Tuesday, February 3, 2015

SonaOne Akui Raih Kejayaan Singkat Kerana Joe Flizzow

Komposer, penyanyi dan rapper, SonaOne sama sekali tidak menyangka bahawa dia akan meraih kejayaan besar menerusi lagu Apa Khabar yag merupakan lagu ciptaanya sendiri di dalam malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) yang telah berlangsung di Dewan Seri Putra, Bukit Jalil bulan lalu.

hiburan, info, Joe Flizzow, sensasi, Sonaone, SonaOne Akui Raih Kejayaan Singkat Kerana Joe Flizzow, terkini,


Sebelum itu, SonaOne telah meraih beberapa kejayaan besar di dalam Anugerah Industri Malaysia 21 (AIM21) apabila merangkul 4 anugerah iaitu, Artis Baru Terbaik, Lagu Inggeris Terbaik, Lagu Hip Hop Terbaik serta Lagu Terbaik menerusi lagu No More.

Satu kejayaan yang cukup membanggakan, namun ia boleh disifatkan sebagai pantas dan singkat buat seorang komposer, penyanyi dan rapper seperti SonaOne yang bernaung di bawah label Kartel Records yang turut dimiliki oleh mogul rap, Joe Flizzow.

Dan, apabila ditanya adakah kerana Joe Flizzow, dia meraih kejayaan ini disebabkan Joe Flizzow? SOnaOne tanpa ragu-ragu menjawab, sudah tentu..

"Joe Flizzow adalah punca utama saya berada di sini. Tanpa orang seperti Joe Flizzow, mahu pun Too Phat, tidak mungkin rap atau hip hop berada di tahap seperti ini," katanya.

Sumber : murai.com.my