankan sahaja. Lagipun bila berlakon masa banyak habis di lokasi dan masa bersama anak cukup terhad.

"Bagaimanapun dari segi watak, saya tidaklah selektif dalam memilih tawaran. Saya tidak letakkan sebarang syarat, malah jika diberi watak antagonis pun saya sedia menjayakannya.

"Dari segi babak bersentuhan pula, saya rasa pengarah sekarang sudah arif sedia maklum saya sudah bertudung, jadi takkanlah mereka mahu saya menjayakan babak bersentuhan dengan bukan mahram pula."

Pada masa sama, Wawa turut berkata dia juga tidak meletakkan sebarang syarat jika suaminya Aeril Zafrel berlakon dengan pelakon wanita lain.


Sumber : tupai.com.my

Raisyyah Rania Yeap Sudah Berkahwin?

Model popular Raisyyah Rania Yeap menyangkal dakwaan segelintir pihak kononnya dia sudah berkahwin menerusi satu status di laman sosial Facebook miliknya.


Raisyyah Rania Yeap Sudah Berkahwin?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip,

Dalam statusnya turut meluahkan rasa kesalnya kerana sering difitnah sedangkan dia masih solo dan tidak berpunya.

Pada masa sama, Raisyyah dalam nada sinis turut mempersoal dengan siapa jejak yang dikaitkan dengannya kali ini.


Raisyyah Rania Yeap Sudah Berkahwin?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip,

"Saya rasa masih ramai yang tak faham kot. Asyik dengar orang sebar fitnah yang saya dah kahwin, padahal saya hidup sebatang kara tiada berimam.

"Batang hidung bakal imam pun tak nampak lagi. Dah kena gosip kahwin dengan siapa pulak??."


Sering dihimpit gosip kahwin, Raisyyah turut berseloroh dengan berkata dia mungkin perlu memuat naik status masih solo setiap hari.

"Takpe la..mungkin saya perlu ulang setiap hari sehingga orang ramai faham. Biar hari-hari baca sampai meluat. HAHAHA."

Sumber : tupai.com.my

Izzue Islam Beri Harapan Tinggi Untuk ‘Suami Sebelah Rumah’

Pelakon dan penyanyi Izzue Islam berharap drama rantaian terbarunya Suami Sebelah Rumah mampu menarik perhatian penonton serta menjadi viral di laman sosial.


Drama Suami Sebelah Rumah, info, terkini, sensasi, hiburan, izzue islam

Adaptasi menerusi novel hasil nukilan Ana Sofiya mempunyai pengikut tersendiri dan menjadi tanggungjawab Izzue untuk melakonkan watak sebagai Dr Amar mengikut kreativitinya.

“Drama ini adalah bergenre komedi yang turut dibintangi pelakon lain seperti Ayda Jebat, Zulin Aziz dan Sherry Alhadad.

“Uniknya cerita ini ialah transformasi seorang lelaki yang comot kepada lebih bergaya boleh dikatakan antara paling kurang diketengahkan dalam drama melayu,” kata Izzue dihubungi portal Murai.com.my

Dalam pada itu, cabaran yang terbesar buat Izzue ialah melakonkan watak dalam drama ini ialah imaginasi pembaca. Dia berasa gusar sekiranya lakonan itu tidak seiring dengan kehendak pembaca.

“Membaca dan menonton adalah 2 perkara yang berbeza, pembaca bermain dengan emosi tersendiri, sekiranya ia tak mencapai kehendak mereka, saya mohon maaf kerana saya sudah lakukan yang terbaik buat anda,” ujar Izzue.

Ketika ditanya adakah drama ini mampu melonjakkan namanya lantas Izzue menjelaskan itu semua adalah rezeki yang kadangkala ada pasang surutnya.

“Sebelum ini banyak drama lakonan saya menerima reaksi positif penonton, saya harap drama ini juga mampu menerima ‘feedback’ yang serupa,” katanya.

Suami Sebelah Rumah akan ditayangkan bermula hari ini, 2 Mac iaitu setiap Isnin hingga Khamis di slot Iris jam 6.30 petang hanya di TV3.   

Sumber : murai.com.my

Foto Istimewa Khaleef Dayyan, Putera Sulung Penyanyi Black & Cira

Baru baru ini pihak thephotolicious telah berkongsi gambar eksklusif cahaya mata pertama penyanyi Black atau nama sebenarnya Hanifah bin Md Hanafiah hasil perkongsian hidup dengan isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairi atau Cira.


Putera Sulung Penyanyi Black & Cira, info, terkini, hiburan, sensasi, Anak Black Mentor

Bayi lelaki pasangan ini dilahirkan jam 7.48 malam tangga 13 Januari lalu dengan berat 2.09 kilogram di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya itu telah diberikan nama Khaleef Dayyan oleh kedua ibu bapanya.

Black telah mendapatkan khidmat daripada thephotolicious untuk memotretkan gambar anak sulungnya itu dan telah bermurah hati untuk berkongsinya dengan media.


Untuk pengetahuan, pihak thephotolicious telah pun berjaya mendapatkan lebih dari 15 pose tetapi pihak Black dan Cira telah memilih 2 gambar yang paling mereka sukai untuk tatapan ramai. Disertakan juga klip video yang dirakamkan sebagai video di sebalik tabir sewaktu sesi penggambaran berlangsung.

Anak sulung kepada penyanyi kelahiran Mentor TV3 itu dijadualkan lahir pada 18 Februari lalu tetapi kerana sedikit komplikasi, Khaleef Dayyan telah sebulan lebih awal melihat dunia iaitu pada Januari lalu.

Kepada bakal ibu dan bapa yang ingin mendapatkan khidmat yang sama dari thephotolicious boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian bernombor 019 668 2336 bagi sebarang maklumat dan info lanjut mengenainya.

Sumber : murai.com.my

Jarang Pulang Ke Kampung, Ajak (Shiro) Bukan Lupa Diri

Pelawak dan pelakon Ajak (Shiro) mengakui jarang pulang ke kampung halamannya di Johor sejak akhir-akhir ini berikutan kerjaya seninya padat dengan pelbagai aktiviti.


Jarang Pulang Ke Kampung, Ajak (Shiro) Bukan Lupa Diri, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, ajak shiro

Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak, 30, bagaimanapun berkata, itu tidak bererti dia langsung tidak pulang untuk menjenguk keluarganya kerana akan memastikan dia menghabiskan masa bersama mereka jika mempunyai masa terluang.

"Saya mengaku saya jarang pulang ke kampung tetapi itu bukan bererti saya langsung tidak pulang untuk melawat keluarga saya dan bersikap lupa diri.

"Sekiranya saya tidak dapat pulang saya akan hubungi ibu dan ayah selain keluarga yang lain untuk bertanya khabar mereka," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.

Ajak berkata demikian sebagai mengulas laporan ruangan gosip sebuah akhbar mingguan pada Ahad yang mendakwa saudara terdekat pelawak itu kononnya berkecil hati dengan sikapnya yang kini jarang meluangkan masa bersama keluarga di kampung halaman.

Dalam pada itu, Ajak berkata, dia kurang pasti siapakah 'saudara' terdekatnya yang membuat dakwaan itu kerana apa yang diperkatakan sama sekali tidak benar.

Malah Ajak turut menyangkal dakwaan kononnya dia dan keluarganya lebih selesa menginap di hotel berbanding rumah ibu bapanya sekiranya mereka pulang ke kampung.

"Saya lebih selesa tidur atas bantal busuk saya di rumah ibu daripada hendak tidur di hotel.

"Apa yang didakwa mengenai diri saya itu langsung tidak benar dan saya sendiri kurang pasti 'saudara' mana yang tidak berkecil hati," ujarnya.

Bagaimanapun kata Ajak, dia mengambil gosip berkenaan sebagai satu pengajaran dan peringatan kepada dirinya sendiri pada masa hadapan.

Sumber : mynewshub.cc

Warden Asrama Belasah Murid Sampai Mati Dihukum Gantung

Seorang warden asrama dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh seorang murid berusia tujuh tahun di Arau, Perlis, empat tahun lalu.


Warden Asrama Belasah Murid Sampai Mati Dihukum Gantung, info, terkini, sensasi, berita, kejam
Keadaan arwah Saiful Syazani ketika berada dalam keadaan koma selepas dibelasah warden asrama.
 
 
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Abd Wahab menjatuhi hukuman itu kepada tertuduh, Hanif Muhammad Ali, 31, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.


Warden Asrama Belasah Murid Sampai Mati Dihukum Gantung, info, terkini, sensasi, berita, kejam

Mengikut kertas pertuduhan, Hanif yang juga seorang ustaz dituduh membunuh Saiful Syazani Saiful Sopfidee di dalam sebuah bilik warden di sebuah sekolah rendah Islam di Arau pada jam antara 6 petang hingga 12 tengah malam, 31 Mac 2011.

Tertuduh yang masih bujang dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan. - BH Online

Zamarul Mengaku Ceraikan Diana 15 Jan Lalu

Spekulasi pergolakan rumah tangga yang melanda Zamarul Hisham dan Diana Rafar akhirnya terungkai.

Krisis melanda pasangan pelakon ini mula dihidu selepas Diana Rafar dilihat menfailkan penceraian terhadap Zamarul di mahkamah syariah di Shah Alam, 15 Januari lalu.


Zamarul Mengaku Ceraikan Diana 15 Jan Lalu, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, zamarul hisham, diana rafar

Akhirnya eksklusif menerusi Berita Harian, Zamarul tampil mendedahkan status sebenar rumah tangga mereka.

Dalam satu pengakuan mengejutkan Zamarul mengaku telah menceraikan Diana dengan talak satu pada 15 Januari lalu.

“Tiada apa yang perlu diselindung lagi. Kami sudah sah bercerai Januari lalu. Apa yang berlaku ada hikmah, terlalu peribadi untuk bercerita setiap inci butiran. Saya tidak mahu mengaibkan orang atau menyalahkan sebelah pihak saja.


Zamarul Mengaku Ceraikan Diana 15 Jan Lalu, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, zamarul hisham, diana rafar

“Sejujurnya saya agak terkejut apabila berlaku perceraian ini. Insya-Allah selagi saya boleh pertahankan perkahwinan kedua ini semula, saya akan lakukannya. Terlalu ramai peminat kami, peminat anak kami sendiri termasuk rakan wartawan mendoakan yang terbaik.

“Apa yang terjadi membuka mata kami bahawasanya terlalu ramai yang menyayangi hubungan ini. Kalau ada berita gembira (rujuk semula) saya akan kongsi tapi bukan sekarang. Diana pun selesa dengan situasi sekarang untuk bermuhasabah diri. Doakan kami,” katanya.

Mengakui masih menyayangi Diana, Zamarul berharap peminat mendoakan mereka berdua meskipun perpisahan ini sudah ditentukan.

“Jika sayang itu sekadar percakapan semata-mata, mahu saya tulis pula perkataan sayang itu di merata tempat. Dia pun tahu saya terlalu sayangkan dia,” ujarnya.

Zamarul dan Diana diijabkabulkan pada 16 Mei 2009 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam selepas lapan tahun bercinta dan dikurniakan seorang anak lelaki berusia lima tahun, Kashfi Haikal.



Sumber : mynewshub.cc

Fara Fauzana Akui Dah Ada Teman Istimewa

Lebih senang berdiam diri, kisah kehidupan peribadi pengacara dan penyampai radio terkenal, Fara Fauzana boleh dikatakan jarang sekali didedahkan di dada media.


Fara Fauzana Akui Dah Ada Teman Istimewa, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Fara Faauzana

Namun seiring dengan usia yang sudah memasuki angka 35, ramai peminat hiburan pastinya ingin tahu bilakah dia mahu mengakhiri zaman bujangnya.

Tanpa disangka menerusi siaran Melodi hari ini, Fara Fauzana akhirnya membuat pengakuan dia sudah pun mempunyai teman lelaki yang berjaya mengisi hatinya kini.

Bagaimanapun, Fara Fauzana atau mesra disapa FaFau lebih senang untuk tidak mendedahkan gerangan siapakah teman lelakinya itu.

FaFau juga berharap agar semua peminat dapat memahami dan mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Saya sangat private perkara sebegini walaupun dengan kawan sendiri.

“Saya wanita Melayu dan Islam, perlu jaga sedikit lebih. Saya juga lebih selesa untuk keep it to myself. Banyak hati yang saya perlu jaga.. family, bestfriend…

“Setiap orang impikan sesuatu yang baik. Saya harap anda doakan yang terbaik untuk saya dan juga orang di luar sana,” ujarnya.

Ok, sama-sama kita doakan moga hubungan yang terjalin antara FaFau dan pilihan hatinya dapat disatukan segera dalam satu ikatan sah.

Sumber : mynewshub.cc

Aksi Dewi Remaja Pakai Tudung Tapi Berjoget Sakan

Kecantikan wanita tidak hanya diukur daripada rambut maka langkah Majalah Remaja membuka penyertaan finalis Dewi Remaja kepada gadis bertudung sememangnya baik.


Aksi Dewi Remaja Pakai Tudung Tapi Berjoget Sakan, info, terkini, berita, sensasi, dewi remaja, finalis Dewi Remaja

Bagaimanapun apabila bertudung sudah pasti ada ‘adat’ yang perlu dijunjung kerana tudung yang digunakan untuk menutup sebahagian aurat itu juga, merupakan lambang agama dan tata susila.

Justeru apabila video memaparkan finalis Dewi Remaja 2015 yang bertudung namun memakai seluar ketat ikut sama menari hingga mendedahkan liuk lentok tubuh tersebar, ia dikecam ramai netizen.

Dipercayai, aksi menari mengikut alunan lagu rancak ini dilakukan dalam satu flashmob yang berlangsung di KL Sentral, semalam.




Tidak dapat dinafikan, pertandingan Dewi Remaja telah melahirkan ramai bintang yang memeriahkan dunia seni tanah air antaranya Scha Al-Yahya, Neelofa, Anzalna dan ramai lagi.

Tahniah juga diucapkan kepada Majalah Remaja kerana berjaya menongkah arus penerbitan hari ini apabila masih laris di pasaran tetapi pada masa sama, teguran daripada peminat harus diambil kira juga demi kebaikan dan nama baik majalah, betul tak?

Jadi selepas ini, kami sarankan supaya sebarang aktiviti yang dirancang untuk para Dewi Remaja mestilah mengambil kira juga sama ada ia sesuai atau tidak untuk finalis yang bertudung.


Sumber : mynewshub.cc

Hairul Azreen Umum Hanis Zalikha Sudah Berhijab

Boleh dikatakan satu Malaysia dah tahu, pasangan ini mempunyai hubungan istimewa selepas Hairul bertindak melamar Hanis secara terbuka sewaktu pentas akhir program hiburan Gegar Vaganza bersiaran secara langsung di saluran Astro, 4 Januari lalu.


Hairul Azreen Umum Hanis Zalikha Sudah Berhijab, info, terkini, hiburan, sensasi, hairul azreen, hanis zalikha

Selepas lamaran diterima, Hairul dan Hanis juga telahpun terbang ke kota Paris untuk merakam gambar pra-perkahwinan sekaligus menjadi petanda hubungan mereka bakal diakhiri di jinjang pelamin tak lama lagi.


Tup-tup belum pun tarikh nikah diumumkan, Hairul tampil dengan pengumuman berita gembira ini.


Hairul Azreen Umum Hanis Zalikha Sudah Berhijab, info, terkini, hiburan, sensasi, hairul azreen, hanis zalikha

Kami pasti, sebaik sahaja hal bertudung ini diketahui daripada Hairul maka peminat tentu menjengah Instagram Hanis untuk melihat gambar terbarunya, namun hampa.

Pos terakhir Hanis bertarikh empat hari lalu, itu pun gambar Hairul dengan kapsyen membayangkan gambar itu diambil selepas dia tertinggal telefon bimbitnya dalam kereta pemenang Fear Factor Selebriti Malaysia itu.

Bagaimanapun peminat nampaknya masih tidak mahu ketinggalan mengucapkan tahniah dan syukur kepada Hanis atas penampilan barunya.

Kami juga tumpang gembira melihat perubahan positif dan kebahagiaan pasangan sama cantik sama padan ini.

Semoga reda Allah mengiringi perhubungan mereka hingga bergelar suami isteri yang sah.

Sumber : mynewshub.cc

Sunday, March 1, 2015

Serpihan Terbesar Pesawat QZ8501 Ditemui

Bahagian terbesar bangkai pesawat AirAsia Indonesia yang terhempas di Laut Jawa pada Disember lalu berjaya dinaikkan pasukan mencari dan menyelamat negara itu.


Serpihan Terbesar Pesawat QZ8501 Ditemui , info, terkini, berita nahas pesawat QZ8501, Bangkai Utama Pesawat AirAsia QZ8501 Telah Ditemui,

Ketua Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), Bambang Soelistyo berkata, serpihan terbesar itu berjaya dibawa naik dari dasar laut dan telah diangkat ke kapal pengangkut.

"Kita berjaya membawa naik bahagian terbesar badan pesawat AirAsia berkenaan dengan keadaan sayap yang masih sempurna," katanya.

Bagaimanapun katanya, tiada mayat ditemui pada serpihan bangkai pesawat itu.

Pesawat AirAsia Indonesia yang dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura terhempas di Laut Jawa pada 28 Disember lalu menyebabkan kesemua 162 penumpang dan anak kapal terbunuh.

Bambang berkata, pihak berkuasa akan membuat keputusan mengenai tarikh akhir operasi mencari serpihan pesawat itu selepas satu perbincangan dengan keluarga penumpang pesawat QZ8501 yang dijadual diadakan minggu depan.

Sehingga kini hanya 103 mayat berjaya ditemui selepas pesawat berkenaan terhempas akibat cuaca buruk. – AFP

Sumber : mstar.com.my

Harga Petrol, Diesel Naik 25 Sen

Harga diesel dan petrol naik sebanyak 25 sen seliter mulai 1 Mac, demikian umum Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi kenyataan pada Sabtu.


Harga Petrol, Diesel Naik 25 Sen, info, terkini, sensasi, berita, barang naik, ekonomi

Harga baharu petrol RON95 ialah RM1.95 seliter (naik dari RM1.70), RON97 kini berharga RM2.25 seliter (dari RM2) dan diesel naik pada harga RM1.95 seliter (naik dari RM1.70).

Kenaikan ini berikutan keputusan kerajaan pada 21 November 2014 memutuskan bahawa penetapan harga runcit RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal bermula 1 Disember 2014.


Sumber : mstar.com.my

Foto-Foto Sekitar Majlis Pertunangan Hafiz Suip dan Nureffy

Tahniah diucapkan kepada penyanyi lagu Awan Nano yang juga juara Akademi Fantasia musim ketujuh, Hafiz Suip yang telah selamat mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya, Nureffy malam tadi.

Foto-Foto Sekitar Majlis Pertunangan Hafiz Suip dan Nureffy, info, terkini, hiburan, sensasi, hafiz suip


Majlis telah diadakan di Hotel Pullman, Kuching, Sarawak sekitar jam 9 malam yakni selepas waktu solat Isyak.

Pada majlis pertunangan tersebut Hafiz, 25, menyerahkan enam dulang hantaran, manakala pihak perempuan pula membalas 11 dulang.

Majlis telah dihadiri kedua-dua keluarga terdekat termasuk rakan artis antaranya Hazama dan Aril Pilus.

Berikut adalah sebahagian dari foto-foto majlis pertunangan mereka yang diambil di Instagram Hafiz.


















 Sumber : murai.com.my

Joe Flizzow Berdepan Suhu -10⁰C

Penyanyi Rap dan komposer Joe Flizzow, terpaksa berdepan dengan suhu sejuk -10⁰C bagi menjalani penggambaran muzik video lagu Baek di Brooklyn New York.


Joe Flizzow Berdepan Suhu -10⁰C, info, terkini, hiburan, sensasi, joe flizzow

Selain itu, Joe dengan beraninya ‘shoot’ videonya itu secara ‘illegal’ tanpa meminta sebarang permit daripada pihak berkuasa di sana.

“Kalau difikirkan balik memang kerja gila bikin video muzik Baek, saya dan krew lain bangun seawal 6 pagi dengan keadaan cuaca yang  sejuk melampau. Pakaian saya ketika itu pun bukan tebal sangat pun, hanya memakai sweater sahaja tanpa jaket. 

“Ketika itu, kebanyakkan penduduk mahupun pihak berkuasa masih lagi tidur jadi saya cepat-cepat ‘shoot’ video agar tidak tertangkap dengan pihak berkuasa,” seloroh Joe kepada portal murai.com.my

Joe yang ditemui wartawan di Up Close & Personal With Joe Flizzow di Sony Music Entertaiment turut menjelaskan pada mulanya video klip Baek tertalu urban dan tiada ciri-ciri Malaysia di dalam video tersebut.

“Lepas ‘shoot’ kemudiannya saya nak edit semula, saya berpendapat video klip ini terlalu USA sangat, itu sebabnya saya masukkan cameo selebriti tempatan seperti Nabil, Sharifah Amani dan ramai lagi supaya nampak keharmonian penduduk kita,” katanya.

Dalam pada itu, Joe Flizzow mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak media yang tidak henti-henti memberi sokongan terhadap karier nyanyian Rap hingga melonjakkan semula genre muzik ini di arena muzik tempatan.

“Alhamdulilah, selepas menjuarai AJL29 baru-baru ini, SonaOne terus dikenali dan saya juga tak putus-putus menerima panggilan tawaran untuk mencipta lagu untuk penyanyi tempatan,

“Ini semua adalah rezeki dan saya harap lagu Baek akan mendapat sambutan oleh pendengar walaupun ianya berbeza dengan lagu Apa Khabar, terima kasih kepada media yang tidak penat menyokong saya,” ujarnya mengakhiri bicara. 

 Sumber : murai.com.my

Emma dan Zizan hanya sekadar rakan

Aktres jelita Emma Maembong menjelaskan bahawa dia dan pelakon dan pelawak popular Zizan Razak tidak menjalin hubungan cinta lagi dan mereka kini hanya sekadar rakan biasa sahaja.


Emma dan Zizan hanya sekadar rakan, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, zizan razak, emma maembong

"Memang kami sudah tak ada apa-apa lagi. Apabila saya dedahkan sudah putus, kami tak pernah sambung semula," katanya yang dipetik dari Harian Metro.

Menurut aktres berusia 23 tahun itu lagi, dia mengambil keputusan untuk berpisah dengan Zizan bukan kerana isu kereta Ferrari, namun dia enggan mendedahkan punca sebenar.

"Tak perlulah saya ceritakan secara terperinci apa yang berlaku, tapi isu kereta Ferrari atau Zizan boros bukanlah sebab hubungan kami berakhir.

"Saya berdiam diri sebab tak mahu hal ini jadi lebih keruh dan memberikan persepsi buruk kepada saya pula sedangkan orang luar tak tahu cerita yang sebenar.

"Dalam hati saya memang sudah tidak ada lagi tempat untuk dia selepas macam-macam hal berlaku, tapi macam saya cakap tadi, ia terlalu peribadi untuk diceritakan."

Dalam pada itu, Emma juga enggan mengulas lanjut mengenai khabar angin yang mengatakan Zizan mempunyai hubungan dengan seorang pegawai atasan stesen televisyen.

"Kalau mengenai kisah peribadi dia, saya tak nak ulas apa-apa. Sama ada betul atau tidak itu hal mereka, saya tak terbabit.

"Saya hanya nak jaga kerja dan diri saya saja sekarang. Cukup-cukuplah dengan apa yang sudah berlaku. Kalau saya bercakap banyak pun orang akan salah anggap pada saya."

Sumber : tupai.com.my

Tuesday, February 24, 2015

Lelaki Ditetak Depan Panggung Wayang Di Klang

Belum habis terkejut dengan kes pergaduhan ‘parang terbang’ di sebuah pasaraya di Bukit Jambul, kini dengan menggunakan parang juga, kes seumpama kembali berlaku di Klang.


Lelaki Ditetak Depan Panggung Wayang Di Klang, info, terkini, berita, jenayah,


Meremang bulu roma penulis sewaktu menonton video yang dikongsikan di Facebook Wikipediarakyat ini, di mana sesetengah paparannya amatlah tidak sesuai ditonton oleh anda yang lemah semangat.

Difahamkan, insiden bermula daripada pertengkaran mulut antara dua kumpulan, sebelum ia berakhir di hadapan panggung wayang apabila mangsa yang merupakan seorang lelaki warga asing berusia 31 tahun ditetak dengan kejam.

“Kejadian itu bagaikan aksi dalam filem apabila mangsa diserang di tengah orang ramai di hadapan panggung wayang menggunakan parang,” kata saksi yang enggan dikenali.

“Mangsa berlari ke arah orang ramai bagi mengelak diserang suspek, namun suspek bertindak berani menetak mangsa manakala rakan mangsa sempat melarikan diri,” tambahnya.


Lelaki Ditetak Depan Panggung Wayang Di Klang, info, terkini, berita, jenayah,

Difahamkan, dua kumpulan warga Indonesia berkenaan sebelum itu bertengkar di pusat karaoke sebelum ia berlarutan hingga hadapan panggung wayang di pusat beli-belah berkenaan.

Dua kumpulan terbabit dikatakan memang bersedia untuk bergaduh, malah suspek yang berusia 30-an turut membawa parang ketika mengadakan perbincangan.

Namun, nasib mangsa yang yang teruk ditetak masih belum diketahui keadaanya.

Persoalan di sini ialah, apa sudah jadi dengan tahap keselamatan lebih-lebih lagi di pusat beli belah di Malaysia?

Adakah pengawal keselamatan tidak sedar atau mereka yang kebiasaannya merupakan warganegara asing membenarkan rakan senegara membawa masuk senjata dalam premis awam?

Diharapkan PDRM melakukan siasatan segera terhadap perkara yang serius ini!

Kita tak mahu kes tetak sebegini berulang lagi di tempat awam kerana ia turut membabitkan isu keselamatan orang ramai.

Sumber : mynewshub.cc