Friday, January 16, 2015

Pemandangan Eskalator ke Menara Maybank Yang Mengejutkan Diwaktu Malam

Sekumpulan gelandangan yang tidur sekitar kaki lima serta kawasan berhampiran sebuah bank di Jalan Tun Perak di sini, menimbulkan rasa kurang selesa kakitangannya serta orang awam di kawasan tersebut.


Pemandangan Eskalator ke Menara Maybank Yang Mengejutkan, info, terkini, berita, sensasi,

Lebih memburukkan keadaan apabila mereka menjadikan eskalator sebagai tempat tidur dan kadangkala terlena sehingga waktu siang ketika warga kota mula sibuk untuk pergi ke tempat kerja masing-masing.

Seorang kakitangan di sebuah bank di kawasan itu yang enggan dikenali memberitahu, dia kurang selesa apabila terlihat gelandangan tidur di merata-rata tempat apabila ke pejabat pada setiap pagi.

“Ada antara mereka yang terlajak tidur hingga menyebabkan pemandangan di kawasan ini nampak tidak terurus.

“Saya kasihan dengan nasib mereka, tetapi janganlah tidur di tempat awam sehingga menyukarkan orang lain untuk menggunakan kemudahan yang ada,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.


Pemandangan Eskalator ke Menara Maybank Yang Mengejutkan, info, terkini, berita, sensasi,

Menurutnya, kawasan itu tidak sesuai dijadikan tempat tidur dan boleh menjejaskan imej rakyat negara ini di mata pelancong asing.

Sementara itu, seorang pengguna bas di Pudu Sentral, Ayub Jamali, 36, berkata, situasi gelandangan tidur di kawasan itu bukan perkara baharu.

“Banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan mahupun agensi lain dan golongan seperti ini sewajarnya dibantu.

“Jika mereka tidak tahu untuk memohon bantuan, agensi terbabit perlu turun padang membantu mereka,” katanya.

Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan tersebut mendapati, ramai gelandangan berlegar-legar dan ada yang mula berbaring di sekitar kawasan berkenaan.

Dengan beralaskan beg serta baju, mereka lena tanpa mempedulikan suasana bising bunyi kenderaan dan orang yang lalu-lalang.
Pemandangan Eskalator ke Menara Maybank Yang Mengejutkan, info, terkini, berita, sensasi,

Dalam pada itu, seorang pelajar di sebuah institut pengajian tinggi swasta, Normah Abu Bakar, 28, meminta pihak berkuasa memandang serius masalah tersebut dan mengelak budaya gelandangan tidur di tempat awam berleluasa.

“Jika dibiarkan saya bimbang masalah ini semakin serius dan tidak terkawal. Sudah tentu kita tidak mahu Kuala Lumpur menjadi seperti bandar raya di negara jiran apabila gelandangan tidur di merata-rata tempat.

“Saya mahu mereka dibantu dan sewajarnya ada tempat yang sesuai untuk mereka tidur dan tinggal,” katanya.

Sumber : Siakapkeli.com.my