Thursday, January 15, 2015

Wanita Cuba Komen Isu ‘Peluk K-Pop’ Dikecam Di FB

Niat konon mahu memberikan reaksi berhubung isu konsert K-Pop artis B1A4 membabitkan tiga gadis bertudung, sudahnya membuat seorang wanita menjadi mangsa kecaman di laman sosial.


Wanita Cuba Komen Isu ‘Peluk K-Pop’ Dikecam Di FB, info, terkini, berita, sensasi, Isu KPOP

Wanita tersebut telah merakamkan klip video berdurasi 5:42 saat untuk memberi komen, antaranya mendakwa gadis-gadis terbabit berada di atas pentas berkenaan kerana izin tuhan.

Menurutnya lagi, kejadian itu bukan sahaja menguji ketiga-tiga gadis berkenaan tetapi menguji orang ramai yang dilihat memaki dan mengutuk tindakan mereka memeluk artis berkenaan.

“Bukan mereka yang diuji tetapi kita juga, mereka berada di atas pentas kerana izin Allah.

“Allah hendak uji kita yang hebat sangat menjadi ‘keyboard warrior’, anda memaki orang seolah-olah anda hebat daripada anda lahir sampai sekarang,” katanya.



Kenyataan wanita itu mendapat kecaman daripada pengguna laman sosial kerana bertindak menyalahkan keizinan Allah yang menyebabkan maksiat berlaku dan seolah-olah berkata, takdir membenarkan sesuatu itu berlaku.

Daripada ruangan komen, pelbagai pihak mengecam kenyataan wanita berkenaan dengan mengatakan bahawa Allah memang mengizinkan tetapi Allah juga memberikan manusia akal untuk berfikir dan mengelak melakukan perkara-perkara yang dilarangNya.

Wanita Cuba Komen Isu ‘Peluk K-Pop’ Dikecam Di FB, info, terkini, berita, sensasi, Isu KPOP

Wanita Cuba Komen Isu ‘Peluk K-Pop’ Dikecam Di FB, info, terkini, berita, sensasi, Isu KPOP

Satu yang harus difahami, segala-galanya di dunia ini berlaku dengan izin Allah tetapi tidak kesemuanya dengan REDA Allah.

Sumber : mynewshub.cc

Isteri Meroyan Mahu Terjun Kuantan Parade

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 petang semalam di pusat beli belah Kuantan Parade, pengunjung kompleks beli belah itu terkejut apabila seorang wanita dalam lingkungan 40-an bertindak nekad ingin membunuh diri, dipercayai gara-gara merajuk dengan suaminya.

Isteri Meroyan Mahu Terjun Kuantan Parade, info, terkini, berita,

Wanita terbabit dikatakan naik ke tingkat atas tempat letak kereta pusat beli-belah tersebut selepas mengalami salah faham dengan suaminya.

Suami wanita terbabit yang berusia 45 tahun cuba mengekori dan memujuk, namun mangsa tidak mengendahkannya.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, suami mangsa terpaksa mengambil masa hampir setengah jam untuk memujuk isterinya dalam ‘drama’ terbabit.

“Mangsa dikatakan duduk di bahagian tepi tempat letak kereta pusat beli-belah itu dengan niat mahu membunuh diri dengan cara terjun dari tingkat empat bangunan berkenaan.

“Suaminya berjaya memujuk setengah jam kemudian sebelum laporan polis dibuat di Balai Polis Kuantan. Siasatan mendapati, mangsa dipercayai mengalami masalah mental sejak beberapa bulan lalu,” katanya.

Kes itu dianggap selesai dan tidak membabitkan sebarang kecederaan, manakala mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk menjalani pemeriksaan mental.

Sumber : mynewshub.cc

7 penumpang rentung nahas bas di Tapah

Sekurang-kurangnya tujuh penumpang sebuah bas persiaran rentung dan 22 cedera dalam kemalangan yang menyebabkan kebakaran kenderaan itu di Kilometer 326.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran susur keluar Tapah di sini.


7 penumpang rentung nahas bas di Tapah, info, terkini, berita, Tapah, nahas jalanraya, bas terbakar

Kejadian kira-kira jam 1.15 pagi itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Kurau, Parit Buntar menuju ke Genting Highlands dipercayai membawa 30 penumpang.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Somsak Din Keliaw berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila bas berkenaan dipercayai melanggar satu tayar lori yang berada di tengah-tengah laluan sebelum terbabas ke kiri laluan sebelum merempuh sebuah kereta jenis Charade yang berhenti di bahu jalan dan terbakar.

Katanya, pemandu kereta jenis Charade itu dipercayai memberhentikan keretanya untuk mengalihkan tayar berkenaan, namun tidak sempat melakukannya.

"Operasi menyelamat mangsa dilakukan pasukan bomba dan setakat ini menemui tujuh mangsa yang rentung, namun jumlah sebenar mangsa yang maut belum dapat dipastikan.

"Setakat ini tujuh didapati maut dan 15 cedera dihantar ke hospital untuk rawatan manakala tujuh lagi cedera ringan.

7 penumpang rentung nahas bas di Tapah, info, terkini, berita, Tapah, nahas jalanraya, bas terbakar

"Kita masih menyiasat dan mengesan sama ada benar terdapat satu lagi mangsa," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal yang diperoleh daripada penumpang yang terselamat, bas berkenaan dinaiki 30 orang.


Sumber : malaysianekwok.blogspot.com

Wednesday, January 14, 2015

Kembar Siam: Lampin, Beg Najis 'Teman' Sepanjang Hayat

Kehidupan baharu pasangan kembar siam sejak dipisahkan 13 tahun lalu ternyata penuh dugaan, lebih-lebih lagi apabila pasangan kembar siam Ahmad dan Muhammad Rosli perlu bergantung sepenuhnya kepada beberapa peralatan untuk memudahkan aktiviti harian, sama ada di rumah atau sekolah.

Tanpa ibu kandung, Asiah Kanda yang lebih awal dijemput Ilahi,  remaja yang kini berusia 17 tahun itu bagaimanapun bernasib baik kerana bapa mereka, Rosli Abdul Rahim masih diberi kesihatan baik untuk menguruskan mereka setiap hari.


Kembar Siam: Lampin, Beg Najis 'Teman' Sepanjang Hayat, info, terkini, berita, renungan, bantuan
Keadaan Ahmad dan Muhammad sejurus sebelum menjalani pembedahan 13 tahun lalu di Riyadh, Arab Saudi. Gambar fail.
 
 
Malahan kehadiran Junaidah Awang atau dipanggil umi yang dinikahi Rosli pada 2012 menceriakan keluarga itu dan turut meringankan beban dua beradik itu.

Menurut Rosli, 44, dua beradik itu terpaksa bergantung kepada beg najis dan lampin pakai buang sama ada untuk buang air kecil atau air besar.

"Mereka terpaksa guna dua 'barang' penting itu kerana setiap seorang hanya ada satu buah pinggang," katanya ketika ditemui mStar Online di kediaman mereka di Kampung Tengah di sini, baru-baru ini.

Malah, beliau berkata, Ahmad mahupun Muhammad juga tidak mampu mengawal sistem pencernaan seperti individu normal, terutama Muhammad kerana ususnya pendek dan ketiadaan tulang pinggul menyebabkan dia sukar untuk duduk terlalu lama.
Kembar Siam: Lampin, Beg Najis 'Teman' Sepanjang Hayat, info, terkini, berita, renungan, bantuan

"Mereka tak boleh rasa sakit perut dan tidak tahu bila mahu buang air kecil...tengok-tengok dah terkencing dan buang air besar. Jadi terpaksa guna beg najis sepanjang masa.

"Baru-baru ini, Muhammad ketuk pintu bilik tidur saya dan isteri pukul 3 pagi beritahu pampers bocor dan minta ditukar," katanya sambil menjelaskan anaknya itu perlu dibantu untuk tujuan itu.

Rosli berkata, sekiranya lampin pakai buang mereka 'bocor' di sekolah, guru akan menghubunginya untuk memaklumkan perkara itu.

"Selalunya guru akan benarkan Along (Ahmad) dan Angah (Muhammad) balik rumah, tiada halangan kerana kes istimewa. Semua guru faham masalah mereka," katanya.
Kembar Siam: Lampin, Beg Najis 'Teman' Sepanjang Hayat, info, terkini, berita, renungan, bantuan

Rosli yang bekerja di bengkel besi miliknya memberitahu, penggunaan berterusan barangan itu membuatkan beliau perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya RM500 sebulan bagi membeli dua barangan kegunaan anaknya itu.

"Satu kotak beg najis buatan China yang mengandungi 20 keping berharga RM112. Jika tiada masalah sehari sekeping tetapi jika perut sakit, ada ketikanya mereka pakai sehingga tiga keping sehari.

"Itu belum pampers lagi, mereka pakai empat keping sehari setiap seorang. Harga pampers paling murah pun sekitar RM30. Jadi sebulan saya belanjakan lebih kurang RM500," katanya.

Ketika hayatnya, Asiah menjaga dua beradik ini seperti menatang minyak yang penuh.

Mengakui ia satu perbelanjaan yang agak besar, Rosli berkata, beliau bergantung sepenuhnya kepada pendapatannya bekerja sepenuh masa di bengkel besi yang diusahakan bersama anak saudaranya.

Memandangkan pendapatannya tidak tetap, beliau tidak menafikan ada ketikanya berhadapan kesulitan untuk memenuhi keperluan dua anak istimewanya itu.

Sebagai langkah penjimatan,  katanya, Ahmad dan Muhammad akan memakai lampin pakai buang dan beg najis lebih lama berbanding kebiasaannya.

"Mereka terpaksa pakai pampers lebih lama sikit, nak buat macam mana. Tapi syukurlah kerana mereka faham masalah saya," katanya.


Kembar Siam: Lampin, Beg Najis 'Teman' Sepanjang Hayat, info, terkini, berita, renungan, bantuan

Namun, kata Rosli yang mempunyai enam cahaya mata, ketika ini beliau masih mampu menyara keluarga besarnya kerana percaya setiap anak ada rezeki masing-masing.

"Setakat ini masih lagi mampu menyara keluarga, cuma kena kerja kuat lagi. Tapi kalau saya sakit, pendapatan sedikit terjejas," katanya yang sentiasa memikirkan masa depan anak kembarnya itu.

Pasangan tersebut mula menjadi perhatian dunia kerana dilahirkan bercantum pada bahagian dada dan punggung pada 1998, sebelum menjalani pembedahan pemisahan di Hospital King Fahd National Guard di Riyadh, Arab Saudi, pada September 2002.

Pembedahan  pemisahan yang memakan masa selama 22 jam 45 minit itu dibiayai sepenuhnya oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Abdullah Abdul Aziz yang melibatkan kos RM1.7 juta.

Pembedahan pemisahan yang pernah dianggap mustahil untuk dilakukan suatu ketika dahulu ternyata berjaya dan mereka kini di Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 23, Subang Jaya.

Sumber : mstar.com.my

Tinggal sekejap balik terbakar

Dua bas persiaran yang diletak di tepi Jalan Lencong Barat, Mergong, di sini, menunggu dibaiki sebuah bengkel, musnah terbakar, yang dipercayai berpunca daripada kebakaran alat pemotong besi yang ditinggalkan dalam salah satu bas berkenaan, kelmarin.


Tinggal sekejap balik terbakar, info, terkini, berita, kebakaran, bas besar terbakar, alor setar

Pemilik bengkel yang mahu dikenali sebagai Ah Chuan, 40-an, berkata ketika kejadian jam 6.30 petang itu, dia dalam perjalanan pulang ke bengkelnya yang terletak kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian untuk mengambil air bagi menurunkan suhu alat pemotong besi.

Bagaimanapun, apabila kembali ke bengkel, dia mendapati kedua-dua kenderaan berkenaan sedang terbakar lalu menghubungi bomba selepas gagal memadamkan api menggunakan alat pemadam di bengkelnya.

“Saya mendapat arahan daripada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) supaya mengalihkan kedua-dua bas kerana jalan berkenaan akan dibaik pulih.

“Bagi memudahkan kerja mengalih, saya mahu memotong semua kerusi di dalam bas dua tingkat yang uzur sejak tiga bulan lalu untuk dijadikan alat ganti sebelum dialihkan, manakala sebuah lagi bas dihantar pelanggan Sabtu lalu untuk pemeriksaan,” katanya.
 
Sumber : hmetro.com.my

Pelajar Tingkatan Satu Maut Digilis Lori

Seorang pelajar tingkatan satu maut digilis lori selepas motosikal yang dibonceng bersama bapanya bergesel dengan kenderaan berat itu di Jalan Jelapang – Chemor di sini, semalam.


Pelajar Tingkatan Satu Maut Digilis Lori, info, terkini, berita, ngeri, nahas jalan raya,
Ahmad Mustaqim maut di tempat kejadian selepas motosikal yang dibonceng bersama bapanya bergesel dengan lori bermuatan arang batu di Jalan Jelapang – Chemor, semalam. Gambar kecil: Ahmad Mustaqim.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa, Ahmad Mustaqim Mohamad Daud, 13, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jati dalam perjalanan pulang ke rumah selepas dijemput bapanya, Mohamad Daud Dahalan, 52.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, lori bermuatan arang batu itu dalam perjalanan ke Khantan Baru bergesel dengan motosikal yang ditunggang dua beranak terbabit.

Menurutnya, akibat pergeselan itu, motosikal yang ditunggang bapa mangsa hilang kawalan lalu kedua-duanya terjatuh atas jalan raya menyebabkan kepala mangsa digilis lori berkenaan dan maut di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua beranak terbabit dalam perjalanan menuju ke rumah mereka di Meru Perdana. Bapa mangsa hanya mengalami kecederaan ringan di tangan kanan.

“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan hasil bedah siasat mendapati mangsa maut akibat kecederaan serius di kepala,” katanya.

Beliau berkata, pemandu lori berusia 36 tahun diambil keterangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Sinar Harian Online