Sunday, March 1, 2015

Joe Flizzow Berdepan Suhu -10⁰C

Penyanyi Rap dan komposer Joe Flizzow, terpaksa berdepan dengan suhu sejuk -10⁰C bagi menjalani penggambaran muzik video lagu Baek di Brooklyn New York.


Joe Flizzow Berdepan Suhu -10⁰C, info, terkini, hiburan, sensasi, joe flizzow

Selain itu, Joe dengan beraninya ‘shoot’ videonya itu secara ‘illegal’ tanpa meminta sebarang permit daripada pihak berkuasa di sana.

“Kalau difikirkan balik memang kerja gila bikin video muzik Baek, saya dan krew lain bangun seawal 6 pagi dengan keadaan cuaca yang  sejuk melampau. Pakaian saya ketika itu pun bukan tebal sangat pun, hanya memakai sweater sahaja tanpa jaket. 

“Ketika itu, kebanyakkan penduduk mahupun pihak berkuasa masih lagi tidur jadi saya cepat-cepat ‘shoot’ video agar tidak tertangkap dengan pihak berkuasa,” seloroh Joe kepada portal murai.com.my

Joe yang ditemui wartawan di Up Close & Personal With Joe Flizzow di Sony Music Entertaiment turut menjelaskan pada mulanya video klip Baek tertalu urban dan tiada ciri-ciri Malaysia di dalam video tersebut.

“Lepas ‘shoot’ kemudiannya saya nak edit semula, saya berpendapat video klip ini terlalu USA sangat, itu sebabnya saya masukkan cameo selebriti tempatan seperti Nabil, Sharifah Amani dan ramai lagi supaya nampak keharmonian penduduk kita,” katanya.

Dalam pada itu, Joe Flizzow mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak media yang tidak henti-henti memberi sokongan terhadap karier nyanyian Rap hingga melonjakkan semula genre muzik ini di arena muzik tempatan.

“Alhamdulilah, selepas menjuarai AJL29 baru-baru ini, SonaOne terus dikenali dan saya juga tak putus-putus menerima panggilan tawaran untuk mencipta lagu untuk penyanyi tempatan,

“Ini semua adalah rezeki dan saya harap lagu Baek akan mendapat sambutan oleh pendengar walaupun ianya berbeza dengan lagu Apa Khabar, terima kasih kepada media yang tidak penat menyokong saya,” ujarnya mengakhiri bicara. 

 Sumber : murai.com.my