Monday, February 16, 2015

Video Budak-Budak Berangan ISIS, Nak Letup Mahkamah M’sia

Setelah melalui proses mahkamah yang panjang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diputuskan perlu menjalani hukuman 5 tahun penjara, namun sehingga kini masih ada pihak tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan.


Video Budak-Budak Berangan ISIS, Nak Letup Mahkamah M’sia, info, terkini, berita, sensasi

Segelintir penyokong Anwar masih merancang mahu melakukan demonstrasi, berhimpun di hadapan Penjara Sungai Buloh dan sebagainya untuk menunjukkan ketidakpuasan hati mereka.

Terbaharu, tersebar sebuah video melibatkan empat pemuda yang menggelarkan diri mereka, Isis Malaysia 69.

Menerusi rakaman video yang dimuatnaik di YouTube, mereka memberitahu sudah tidak lagi percayakan sistem demokrasi negara ini dan sebagai langkah permulaan menunjukkan pendirian tersebut, mereka akan membakar mercun di mahkamah pada 18 Februari ini.

Secara realiti, tak boleh juga kalau nak kaitkan perbuatan mereka ini ada kena mengena dengan kes Anwar Ibrahim kerana tak mustahil juga empat pemuda ini tak punya stand yang jelas pun dalam hidup mereka tetapi sekadar ikut-ikutan dengan isu semasa.

Kebetulan kes Anwar dan miitan ISIS tengah hot maka mereka pun tampil dengan idea video bangang begini.

Tengok sajalah, teks ucapan yang dibacakan pun guna gambar Nora Danish…dari situ dah dapat dirumuskan ini kerja orang-orang gila glamor yang mungkin tengah menganggur lepas tamat sekolah atau dibuang pengajian universiti.

Berdasarkan gaya percakapan pun, cuma perkataan ‘F**K’ sahaja yang dilaungkan penuh semangat manakala lain-lain memerlukan teks yang dikarang.

Apa pun tak kiralah sama ada ini perbuatan serius mahu pun sekadar suka-suka, ianya tidak boleh diterima kerana terang-terangan mencabar maruah negara.

Diharapkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat ancaman ini dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang terlibat supaya tidak ada puak lain berani nak main-main dengan hal sebegini pada masa akan datang.


Sumber : mynewshub.cc