Wednesday, January 21, 2015

Penduduk makin gelisah cuaca sejuk di Kuala Krai

Cuaca sejuk yang melanda daerah ini sejak semalam menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, penduduk terutamanya yang tinggal di khemah-khemah sementara terpaksa memakai baju yang lebih tebal menjelang waktu malam dan awal pagi.


Penduduk makin gelisah cuaca sejuk di Kuala Krai, info, terkini, beriya, suhu sejuk, kuala krai,

Difahamkan suhu sekitar 20 darjah Celsius pada awal pagi ini berbanding 19 darjah Celsius semalam dengan keadaan di bandar ini berkabus bermula sehingga pukul 9 pagi.

Seorang penduduk di Jalan Geale di bandar ini, Faridah Yusof, 50, yang rumahnya musnah sepenuhnya dalam banjir baru-baru ini berkata, dia terpaksa menutup badannya dengan dua helai selimut di dalam khemah didiami.

“Cuaca sejuk ini amat dirasakan kerana kami sekeluarga tinggal dalam khemah yang hanya berbumbungkan plastik.

“Sejuknya hingga ke tulang. Mujur pakaian pun banyak orang beri. Kalau nak mandi, adakalanya kena masak air,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk, Mohd. Zainuddin Awang Cik, 57, berkata, khemah sumbangan sukarelawan itu turut basah di bahagian dalam kerana terlalu sejuk.

Katanya, sekiranya keadaan ber*terusan, dia dan keluarga terpaksa mencari tempat berlindung baharu.

“Air seperti embun menitis di dalam khemah sehingga baju saya basah dan tilam menjadi lembap. Tapi hari ini sudah sedikit kurang sejuk tidak seperti dua hari lalu,” katanya.

Dalam masa sama, Mohd. Zainuddin bingung memikirkan nasibnya kerana dia difahamkan hanya pemilik rumah akan menerima bantuan perumahan kekal daripada kerajaan selepas ini.

“Kami difahamkan bantuan rumah yang akan diberi kerajaan nanti hanya untuk pemilik rumah, bagaimana nasib saya sebagai penyewa yang tinggal di rumah tersebut semasa banjir dan kemusnahan segala harta benda?

“Di kawasan saya tinggal ini, ada kira-kira 30 buah keluarga yang merupakan penyewa yang kini turut berada dalam dilema serupa,” katanya.-Utusan

Pergi dalam pangkuan ibu

“Arwah sempat diajar mengucap sebelum dia menghembus nafas terakhir di pangkuan ibunya,” kata seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Azman, menceritakan kejadian seorang remaja maut terjatuh dari tingkat enam rumahnya di Blok A-6-1 Unit Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Jalan Padang Tembak, Air Itam, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 1.15 petang itu, Mohd Hizri Jaafar, 18, yang mengalami demam panas keluar dari rumahnya sebelum dia terjatuh dari tingkat enam flat berkenaan.

Kejadian disedari ahli keluarga dan mereka kemudian turun melihat mangsa yang ketika itu masih bernafas sambil merintih menahan kesakitan.

Azman berkata, ketika itu remaja terbabit sempat memberitahu kepada ahli keluarganya bahawa dia sudah hendak mati dan ibunya yang berada di sisi anaknya, tidak putus-putus mengajar remaja itu mengucap.

“Suasana ketika itu sangat memilukan dan selepas diajar mengucap remaja terbabit meninggal dunia di pangkuan ibunya.

“Saya difahamkan mangsa mengalami demam panas dan dia mungkin tidak selesa berada dalam rumah sebelum keluar dan terjatuh dari tingkat enam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa maut lima minit sebelum ambulans tiba dan mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah anggota badan dan kepalanya.

“Pemeriksaan mendapati tidak sebarang unsur jenayah dalam kes ini dan ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.


Pergi dalam pangkuan ibu, info, terkini, berita,

Orang ramai di sisi Mohd Hizri sebelum mangsa menghembuskan nafas terakhir.

Sumber : harian metro

800,000 bantah Charlie Hebdo

Ratusan ribu penduduk Chechnya semalam berhimpun untuk membantah penerbitan kartun yang menghina Nabi Muhammad SAW oleh Charlie Hebdo minggu lalu.

Kementerian Dalam Negeri Russia menganggarkan lebih 800,000 orang membanjiri Grozny untuk menghadiri demonstrasi berkenaan.

Pemimpin Chechnya Ramzan Kadyrov yang berucap di perhimpunan itu berkata: “Ini adalah protes terhadap semua yang menyokong penerbitan karikatur Nabi Muhammad SAW.”

Ramzan turut menyelar kerajaan Perancis kerana menyokong hak Charlie Hebdo untuk menyiarkan kartun mengenai Nabi Muhammad SAW itu di muka depannya beberapa hari selepas dua beradik membunuh 12 orang di pejabat majalah satira itu di Paris.

“Kami ingin menegaskan bahawa kami tidak sekali-kali berdiam diri jika ada yang menghina nama Rasulullah dan agama kami,” katanya.

800,000 bantah Charlie Hebdo, info, terkini, berita, sensasi, Isu Charlie Hebdo

Sebahagian daripada penduduk Chechnya berarak di Grozny membantah karikatur Nabi Muhammad SAW.

Sumber : hmetro.com.my

Treler ‘Singgah’ tasik

Usaha orang awam menyelamatkan seorang pemandu treler daripada lemas selepas kenderaan dipandunya terbabas ke dalam tasik di Jalan Batu Arang, berhampiran Puncak Perdana, di sini, semalam gagal apabila lelaki itu disahkan meninggal dunia beberapa minit kemudian.

Kemalangan kira-kira jam 1 petang itu menyebabkan mangsa yang berusia 20-an maut dipercayai akibat lemas walaupun bantuan pernafasan sudah diberikan pasukan perubatan.

Difahamkan, treler yang membawa muatan bata itu dari arah Puncak Alam menuju ke Puncak Perdana terbabas sebelum merempuh penghadang jalan di kiri jalan dan terus menjunam ke dalam tasik.

Orang ramai yang melalui jalan sama cuba menyelamatkan mangsa dengan mengeluarkannya daripada tasik.

Jurucakap bomba berkata, ketika dibawa naik orang ramai, mangsa tidak sedarkan diri dan cuba diberikan bantuan pernafasan, tetapi tidak dapat menyelamatkannya.
Treler ‘Singgah’ tasik, info, terkini, berita, nahas kemalangan jalan raya,
Anggota polis memeriksa treler yang terbabas masuk tasek.


Sumber : hmetro.com.my

Jatuh Dari Tingkat 13 Ketika cari nenek

Seorang budak lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat 13 rumahnya di pangsapuri di Jalan Rajawali, I-Park, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 7.30 pagi itu, Muhammad Alif Hamizan Abdul Khalid berusia lima tahun dikatakan terjatuh melalui tingkap dapur rumahnya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, ketika kejadian ibu bapa kanak-kanak terbabit tiada di rumah dan mangsa tinggal bersama neneknya.

"Ketika itu neneknya menghantar kakak kanak-kanak itu ke sekolah dan meninggalkan mangsa yang sedang tidur .

"Mangsa terjaga sebelum membuka pintu besi bahagian dapur dan terus terjatuh," katanya.

Mayat kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat.

Jatuh Dari Tingkat 13 Ketika cari nenek, info, terkini, berita,

Safiah Drafsa,42, tidak menahan kesedihan ketika melihat jenazah anak saudaranya yang maut di bawa keluar dari bilik mayat di Hospital Balik Pulau.


Sumber : hmetro.com.my

Isu perebutan giliran Restoran Nasi Kandar Line Clear

Isu perebutan giliran Restoran Nasi Kandar Line Clear terus panas apabila Bahagian Pelesenan dan Bahagian Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) merampas meja, kerusi serta meja membancuh air di premis di Jalan Penang, di sini, tanpa sebarang notis, pagi semalam.

Kejadian berlaku pada jam 4 pagi apabila sepasukan 40 anggota dan pegawai MPPP menyerbu restoran berkenaan dan mengambil meja membancuh teh, meja dan kerusi serta memasukkannya ke dalam lori, tetapi percubaan mengambil barangan lain berjaya dihalang.

Tindakan itu mengejutkan kerana tiada sebarang notis pemberitahuan diberikan kepada pemilik restoran berkenaan, malah beberapa pelanggan yang sedang menjamu selera turut terpinga-pinga dengan serbuan berkenaan.

Anak pemilik restoran, Salim Madinah, 36, berkata, tindakan dianggap zalim itu cukup menyedihkan kerana isu yang berlaku adalah masalah keluarga dan MPPP sebagai orang tengah seharusnya membantu mereka, bukannya merampas peralatan tanpa notis dan segala tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di situ.

“Kami akan mempertahankan hak kami kerana restoran ini hak milik datuk kami. Malah, kami sanggup berkorban apa sahaja demi mempertahankannya daripada diambil pihak yang tidak mempunyai hak.
 Isu perebutan giliran Restoran Nasi Kandar Line Clear, info, terkini, berita,

Rakaman CCTV menunjukkan anggota penguat kuasa merampas meja makan awal pagi semalam. - See more at:

Sumber : hmetro.com.my