Monday, January 19, 2015

5 Perkara Menarik & Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29

Pentas Akhir Anugerah Juara Lagu 29 sudahpun melabuhkan tirainya semalam dimana 12 lagu telah berentap untuk merebut gelaran Juara Lagu 29.

5 Perkara Menarik AJL 29,Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29, info, terkini, hiburan, sensasi,

Kesemua 12 finalis yang berentap pada malam itu telah  membuat persembahan dengan sebaik yang mungkin dan ada juga finalis yang membawa kelainan dalam presembahan.

Ini merupakan keputusan AJL 29:

Juara: Apa Khabar, Joe Flizzow & Sonaone
Naib Juara: Masih Aku Cinta, Shila Amzah
Tempat Ketiga: Di Pintu Syurga, Dayang Nurfaizah

Vokal Terbaik: Dayang Nurfaizah
Persembahan Terbaik: Mojo Feat Caliph Buskers

Berikut merupakan perkara yang mencuri perhatian di Anugerah Juara Lagu 29:

1) Mojo feat Caliph Busker
Perkara paling mencuri perhatian tentulah kemunculan Caliph Buskers sebagai penyanyi jemputan kumpulan Mojo.

Memang tindakan Edry amat dihargai dan berjaya menaikkan bakat hebat golongan kurang upaya.

2) Genre Hip Hop menjuarai AJL
Kehebatan dan kekuatan lagu Joe Flizzow berjaya mencuri hati pihak juri profesional dan seterusnya menjuarai Anugerah Juara Lagu kali ini.

3) Profesional Hebat Alyah dan Ramli MS
Walaupun diselubungi gosip hebat minggu lepas, ternyata persembahan Alyah serta kerja buah tangan dari Ramli MS masih hebat.

4) Juliana Evans
Juliana Evans yang comel menjadi pengacara sampingan. Sementara itu, Zizan Razak turut hadir bersama kekasih hati, Emma Maembong.

5) Nak Putih Qu Puteh
Selain itu iklan yang terlalu banyak dari sponsor Qu Puteh agak membosankan penonton namun apa nak buat, dah sponsor berbayar kan.

5 Perkara Menarik AJL 29,Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29, info, terkini, hiburan, sensasi,


Sumber : bloghiburanterkini.blogspot.com

Ainan Tasneem Didakwa Berkelakuan Sumbang Dengan Teman Lelaki

Penyanyi Ainan Tasneem menegaskan tuduhan kononnya dia berkelakuan sumbang dikhalayak dengan teman lelakinya adalah fitnah yang sengaja direka-reka bertujuan menjatuhkan maruahnya.

Ainan Tasneem Didakwa Berkelakuan Sumbang Dengan Teman Lelaki, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, Ainan Tasneem

Ainan atau nama sebenarnya Ainan Tasneem Ridzuan, 23, berkata, biarpun namanya tidak segah penyanyi lain namun dia sedar gerak-gerinya sentiasa diperhatikan masyarakat dan pelik apabila dijadikan sasaran pihak tertentu.

"Mungkin nama saya tidak segah selebriti lain namun rasanya orang kenal siapa Ainan Tasneem tambahan pula di Perlis.

"Saya bukan bodoh sangat untuk berkelakuan seperti didakwa kerana sedar gerak-geri diperhatikan dan dakwaan itu fitnah semata-mata," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.

Ainan berkata demikian sebagai respon kepada artikel sebuah akhbar mingguan yang melaporkan dia dan kekasihnya berjalan berpimpinan tangan selepas selesai makan di sebuah restoran pada 9 Disember lalu.

Dakwaan daripada seorang pembaca menerusi e-mel itu turut memberitahu pasangan berkenaan tidak segera beredar sejurus memasuki kereta Honda Jazz berwarna biru sebaliknya mendakwa mereka 'bermesra-mesraan' hampir 45 minit di dalam kereta berkenaan sebelum beredar.

Ainan bagaimanapun tidak menafikan ada berkunjung ke restoran berkenaan bersama lelaki tersebut pada tarikh berkenaan namun menyangkal dakwaan berdua-duaan dengan teman lelakinya itu di dalam kereta.

Ainan Tasneem Didakwa Berkelakuan Sumbang Dengan Teman Lelaki, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, Ainan Tasneem
Ainan kini memberi tumpuan kepada pengajiannya di UniMAP.

"Saya tidak mengetahui mengenai fitnah ini sehinggalah ada peminat yang bertanyakan hal berkenaan di Instagram kerana masih belum sempat membaca akhbar.

"Terkejut saya apabila membaca artikel berkenaan kerana bukan sahaja dituduh berpegangan tangan tetapi dikatakan 'bermesra' pula di dalam kereta. Ia tidak masuk akal," katanya.

Dalam pada itu, Ainan berkata, dia tidak pasti sama ada dakwaan berkenaan dibuat kerana ada pihak berdendam dengannya kerana tidak mempunyai musuh.

Malah katanya, teman lelakinya itu juga sentiasa mengingatkan mengenai batas pergaulan mereka kerana bimbang akan menjadi perbualan masyarakat.

"Jika benar saya berkelakuan tidak senonoh mengapa pengirim e-mel berkenaan tidak menegur perbuatan saya itu secara berhadapan atau mengambil gambar kami untuk dijadikan bukti sokongan kepada dakwaan tersebut?

"Saya tidak pasti sekiranya ada pihak yang berdendam dengan saya sehingga sanggup mereka cerita seperti itu dan ia satu fitnah," jelasnya.

Sementara itu, menjawab tuduhan kononnya mereka bercuti ke Eropah bersama teman lelakinya itu, Ainan berkata, pemergian mereka ke sana bukan berdua sebaliknya turut ditemani oleh ahli keluarga lelaki tersebut.

"Hubungan saya dan keluarga teman lelaki memang akrab dan sebaliknya. Saya sedar kedudukan saya sebagai seorang penuntut universiti dan selebriti, takkan saya sanggup mencemarkan imej keluarga kedua-dua belah pihak.

"Pemergian kami ke sana juga bukan rahsia malah ibu bapa saya mengetahui tentang itu," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ainan berkata dia kini sibuk dengan pengajian semester akhirnya di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kejuteraan BioProses.

Jelas Ainan, dia juga bakal merakamkan sebuah single bersama ahli kumpulan Sleeq iaitu Aliff yang akan dilancarkan pada tahun ini.

"Sekarang memang sibuk dengan pengajian dan ingin buat yang terbaik kerana saya berhasrat untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana selepas ini," katanya.

Sumber : bloghiburanterkini.blogspot.com

Penonton Diserang Histeria Ketika Menonton "VIlla Nabila" Gimik Produksi?

Penerbit filem terkenal Datuk Yusof Haslam menyangkal dakwaan kononnya pihak produksinya Skop Production dan Viper Studios merancang gimik penonton diserang histeria ketika menonton filem terbaru arahan anaknya Syafiq Yusof "Villa Nabila" baru-baru ini.


Penonton Diserang Histeria Ketika Menonton "VIlla Nabila", info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, villa nabila

Menurut Yusof, dia hanya mengetahui mengenai video penonton diserang histeria ketika menonton wayang di TGV Cinemas, AEON Tebrau, Johor Bahru selepas diberitahu oleh anaknya, Syafiq.

"Saya tidak tahu menahu mengenai kejadian itu dan selepas dimaklumkan anak saya, Syafiq, saya memang terkejut. Malah dia akui terperanjat mengenai kejadian berkenaan.

"Sejujurnya, produksi kami tidak pernah terlibat dalam kerja gimik murahan begitu. Ia berlaku di luar pengetahuan kami. Saya bertanya kepada Syafiq dan dia menafikan.

"Kemungkinan besar, penonton terlalu fobia dengan filem itu dan emosinya terbawa-bawa. Malah sebelum ini isteri saya turut menjerit ketika menontonnya namun tidaklah sampai terkena histeria," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Yusof Haslam berkata, dia bersyukur apabila "Villa Nabila" mendapat kutipan yang memberangsangkan iaitu sebanyak RM350,000 selepas dua hari tayangan.

"Alhamdulillah, selama dua hari tayangan di seluruh Malaysia termasuk Brunei dan Singapura, "Villa Nabila" berjaya mengutip RM350,000 dan untuk tiga hari, saya menjangka ia akan bertambah ke RM500,000.

"Saya melihatnya sebagai satu kejayaan buat Syafiq di mana filem ini adalah filem eksperimental bajet sederhana."

Sumber : bloghiburanterkini.blogspot.com

Sultan murka dengan kemenangan lagu 'Apa Khabar', kutuk juri #AJL29

AJL 29 telah melabuhkan tirai nya semalam.. Ramai yang tidak menyangka keputusan para juri dengan menobatkan lagu Apa Khabar sebagai juara.. kebanyakan penonton lebih memilih Mojo sebagai pemenang..


Sultan murka dengan kemenangan lagu 'Apa Khabar', Sultan kutuk juri #AJL29, info, terkini, hiuran, sensasi, kontroversi, gossip AJL29,


Sultan Melaka juga turun menyaksikan AJL29 dan tidak ketinggalan memberi komen pedas dalam laman sosial Facebook milik nya..


Sultan murka dengan kemenangan lagu 'Apa Khabar', Sultan kutuk juri #AJL29, info, terkini, hiuran, sensasi, kontroversi, gossip AJL29,

Ternyata Sultan Melaka murka dengan lagu apa khabar. apa yang dilihat sultan lebih suka mojo


Sultan murka dengan kemenangan lagu 'Apa Khabar', Sultan kutuk juri #AJL29, info, terkini, hiuran, sensasi, kontroversi, gossip AJL29,

Sumber : bloghiburanterkini.blogspot.com

Joe Flizzow & Sona One Tampil Kejutan Di Pentas Akhir AJL 29

Teka-teki siapakah yang bakal dinobatkan sebagai pemenang pertandingan Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) akhirnya terjawab apabila lagu yang berjudul Apa Khabar nyanyian Joe Flizzow & Sona One bergelar juara & membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000.


Joe Flizzow & Sona One Tampil Kejutan Di Pentas Akhir AJL 29, AJL29, Info, terkini, hiburan, sensasi,

Manakala naib juara telah disandang oleh Shila Amzah menerusi lagu Masih Ada Cinta & menerima RM35,000 dan tempat ketiga pula dimenangi oleh lagu yang berjudul Di Pintu Syurga nyanyian Dayang Nurfaizah dan berjaya menerima wang tunai berjumlah RM20,000.

Anugerah persembahan vokal terbaik dimenangi oleh Dayang Nurfaizah dan persembahan terbaik pula dimenangi oleh Mojo feat. Caliph Buskers menerusi lagu Romancinta yang mendapat pujian ramai sepanjang acara berlangsung. Tahniah kepada para pemenang AJL 29!


Berikut ialah keputusan penuh Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29):-

1. Juara – Apa Khabar, Joe Flizzow & Sonaone
2. Naib Juara – Masih Aku Cinta, Shila Amzah
3. Tempat Ketiga – Di Pintu Syurga, Dayang Nurfaizah
4. Vokal Terbaik – Dayang Nurfaizah
5. Persembahan Terbaik – Mojo & Caliph Buskers.


Pentas Akhir AJL 29

Pentas Akhir AJL 29

Pentas Akhir AJL 29

Pentas Akhir AJL 29

Pentas Akhir AJL 29

Pentas Akhir AJL 29

Pentas Akhir AJL 29

Pentas Akhir AJL 29

Pentas Akhir AJL 29

Pentas Akhir AJL 29

Pentas Akhir AJL 29

Sumber : bloghiburanterkini.blogspot.com

Lagi Penunggang Motosikal Maut di Bentong

Seorang penunggang motosikal terbunuh dan seorang yang lain cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal berkuasa tinggi berhampiran Bukit Tinggi, Bentong.


Lagi Penunggang Motosikal Maut di Bentong , info, terkini, berita, kemalangan jalan raya, kemalangan motor berkuasa tinggi,

Mangsa Syaiful Buhairi Abdullah, 27, dari Sungai Besi menunggang motosikal KTM Duke 200cc dari Kuala Lumpur ke Berjaya Hill ketika kemalangan berlaku kira-kira tengah hari Ahad.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohammad Mansor Mohammad Nor berkata Syaiful Buhairi dikatakan hilang kawalan di KM7 Jalan Berjaya Hill lalu terbabas ke laluan bertentangan.

"Dia kemudian merempuh seorang lelaki lain yang menunggang motosikal Kawasaki Z800. Syaiful Buhairi meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi.

Mangsa kedua yang motosikalnya meletup dan terbakar mengalami kecederaan serius dan dikejarkan ke Hospital Bentong untuk rawatan.



Sumber : mstar.com.my