Showing posts with label Jenazah Pelajar Malaysia Mangsa Rempuhan Dikebumikan. Show all posts
Showing posts with label Jenazah Pelajar Malaysia Mangsa Rempuhan Dikebumikan. Show all posts

Thursday, January 8, 2015

Jenazah Pelajar Malaysia Mangsa Rempuhan Dikebumikan

Jenazah Tan Wei, 20, pelajar Malaysia yang terkorban dalam insiden rempuhan di Dataran Chen Yi, Shanghai, China pada Rabu lepas, dikebumikan di Taman Peringatan Nirvana Shah Alam hari ini.

Kira-kira 200 orang terdiri daripada kaum keluarga dan rakan mendiang hadir pada upacara pengebumian kira-kira 4.30 petang itu.

Jenazah Pelajar Malaysia Mangsa Rempuhan Dikebumikan, info, terkin, berita mangsa rempuhan di china, Tan Wei
Mayat mendiang Tan Wei, 20, salah seorang mangsa yang terbunuh dalam rempuhan sempena sambutan Tahun Baru di Shanghai, China yang mengorbankan 36 orang telah dikebumikan di Taman Perkuburan Nirwana, Seksyen 21 di sini, hari ini. Mendiang merupakan seorang pelajar di sebuah universiti di Hangzhou, Wilayah Zhejiang. - Foto BERNAMA

Bapa mendiang, Tan Chin Hin berkata beliau memilih untuk mengebumikan dan bukan membakar jenazah anaknya itu kerana tidak sanggup melihatnya “disakiti buat kali kedua”.

Jenazah Tan Wei, pelajar di sebuah universiti di Hangzhou, Zhejiang, tiba di Malaysia pada Isnin lepas dan ditempatkan di Kuil FGS Dong Zhen, Jenjarom dekat sini bagi membolehkan anggota keluarga dan saudara mara serta rakan-rakan mendiang memberi penghormatan terakhir.

Insiden rempuhan yang berlaku ketika sambutan ambang tahun baharu 2015 itu mengorbankan lebih 30 nyawa selain mencederakan hampir 50 yang lain.

Rempuhan itu turut mencederakan warga Malaysia, Ooi Hooi Yi yang dirawat di di Hospital Changzheng. – BERNAMA