Showing posts with label ELT Boleh Kesan Lokasi Pesawat QZ8501. Show all posts
Showing posts with label ELT Boleh Kesan Lokasi Pesawat QZ8501. Show all posts

Monday, December 29, 2014

ELT Boleh Kesan Lokasi Pesawat QZ8501 – Pakar

Emergency Locator Transmitter (ELT) dalam pesawat AirAsia Indonesia penerbangan QZ8501 boleh memberi petunjuk lokasi dan keadaan pesawat yang hilang, kata seorang pakar penerbangan.


ELT Boleh Kesan Lokasi Pesawat QZ8501, info, terkini, berita, pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, sensasi

Bekas Ketua Juruterbang Malaysia Airlines (MAS) Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata ELT boleh memberi petunjuk lokasi pesawat walaupun ia mengalami kemalangan.
ELT Boleh Kesan Lokasi Pesawat QZ8501, info, terkini, berita, pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, sensasi


“ELT akan mengeluarkan isyarat jika berlakunya hentakan atau impak kemalangan terhadap pesawat, tetapi jika pesawat tersebut meletup dan berkecai, isyarat mungkin tidak akan berfungsi,” katanya kepada Bernama.

Nik Ahmad Huzlan berkata mengikut kondisi bateri, ELT mampu bertahan sehingga 48 jam dan selama tempoh itu pesawat yang hilang sepatutnya masih boleh dikesan melalui isyarat yang diberi oleh ELT.

“Sekiranya pesawat terhempas, ELT masih boleh berfungsi, namun bergantung kepada cara ia terhempas, memandangkan ELT selalunya diletakkan di bahagian kokpit, pintu dan ekor pesawat,” katanya.

Nik Ahmad Huzlan berkata pesawat itu berkemungkinan mengalami kerosakan transponder, iaitu radio pemancar di kokpit yang berhubung dengan radar di pusat kawalan trafik udara.

“Sekarang ini, pesawat itu hilang tanpa memberi sebarang isyarat sama ada daripada transponder mahupun ELT, jadi kita tidak pasti ia terhempas atau sebaliknya,” katanya.

Penerbangan AirAsia Indonesia QZ8501, dari Surabaya ke Singapura, hilang hubungan dengan pusat kawalan trafik pada 7.24 pagi ini. Pesawat itu berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi (waktu Surabaya) dan dijadual tiba di Singapura pada 8.20 pagi.

Pesawat AirAsia jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu membawa 162 penumpang dan anak kapal.– BERNAMA