Thursday, January 29, 2015

"Cicakman 3" gabungan tiga produksi besar tanah air

Jika sebelum ini filem adiwira "Cicakman" pertama dan kedua diterbitkan oleh KRU Studios, namun untuk siri ketiga kali ini "Cicakman 3" telah menggabungkan tiga produksi besar tanah air iaitu KRU Studios, Grand Brilliance dan Astro Shaw bagi menghasilkan filem mega yang dinantikan ramai.


"Cicakman 3" gabungan tiga produksi besar tanah air, info, terkini, hiburan, sensasi, Cicak Man 3, filem terbaru


Selain menggabungkan tiga produksi, filem "Cicakman 3" kali ini juga menampilkan dua pengarah iaitu pengarah asal Yusry Abdul Halim dan Ghaz Abu Bakar.

Menurut Yusry, siri ketiga "Cicakman" ini masih mengekalkan genre aksi komedi dengan lawak jenaka yang lebih lucu dan bersahaja. Pada masa sama Bandaraya Metrofulus pula dihidupkan semula dengan penggunaan CGI yang lebih kemas.

""Cicakman 1" merupakan filem arahan saya yang pertama pada 2005. Ketika itu ramai yang skeptikal tentang projek ini dan tidak faham naskah yang ingin saya tonjolkan melalui konsep 'zero to hero' iaitu seorang 'loser' tetapi berjiwa besar yang didalam proses pembelajaran utnuk menjadi adiwira.

"Eksperimen tersebut berjaya dan "Cicakman 1" mendapat kutipan pecah panggung filem tempatan yang tertinggi pada tahun 2006. Kini, saya berani katakan "Cicakman 3" merupakan naskah yang terbaik yang pernah saya hasil kerjasama dengan Ghaz serta pakar-pakar skrip dari tiga studio yang ternama tanah air," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran trailer "Cicakman 3" di GSC Pavilion Kuala Lumpur, semalam.


"Cicakman 3" gabungan tiga produksi besar tanah air, info, terkini, hiburan, sensasi, Cicak Man 3, filem terbaru
Ghaz Abu Bakar

 
Dalam pada itu, pengarah bersama Ghaz Abu Bakar berkata, di Malaysia jarang sekali filem menggabungkan dua pengarah dalam satu filem.

"Gabungan dua pengarah di dalam satu set penggambaran jarang berlaku di Malaysia. Walaubagaimanapun, "Cicakman 3" merupakan filem yang besar dan ianya menjustifikasikan keperluaan tersebut.

"Saya dan Yusry sering bertukar pendapat semasa penulisan skrip, penyediaan papan cerita, di lokasi penggambaran dan hasilnya memang cukup kemas dari pelbagai sudut."


"Cicakman 3" gabungan tiga produksi besar tanah air, info, terkini, hiburan, sensasi, Cicak Man 3, filem terbaru

"Cicakman 3" mempertaruhkan Zizan Razak sebagai watak utama yang juga Cicakman meneruskan legasi adiwira yang pernah dibawa oleh Saiful Apek.

Selain Zizan, "Cicakman 3" turut dibintangi pelakon-pelakon hebat lain seperti Lisa Surihani, Fizz Fairuz, Bell Ngasri, Azizah Mahzan, Rashidi Ishak, Adam Corrie dan Rykarl Iskandar.


"Cicakman 3" gabungan tiga produksi besar tanah air, info, terkini, hiburan, sensasi, Cicak Man 3, filem terbaru

Filem terbitan KRU Studios, Grand Brilliance dan Astro Shaw ini bakal menemui penonton pada 12 Mac depan.

Sumber : tupai.com.my