Showing posts with label 90 Peratus Belanja Majlis Kahwin Yana Samsudin Ditaja. Show all posts
Showing posts with label 90 Peratus Belanja Majlis Kahwin Yana Samsudin Ditaja. Show all posts

Friday, February 6, 2015

90 Peratus Belanja Majlis Kahwin Yana Samsudin Ditaja

Tak sabar-sabar rasanya ingin melihat majlis pelakon terkenal, Yana Samsudin bersama pasangannya Fadzil Zahari yang bakal berlangsung tidak lama lagi.


90 Peratus Belanja Majlis Kahwin Yana Samsudin Ditaja, info, terkini, hiburan, sensasi, yana samsudin


Siapa sangka, dalam diam-diam pasangan yang hangat bercinta ini rupa-rupanya sudah agak lama merancang perkahwinan mereka.

Baguslah dik… benda baik tak elok dilengah-lengahkan.

Bagi yang tidak tahu, pasangan ini memilih 13 Februari sebagai tarikh untuk disatukan sebagai suami isteri.

Dengar-dengarnya, majlis perkahwinan yang bakal berlangsung ini menerima tajaan daripada pelbagai pihak.

Wah.. Inilah dikatakan ‘pucuk dicita, ulam mendatang’  ye dak?

Menurut Yana, tajaan yang diterima pelbagai pihak telah menampung 90 peratus kos perbelanjaan kahwinnya kelak. Memang jimat! Itulah kelebihannya jadi orang popular ni..

Kini, persiapan majlisnya pun sudah lebih 60 peratus siap.

“Kad jemputan baru siap dan saya sedang menghantarnya. Soal penajaan, memang ramai yang sudi menaja. Daripada pelamin nikah, sanding, busana kahwin dan cenderahati untuk para tetamu semuanya ditaja. Cuma makanan sahaja saya bayar sendiri,” ujarnya.

Bertuah sungguh Yana dan Fadzil! Mungkin inilah rezeki mendirikan rumah tangga.

Kami doakan semua berjalan dengan lancar.

Sumber : mynewshub.cc