Thursday, January 15, 2015

Nak Dapat Duit Cara Mudah, Bawa Satu Keluarga Minta Sedekah!

Zaman kini, macam-macam taktik digunakan golongan tertentu untuk meraih duit secara mudah.

Yang kita selalu dengar, sesetengah pihak menggunakan golongan kanak-kanak dan warga emas untuk menjual produk seperti minyak angin dan makanan ringan di restoran, kedai makan dan stesen pam minyak.


Nak Dapat Duit Cara Mudah, Bawa Satu Keluarga Minta Sedekah!, info, terkini, berita,

Terbaharu, satu laporan dari akaun Facebook Friends Of BN memaparkan teknik terkini peminta sedekah untuk mendapatkan wang.

Kata si pengadu, satu keluarga akan berkeliaran di tempat-tempat tertentu sebelum masuk ke dalam kereta mana-mana individu secara tiba-tiba lalu meminta dihantarkan pulang.

Dalam kereta itu nanti, mereka akan mula meminta wang dan sebagainya. Kata si pengadu, selagi tak diberikan wang, mereka tak nak keluar kereta!

“Hati-hati area bank kat bandar Ganu, ada family ni (ayah, mak, anak, nenek) akan tiba-tiba je masuk dalam kereta kita… and suruh kita hantar balik rumah dia and minta duit… kalau bagi duit dekat anak dia… ayah dia akan paksa kita bagi duit dekat dia juga…

Ramai dah kena… Fatin jumpa tadi dekat CIMB… nasib Fatin suruh kawan kunci kereta cepat-cepat… kalau tak… masuk dah dia… yang lepas lepas orang jumpa… kalau dan dia masuk dalam kereta… dia memang tak nak keluar dah… kecuali kita telefon polis…”


Nak Dapat Duit Cara Mudah, Bawa Satu Keluarga Minta Sedekah!, info, terkini, berita,

Mentang-mentanglah masyarakat Malaysia dikenali sebagai masyarakat pemurah, ada segelintir pihak nak dapatkan duit dengan cara mudah sanggup mengambil kesempatan.

Melalui ruangan komen di akaun tersebut, ramai berkongsi pengalaman pernah melalui peristiwa sama.

Mungkin Tuhan telah menentukan nasib sesetengah individu tidak sebaik insan lain, namun terdapat banyak lagi saluran yang boleh digunakan bagi mendapatkan bantuan. Bukan dengan cara ini yang dilihat seperti memaksa orang untuk memberi duit!

Buat pihak berkuasa, silalah siasat kebenaran kes ini seperti didakwa kerana ia bukan sahaja menganggu orang awam malah boleh membahayakan keselamatan mereka.

Sumber : mynewshub.cc