Friday, January 23, 2015

Wanita Paksa Kanak-Kanak 2 Tahun Hisap Syabu

Sebuah video memaparkan seorang kanak-kanak menghisap dadah dipercayai jenis syabu dimuat naik di laman Facebook oleh pemilik akaun, Mohd Khir.


Wanita Paksa Kanak-Kanak 2 Tahun Hisap Syabu, info, terkini, berita, kejam

Video yang berdurasi 15 saat itu menunjukkan kanak-kanak dipercayai berusia dua tahun itu disuruh menghisap dadah tersebut oleh dua individu.

Malah, mereka juga menyuruh kanak-kanak tersebut menghisap untuk kali yang kedua setelah batuk.

“Satu lagi kes berat…minta pihak yang berkenaan ambil kes ini…kes dadah.. apa punya ibu,” luah Mohd Khir dalam status Facebooknya.

Dalam pada itu, pelbagai pihak turut mengkritik tindakan itu membahayakan nyawa dan memberikan kesan buruk kepada kanak-kanak tersebut.

Seorang pengguna Facebook, PuteRi LaYenda dalam komennya mendakwa kejadian ini melibatkan warga Indonesia berdasarkan bahasa dan cara percakapan yang digunakan.

“Yang pasti ini bukan di Malaysia kerana cara bercakap macam Indonesia Bugis tapi tak tahu jika ini pembantu rumah dari Indonesia,” katanya

Seorang pengguna, Mohd Azman Abu Hassan dalam komennya menyatakan rasa marah terhadap dua individu yang memaksa kanak-kanak itu menghisap dadah.

Menurutnya, jika mahu merosakkan diri tidak perlu dibawa kanak-kanak malang itu.

Bagi Ahmad Mustaqim Arifin berkata: “Anak aku batuk tersedak susu pun kesian aku tengok apatah lagi tengok anak kecil ini batuk sebab benda yang tak elok.“

Sarida Ima dalam komennya berharap ada pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan tegas terhadap dua individu dalam video itu.
Menurutnya, tindakan itu dianggap sebagai penganiayaan terhadap kanak-kanak.

Bagaimanapun, ada juga pihak yang meminta pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat insiden penyebaran video tersebut agar kanak-kanak itu dapat diselamatkan daripada pengaruh penyalahgunaan dadah.

Sumber : newsredapple.blogspot.com

Thursday, January 22, 2015

"Saya Masih Banyak Kekurangan" - Meliani

Meliani Siti Sumartini, gitaris metal berjilbab yang mula dikenali ramai kerana bakatnya mengakui masih terlalu banyak yang perlu dipelajarinya sebelum dapat benar-benar menguasai ilmu muzik ketika ini.


Meliani Siti Sumartini, gitaris metal berjilbab, info, terkini, sensasi,

Kata Meliani, 17, klip video dia bermain gitar menyampaikan lagu Lamb of God itu di YouTube untuk melihat reaksi orang ramai terhadap teknik yang digunakannya.

Menurut pelajar berasal dari Bandung itu, dia cuma memiliki pengalaman minimum mengadakan persembahan di atas pentas.

“Saya baru sempat muncul di pentas sekali, itu pun di sekolah.

“Cuma akhir-akhir ini saya diundang ke stesen televisyen untuk ditemu bual, namun ia berbeza daripada mengadakan persembahan di depan orang ramai,” katanya.

Selain itu, gadis yang gemar berpuasa sunat Isnin dan Khamis itu berazam untuk tidak membuka jilbabnya walaupun mungkin suatu hari nanti dia benar-benar popular sebagai pemain gitar.

“Saya masih banyak kekurangan.

“Antaranya, saya masih memainkan lagu-lagu kumpulan lain. Belum ada buat lagu sendiri,” katanya.

Sementara itu, ada juga yang menilai Meliani masih terlalu awal untuk dikagumi.

Meliani Siti Sumartini, gitaris metal berjilbab, info, terkini, sensasi,

Anggota komuniti metal, Ujung Berung di Bandung, Didin Krisnaedy Purwanda Supartawidjaja berkata, teknik ‘gorengan’ Meliani kelihatan cuma menghafal.

Anggota band metal Sonic Torment itu berkata, gaya Meliani memetik gitar masih belum boleh dianggap mahir.

“Selepas menonton video Meliani, dia biasa biasa saja. Mungkin disebabkan dia berjilbab dan berseragam sekolah maka ia mengundang kagum orang ramai,” katanya.

Sumber : mstar.com.my

Rakaman CCTV bongkar perbuatan kejam doktor

Satu rakaman CCTV berjaya membongkarkan perbuatan kejam doktor dan jururawat di hospital sakit jiwa yang memukul dan menendang seorang pesakit dengan teruk hinggakan dia berkemungkinan lumpuh, jika dia masih mempunyai umur yang panjang.


Rakaman CCTV bongkar perbuatan kejam doktor, info, terkini, berita, kes dera

Rakaman video yang mengejutkan itu juga menunjukkan bagaimana pesakit berkenaan, Zhao Yanli diseret dari katil dan turut dipijak. Mereka dipercayai melakukan perbuatan berkenaan selepas Zhao dikatakan kurang ajar dengan salah seorang jururawat di situ.

Dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan badan dipenuhi lebam oleh adiknya yang datang melawat.Zhao kemudiannya dibawa ke unit rawatan kecemasan namun doktor memaklumkan dia mempunyai harapan tipis.

Malah jika dia selamat sekalipun, Zhao tidak mungkin dapat menggunakan kakinya lagi selepas ini.Rakaman CCTV itu diperolehi oleh polis selepas pihak polis membuat serbuan di hospital berkenaan.

Keluarga Zhao kini mengupah peguam untuk menyaman hospital berkenaan kerana memukul Zhao yang mengalami masalah mental dan pada masa sama mereka tidak memberikan rawatan segera kepadanya.

Meskipun pihak hospital menawarkan pampasan sebanyak RM200,000, namun keluarganya menolak dan mahu mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.


Sumber : kualalumpurpost.net

Peragut Mati Dilanggar Kereta Ketika Cuba Meragut Mangsa

Kajang : Seorang lelaki maut akibat dilanggar kereta selepas cuba meragut beg tangan seorang wanita di Batu 10 Lebuhraya Cheras-Kajang menghala ke Kuala Lumpur pagi tadi.


Peragut Mati Dilanggar Kereta Ketika Cuba Meragut Mangsa, info, terkini, berita, peragut

Dalam kejadian 8 pagi itu, suami isteri menunggang motosikal dalam perjalanan ke tempat kerja.

Menurut sumber, mangsa kemudiannya dihampiri suspek yang menunggang motosikal Yamaha 125z cuba meragut beg tangannya sebelum berlaku tarik menarik.

"Akibatnya, motosikal yang dinaiki mangsa dan suspek bergesel sebelum mereka terjatuh.

"Suspek yang terjatuh di tengah lebuh raya berkenaan kemudiannya dilanggar kereta yang dipandu seorang wanita dari arah belakang,"katanya.

Sumber itu berkata, suami isteri berkenaan bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan di tangan dan lutut sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk menerima rawatan lanjut.

"Manakala suspek yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat,"katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Sumber : tranungkite.net

Majlis Persaraan Guru Besar Berakhir Tragis

Persaraan seorang guru besar sepatutnya berjalan baik tetapi berakhir dengan tragis dan menyayat hati apabila dia meninggal dunia di majlis berkenaan pada Selasa.


Majlis Persaraan Guru Besar Berakhir Tragis, info, terkini, berita, sensasi,
Gambar Hiasan


Cheah Hock Hin, merupakan guru besar SK Tanah Kebun di Parit Buntar.

Ketika kejadian, Cheah, 60, masih berada di atas pentas sedang menonton persembahan muzikal selepas menyampaikan ucapannya pada tengah hari, sebelum jatuh pengsan.

Beberapa guru cuba untuk menyedarkannya kembali tetapi gagal. Dia dipercayai meninggal dunia kerana serangan jantung, menurut sumber mStar.


Sumber : trendingmedia1.blogspot.com

Kanak-kanak Perempuan Tersepit Pada Tangga Bergerak

Kota Kinabalu : Beberapa pengunjung sebuah pusat beli-belah terkenal di bandar raya ini, gempar apabila terdengar jeritan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun selepas tangan kanannya tersepit pada tangga bergerak, semalam.


Kanak-kanak Perempuan Tersepit Pada Tangga Bergerak, info, terkini, berita, kota kinabalu

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 petang, tangan kanak-kanak itu akhirnya dikeluarkan selepas hampir setengah jam tersepit sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, mangsa bersama ibunya menaiki tangga bergerak di tingkat lima kompleks berkenaan sebelum tangan kanak-kanak itu yang memegang bahagian pemegang tersepit lalu terheret sehingga ke tingkat enam.

Orang ramai yang melihat kejadian itu berjaya menghentikan tangga bergerak itu selain cuba mengeluarkan tangan mangsa. ─ myMetro online