
Penyelam Indonesia pada Khamis menemui lima mayat yang masih terikat di tempat duduk masing-masing berhampiran bahagian utama pesawat AirAsia yang terhempas di Laut Jawa bulan lalu yang membawa 162 orang penumpang dan anak kapal.
58 mayat kini telah ditemui berikutan nahas penerbangan QZ8501 pada 28 Disember dalam cuaca ribut ketika ia terbang dari Surabaya ke Singapura.“Penyelam kami menemui lima mayat terbenam dalam lumpur, berhampiran...