Sunday, January 18, 2015

Charlie Hebdo: Rusuhan Berlarutan, Angka Korban Meningkat

Penyiaran kartun Nabi Muhammad dalam akhbar satira, Charlie Hebdo mengakibatkan lima terkorban dalam kejadian rusuhan di bandar ini kerana membantah tindakan media Perancis itu.


Charlie Hebdo: Rusuhan Berlarutan, Angka Korban Meningkat, info, terkini, berita, Charlie Hebdo

Keganasan yang tercetus di ibu negara Niger itu semakin sukar dikawal apabila penunjuk perasaan membakar gereja, rumah dan premis perniagaan.

Sekurang-kurangnya lapan gereja di Niamey, selain mensasarkan hotel, bar dan beberapa bangunan kerajaan yang dimiliki bukan Islam atau ada kaitan dengan firma Perancis dibakar atau dirosakkan.

Keganasan masuk hari kedua di negara Afrika Barat itu meletus selepas lima terbunuh manakala 45 lagi cedera dalam tunjuk perasaan besar-besaran di bandar raya kedua terbesar, Zinder pada Jumaat.

"Ramai penduduk terpaksa mengurung diri di rumah kerana ketakutan.

Charlie Hebdo: Rusuhan Berlarutan, Angka Korban Meningkat, info, terkini, berita, Charlie Hebdo

"Kerajaan patut menghentikan keganasan ini. Ia tidak baik untuk negara kita," kata seorang penganut Kristian di sini.

Setakat ini, pasukan polis masih berkawal di pinggir bandar serta ditempatkan di beberapa bangunan agama di sekitar bandar ini.


Charlie Hebdo: Rusuhan Berlarutan, Angka Korban Meningkat, info, terkini, berita, Charlie Hebdo

"Semua lima yang korban di Niamey adalah orang awam," kata Presiden Niger, Mahamadou Issoufou dalam siaran televisyen.

Selain itu, angka korban di Zinder meningkat kepada lima dengan empat mayat ditemui rentung di dalam sebuah gereja. - AFP