
Seorang wanita berusia 38 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun meninggal dunia, sementara seorang budak lelaki berusia 11 tahun hilang apabila sebuah bot panjang yang dinaiki mereka terbalik selepas berlanggar dengan kayu balak di Ulu Baram utara, Sarawak.
Seorang lagi wanita berusia lingkungan 50an, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal akibat perlanggaran yang berlaku berhampiran dengan Long Panai, sebuah kawasan...