Wednesday, January 28, 2015

Wajah Fathia Latiff Melecur Teruk Selepas Buat Botox?

Tidak dinafikan, wajah putih gebu Fathia Latiff sememangnya menjadi idaman para gadis. Buat si jejaka pula, semuanya nak dapat kekasih hati secantik Fathia.


Wajah Fathia Latiff Melecur Teruk Selepas Buat Botox?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Fathia Latiff

Namun, agak terkejut juga kami apabila sebuah blog tempatan mengatakan bahawa wajah Fathia melecur teruk akibat suntikan botox. Eh, betul ke?

Fathia Menyesal Buat Botox?


Wajah Fathia Latiff Melecur Teruk Selepas Buat Botox?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Fathia Latiff

Hanya Watak Dalam Cerekarama TV3

Kalau anda nak tahu, sebenarnya foto tersebut telah dimuat naik oleh Fathia pada 17 Januari yang lalu. Wajahnya telah di make up menjadi hodoh untuk menjayakan sebuah cerekarama di TV3.

So, lepas ni jangan pula ada yang percaya bahawa Fathia buat botox sampai melecur muka pula! Fathia memang lawa original kot.

Sumber : ohbulan.com

MLM2014 : Fazura Anggap Tindakan Zizan Mencelah Tak Wajar

Isnin lalu kecoh mengenai status Twitter Fazura yang dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan Zizan pada Maharaja Lawak Mega 2014 minggu lalu.


MLM2014 : Fazura Anggap Tindakan Zizan Mencelah Tak Wajar, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, zizan razak, fazura

Peminat yang sememangnya mengikuti pertandingan itu bersetuju dengan pendapat Fazura malah mendesak Zizan memohon maaf secara terbuka kepada Fazura. Terbaru, Fazura tampil menjawab isu status Twitter tersebut.

MLM2014 : Fazura Anggap Tindakan Zizan Mencelah Tak Wajar, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, zizan razak, fazura

Memetik laporan Mangga Online, Fazura menganggap tindakan Zizan mencelah semasa dirinya memberikan komen sebagai tidak wajar dan tidak serius. Malah status itu turut ditujukan buat kumpulan Virus itu sendiri.

    Saya tak tujukan kepada Zizan sahaja, ia lebih kepada kumpulan Virus itu sendiri. Ini kerana mereka telah mencelah kata-kata juri sebanyak dua kali iaitu sewaktu saya dan Farah Quinn memberi komen.

    Sejujurnya, untuk mengungkapkan sesuatu persembahan itu hambar bukanlah mudah. Malah, untuk beri mereka dua markah itu pun adalah satu perkara yang sangat susah. Jadi, bagi saya, dengan sikap mereka sebegitu adalah tidak wajar kerana mereka seperti tidak ambil serius dengan persembahan mereka dan kata-kata juri.

    Saya dan Zizan adalah kawan tetapi apabila dalam pertandingan itu, saya adalah juri dan dia adalah peserta. Kalau boleh, biarlah saya habiskan dulu kata-kata saya barulah boleh mencelah atau buat lawak.


MLM2014 : Fazura Anggap Tindakan Zizan Mencelah Tak Wajar, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, zizan razak, fazura

Pada masa sama Fazura merasakan tugas sebagai seorang juri amat mencabar. Menurut Fazura, cabaran paling besah adalah untuk tidak memberi dua bintang kepada sesuatu persembahan.

    Kalau orang ramai meletakkan ‘dua bintang’ itu ke atas bahu saya seorang sahaja, itu tidak wajar. Kerana itu adalah pendapat saya sebagai juri. Jangan menyalahkan penjurian itu kepada seorang juri sahaja. Tidak sememstinya pendapat saya itu sama seperti orang lain.

    Pemakaian kostum, kesungguhan dan props semuanya diambil kira. Ini kerana hadiah wang tunai RM500 ribu itu satu jumlah yang besar.


MLM2014 : Fazura Anggap Tindakan Zizan Mencelah Tak Wajar, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, zizan razak, fazura

Terdahulu Zizan telah momohon maaf di laman Instagram mengenai sikapnya di MLM minggu lalu. Harap Zizan boleh kembali fokus di separuh akhir MLM minggu ini.


Sumber : ohbulan.com

Tuesday, January 27, 2015

Zizan Kecewa Bekas Pengurus Sanggup Sekat Pendapatan

Susulan perintah injuksi sementara yang dikenakan terhadap Zizan Razak oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pelakon dan pelawak itu melahirkan rasa kesal terhadap tindakan bekas pengurusnya, Marina Juki, kerana memfailkan permohonan tersebut.


Zizan Kecewa Bekas Pengurus Sanggup Sekat Pendapatan, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi zizan dan marina juki, gossip

Ekoran perintah itu, Zizan tidak dibenarkan menandatangani sebarang kontrak baharu dengan mana-mana produksi termasuklah pihak Astro.

Dalam laporan disiarkan Sinar Harian, Zizan menyifatkan tindakan Marina itu sesuatu yang di luar jangkaannya dan tidak adil.


Zizan Kecewa Bekas Pengurus Sanggup Sekat Pendapatan, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi zizan dan marina juki, gossip

Menurutnya sebelum ini, bekas pengurusnya itu pernah membuat kenyataan dia tidak mahu lagi menguruskan sebarang aktiviti Zizan.

“Saya sangat kecewa kerana dia sanggup bertindak seperti ini untuk menghalang pendapatan melalui titik peluh saya sendiri,” katanya.

Pada masa sama, Zizan akan membuat rayuan dan percaya keadilan akan memihak kepadanya kerana dia tidak melakukan perbuatan yang dianggap salah.


Zizan Kecewa Bekas Pengurus Sanggup Sekat Pendapatan, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi zizan dan marina juki, gossip

Mengimbas kembali kemelut yang berlaku, Marina telah memfailkan saman berjumlah lebih setengah juta ringgit pada 5 November lalu terhadap Zizan yang didakwa menandatangani kontrak dengan Astro biarpun kontraknya bersama Wire Fame belum lagi tamat.

Apapun, kami harap agar masalah antara kedua-dua pihak ini dapat diselesaikan sebaik-baiknya.

Sumber : mynewshub.cc

Aweera Pertikai Idea Asal Edry KRU?

Penganjuran anugerah seperti Anugerah Juara Lagu dilihat dapat membantu mengiktiraf para penggiat industri muzik di negara ini.

Namun begitu, konflik yang tercetus diantara pemilik lagu dan penyanyi bukanlah perkara baru dan pada AJL 29 yang lalu, lagu Romancinta yang dipopularkan Mojo turut menerima nasib yang sama.


Aweera Pertikai Idea Asal Edry KRU?, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Aweera, Edry Mojo,

Lagu yang asalnya nyanyian Aweera, bekas vokalis band Mojo itu telah meraih perhatian ramai apabila dipersembahkan oleh Caliph Busker yang terdiri daripada golongan OKU cacat penglihatan dan telah mengungguli Persembahan Terbaik di AJL 29.

Aweera yang hadir sebagai penonton memuji kehebatan vokalis Caliph Buskers dan berkata tanpa mereka Romancinta tidak mampu meraih kemenangan bagi Persembahan Terbaik. Sebaliknya, dia yang dihubungi semalam mempersoalkan mengapa bukan vokalis baru Mojo yang menyanyikan lagu tersebut di pentas AJL 29.

“Saya hairan juga bila waktu lagu ini layak ke final saya diminta untuk berduet dengan vokalis baru Mojo hingga saya mengambil keputusan untuk tarik diri. Tetapi keputusan itu saya buat kerana merasakan perancangan Edry sebelum ini seolah-olah seperti mahu menindas saya sebagai penyanyi asal lagu tersebut.

“Yang menghairankan saya mengapa ketika final AJL tiada kelibat vokalis baru Mojo tersebut dan kenapa  corak persembahan bukan lagi duet seperti yang diinginkan pencipta lagu ini? Sedangkan inilah platform yang bagus untuk memperkenalkan vokalis baru Mojo kepada peminat mereka.

“Dengan lagu yang sudah sedia popular seperti Romancinta, kalau saya diberi peluang saya mahu beraksi di pentas sebesar AJL. Saya rasa jawapan bagi persoalan saya ini hanya mereka yang didalam industri sahaja yang tahu mengapa Edry menggunakan Caliph Buskers di pentas AJL 29 lepas,”ujar Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Norhissham itu kekita dihubungi.

Penyanyi yang dilahirkan daripada rancangan realiti One In A Million itu akui terkilan dengan 'permainan' daripada Edry yang turut melarang dia menyanyikan lagu Romancinta tetapi Aweera menganggap semua ketentuan telah tertulis begitu.

Kini dia yang bernaung dibawah Sony Music memberikan fokus kepada karier seni nyanyian dan bakal tampil dengan single terbaru pada Februari depan.

“Saya rasa seperti ditipu dan dipergunakan tetapi biarlah, saya kini mahu fokus kepada karier dan bakal tampil dengan single Terhakis yang merupakan lagu seratus peratus ciptaan saya sendiri.

“Berkenaan lagu Romancinta kalau ada permintaan saya terpaksa nyanyikan tetapi bergantung kepada keadaan dan majlis yang bagaimana. Saya hanya menurut permintaan dan menyanyi adalah punca rezeki saya,”tambahnya lagi.

Sumber : murai.com.my

Foto Disentuh Qari, Neelofa Dihentam Peminat!

Hari ini kecoh di laman social Instagram pengacara dan pelakon Neelofa apabila sekeping fotonya disentuh seorang lelaki dipercayai Qari dikepala dihujani kritikan dan komen-komen negatif daripada pengikut serta pemiantnya.


Foto Disentuh Qari, Neelofa Dihentam Peminat!, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, Neelofa,

Menerusi foto itu memaparkan Maulana Qari Faiz Uddin Hazarvi memegang kepalanya di Instagram miliknya.

Tidak tahulah apa cerita sebenarnya tetapi menerusi foto yang dimuat naik itu telah mendatangkan kemarahan banyak peminatnya yang merasakan ianya tidak manis diperlakukan begitu da nada juga ianya menyentuh sensitivity orang Islam.

Foto Disentuh Qari, Neelofa Dihentam Peminat!, info, terkini, hiburan, sensasi, kontroversi, Neelofa,

Namun, ramai juga yang menyokong Neelofa menerusi foto itu dan meminat supaya pengacara Meletop itu lebih kuat semnagat supaya tidak terasa dengan komen-komen negative itu.

Tak beranilah nak mengulas lanjut mengenai hal ini, hanya Neelofa sahaja yang tahu dan ada sebab disebalik foto yang dimuat naik.

Sumber : murai.com.my

Tindakan Mengejutkan Zamani Slam Terhadap Perakam Video

Abang kepada Zamani Slam, Zulfazil Ibrahim memaklumkan kepada media petang ini yang adiknya itu telah pun memaafkan pihak yang bertanggungjawab merakam dan menyebarkan video beliau menyanyi dalam keadaan bergari ketika berada dalam tahanan.


Tindakan Mengejutkan Zamani Slam Terhadap Perakam Video, info, terkini, hiburan, sensasi, Zamani Slam, Kes Video Zamani Dalam Penjara

“Saya sudah bertemu dengannya pagi tadi dan menceritakan mengenai videonya yang kini sudah menjadi viral di internet. Apabila dia mengetahuinya, dia mengatakan sudah memaafkan pelaku yang bertanggungjawab dan tidak mahu ia terus dipanjangkan dan diperbesarkan,” ujarnya.


Zulfazil yang ditemui para media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang berkata beliau bangga dengan keputusan yang diambil oleh adiknya itu dan memaklumkan yang ahli keluarga tidak akan mengambil apa apa tindakan dan hanya menyerahkan hal ini untuk tindakan polis.

“Saya bersyukur kerana Zamani kini dalam situasi yang baik & pada kesempatan ini saya mewakili Zamani ingin memohon maaf kepada semua peminatnya dan berharap agar dia diberi peluang kedua,” ujarnya lagi apabila ditanya keadaan Zamani ketika ini.

Peguam Zamani, Ahmad Zahiril Muhaiyar memberitahu, sebutan kes penyanyi itu akan dibuat pada hari Selasa ini di Mahkamah Majistret Ampang.

Sumber : rotikaya.com