Tuesday, January 6, 2015

Taufik Batisah Berazam Mahu Kerap Datang Malaysia Kerana Fazura?

Cakap pasal tahun baru ni kan, pasti setiap orang punya azam tersendiri untuk dicapai bukan? Tahun ni tertarik dengan azam baru penyanyi dari Singapura iaitu Taufik Batisah.

Menerusi akuan Instargam miliknya, juri tetap Maharaja Lawak Mega 2014 itu menyatakan beberapa azam barunya tetapi apa yang Menarik adalah dia berazam untuk kerap datang ke Malaysia.

Berikut merupakan foto dan kapsyen yang dimuat naiknya:

Taufik Batisah Berazam Mahu Kerap Jumpa Fazura, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, fazura, Taufik Batisah

Mengapa pula berazam begitu ya? Ada apa di Malaysia yang membuatkan dia mahu sering ke Malaysia? Adakah mahu sering berjumpa dengan pelakon Nur Fazura yang turut menjadi juri program reality itu?

Yelah, sejak akhir-akhir ini, mereka sering kelihatan  mesra selfie bersama di dalam laman sosial Instagram masing-masing. Mungkin juga azamnya hendak memikat hati si manis itu?

Taufik Batisah Berazam Mahu Kerap Jumpa Fazura, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, fazura, Taufik Batisah

Tak pasti, tetapi boleh juga jadi dia mahu sering ke Malaysia kerana mahu mengembangkan kariernya disini? Yelah selepas diberi peluang menjadi juri di Malaysia mungkin dia sudah mula mengatur langkah untuk menapak kerjayanya disini. Jadi doakan azam Taufik tercapai untuk tahun 2015 ini.

Sumber : murai.com.my