Monday, March 2, 2015

Aktiviti seni bukan lagi keutamaan Wawa Zainal

Pelakon popular Wawa Zainal mengakui aktiviti seni bukan lagi menjadi satu keutamaan buatnya selepas dia bergelar isteri dan ibu kerana dia perlu meluangkan lebih masa bersama keluarga dan juga menjalankan perniagaan.


Pelakon popular Wawa Zainal, info, terkini, hiburan, sensasi, wawa zainal, isteri aeril zafrel

"Fokus saya kini lebih kepada rumah tangga, perniagaan baju secara atas talian dan akan datang saya akan keluarkan produk kecantikan sendiri.

"Bagaimanapun produk kecantikan masih lagi dalam proses perbincangan termasuk jenama. Namun perniagaan baju kini Alhamdulillah mendapat sambutan.

"Jadi saya rasa buat apa saya penat berlakon jika pendapatan berniaga menyamai pendapatan saya ketika berlakon sebulan," katanya yang dipetik dari Sinar Harian.

Dalam pada itu, pelakon berusia 23 tahun itu berkata walaupun dia memperlahankan aktiviti seninya, namun dia tidak akan meninggalkan bidang yang menjadi minatnya.

"Dari segi kerjaya lakonan saya tidak akan sesekali berhenti tetapi hanya perlahankan sahaja. Lagipun bila berlakon masa banyak habis di lokasi dan masa bersama anak cukup terhad.

"Bagaimanapun dari segi watak, saya tidaklah selektif dalam memilih tawaran. Saya tidak letakkan sebarang syarat, malah jika diberi watak antagonis pun saya sedia menjayakannya.

"Dari segi babak bersentuhan pula, saya rasa pengarah sekarang sudah arif sedia maklum saya sudah bertudung, jadi takkanlah mereka mahu saya menjayakan babak bersentuhan dengan bukan mahram pula."

Pada masa sama, Wawa turut berkata dia juga tidak meletakkan sebarang syarat jika suaminya Aeril Zafrel berlakon dengan pelakon wanita lain.


Sumber : tupai.com.my

Raisyyah Rania Yeap Sudah Berkahwin?

Model popular Raisyyah Rania Yeap menyangkal dakwaan segelintir pihak kononnya dia sudah berkahwin menerusi satu status di laman sosial Facebook miliknya.


Raisyyah Rania Yeap Sudah Berkahwin?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip,

Dalam statusnya turut meluahkan rasa kesalnya kerana sering difitnah sedangkan dia masih solo dan tidak berpunya.

Pada masa sama, Raisyyah dalam nada sinis turut mempersoal dengan siapa jejak yang dikaitkan dengannya kali ini.


Raisyyah Rania Yeap Sudah Berkahwin?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip,

"Saya rasa masih ramai yang tak faham kot. Asyik dengar orang sebar fitnah yang saya dah kahwin, padahal saya hidup sebatang kara tiada berimam.

"Batang hidung bakal imam pun tak nampak lagi. Dah kena gosip kahwin dengan siapa pulak??."


Sering dihimpit gosip kahwin, Raisyyah turut berseloroh dengan berkata dia mungkin perlu memuat naik status masih solo setiap hari.

"Takpe la..mungkin saya perlu ulang setiap hari sehingga orang ramai faham. Biar hari-hari baca sampai meluat. HAHAHA."

Sumber : tupai.com.my

Izzue Islam Beri Harapan Tinggi Untuk ‘Suami Sebelah Rumah’

Pelakon dan penyanyi Izzue Islam berharap drama rantaian terbarunya Suami Sebelah Rumah mampu menarik perhatian penonton serta menjadi viral di laman sosial.


Drama Suami Sebelah Rumah, info, terkini, sensasi, hiburan, izzue islam

Adaptasi menerusi novel hasil nukilan Ana Sofiya mempunyai pengikut tersendiri dan menjadi tanggungjawab Izzue untuk melakonkan watak sebagai Dr Amar mengikut kreativitinya.

“Drama ini adalah bergenre komedi yang turut dibintangi pelakon lain seperti Ayda Jebat, Zulin Aziz dan Sherry Alhadad.

“Uniknya cerita ini ialah transformasi seorang lelaki yang comot kepada lebih bergaya boleh dikatakan antara paling kurang diketengahkan dalam drama melayu,” kata Izzue dihubungi portal Murai.com.my

Dalam pada itu, cabaran yang terbesar buat Izzue ialah melakonkan watak dalam drama ini ialah imaginasi pembaca. Dia berasa gusar sekiranya lakonan itu tidak seiring dengan kehendak pembaca.

“Membaca dan menonton adalah 2 perkara yang berbeza, pembaca bermain dengan emosi tersendiri, sekiranya ia tak mencapai kehendak mereka, saya mohon maaf kerana saya sudah lakukan yang terbaik buat anda,” ujar Izzue.

Ketika ditanya adakah drama ini mampu melonjakkan namanya lantas Izzue menjelaskan itu semua adalah rezeki yang kadangkala ada pasang surutnya.

“Sebelum ini banyak drama lakonan saya menerima reaksi positif penonton, saya harap drama ini juga mampu menerima ‘feedback’ yang serupa,” katanya.

Suami Sebelah Rumah akan ditayangkan bermula hari ini, 2 Mac iaitu setiap Isnin hingga Khamis di slot Iris jam 6.30 petang hanya di TV3.   

Sumber : murai.com.my

Foto Istimewa Khaleef Dayyan, Putera Sulung Penyanyi Black & Cira

Baru baru ini pihak thephotolicious telah berkongsi gambar eksklusif cahaya mata pertama penyanyi Black atau nama sebenarnya Hanifah bin Md Hanafiah hasil perkongsian hidup dengan isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairi atau Cira.


Putera Sulung Penyanyi Black & Cira, info, terkini, hiburan, sensasi, Anak Black Mentor

Bayi lelaki pasangan ini dilahirkan jam 7.48 malam tangga 13 Januari lalu dengan berat 2.09 kilogram di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya itu telah diberikan nama Khaleef Dayyan oleh kedua ibu bapanya.

Black telah mendapatkan khidmat daripada thephotolicious untuk memotretkan gambar anak sulungnya itu dan telah bermurah hati untuk berkongsinya dengan media.


Untuk pengetahuan, pihak thephotolicious telah pun berjaya mendapatkan lebih dari 15 pose tetapi pihak Black dan Cira telah memilih 2 gambar yang paling mereka sukai untuk tatapan ramai. Disertakan juga klip video yang dirakamkan sebagai video di sebalik tabir sewaktu sesi penggambaran berlangsung.

Anak sulung kepada penyanyi kelahiran Mentor TV3 itu dijadualkan lahir pada 18 Februari lalu tetapi kerana sedikit komplikasi, Khaleef Dayyan telah sebulan lebih awal melihat dunia iaitu pada Januari lalu.

Kepada bakal ibu dan bapa yang ingin mendapatkan khidmat yang sama dari thephotolicious boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian bernombor 019 668 2336 bagi sebarang maklumat dan info lanjut mengenainya.

Sumber : murai.com.my

Chelsea Juara Piala Liga Selepas Benam Tottenham 2-0

John Terry berjaya membantu Chelsea untuk menang 2-0 ke atas Tottenham Hotspur pada perlawanan akhir Piala Liga yang berlangsung pada awal pagi Isnin.


Chelsea Juara Piala Liga Selepas Benam Tottenham 2-0 , info sukan, bola sepak, Piala Liga

Kemenangan itu juga dikatakan yang pertama buat Jose Mourinho selepas ke pulang ke Stamford Bridge selaku pengurus pasukan.

Rembatan Terry meletakkan Chelsea di hadapan pada separuh masa pertama dan akhirnya The Blues mengesahkan kemenangan pada minit ke-56 apabila pemian Spurs, Kyle Walker menjaringkan gol sendiri pada minit ke-56.

Kejayaan itu merupakan gelaran pertama Mourinho sejak beliau kembali ke Stamford Bridge pada tahun 2013 dan yang ketiga bagi Piala Liga selepas kejayaan sebelumnya dengan kelab itu pada tahun 2005 dan 2007.

Sumber : mynewshub.cc

Van Gaal Mahu Kekal Bersama 'Cinta Baharu'

Louis van Gaal menemui cinta baharu, dan dia mahukan masa lebih lama untuk menikmati kecintaan itu.

Akhbar Sunday People melaporkan, pengurus berusia 63 tahun itu membentangkan rancangan jangka panjangnya untuk Manchester United ketika mengadakan perbincangan selama empat jam dengan keluarga Glazer yang menjadi pemilik kelab berkenaan.


Van Gaal Mahu Kekal Bersama 'Cinta Baharu', info sukan, bola sepak, Man united, Louis Van Gaal,

Impian van Gaal itu pula mungkin dapat dicapainya apabila mereka dilaporkan kagum dengan wawasan bekas pemain kebangsaan Belanda itu dan bersikap terbuka untuk melanjutkan kontraknya dengan MU selama dua tahun lagi.

Ketika ini van Gaal diikat MU selama tiga tahun.


Van Gaal Mahu Kekal Bersama 'Cinta Baharu', info sukan, bola sepak, Man united, Louis Van Gaal,

Kolumnis Sunday People, Steve Bates berkata, van Gaal bertemu tiga bersaudara masing-masing Bryan, Avram dan Joel Glazer ketika usahawan Amerika Syarikat itu datang ke Old Trafford untuk menyaksikan perlawanan MU menentang Burnley.

MU menang 3-1 dalam perlawanan itu.

“Selepas perlawanan berakhir, van Gaal tidak pulang terus ke apartmennya di Cheshire sehinggalah pukul 3 pagi.

“Perkembangan itu mencetuskan kemungkinan dia membincangkan masa depannya di Old Trafford,” katanya.

Bates berkata, van Gaal menegaskan dia mahu menjadikan tugas di Old Trafford sebagai penutup kerjayanya.

Keadaan itu dapat difahami kerana sebelum ini pun van Gaal pernah menyatakan kepada rakannya, dia gembira bersama MU dan menyesal kerana ‘terlewat’ datang ke kancah persaingan Liga Perdana Inggeris.

Kata Bates, selepas berada di tengah-tengah persaingan liga bola sepak itu, van Gaal mahu membina semula skuad MU selepas pasukan itu gagal menyerlah sebaik saja pengurus lama, Alex Ferguson melepaskan jawatannya kepada David Moyes.
“Bagaimanapun, penguasaan van Gaal di Old Trafford banyak bergantung kepada kemampuannya mengemudi MU mendapat tempat dalam saingan Liga Juara-Juara pada musim depan,” katanya.



Sumber : mynewshub.cc