Friday, March 6, 2015

Benjy Ditahan Kali Ketiga, Disyaki Miliki Syabu

Pelakon Benji atau Khaeryll Benjamin Ibrahim dicekup buat kali ketiga atas kesalahan memiliki dadah jenis Syabu. Pelakon berusia 37 tahun itu telah ditahan bersama seorang wanita dan lelaki di sebuah hotel di ibu negara kira-kira jam 9.30 malam Khamis.
Benjy Ditahan Kali Ketiga, Disyaki Miliki Syabu, info, terkini, hiburan, sensasi, benjy, kes dadah pelakon,

Hasil pemeriksaan anggota polis dari cawangan Narkotik IPK Kuala Lumpur telah menjumpai dua peket plastik lutsinar dan satu keratan peket plastik lutsinar mengandungi bahan disyaki dadah jenis Syabu manakala pemeriksaan terhadap beg tangan pula telah menjumpai satu peket plastik lutsinar mengandungi 11 peket plastik lutsinar disyaki dadah.

Pihak polis turut menjumpai sepucuk pistol angin di dalam sebuah bilik yang mengandungi 14 butir peluru bebola besi. Kesemua mereka telah ditahan di bawah Sekyen 39(A) Akda Dadah Berbahaya 1952 dan Sekyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata.

Sebelum ini pada tahun 2009 dan 2011, anak kepada Allahyarhamah seniwati Azean Irdawaty itu pernah ditahan atas kesalahan sama.

Sumber : rotikaya.com

Ayda Jebat Akui Suka Zul Ariffin

Ketika ini, Ayda Jebat menerima kritikan hebat kerana didakwa menjadi perampas kekasih orang namun dalam masa yang sama, dia tidak cepat melatah mahupun membuat kenyataan melulu mengenai spekulasi yang menimpanya sekarang.


Ayda Jebat Akui Suka Zul Ariffin, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, ayda jebat, zul ariffin

“Ya, saya menyukai Zul Ariffin. Siapa tidak suka jejaka macho sepertinya dan saya yakin semua wanita menaruh hati padanya. Bagaimanapun, hubungan kami tidak lebih sebagai rakan sekerja”

“Lagipun, semua sedia maklum Zul sudah memiliki kekasih hati. Jadi saya tidak mahu pihak di sana terasa hati apabila kami terus dikaitkan. Bagi saya, tiada pun isu perampas kerana saya tidak pernah mengelak apabila terserempak dengan kekasihnya (Gayatri),” kata Ayda.

Selain itu, pelakon ini juga menegaskan bahawa walaupun dia dan juga Zul kelihatan serasi dan mesra namun mereka juga tahu menjaga batasan.

“Saya dan Zul dikaitkan pun kerana impak drama Rindu Awak 200%. Kami tidak menyimpan perasaan antara satu sama lain. Saya bagaimanapun gembira juga apabila orang memperkatakan mengenai kami, kerana ia petanda drama itu mencetuskan fenomena,” jelas pelakon ini.

Sumber : rotikaya.com

Zara Zya Komen Isu Suka Permainkan Perasaan Lelaki Dan Bertukar Pasangan

Nama pelakon comel, Zara Zya sedang meningkat naik dan pernah memenangi beberapa anugerah sebelum ini. Lakonannya memang mantap dan bersahaja.


Zara Zya Komen Isu Suka Permainkan Perasaan Lelaki, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi zara zya

Namun, ada gosip yang terbaru tentang Zara Zya yang dikatakan selalu mempermainkan perasaan lelaki yang cuba berkawan dan mendekatinya dengan alasan mahu memberi komitmen terhadap kerjaya.

Selain itu, ada juga pihak yang mendakwa Zara Zya sering bertukar-tukar pasangan kekasih.

Zara Zya menafikan gosip tersebut dan menegaskan bahawa tiada lelaki yang cuba mendekati dirinya seperti yang didakwa. Ini komen Zara Zya

“Saya tidak akan melatah dengan cerita murahan sebegini. Sebab setahu saya, tak ada lelaki yang cuba menghulurkan salam perkenalan. 

“Telefon saya juga ‘senyap’. Tak ada panggilan atau SMS daripada mana-mana lelaki. Saya solo sekarang. Buat apa saya nak tipu. Hidup saya hanya semata-mata untuk kerja dan kalau ada masa lapang, saya habiskan bersama-sama keluarga,”


Zara Zya Komen Isu Suka Permainkan Perasaan Lelaki, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi zara zya

Apabila ditanya tentang jodoh, ini pula komen Zara Zya:

“Kalau orang kata, wanita berusia 30 tahun itu sudah sesuai berkahwin, saya nak buat macam mana kalau masih belum berjumpa dengan lelaki yang sesuai. 

“Bukan memilih. Tapi pada masa sekarang ini, saya merasakan yang bercinta itu seperti membuang masa. Nak pergi keluar menonton wayang itu seperti perbuatan sia-sia. 

“Jika ditakdirkan satu hari nanti saya bertemu dengan jodoh, saya tidak akan berlengah untuk berkahwin,”

Sumber : hotlips-yuya.blogspot.com

Kanak-Kanak Tiru IS, Bakar Rakan Dalam Sangkar

Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Yaman nyaris maut apabila dibakar rakannya di dalam sebuah sangkar selepas mereka cuba meniru hukuman yang dilakukan kumpulan militan, Negara Islam (IS) terhadap juruterbang Jordan.


Kanak-Kanak Tiru IS, Bakar Rakan Dalam Sangkar, info, terkini, berita,

Mangsa yang belum didedahkan identiti itu, dilapor telah diserang oleh lebih dari tujuh kanak-kanak sebelum mereka mengurungnya di dalam sebuah sangkar di kampung Dahtaht.


Ketika mangsa mula dibakar, sekumpulan penduduk telah melihat kejadian itu dan menyelamatkannya daripada maut di dalam sangkar berkenaan.

Baru-baru ini dunia digemparkan dengan hukuman bakar hidup-hidup terhadap juruterbang Jordan, Muaz Alkasasbeh oleh IS.

Hukuman seumpama itu adalah yang pertama dilakukan kumpulan militan terhadap tawanan selepas hukuman lain seperti tembak dan sembelih.

Kanak-kanak yang cuba membakar rakan mereka itu didakwa mendapat idea untuk bertindak demikian selepas melihat video pembunuhan juruterbang Jordan di telefon bimbit milik ahli keluarga.

Berikutan kejadian tersebut, kaki kanan mangsa melecur dan dia berada dalam keadaan trauma.

Sumber : mstar.com.my

Luahan Sayu Peniaga Berlesen Dibelasah Pegawai DBKL

Pada 4/2/15 jam lebih kurang 1900 petang saya dan suami sedang menjalankan perniagaan di tapak menjual keropok lekor dan goreng pisang yg dilesenkan oleh DBKL di Jalan Bulan 1 berhadapan Bangunan Amoda, Bukit Bintang K.Lumpur.


Luahan Sayu Peniaga Berlesen Dibelasah Pegawai DBKL, info, terkini, berita, sensasi,

Seramai 30 orang pegawai DBKL telah datang di tapak perniagaan saya dan bertindak menyita barangan perniagaan saya dan mencampakkan makanan sehingga bertaburan serta menyepak meja besi sy tanpa memberikan apa-apa penjelasan.

Suami saya sudah memberitahu dengan baik kepada pegawai tersebut untuk mengemas barangan perniagaan kami tapi tidak dihiraukan. Semasa suami saya cuba memasukkan generator ke dalam lori bagi mengelakkan kerosakan atau kehilangan namun tiba-tiba dua orang pegawai DBKL(gambar akan disertakan) bertindak agresif mengeluarkan kata-kata kesat dan menumbuk muka suami saya yang telah mengakibatkan pendarahan di dahi dan lebam di pipi. Seorang lagi anggota DBKL bernama Othman menyepak suami saya di bahagian kaki.

Saya cuba untuk berbincang dengan pegawai DBKL namun tidak dihiraukan sama sekali. Terdapat beberapa pegawai polis disitu namun tidak diambil apa-apa tindakan untuk meleraikan perselisihan faham tersebut. Lori saya juga telah disita berserta dengan kunci lori dan semasa saya meleraikan perselisihan faham tersebut. Lori saya juga telah disita berserta dengan kunci lori dan semasa saya sedang mengemas barangan saya di dalam lori untuk dibawa pulang seorang anggota DBKL wanita cuba menarik saya.


Sumber : thehypemedia.com

Penduduk Belasah Pencuri Tabung Masjid Di Kokdiang

Niat seorang lelaki ingin mendapatkan wang dengan cara mudah iaitu mencuri, tidak kesampaian apabila dia telah dicekup oleh orang awam dalam kejadian jam 11 pagi di Kokdiang, Kedah pada Selasa.


Penduduk Belasah Pencuri Tabung Masjid Di Kokdiang, info, terkini, berita, sensasi

Menerusi rakaman yang kami bawakan ini, dapat dilihat lelaki tersebut ditahan dan disoal oleh beberapa penduduk kerana disyaki mencuri tabung masjid.



“Barua punya pencuri,” kata salah seorang penduduk dalam rakaman video tersebut.

Akibat perbuatannya, suspek menerima beberapa pukulan dan menurut maklumat dikongsikan pengguna media sosial, suspek telah dibawa ke balai polis berhampiran sejurus selepas dibelasah.

Dalam dunia ini, bermacam-macam kerja halal boleh dilakukan.

Tetapi mengapa memilih untuk menjadi pencuri yang dah sah-sah haram dan berdosa?

Andai kata terlalu miskin dan daif sekalipun, tak usahlah melakukan kerja seperti ini yang sangat dibenci oleh masyarakat apatah lagi Tuhan.

Semoga apa yang dikongsikan ini dapat memberikan pengajaran kepada semua.

Sumber : mynewshub.cc