Saturday, January 3, 2015

Tottenham 'Rembat' Chelsea 5-3

Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea memulakan aksi pertama 2015 dengan mimpi ngeri apabila dibelasah Tottenham 5-3 awal pagi ini.


Tottenham 'Rembat' Chelsea 5-3, info, terkini, sukan bola sepak, EPL. Liga Perdana Inggeris, Chelsea,

Dalam perlawanan itu, Chelsea yang membarisi bintangnya terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan mudah Diego Costa.

Tottenham 'Rembat' Chelsea 5-3, info, terkini, sukan bola sepak, EPL. Liga Perdana Inggeris, Chelsea,

Bagaimanapun, Tottenham ternyata tidak gentar dengan formasi dan ego Jose Mourinho apabila Harry Kane mudah menyamakan kedudukan.

Tidak lama kemudian, Danny Rose meletakkan Tottenham di depan manakala Andros Townsend mudah menyempurnakan penalti.

Tottenham 'Rembat' Chelsea 5-3, info, terkini, sukan bola sepak, EPL. Liga Perdana Inggeris, Chelsea,

Bermula babak kedua, Chelsea bangkit dengan jaringan Eden Hazard, bagaimanapun Nacer Chadli pula membunuh harapan The Blues menerusi golnya.

Kane yang kelihatan tidak puas dengan satu gol, berjaya menambah koleksi peribadi dalam perlawanan itu.

Tottenham 'Rembat' Chelsea 5-3, info, terkini, sukan bola sepak, EPL. Liga Perdana Inggeris, Chelsea,


Chelsea akhirnya berjaya mendapatkan gol saguhati untuk melabuhkan tirai perlawanan dengan keputusan 5-3.

Keputusan mengejutkan itu ternyata memberi reaksi berbeza kepada Mourinho apabila lolos lima gol.

Sumber : mstar.com.my