Tuesday, January 6, 2015

Potong Gaji Menteri Dulu Sebelum Gaji Penjawat Awam

Pengerusi Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar (LPPB) PAS Pusat, Anuar Tahir hari ini menempelak tindakan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang mencadangkan agar setiap penjawat awam memotong gaji membantu mangsa banjir.

Potong Gaji Menteri Dulu Sebelum Gaji Penjawat Awam, info, terkini, berita, gaji penjawat awam

Beliau menyifatkan perkara itu adalah tidak munasabah kerana dengan keadaan ekonomi dan harga barang yang semakin mahal lebih baik gaji Perdana Menteri dan menteri kabinet yang dipotong dahulu sebelum penjawat lain berbuat demikian.

"Pemotongan gaji pada kadar yang munasabah di kalangan mereka bergaji besar dialu-alukan sebagai menyatakan solidariti kepada mangsa banjir."

"Bagi cadangan dulu agar Perdana Menteri, Timbalan, dan menteri kabinet dipotong gaji mereka barulah Cuepacs bincang dengan ahli mereka untuk mendapat persetujuan.

"Hendak potong senang-senang tidak semua bergaji besar tetapi pemimpin negara, kenalah," katanya yang dipetik dari Harakahdaily.
 Anuar Tahir

Potong Gaji Menteri Dulu Sebelum Gaji Penjawat Awam, info, terkini, berita, gaji penjawat awam

Menurut beliau, Cuepacs boleh mensasarkan kepada penjawat awam di peringkat Jusa ataupun di kalangan Exco kerajaan dan Senator terlebih dahulu.

"Menjadi seorang pemimpin perlu menanggung penderitaan, dahulukan orang bawah. Penjawat awam di peringkat bawahan tidak usahlah bebankan mereka melainkan mereka dengan rela hati untuk membantu," katanya.

Beliau bekata demikian bagi memberi respons kepada kenyataan Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda yang mencadangkan kepada kerajaan agar setiap penjawat awam menyumbang melalui potongan gaji bulanan untuk membantu mangsa di negeri yang dilanda banjir.

Cadangan Presiden Cuepacs dilaporkan akan dikemukan kepada  Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam tempoh terdekat supaya penjawat awam boleh menyumbang pada kadar yang munasabah.

Cuepacs berharap potongan gaji itu dapat dilakukan pada bulan ini memandangkan kaedah itu adalah mekanisme terbaik dalam mengumpul dana bagi meringankan beban mangsa banjir.


Sumber : Siakapkeli.com.my