Sunday, February 8, 2015

Yuna dan Hatta Dolmat bekerjasama untuk projek?

Menerusi laman Instagramnya, penyanyi yang sedang mencipta nama di Los Angeles, Yunalis Zarai akan bekerjasama dengan pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat untuk projek fesyen terbarunya nanti.


Yuna dan Hatta Dolmat bekerjasama untuk projek?, info, terkini, hiburan, sensasi, Yuna Zarai

Gambar yang dimuat naik menerusi laman sosialnya itu, menunjukkan Hatta sedang melakar gambar rekaan terbarunya bersama Yuna dan jenama fesyen tersebut akan dilancarkan tidak lama lagi.

 Hatta yang ditemu bual berkata, ini bukan kali pertama mereka bekerjasama, sebelum ini Hatta diberi kepercayaan untuk mereka baju Yuna untuk "Anugerah Industri Muzik ke-26" yang lalu.


Yuna dan Hatta Dolmat bekerjasama untuk projek?, info, terkini, hiburan, sensasi, Yuna Zarai

"Baju hasil sentuhan saya untuknya di AIM 26 mendapat perhatian Yuna sendiri kerana ia lari dari kebiasaan daripada mana-mana rekaan saya yang terdahulu. Saya guna fabrik sekuin dan gaun ombre itu turut mendapat pujian ramai," ujarnya seperti dipetik daripada Berita Harian.

 Jelas Hatta, dia sangat teruja dengan kolaborasi tersebut dan projek mereka masih dalam perancangan, memandangkan ianya melibatkan komunikasi jarak jauh.

"Selama bekerjasama dengannya, saya sudah mula faham apa yang dia suka dan sebaliknya. Lantaran itulah saya terus bersetuju untuk bergabung dengannya bagi projek ini. Setakat ini masih dalam peringkat produksi.


Yuna dan Hatta Dolmat bekerjasama untuk projek?, info, terkini, hiburan, sensasi, Yuna Zarai

"Saya juga peminatnya dan bersyukur atas tawaran ini. Kami sama-sama meminati fesyen dan muzik, jadi lebih nampak jelas apa yang kami mahukan. Kami ada keserasian."

 "Kami berbincang menerusi emel atau aplikasi WhatsApp. Kalau dia kembali ke Malaysia, dia akan datang ke butik saya di Shah Alam,"ujarnya.

Sumber : tupai.com.my