Friday, February 6, 2015

Samun Di Bachok, Peniaga Mati Anak Gadis Cedera Ditembak

Seorang peniaga terbunuh manakala anak perempuannya cedera ditembak dalam kejadian samun melibatkan tiga lelaki bertopeng di kedai mereka di hadapan Sekolah Kebangsaan Beris Lalang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Abdul Hamid Che Ahmad berkata Mustaffar Sidek, 52, ditembak di perut dan peha kanan dan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Baharu, pada puikul 7.40 malam.


Samun Di Bachok, Peniaga Mati Anak Gadis Cedera Ditembak, info, terkini, berita, kes tembak

Anak mangsa Ainul Wahida, 18, ditembak di lutut sebelah kanan dan dihantar ke hospital sama untuk rawatan dan kini dilaporkan stabil, katanya ketika dihubungi di sini.

Abdul Hamid berkata dalam kejadian pukul 5.45 petang itu, isteri mangsa, Norhaizan Mat Zin, 45, dan seorang pekerja berusia 28 tahun yang berada di kedai menjual barang-barang logam itu tidak dicederakan.

Beliau berkata kejadian itu disedari oleh isteri mangsa yang berada di pejabat kedai itu apabila melihat dua lelaki yang memakai topeng muka sedang mengacukan pistol ke arah suami dan anak perempuannya yang ketika itu berada di kaunter kedai manakala seorang lagi lelaki yang juga memakai topeng muka memegang sebilah parang.

Abdul Hamid berkata apabila suspek menyedari kehadiran isteri mangsa, suspek telah menggari wanita itu bersama dengan pekerjanya namun wanita itu sempat bergelut dengan seorang daripada suspek yang mengacukan pistol ke arah suaminya dan menarik topeng muka suspek itu.

“Suspek terus melepaskan tiga das tembakan ke arah suaminya (Mustaffar) di mana dua das tembakan mengenai perut dan peha kanan mangsa manakala satu das tembakan mengenai lutut kanan anak perempuannya,” katanya.

Abdul Hamid berkata ketiga-tiga lelaki berkenaan kemudiannya melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta.

Sumber : mynewshub.cc