Thursday, January 15, 2015

Bangkai Utama Pesawat AirAsia QZ8501 Telah Ditemui

Badan utama atau fiuslaj pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 telah pun ditemui oleh kapal Singapura MV Swift Rescue di dasar laut ketika operasi pencarian mengesan bahagian itu dilakukan.


Bangkai Utama Pesawat AirAsia QZ8501 Telah Ditemui, info, terkini, berita nahas QZ8501, bangkai pesawat airasia qz8501,
Bangkai utama pesawat QZ8501 yang ditemui kapal Singapura hari ini. – Foto Facebook Menteri Pertahanan Singapura

Penemuan itu disahkan Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen melalui laman sosial Facebooknya sebentar tadi.

Laporan berkenaan turut disusuli dengan gambar bangkai pesawat itu dengan tulisan “Now Everyone” yang biasa tertulis di badan sebuah pesawat AirAsia.


Bangkai Utama Pesawat AirAsia QZ8501 Telah Ditemui, info, terkini, berita nahas QZ8501, bangkai pesawat airasia qz8501,

Semalam, Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) memaklumkan bahawa badan pesawat berkenaan masih belum lagi ditemui menafikan laporan awal bahawa mereka sudah pun menemui bangkai utama pesawat itu.

Pasukan mencari yang terdiri daripada beberapa buah negara termasuk Malaysia dan Singapura kini berusaha keras membantu Indonesia mengesan bangkai utama atau fiuslaj pesawat itu kerana dipercayai banyak mayat masih terperangkap di dalamnya.

Daripada gambar yang dikongsikan, bangkai pesawat itu dikesan pada pukul 3 petang tadi.

Sumber : mynewshub.cc