Monday, February 16, 2015

Uqasha Muat Naik Foto Dengan Pekin.. Cinta Bertaut Kembali Ke?

Haaa.. rasanya semua peminat hiburan mengetahui perihal status hubungan cinta yang sudah lama berakhir antara pelakon jelita, Uqasha Senrose bersama Pekin Ibrahim.


Uqasha Muat Naik Foto Dengan Pekin, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, pekin ibrahim, uqasha senrose


Peliknya, terbaharu Uqasha dilihat memuat naik gambarnya bersama bekas tunangnya dalam Instagram.

Lebih menimbulkan tanda tanya, kedua-duanya seolah-olah nampak mesra sambil melakukan pelbagai aksi selfie.

Aik, cinta sudah kembali bertaut ke?

Namun, menerusi mStar Online, Uqasha atau nama sebenar Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, 23 berkata, tindakannya itu bukan bererti mereka kembali bercinta namun untuk membuktikan mereka tidak lagi bermusuhan dan berdendam.

“Alhamdulillah hubungan kami baik-baik sahaja sebagai kawan. Tidak lebih daripada itu,” katanya lagi.

Bercerita detik-detik pertemuan, Uqasha memberitahu dia bertemu Pekin secara tidak sengaja ketika menghadiri sesi fotografi berasingan di sebuah syarikat akhbar, semalam.

Pada masa yang sama Uqasha menjelaskan antara mereka tidak mungkin akan bersama sebagai kekasih kerana masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri.”Ia tidak mungkin berlaku. Biarlah kami kawan biasa sahaja dan masing-masing sudah ada kehidupan sendiri. Saya berharap dia akan bertemu dengan kebahagiannya,” jelasnya.

Sumber : mynewshub.cc