Showing posts with label bola sepak. Show all posts
Showing posts with label bola sepak. Show all posts

Monday, March 9, 2015

Liga Sepanyol: Messi Catat Rekod Hatrik

Barcelona kembali menguasai kedudukan teratas Liga Sepanyol selepas membelasah Rayo Callecano 6-1 dengan menyaksikan Lionel Messi melakukan hatrik terbaharu di Camp Nou. Messi menjaringkan gol ketiga Barca melalui sepakan penalti pada minit ke-56, sebaik sahaja dilayangkan kad kuning kedua selepas melakukan terjahan kasar kepada Luis Suarez.Bintang Barcelona itu kemudian menambah gol keempat dan kelima (m-63,68) sekaligus membawa pasukannya...

Kecederaan Martin Skrtel Menakutkan

Martin Skrtel terpaksa diusung keluar pada awal perlawanan selepas mengalami kecederaan tengkuk akibat terjatuh dalam perlawanan suku akhir Piala FA antara Liverpool menentang Blackburn Rovers pada Ahad. Pemain pertahanan Liverpool itu menunjukkan tindak balas yang kurang baik apabila terjatuh di atas padang selepas cuba merebut bola tanduk dengan Rudy Gestede.Berikutan itu dia terpaksa dipakaikan pelindung tengkuk sebelum dibawa ke hostial...

Monday, March 2, 2015

Chelsea Juara Piala Liga Selepas Benam Tottenham 2-0

John Terry berjaya membantu Chelsea untuk menang 2-0 ke atas Tottenham Hotspur pada perlawanan akhir Piala Liga yang berlangsung pada awal pagi Isnin. Kemenangan itu juga dikatakan yang pertama buat Jose Mourinho selepas ke pulang ke Stamford Bridge selaku pengurus pasukan.Rembatan Terry meletakkan Chelsea di hadapan pada separuh masa pertama dan akhirnya The Blues mengesahkan kemenangan pada minit ke-56 apabila pemian Spurs, Kyle Walker...

Van Gaal Mahu Kekal Bersama 'Cinta Baharu'

Louis van Gaal menemui cinta baharu, dan dia mahukan masa lebih lama untuk menikmati kecintaan itu.Akhbar Sunday People melaporkan, pengurus berusia 63 tahun itu membentangkan rancangan jangka panjangnya untuk Manchester United ketika mengadakan perbincangan selama empat jam dengan keluarga Glazer yang menjadi pemilik kelab berkenaan. Impian van Gaal itu pula mungkin dapat dicapainya apabila mereka dilaporkan kagum dengan wawasan bekas...

Sunday, March 1, 2015

De Gea Bakal Terima Gaji Penjaga Gol Tertinggi Di Dunia

Rundingan mengenai kontrak baharu penjaga gol Manchester United, David De Gea ketika ini masih lagi sedang giat dilakukan. Ini kerana ejen kepada De Gea berusia 24 tahun itu, Jorge Mendes sedang berusaha untuk menjadikan kliennya sebagai penjaga gol dengan bayaran paling tinggi di dunia.Kontrak De Gea yang akan berakhir pada Jun 2016 sememangnya perlu dilanjutkan oleh Man United sekiranya pasukan itu masih mahu menggunakan khidmat pemain...

Wayne Rooney Jaguh Buat Man United Tewaskan Sunderland

Wayne Rooney menjadi jaguh buat Manchester United apabila memberi kemenangan kepada pasukan itu menerusi dua jaringannya ketika bertemu dengan Sunderland dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Manchester awal pagi Ahad. Kemenangan 2-0 itu membuatkan Manchster United dapat menduduki tempat ketiga sekali gus menjadikan Arsenal ketinggalan di belakang.Babak pertama perlawanan berlangsung tanpa sebarang jaringan biarpun daripada...

Tuesday, February 24, 2015

Pemain Atletico Madrid Harap Simone Contohi Alex Ferguson

Pemain Atletico Madrid, Tiago Mendes mengakui beliau menyenangi terdapat penyambungan kontrak baharu buat pengurusnya, Diego Simeone. Pemain kelahiran Portugal itu berharap Simeone yang turut dikenali sebagai Cholo itu akan menjadi seperti bekas pengurus Manchster United, Sir Alex Ferguson yang menguruskan pasukannya begitu lama.Tiago percaya bahawa Atletico Madrid akan memberikan penawaran kontrak jangka panjang kepada Simeone. Walaupun...

Saturday, February 7, 2015

Rodriguez Terpaksa Rehat Dua Bulan, Cedera Di Kaki Kanan

Pemain tengah Real Madrid, James Rodriguez terpaksa berehat dua bulan selepas mengalami kecederaan ketika aksi kemenangan 2-1 ke atas Sevilla Rabu lalu. Bintang Colombia itu mengalami kecederaan di kakinya setelah diterjah pada minit ke-28 di Santiago Bernabeu sebaik sahaja menjaringkan gol pertama Madrid pada minit ke-12.James Rodriguez,23, dihantar ke hospital dan disahkan mengalami patah tulang metatarsus di kaki kanannya sekaligus memerlukan...

Wednesday, February 4, 2015

Pengurus, Jurulatih QPR Letak Jawatan

Pasukan Queens Park Rangers (QPR) yang menghuni kedudukan bawahan Liga Perdana Inggeris dikejutkan dengan perletakan jawatan pengurusnya Harry Redknapp. Tidak cukup dengan itu, kelab tersebut sekali lagi menerima kejutan apabila ketua jurulatihnya, Glenn Hoddle turut mengikut jejak Redknapp.Hoddle yang merupakan anak didik Redknapp bertindak melepaskan jawatan itu selepas dua jam menerima berita mengenai perletakan jawatan pengurusnya.Redknapp...

Tuesday, February 3, 2015

Man United 'Buang' Pemain Tewas Kepada MK Dons 4-0

Mk Dons 4-0 Manchester United - keputusan memalukan itu menjadi sejarah hitam bagi kelab gergasi berkenaan, khususnya Louis Van Gaal. Berikutan kekalahan itu, United yang merupakan sebuah kelab terkemuka dan dipimpin jurulatih terkenal telah diejek peminat bola sepak dunia.Ramai juga menganggap United tidak melakukan sebarang tindakan drastik akibat kekalahan berkenaan, sebaliknya hanya berusaha untuk kembali mencatat kemenangan dalam saingan...

Thursday, January 29, 2015

Ikat De Gea Atau Risiko Kehilangannya 18 Bulan Dari Sekarang

Ini adalah berita yang sepatutnya mengusarkan Manchester United. Real Madrid bercadang untuk 'mencuri' penjaga gol mereka, David de Gea dalam tempoh 18 bulan lagi secara percuma seandainya United gagal memperbaharui kontrak pemain itu dalam tempoh tersebut. Jika de Gea tidak menandatangani sebarang pelanjutan kontrak, enam bulan sebelum kontrak sekarang tamat, dia bebas untuk bertemu dan berunding dengan mana-mana kelab dan berpindah secara...

Chelsea Putuskan Untuk Jual Andre Schurrle

Chelsea telah memutuskan untuk menjual penyerang Jerman mereka Andre Schurrle bagi membolehkan mereka memperolehi dana segera untuk mengantikannya dengan pemain Colombia, Juan Cuadrado. Jika rancangan untuk menghantar Schurrle kembali ke Jerman sukses, Cuadrado, 26, mungkin sempat untuk didaftarkan menjelang perlawanan menentang juara bertahan Manchester City, Sabtu ini.Menurut laporan terkini portal berita Mail Online, Wolfsburg kini berminat...

Friday, January 23, 2015

Real Madrid Beli Pemain Muda Norway

Kelab gergasi bola sepak Sepanyol, Real Madrid dilaporkan bersetuju mengikat pemain muda Norway, Martin Odegaard dari Stromsgodset. Bagaimana pun Real tidak memberi penjelasan lanjut mengenai pemain tengah berusia 16 tahun itu, namun media di Sepanyol percaya mereka bersetuju membayar 2.3 juta pound (RM13 juta) untuk Odegaard.Odegaard yang kini masih menunggu keputusan kesihatan bakal diperkenalkan di ibu kota Sepanyol pada Khamis.Odegaard...

Wednesday, January 21, 2015

Sterling Penyelamat Liverpool, Ikat Chelsea 1-1

Jaringan Raheem Sterling pada minit ke-59 membantu Liverpool mengikat kedudukan 1-1 dengan Chelsea pada aksi pertama pusingan separuh akhir Piala Liga di Stadium Anfield, awal pagi Rabu. Namun, Chelsea terlebih dahulu berada di depan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Eden Hazard pada minit ke-18.Chelsea dihadiahkan sepakan penalti selepas Hazard dijatuhkan Emre Can di dalam kotak penalti.Pemain tengah Steven Gerrard hampir membantu...

Friday, January 16, 2015

Sabah Nafi Mahu Tebus Kontrak Kim Swee

Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) menafikan laporan beberapa akhbar tempatan yang mendakwa mereka bersedia menebus baki kontrak bekas pengendali skuad Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mencecah RM500,000. Kim Swee terus mengunci mulut mengenai statusnya bersama Sabah. Setiausaha Kehormat Safa, Alijus @ Mohd Ali Sipil berkata pihaknya tidak pernah mengadakan perbincangan dengan jurulatih...

Copa del Rey: Saya Bukan Dari Planet Lain - Ronaldo

Penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo memohon maaf kepada penyokong-penyokong kelab itu selepas tewas dalam saingan 16 pasukan Copa del Rey (Piala Raja Sepanyol) kepada Atletico MAdrid awal pagi Jumaat. Ronaldo melangkah keluar padang dengan kecewa selepas pasukannya tewas kepada Atletico Madrid dalam saingan kelompok 16 pasukan sekaligus gagal mempertahankan trofi Piala Raja Sepanyol yang dijulang tahun lalu. Sebelum perlawanan...

Piala Raja Sepanyol: Dua Gol Torres Bawa Atletico Ke Suku Akhir

Fernando Torres mencuri perhatian dalam perlawanan dramatik awal pagi Jumaat apabila mencatatkan keputusan seri 2-2 di Real Madrid, menyingkirkan lawannya dengan agregat 4-2 dalam saingan merebut Piala Raja Sepanyol. Torres yang kembali ke kelab zaman remajanya selepas tujuh tahun mencuba nasib di England dan Itali, mengejutkan Bernabeu dengan golnya seawal minit pertama, dalam pertembungan kedua perlawanan peringkat 16 terakhir. Ini adalah...

Thursday, January 15, 2015

But Emas Bertatah Berlian Hadiah Nike Buat Ronaldo

‘Mercurial CR7 Rare Gold’, but bertatahkan berlian ditempah khas buat Pemain Terbaik Dunia buat kali ketiga, Cristiano Ro­naldo. But berkenaan berwarna emas, tertulis perkataan CR7 dan mempunyai mikro berlian di bahagian tumit. Mercurial CR7 Rare Gold, nama but khas yang dikeluarkan Nike untuk Ronaldo. Ia dikeluarkan Nike yang juga penaja rasmi penyerang berusia 29 tahun itu.“Berlian yang digunakan dipilih secara cermat daripada batu-batu...

Van Gaal Punca Falcao Tinggalkan MU

Kurang persefahaman antara Radamel Falcao dengan pengurus Manchester United, Louis van Gaal mungkin menjadi punca untuk penyerang itu meninggalkan pasukan itu.Malahan, ejen pemain Colombia itu juga memberi bayangan Falcao  tidak akan berada di Old Trafford musim depan. Bintang berusia 28 tahun yang menerima gaji £265,000 (RM1.4 juta) seminggu setakat ini berjaya menjaringkan tiga gol dalam 13 perlawanan sejak dipinjam selama semusim...

Wednesday, January 14, 2015

Ronaldo Akui Rindukan Old Trafford Dan Ferguson

Selepas merangkul gelaran Ballon d'Or buat kali kedua berturut-turut, Cristiano Ronaldo mengakui masih merindui Manchester United dan Sir Alex Ferguson. Ronaldo dinobatkan sebagai Pemain Terbaik FIFA 2014 buat kali ketiga selepas 2013 dan 2008 dengan mengetepikan pencabar terdekat Lionel Messi (Barcelona) dan Manuel Neuer (Bayern Munich) pada majlis anugerah tersebut di Zurich awal pagi Selasa.Penyerang Portugal ini tiba di Old Trafford...