Saturday, February 7, 2015

Backstreet Boys bakal gegarkan KL 3 Mei ini!

Ya, mereka akan kembali! Kumpulan lelaki popular sekitar tahun 90an akan ke Malaysia dan ke Singapura untuk konsert jelajah mereka "In A World Like This" pada Mei ini.


Backstreet Boys bakal gegarkan KL 3 Mei ini!, info,terkini, hiburan, sensasi, backstreet boys,

Mereka akan mengadakan konsert di Malaysia pada 3 Mei ini, di Stadium Negara anjuran Livescape Group dan di Singapura pula dijadualkan pada 2 Mei di Star Theater, anjuran Live Nation Lushington.

 Kepada peminat setia kumpulan kegilaan ramai ini, anda bakal menyaksikan persembahan lagu terkenal mereka antaranya ialah "As Long As You Love Me", "Everybody (Backstreet's Back)", "I want It That Way", "Larger Than Life","Show Me The Meaning Of Being Loneley", dan banyak lagi


Backstreet Boys bakal gegarkan KL 3 Mei ini!, info,terkini, hiburan, sensasi, backstreet boys,

Kumpulan Backstreet Boys merupakan kumpulan yang paling diminati ramai dalam sejarah industri muzik dan kumpulan paling banyak  terjual rakaman mereka iaitu sebanyak 130 juta di seluruh dunia.

Selain itu, kumpulan ini juga merupakan kumpulan yang pertama dan satu-satunya kumpulan dimana album mereka tersenarai dalam 10 yang teratas carta Billboard.

Sumber : tupai.com.my