Sebelum ini pernah timbul beberapa gossip mengatakan yang pasangan ini sudah tidak bersama namun masing masing mengambil keputusan untuk mengulas lanjut tentang perkara itu selain menganggap ianya resam dalam bercinta untuk bergaduh manja, katanya.
Menerusi laporan Kosmo! hari ini, Fathia Latiff mengesahkan yang hubungannya dengan Aiman Hakim Redza kini sudah berakhir namun tidak meletakkan sebarang tarikh bilakah mereka putus dan menganggap tiada jodoh antara mereka berdua.
“Ya, kami sudah putus. Tiada tarikh rasmi kami berpisah dan tidak mengumumkannya. Hubungan itu berakhir dengan sendirinya dan saya terima jodoh kami bersama tidak panjang,” ujarnya.
Dalam kenyataan sama, Fathia Latiff yang enggan mendedahkan punca mereka putus cinta kini mahu lebih fokus terhadap kerjaya dan tidak akan sesekali memusuhi Aiman Hakim Redza hanya kerana tiada jodoh antara mereka.
“Kami membawa haluan masing-masing dan saya akui masih sayangkan dia (Aiman). Bayangkan dia satu-satunya lelaki yang paling rapat dengan saya sepanjang tempoh dua tahun dan dialah satu-satunya individu yang memahami serta menerima saya seadanya”
“Kini, saya berbalik kepada soal jodoh dan saya tidak akan pernah memusuhinya,” tambahnya lagi yang sudah dua tahun menjalin cinta dengan pelakon lelaki itu.

Sumber : rotikaya.com