Bekas vokalis kumpulan Melissa, Radzi Abd Hamid tiba-tiba kembali menjadi sebutan selepas video dakwahnya pada tahun 2012 tersebar menerusi laman Facebook.
Dia yang cukup terkenal menerusi lagu Cinta Untuk Nabila suatu ketika dahulu ternyata mengejutkan netizen melalui perubahan penampilan dan cara dakwahnya.
Tiada lagi rambut panjang kerinting, kaca mata hitam dan jeans ketat sebaliknya ia diganti dengan jubah dan serban.
Menerusi video viral berdurasi 5 minit, sambil berdakwah Radzi sempat menyanyikan lagu Cinta Untuk Nabila yang diubah liriknya menjadi Cinta Untuk Nabi-lah yang kemudiannya dikongsikan ribuan pengguna Facebook.
Sementara itu, ramai yang meluahkan keterujaan dengan vokal Radzi yang masih mantap meskipun sudah lama meninggalkan pentas hiburan.
Dengarnya, Radzi yang kini merupakan pendakwah bebas dan pembantu imam di Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah turut menjadi tok kadi yang menikahkan pasangan berkahwin.
Sekitar 90-an, lagu Cinta Untuk Nabila hasil ciptaan oleh Rosli Selasih cukup popular hingga turut diminati di Indonesia. -MYNEWSHUB.CC
Video Viral Tersebut

dan ini, lagu Cinta Untuk Nabila sewaktu Radzi belum berjubah!
Sumber : mynewshub.cc
Sumber : mynewshub.cc