Showing posts with label "Cicakman 3" bakal ditayangkan di Perancis. Show all posts
Showing posts with label "Cicakman 3" bakal ditayangkan di Perancis. Show all posts

Wednesday, March 4, 2015

"Cicakman 3" bakal ditayangkan di Perancis

Penerbit Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim memberitahu bahawa filem adiwira "Cicakman 3" mendapat tawaran dari negara Perancis untuk ditayangkan di sana selain Thailand, Singapura dan Brunei.


"Cicakman 3" bakal ditayangkan di Perancis, info, terkini, hiburan, sensasi, filem tempatan, cicakman 3

"Kami ada menerima permintaan dari Singapura dan Brunei dan hasil kerjasama kami dengan pihak dari Perancis dan Thailand untuk filem "Cicakman" sebelum ini, jadi untuk filem terbaru kami juga telah menerima permintaan, namun ia masih belum dapat dipastikan," katanya yang ditemui pada majlis tayangan perdana "Cicakman 3" di Cathay Cineplex ECurve, semalam.

Menurut Norman lagi, filem "Cicakman" sebelum ini juga mempunyai versi Perancis.


"Cicakman 3" bakal ditayangkan di Perancis, info, terkini, hiburan, sensasi, filem tempatan, cicakman 3

Dalam pada itu, bagi pengarahnya Yusry Abdul Halim, "Cicakman 3" ini bukan 'reboot' tetapi mahu mengembalikan konsep asal filem adiwira ini.

"Cicakman 3" bakal ditayangkan di Perancis, info, terkini, hiburan, sensasi, filem tempatan, cicakman 3

"Cicakman 3" mengekalkan genre aksi komedi dengan lawak jenaka yang lebih lucu dan bersahaja, aksi yang lebih mantap serta elemen drama yang menyentuh hati.

"Bandaraya Metrofulus pula dihidupkan semula dengan penggunaan CGI yang lebih kemas hasil kematangan artis-artis kesan khas visual di KRU Studios yang kini sudah masuk tahun yang ke-10 di dalam bidang penerbitan filem."

Tambah Yusry lagi, dia yakin dan menyatakan bahawa filem terbaru arahannya bersama Ghaz Abu Bakar adalah naskah yang terbaik yang pernah diarahkannya.

"Saya berani katakana "Cicakman 3" merupakan naskah yang terbaik yang pernah saya arahakan bukan saja dari sudut teknikal tetapi yang lebih penting penceritaan yang baik hasil kerjasama dengan Ghaz serta pakar-pakar skrip dari tiga studio besar di Malaysia."

"Cicakman 3" terbitan KRU Studios, Astro Shaw dan Grand Brilliance ini dibintangi pelakon hebat seperti Zizan Razak, Lisa Surihani, Fizz Fairuz dan ramai lagi akan menemui penonton pada 12 Mac ini.

Sumber : tupai.com.my