Seekor rusa yang di tempatkan di Taman Rusa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, di sini, ditelan ular sawa sepanjang empat meter, malam tadi.
Kejadian itu bagaimanapun hanya disedari kakitangan ladang berkenaan pagi tadi yang kemudian melaporkan kepada Pengurus Taman, Mohd Sum.
Mohd Sum berkata, dia yang terkejut dengan kejadian itu terus menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Sementara itu, Ketua Operasi JPAM, Noor Mohd Sufian berkata, pihaknya menerima panggilan pada 9 pagi dan bergegas ketempat kejadian bersama empat anggota lain.
“Pasukan kami tiba di lokasi pada 9.15 pagi dan berjaya menangkap ular berkenaan kira-kira 10 minit kemudian,” katanya.
Sumber : hmetro.com.my