Monday, February 16, 2015

Tayang Cek RM15,000, Linda Rafar Nafi Riak

Tayang duit, tayang cek, tayang rumah dan tayang kereta besar ini selalunya perbuatan geng-geng MLM. Kononnya nak membuktikan yang diri mereka berjaya. Ramai pula yang tertipu dan turut sama meleburkan duit mereka. 


Tayang Cek RM15,000, Linda Rafar Nafi Riak, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, linda rafar

Namun untuk kes Linda Rafar ini, cek RM15,000 yang dipaparkan di akaun Instagramnya adalah kerana kerjasama dengan tudung Fareeda. Kerana menayangkan cek tersebut, Linda Rafar telah dituduh riak dan berlagak. Iyerlah, RM15,000 tue banyak tue.

Tayang Cek RM15,000, Linda Rafar Nafi Riak, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, linda rafar

Linda Rafar menyatakan dirinya tiada niat untuk berlagak dengan perkongsian tersebut sebaliknya hanya mahu mengucapkan terima kasih kepada Fareeda. Terang Linda:-

    Kebetulan hari tersebut adalah hari jadi saya dan saya memuat naik gambar cek berkenaan semata-mata ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada pihak tersebut kerana terlalu gembira dapat hadiah. Tiada niat untuk bersikap riak hanya ingin menghargai pihak yang memberi hadiah kepada saya. Itu sahaja.

    Sebelum saya memuat naik gambar tersebut jujurnya saya sendiri ada terfikir akan ada pihak yang kurang senang dengan perkara itu tetapi saya hanya manusia biasa dan tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Tetapi saya teruskan kerana saya tahu niat sebenar saya dan itu sudah memadai.

    Tidak patut sesiapa yang mengeluarkan kata-kata negatif itu berbuat demikian kerana jelas menunjukkan tahap ilmu agama dan barangkali tidak berpelajaran.

    Jika betul saya hendak menunjuk lebih baik saya muat naik cek bernilai RM200,000 atau pun RM300,000. Saya tidak faham kenapa saya dijadikan sasaran sedangkan ia hanya perkara kecil.

    Pesan saya kepada orang-orang sebegini, bersangka baiklah terhadap niat orang lain. Jangan tanam perasaan suka bersangka buruk terhadap orang lain.

Secara jujur, bab-bab duit ini tak perlulah tayang di laman sosial. Walaupun niat kita baik, confirm akan disalaherti punya. Orang kita bab-bab duit ini memang sensitif sikit. Lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi yang meruncing sekarang ini. Kalau dapat duit, simpan jerlah dalam bank. Lagipun perbuatan sebegini boleh membahayakan diri sendiri. Mana tahu ada perompak, pencuri yang follow Linda Rafar? Tak pasal-pasal kena target nanti. Tak gitu? 

Sumber : Mstar Online.