Showing posts with label Dolores Dikatakan Punca Perpisahan Ronaldo Dan Irina. Show all posts
Showing posts with label Dolores Dikatakan Punca Perpisahan Ronaldo Dan Irina. Show all posts

Sunday, January 18, 2015

Dolores Dikatakan Punca Perpisahan Ronaldo Dan Irina

Pemenang Ballon d'Or 2014, Cristiano Ronaldo dilaporkan berpisah dengan teman wanitanya yang juga model terkenal, Irina Shayk.

Perpisahan ini berlaku selepas Irina enggan hadir pada majlis hari jadi yang ke-60 ibu bintang bola sepak Real Madrid itu.

Dolores Dikatakan Punca Perpisahan Ronaldo Dan Irina, info sukan, terkini, cristiano ronaldo, irina Shayk, sensasi,

Namun sebelum itu hubungan dingin kedua pasangan ini sudah dihidu ketika majlis anugerah Ballon d'Or yang menyaksikan Ronaldo hadir tanpa ditemani kekasihnya itu.

Malah dalam ucapan penghargaannya ketika majlis itu, penyerang Portugal ini tidak menyebut nama Irina dan hanya menyebut nama keluarga, penyokong dan rakan sepasukannya.

Ibu Ronaldo, Maria Dolores dikatakan punca keretakan hubungan ini yang mana dia tidak gembira dengan model kelahiran Rusia itu.
|
Dolores mendakwa Irina tidak sesuai untuk menjaga anak Ronaldo yang berusia empat tahun, Cristiano Jr.

Dia mahukan seorang wanita yang boleh memainkan peranan sebagai ibu, dan ciri-ciri itu tidak ada pada Irina.

Dalam pada itu, wakil Irina mengesahkan perpisahan ini.

"Kami boleh sahkan bahawa Irina Shayk sudah menamatkan hubungannya dengan Cristiano Ronaldo".

Tambah wakil itu, hubungan Irina dengan keluarga Ronaldo sangat rapat.

"Jika ada laporan yang negatif melibatkan Irina dan keluarga Ronaldo, ia adalah tidak betul dan itu bukanlah faktor perpisahan ini.

"Setakat ini Irina tidak memberi sebarang penjelasan".

Sebaik sahaja hubungan itu tamat, Irina dengan serta merta berhenti menjadi pengikut Ronaldo di laman Twitter.

Menurut sumber, Ronaldo mahu membuat kejutan pada hari jadi ibunya dan terlebih dahulu meluangkan masa bersama Irina di Dubai ketika Hari Kristmas, namun model terkenal itu menolak.

"Sejak itu sesuatu berlaku dan akhirnya Ronaldo menyambut Tahun Baru hanya bersama anak lelakinya," jelas sumber.

Sumber : mstar.com.my