Friday, January 9, 2015

Indonesia Letupkan Kapal nelayan Malaysia

Nampaknya kenyataan Jokowi pada 21 November lalu untuk mengaramkan kapal nelayan asing yang mencerobohi perairan Indonesia untuk mencuri ikan akhirnya ditunaikan.

Pihak polis Sumatera Utara telah menenggelamkan sebuah kapal nelayan Malaysia yang ditangkap di Kepulauan Pandan hari Khamis kerana mencerobohi perairan Indonesia untuk melakukan kegiatan menangkap ikan secara haram.


Indonesia Letupkan Kapal nelayan Malaysia, info, terkini, berita, sensasi, Indonesia, Nelayan Malaysia

Kapal yang menggunakan nombor pendaftaran PKFA 7738 diletupkan dengan menggunakan dinamit di perairan Belawan, lapor Jakarta Post.

Ketua Polis Sumatera Utara, Chief Inspektor Jenderal Eko Hadi yang turut menyaksikan pengeboman itu berkata bahawa telah mendapat kebenaran dari mahkamah untuk mengaramkan kapal berkenaan.

Menurut beliau, ini adalah kali pertama polis negeri bertindak mengaramkan kapal nelayan asing yang mencerobohi perairan Indonesia untuk melakukan penangkapan ikan secara haram.

Sebelum ini, pihak berkuasa di Kepulauan Riau telah bertindak membakar beberapa kapal nelayan asing yang mencerobohi perairannya untuk mencuri ikan. Tindakan ini diharap dapat memulihkan dan memajukan industri perikanan di Indonesia.

Berita sebelum ini : Jokowi : “Karamkan bot mereka

Sumber : freemalaysiatoday.com