
Penyanyi Indah Ruhaila menyangkal dakwaan kononnya dia berkecil hati dengan pihak pengurusannya Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) kerana dipinggirkan semasa berlangsungnya Anugerah Juara Lagu ke-29 pada 18 Januari lalu.
Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussein, 27, berkata, namanya tidak disebut oleh pihak AESB yang mengucapkan tahniah dalam pertandingan berprestij itu di laman sosial bukan satu isu besar sebaliknya dia yakin perkara...