Showing posts with label Ila Damiaa Rasa Dipinggirkan Joe Flizzow?. Show all posts
Showing posts with label Ila Damiaa Rasa Dipinggirkan Joe Flizzow?. Show all posts

Saturday, March 7, 2015

Ila Damiaa Rasa Dipinggirkan Joe Flizzow?

Penyanyi Ila Damiaa tidak berasa dipinggirkan oleh bekas mentornya dalam rancangan Mentor 4 iaitu Joe Flizzow yang dikatakan lebih memberi tumpuan kepada kerjaya pendatang baharu, SonaOne.


Ila Damiaa Rasa Dipinggirkan Joe Flizzow?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, ila Damiaa Mentor 4,

Ila Damiaa atau nama sebenarnya Ila Damiaa Johar, 26 berkata, kejayaan yang dikecapi SonaOne adalah usahanya selama empat tahun berada dalam industri seni tanah air.

"Saya tidak rasa dipinggirkan atau berkecil hati dengan kejayaan SonaOne kerana kejayaan yang dikecapi hari ini adalah hasil titik peluhnya sejak beberapa tahun lalu.

"Saya tidak mahu berperasaan negatif seperti itu kerana kami semua adalah satu keluarga dan bagi saya itu sudah rezeki dia, malah kejayaannya menjadi sumber inspirasi kepada saya juga," katanya kepada mStar Online.


Ila Damiaa Rasa Dipinggirkan Joe Flizzow?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, ila Damiaa Mentor 4,
SonaOne dan Joe Flizzow.


Ila berkata, sejak menceburi bidang seni pada tahun 2010, dia melihat kebanyakkan artis yang berjaya adalah hasil usaha beberapa tahun lalu.

Katanya, sesebuah kejayaan itu bukan senang seperti yang dianggap oleh masyarakat.

"Masyarakat luar mungkin melihat senang untuk seseorang artis itu berjaya, walhal mereka tidak tahu bagaimana usaha untuk mencapai kejayaan itu.

"SonaOne salah satu contoh yang saya lihat tidak pernah kenal putus asa, sejak saya masuk Mentor 4 lagi dia sudah berada di studio menyiapkan lagu-lagunya, malah lagu Joe berjudul Havoc itu juga sebenarnya mengambil masa yang panjang untuk dikeluarkan," ujarnya.

Dalam perkembangan kerjayanya, Ila berkata, dia kini dalam proses mencari bahan terbaik untuk album terbaharunya.

Katanya, bagi menjadi artis yang baik, dia mengambil inisiatif untuk belajar mencipta dan menulis lagu sendiri bagi memudahkannya supaya tidak mengharapkan komposer lain.

"Saya ada bertanya pada Joe untuk kerjaya saya tahun ini, dia kata ada tiga lagu genre balada daripada komposer Ajai, namun saya belum pasti lagu apa.

"Sementara itu, saya juga sedang belajar daripada Altimet untuk buat lagu, dia bagi saya tempoh sebulan untuk mendengar lagu ciptaan saya.

"Kalau dah pandai buat lagu sendiri mungkin ia lebih senang kerana saya tidak perlu mengharapkan masa komposer lain untuk buat lagu saya," ujarnya.

Sumber : mstar.com.my