Tuesday, December 30, 2014

QZ8501 Dipercayai Pecah Saat Terhempas Di Permukaan Laut

Setelah masuk hari ketiga, akhirnya perkhabaran tentang pesawat Air Asia Indonesia QZ8501 yang hilang dari radar saat membuat perjalanan menuju ke Singapura semakin menemui titik jawapan.

QZ8501 Dipercayai Pecah Saat Terhempas Di Permukaan Laut, info, terkini, berita, pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, spekulasi Pesawat QZ8501

Menurut portal berita dari Indonesia, detik.com, sejumlah serpihan bangkai pesawat dan jasad penumpang pesawat tersebut ditemui terapung di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah. Malah, menurut portal tersebut, bayangan QZ8501 yang terdampar di dasar lautan juga sudah kelihatan.

Menurut pakar penerbangan, Alvin Lie,  pesawat tersebut berkemungkinan terus pecah ketika ia terhempas di permukaan air berdasarkan kepada penemuan serpihan kapal terbang itu.

Walau bagaimanapun, ia hanyalah konklusi awal yang diberikan beliau yang masih meneruskan analisisnya. Dia juga menambah, andaian bahawa pesawat tersebut meletup di udara adalah kecil.

“Kalau ia meledak di udara pasti serpihannya menyebar,” ujarnya ketika dihubungi portal terbabit.

Sehingga kini, anggota mencari dan menyelamat (SAR) berjaya menemui enam mayat yang terapung di persekitaran perairan itu.

Sumber : mynewshub.cc

Mayat Penumpang QZ8501 Terapung Turut Ditemui

Mayat yang telah kembung turut ditemui berhampiran kawasan serpihan pesawat AirAsia QZ8501 mengakhiri tanda tanya nasib pesawat itu yang hilang sejak Ahad lepas.


Mayat Penumpang QZ8501 Terapung Turut Ditemui, info, terkini, berita terkini, pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, Jasad Mangsa Pesawat Air Asia Indonesia QZ8501

Pada awalnya pesawat dalam misi pencarian menemui 10 objek mirip pintu pesawat, jaket keselamatan dan juga gelongsor kecemasan dalam lingkungan 10km persegi di sekitar perairan Kalimantan.

Anggota pasukan Badan Mencari Dan Menyelamat Kebangsaan Indonesia (BASARNAS) dilihat diturunkan dari helikopter untuk mengambil mayat berkenaan.

Ahli keluarga penumpang pesawat QZ8501 akan diterbangkan esok ke lokasi pencarian.

Bagaimanapun, setakat ini dilaporkan hanya satu mayat itu sahaja yang ditemui terapung di kawasan penemuan serpihan itu.

Mayat Penumpang QZ8501 Terapung Turut Ditemui, info, terkini, berita terkini, pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, Jasad Mangsa Pesawat Air Asia Indonesia QZ8501

Pesawat Airbus A320-200 dikendalikan oleh syarikat penerbangan AirAsia Indonesia ketika hilang sedang dalam penerbangan ke Singpura dari Surabaya, membawa bersama 162 orang.

Hari ini telah masuk hari ketiga pesawat berkenaan hilang selepas terputus hubungan dengan kawalan trafik udara Indonesia kira-kira pukul 7.24 pagi Ahad.

Sumber : mynewshub.cc

Monday, December 29, 2014

Dukun Indonesia Dakwa QZ8501 Sangkut Di Karang

Tragedi pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 hilang ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura semalam turut mendapat perhatian persatuan dukun tempatan profesional apabila mereka hari ini menawarkan diri untuk mencari kapal terbang itu.


Dukun Indonesia Dakwa QZ8501 Sangkut Di Karang, info, terkini, berita, pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, spekulasi QZ8501,


Ketua Perdukunan dan Adat Belitung, Mukhti Maarif ketika dihubungi akhbar berpengaruh, Tempo di sini berkata, ekoran lokasi terakhir pesawat jenis Airbus A320 itu hilang terletak di pulau tersebut, mereka bersedia membantu untuk mencari kapal terbang berkenaan.

“Kita siap siaga menolong bersama-sama dengan pihak berkuasa Indonesia yang guna teknologi canggih. Insya Allah posisi pesawat memang diketahui masih dalam wilayah Belitung, baik darat, laut mahu pun udara, dipenuhi hal ghaib,” jelas beliau.

Mukhti namun menjelaskan, para dukun di pulau seluas 4,800 kilometer persegi itu cuma menunggu permintaan secara rasmi dari pemerintah khasnya Badan Search And Rescue Nasional (Basarnas) di Jakarta yang juga agensi penyelaras kecemasan Indonesia.

Dukun Indonesia Dakwa QZ8501 Sangkut Di Karang, info, terkini, berita, pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, spekulasi QZ8501,

Badan yang ditubuhkan sejak 1972 itu bertanggungjawab dalam menyelia segala kerja menyelamat mangsa bencana di seluruh Indonesia dan Basarnas biasanya hanya membuat permintaan rasmi kepada dukun tempatan bagi mengelak pandangan serong masyarakat.

Mukhti mengatakan, pencarian secara ghaib mungkin belum dianggap penyelesaian tepat untuk menemui semula pesawat Air Asia itu kerana persepsi masyarakat masih curiga kesahihan kaedah tradisional kecuali untuk berubat akibat ‘buatan’ orang tertentu.

“Hasil pemantauan kami setakat ini mendapati bangkai QZ8501 berada di perairan timur Pulau Nangka, Kabupaten Belitung Timur dan buat saat ini posisi pesawat itu masih di dalam laut dekat kawasan dipenuhi terumbu karang di perairan tersebut,” ujar Mukhti.

Belitung yang dihuni masyarakat Melayu dikenali sebagai Billitton sejak 1812 ketika zaman penjajahan Inggeris dan kemudian Belanda, secara kebetulan mendapat namanya sempena sejenis siput laut dalam dialek tempatan yang banyak di sekitar pulau berkenaan.

Kumpulan dukun profesional tempatan itu percaya, pesawat malang tersebut terhempas akibat kerosakan mesin di dalam kapal terbang tetapi punca kejadian belum lagi dipastikan sama ada kerana faktor cuaca buruk atau kelemahan juruterbang sendiri. – Agensi


Operasi SAR Kesan Tumpahan Minyak Di Perairan Tanjung Pandan

Pesawat Tentara Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI-AU), Hercules Alpha 1319 kembali membuat tinjauan di perairan Tanjung Pandan selepas mendapat maklumat adanya tumpahan minyak di lokasi itu.


Operasi SAR Kesan Tumpahan Minyak Di Perairan Tanjung Pandan, info, terkini, berita, Operasi Mencari Pesawat AirAsia, pesawat AirAsia Indonesia QZ8501,

Memetik Detiknews.com, hasil tinjauan itu mendapati sememangnya ada titik tumpahan yang dilihat dari kokpit pesawat tersebut sekitar jam 2.35 petang waktu tempatan.

Menurut krew pesawat, tumpahan minyak dikesan jika terdapat tompokan berwarna pelangi di permukaan air.

Bagaimanapun, juruterbangnya terpaksa kembali semula ke Pengkalan Halim Perdana Kusuma kerana minyak pesawat tersebut semakin berkurangan.

Setakat ini, belum ada lagi kenyataan rasmi dikeluarkan bagi mengesahkan sama ada tumpahan minyak itu ada kaitannya dengan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang sejak awal pagi semalam.



Sumber : mynewshub.cc

Jika MH370, MH17 Dan QZ8501 Konspirasi – Angkara Siapa?

Apakah kehilangan QZ8501 milik AirAsia Indonesia satu kemalangan udara yang biasa  atau sesuatu yang menyamai misteri  Malaysia Airlines (MAS) MH370?


Jika MH370, MH17 Dan QZ8501 Konspirasi, info, terkini, berita, spekulasi QZ8501,
Anggota Polis Marin Indonesia mengikuti taklimat operasi pencarian pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang sejak pagi semalam. 
Kegagalan sebarang serpihan kapal itu ditemui dalam tempoh lebih 24 jam mengundang persoalan apakah ia juga lenyap tanpa dapat dikesan seperti yang alami oleh MH370  sejak Mac lalu.

Persoalan seperti itu memang tidak dapat dielak dari muncul dalam benak pemikiran kita lebih-lebih lagi misteri MH370 masih segar dalam pemikiran setiap rakyat negara ini.

Kejadian terbaru melibatkan AirAsia Indonesia itu boleh dikatakan kes ketiga pesawat berkaitan industri penerbangan Malaysia (memandangkan AirAsia milik rakyat negara ini) selepas MH370  dan MH17 yang terhempas di Ukraine Julai lepas.

Sehingga kini, misteri MH370 ialah di mana ia berada memandangkan satu serpihan sebesar jarum pun belum ditemui manakala MH17 pula siapa yang menambaknya jatuh, sama ada Russia atau Ukraine.

Jika diimbas , pesawat AirAsia itu dilaporkan terputus hubungan kawalan trafik udara (ATC) pada pukul 7.24 pagi semalam selepas berlepas dari Surabaya untuk menuju ke Singapura.

Menurut aplikasi FlightRadar24, pesawat itu sedang berada pada ketinggian ideal untuk penerbangan iaitu pada 32,000 kaki ketika isyarat perhubungan itu terputus.

Difahamkan juga, juruterbang ada meminta kebenaran untuk terbang lebih tinggi ke ketinggian 38,000 kaki untuk mengelak daripada laluan cuaca buruk kerana ribut petir dilaporkan berlaku di kawasan itu.

Tidak berapa lama selepas itu, ia hilang dari radar sehingga kini.

Media Indonesia semalam membuat spekulasi ia terhempas di perairan Pulau Belitung namun sehingga kini, ia kekal sebagai spekulasi semata-mata.

Justeru, nasib kapal itu masih belum diketahui. Sudah kedengaran suara-suara di laman siber seperti Twitter dan Facebook kapal QZ8501 juga tidak akan ditemui sampai bila-bila.

Ketika ini misi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat digerakkan diketuai Indonesia dan dibantu Malaysia, Singapura dan Australia.

Sehingga nasib kapal QZ8501 diketahui, maka ia akan terus dikaitkan dengan misteri kehilangan MH370, lebih-lebih lagi memandangkan sudah mula timbul cerita ada orang melihat kapal itu terbang rendah dan perlahan, jalan cerita yang sebijik umpama ketika kapal milik MAS itu hilang.

Persoalannya, jika ketiga-tiga kejadian (MH370, MH17 dan QZ8501)  ada hubung kait, maka tangan jahat mana yang terbabit dalam konspirasi yang begitu besar?

Sungguh menakutkan jika ada pihak mampu berbuat demikian dan pihak itu tidak dapat dikenal-pasti.

Sukar untuk dikatakan ia dilakukan oleh mana-mana organisasi jenayah, tetapi kalau dilakukan oleh negara-negara tertentu, maka itu masuk akal.

Namun apa faedahnya dan matlamatnya? Takkan bergitu beriya-iya semata-mata untuk menghancurkan masa depan industri penerbangan atau industri pelancongan negara?

Masa Mh370, wujud dakwaan ia dilakukan untuk memusnahkan hubungan baik Malaysia dengan China, dan ia hampir berjaya dilakukan.

Apakah kali ini untuk merosakan hubungan baik dua negara serumpan di Nusantara? Kalau benar, moga kita semua tidak jatuh dalam perangkap seperti itu.

Atau wujud tekanan balik tabir ke atas kerajaan Malaysia untuk tunduk kepada kemahuan negara kuasa besar tertentu?

Mungkin sukar untuk mengebom Malaysia kembali ke zaman batu secara terbuka, justeru tekanan cara lain digunakan.

Sejujurnya, hanya masa mampu menentukan apakah nasib malang ketiga-tiga kapal berkenaan ada perkaitan atau sekadar satu kebetulan dan hanya kemalangan udara yang biasa.

Isya’Allah, misteri ini akan terungkai juga suatu hari nanti.


Sumber : mynewshub.cc

QZ850 : Pesawat Australia P3 Orion Kesan Objek Mencurigakan

Sebentar tadi, laporan The West Australian menyebut pesawat Australian Orion mengesan beberapa objek yang mencurigakan berhampiran Pulau Nangka.

QZ850 : Pesawat Australia P3 Orion Kesan Objek Mencurigakan, info, terkini, berita, pesawat AirAsia Indonesia QZ8501,

Pulau tersebut terletak kira-kira 160 kilometer dari barat daya Pangkalan Bun, berhampiran Kalimantan.

“Bagaimanapun, kami tidak dapat memastikan sama ada ia serpihan daripada pesawat AirAsia yang hilang itu.

“Kami sedang bergerak ke arah lokasi,” jelas Panglima Komando Operasi 1 Jakarta, Dwi Putranto.

Kedudukan terakhir pesawat itu ialah pada ketinggian 32,000 kaki dari paras laut di Laut Jawa sebelum dilaporkan hilang daripada radar.



Sumber : mynewshub.cc