Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Monday, March 9, 2015

Budak Lelaki Maut Tercekik Cekodok Pisang

Budak lelaki berusia tujuh tahun maut selepas tercekik ketika menikmati cekodok pisang di pusat jagaan di Taman Austin Perdana di sini, Ahad. Ong Kai Yun, 32 meninggalkan anaknya, Kee Shao Ming dan anak perempuannya berusia lapan tahun di pusat jagaan itu sebelum ke tempat kerja pada kira-kira 7.30 pagi.Setengah jam kemudian, dia menerima panggilan telefon memaklumkan Shao Ming muntah dan pengsan.Shao Ming dikejarkan ke Hospital Sultan...

Saturday, March 7, 2015

25 Syarikat Pengeluar Ais Pakat Naikkan Harga Kena Denda

Sebanyak 25 syarikat pengeluar ais dikenakan denda antara RM1,200 hingga RM106,000 oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kerana berpakat menetapkan harga jualan tiub ais. Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Dr. Mohd. Khalid Abdul Samad berkata, syarikat terbabit didapati berpakat menaikkan harga ais tiub sebanyak 50 sen bagi setiap beg dan RM2,50 bagi harga blok ais dari 1 Januari 2014.“Syarikat terbabit melanggar Seksyen 4(2)(a) Akta Persaingan...

Friday, March 6, 2015

Kanak-Kanak Tiru IS, Bakar Rakan Dalam Sangkar

Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Yaman nyaris maut apabila dibakar rakannya di dalam sebuah sangkar selepas mereka cuba meniru hukuman yang dilakukan kumpulan militan, Negara Islam (IS) terhadap juruterbang Jordan. Mangsa yang belum didedahkan identiti itu, dilapor telah diserang oleh lebih dari tujuh kanak-kanak sebelum mereka mengurungnya di dalam sebuah sangkar di kampung Dahtaht.Ketika mangsa mula dibakar, sekumpulan penduduk...

Luahan Sayu Peniaga Berlesen Dibelasah Pegawai DBKL

Pada 4/2/15 jam lebih kurang 1900 petang saya dan suami sedang menjalankan perniagaan di tapak menjual keropok lekor dan goreng pisang yg dilesenkan oleh DBKL di Jalan Bulan 1 berhadapan Bangunan Amoda, Bukit Bintang K.Lumpur. Seramai 30 orang pegawai DBKL telah datang di tapak perniagaan saya dan bertindak menyita barangan perniagaan saya dan mencampakkan makanan sehingga bertaburan serta menyepak meja besi sy tanpa memberikan apa-apa...

Penduduk Belasah Pencuri Tabung Masjid Di Kokdiang

Niat seorang lelaki ingin mendapatkan wang dengan cara mudah iaitu mencuri, tidak kesampaian apabila dia telah dicekup oleh orang awam dalam kejadian jam 11 pagi di Kokdiang, Kedah pada Selasa. Menerusi rakaman yang kami bawakan ini, dapat dilihat lelaki tersebut ditahan dan disoal oleh beberapa penduduk kerana disyaki mencuri tabung masjid. (function(d, s, id) { var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id))...

Warga Emas Tidur Atas Sampah Sejak 30 Tahun

Biarpun dikelilingi kekotoran dan bau busuk sampah-sarap, seorang warga emas dari Indonesia yang berstatus penduduk tetap (PR) sanggup tidur di atas longgokan sampah sejak 30 tahun lalu demi mahu meneruskan kehidupan di sini. Yusof Lasam, 70, tidur hanya beralas kain dan kotak terbuang dalam sebuah bangsal usang yang dijadikan tempat berteduh.Menurut Yusof, dia tidak pernah menikmati kemudahan bekalan elektrik malah segala keperluan air...

Harrison Ford Cedera Parah Pesawatnya Terhempas Di LA

Pelakon filem Indiana Jones, Harrison Ford, 72, cedera parah selepas kapal terbang kecil miliknya terhempas di padang golf dekat Los Angeles, awal pagi tadi, lapor laman web selebriti, TMZ dan media tempatan. Pelakon itu mengalami luka parah di bahagian kepala dan dikejarkan ke hospital berkenaan untuk menerima rawatan. “Kami boleh mengesahkan sebuah kapal terbang terhempas dan terdapat seorang juruterbang lelaki berusia antara 65-70 tahun. “Mangsa...

Wednesday, March 4, 2015

Dyana Sofya Kongsi Gambar Bangun Tidur Di Facebook

Dyana Sofya Mohd Daud mula menjadi buah mulut seantero Malaysia setelah dia ‘terpilih’ menjadi calon kerusi Parlimen Teluk Intan pada pilihan raya kecil 2014 lalu, mewakili parti DAP. Walaupun tewas di tangan calon BN, Datuk Mah Siew Keong, Dyana dilihat tidak terus malap dalam arena politik Malaysia. Mana taknya, nama Dyana kembali menjadi sensasi selepas dirinya dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Ahli Parlimen Bukit Bendera...

Gambar Bomba Selamatkan Lelaki Pengsan Atas Pokok

Tahniah diucapkan kepada pasukan Bomba Sukarela Jengka Tujuhbelas kerana berjaya menyelamatkan seorang lelaki pengsan diatas pokok durian. Menurut sumber info yang dipetik dari Facebook Bomba Sukarela Jengka Tujuhbelas, lelaki itu pengsan diatas pokok berkenaan ketika sedang memasang jerat burung. Tidak dapat dipastikan pula kenapa beliau pengsan namun ada sumber yang menyatakan mungkin kerana faktor ketinggian pokok durian itu....

Monday, March 2, 2015

Video Perkahwinan Paling ‘Sporting’

Sporting ! Itulah perkataan yang keluar selepas melihat video sebuah majlis perkahwinan yang dimuat naik oleh salah seorang rakan pengantin wanita di laman sosial Facebook. Video ‘flashmob’ yang berdurasi tiga minit itu menjadi ‘viral’ apabila beribu pengguna laman sosial itu mula berkongsi di Facebook. Pelbagai reaksi serta komen positif dan negatif diterima namun itu tidak memberi apa-apa kesan kepada pihak pengantin. (function(d,...

Warden Asrama Belasah Murid Sampai Mati Dihukum Gantung

Seorang warden asrama dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh seorang murid berusia tujuh tahun di Arau, Perlis, empat tahun lalu. Keadaan arwah Saiful Syazani ketika berada dalam keadaan koma selepas dibelasah warden asrama.     Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Abd Wahab menjatuhi hukuman itu kepada tertuduh, Hanif Muhammad Ali, 31, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap...

Aksi Dewi Remaja Pakai Tudung Tapi Berjoget Sakan

Kecantikan wanita tidak hanya diukur daripada rambut maka langkah Majalah Remaja membuka penyertaan finalis Dewi Remaja kepada gadis bertudung sememangnya baik. Bagaimanapun apabila bertudung sudah pasti ada ‘adat’ yang perlu dijunjung kerana tudung yang digunakan untuk menutup sebahagian aurat itu juga, merupakan lambang agama dan tata susila. Justeru apabila video memaparkan finalis Dewi Remaja 2015 yang bertudung namun memakai seluar...

Sunday, March 1, 2015

Harga Petrol, Diesel Naik 25 Sen

Harga diesel dan petrol naik sebanyak 25 sen seliter mulai 1 Mac, demikian umum Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi kenyataan pada Sabtu. Harga baharu petrol RON95 ialah RM1.95 seliter (naik dari RM1.70), RON97 kini berharga RM2.25 seliter (dari RM2) dan diesel naik pada harga RM1.95 seliter (naik dari RM1.70).Kenaikan ini berikutan keputusan kerajaan pada 21 November 2014 memutuskan bahawa...

Tuesday, February 24, 2015

Lelaki Ditetak Depan Panggung Wayang Di Klang

Belum habis terkejut dengan kes pergaduhan ‘parang terbang’ di sebuah pasaraya di Bukit Jambul, kini dengan menggunakan parang juga, kes seumpama kembali berlaku di Klang. Meremang bulu roma penulis sewaktu menonton video yang dikongsikan di Facebook Wikipediarakyat ini, di mana sesetengah paparannya amatlah tidak sesuai ditonton oleh anda yang lemah semangat. Difahamkan, insiden bermula daripada pertengkaran mulut antara dua kumpulan,...

Pura-Pura Kenal Pesakit Sebelum Curi Handphone

Jangan disangka air yang tenang tidak ada buaya. Peribahasa ini amat sesuai digunakan untuk satu kes kecurian melibatkan sebuah hospital di Ipoh baru-baru ini. Kisahnya, seorang pengguna Facebook yang merupakan anak kepada mangsa telah mengirim gambar suspek kes tersebut yang diperoleh hasil rakaman kamera litar tertutup CCTV. Menurutnya, suspek merupakan seorang lelaki yang menggunakan modus operandi menyamar sebagai kenalan pesakit...

Akhirnya.. Caj Telco Yang ‘Membingungkan’ Dapat Perhatian?

Dalam pada isu harga barangan hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini, terdapat juga harga lain yang harus dipantau pihak berkuasa negara kerana ia turut membabitkan wang poket pengguna. Malah, cabaran bagi memastikan hak pengguna dalam soal harga yang ini pasti lebih mencabar kerana ia melibatkan nilai ‘tersembunyi’ dan sukar dipantau pengguna sendiri — ia adalah caj dikenakan syarikat telekomunikasi (Telco) di negara ini yang boleh...

Liverpool Fokus Saingi Man United, Arsenal

Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers mengatakan bahawa fokus pasukannya adalah untuk mengejar menyaingi kedudukan Manchester United dan Arsenal. Liverpool pada masa ini ketinggalan berada pada kedudukan keenam, manakala Arsenal ketiga dan Man United keempat.Liverpool akan bertemu Manchester City akhir bulan ini di Anfield. Pasukan itu pula akan berhadapan dengan Man United pada Mac depan.Keyakinan Liverpool melonjak selepas menewaskan Southampton...

Monday, February 16, 2015

Pos Malaysia Pasang Peti Surat Di Gunung Masuk Malaysia Book of Records

Peti surat ke 3,110 telah dilancarkan oleh Post Malaysia Berhad di altitud tertinggi Malaysia iaitu di Pendant Hut semalam. Dengan ketinggian kedudukan peti surat itu pada aras 3,289 meter dari aras laut sekaligus membuatkannya tersenarai dalam  Malaysia Book of Records (MBR).Menurut Pos Malaysia, Pendant Hut boleh ditemui melalui pendakian selama empat hingga enam jam dari Taman Kinabalu.“Pos Malaysia berharap inisiatif ini akan meningkatkan...

Video Budak-Budak Berangan ISIS, Nak Letup Mahkamah M’sia

Setelah melalui proses mahkamah yang panjang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diputuskan perlu menjalani hukuman 5 tahun penjara, namun sehingga kini masih ada pihak tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan. Segelintir penyokong Anwar masih merancang mahu melakukan demonstrasi, berhimpun di hadapan Penjara Sungai Buloh dan sebagainya untuk menunjukkan ketidakpuasan hati mereka. Terbaharu, tersebar sebuah video melibatkan...

Penjawat Awam Ditangkap Bersarapan dan Shopping Waktu Kerja

Beberapa penjawat awam ditangkap minum pagi dan membeli belah di waktu berkerja di bangunan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (SSAAS) pada 13 Februari yang lalu. Lawton mengejut (spot check) yang dilakukan oleh Dato’ Haji Mohammed Khusrin Haji Munawi dan Unit Integriti SUK Selangor di bangunan SSAAS itu mendapati masih ramai kakitangan awam melakukan kesalahan itu di waktu berkerja.“Unit Intergriti SUK Selangor akan memantau aktiviti ini...