Wednesday, February 11, 2015

Caliph Buskers Bakal Sertai KRU

Bermula daripada pemuzik jalanan siapa sangka nasib Caliph Buskers akan berubah 360 darjah apabila mereka kini mempunyai peminat sendiri dan telah memberikan impak besar kepada kumpulan muzik OKU.


Caliph Buskers Bakal Sertai KRU, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, KRU, Caliph BUskers

Terbaru, Caliph Buskers dalam perbincangan untuk menyertai syarikat KRU Studios sebagai artis dibawah naugan mereka. Jelas Azmi sebagai ketua kumpulan Caliph Buskers, mereka tidak mahu membuat keputusan secara terburu-buru.

    Insya-Allah setakat ini boleh dikatakan sudah 70 peratus lebih kepada menyertai syarikat KRU. Cuma kami tidak mahu terlalu cepat membuat keputusan dan membuka ruang bertanyakan pendapat. Kalau jadi sertai KRU, ia akan terjadi dalam masa terdekat.

Caliph Buskers Bakal Sertai KRU, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, KRU, Caliph BUskers

Menyedari mereka kini kian popular, Caliph Buskers hanya ingin berkongsi bakat yang anda dan tidak pernah menyangka mereka akan menjadi popular seperti sekarang.

    Kami masuk AJL 29 pun sekadar mahu berkongsi bakat yang ada dan tak sangka pula tiba-tiba kami jadi popular. Ia memang sesuatu yang tak dijangka dan kami menerima semua ini dengan hati terbuka dan seadanya.

Caliph Buskers dianggotai enam orang iaitu Khairul Azmi Saat atau Azmi, Fendy Alun, Mohd Zaki Ismail, Nirwan Zainal Abidin, Nor Nadira Rubiana dan Syahzmeen Abdul Rahman.

Nama mereka mula menjadi bualan ramai dan hangat ketika memberikan persembahan cukup mantap dan penuh jiwa bersama kumpulan Mojo di Anugerah Juara Lagu Ke 29. Mereka berjaya mengungguli trofi Persembahan Terbaik dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.


Kita tidak boleh mengetahui apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Bakat yang dimiliki oleh Caliph Buskers seharusnya dibawa ke tengah dan akhirnya kini mereka berpeluang untuk menghiburkan masyarakat dengan bakat yang diberi.

Sumber : beautifulnara.com