Showing posts with label MLM2014. Show all posts
Showing posts with label MLM2014. Show all posts

Saturday, February 7, 2015

Juara Maharaja Lawak Mega 2014 Milik Kumpulan Zero

Kumpulan Zero yang menjadi pilihan ramai pihak sebelum ini menepati ramalan apabila mereka bertiga diumumkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014), malam tadi.

Juara Maharaja Lawak Mega 2014 Milik Kumpulan Zero, MLM2014, info, terkini, hiburan, sensasi,

Pengumuman kejuaraan itu diumumkan oleh hos MLM 2014, Dato` AC Mizal dalam di Gelanggang Akhir MLM 2014 yang bersiaran dari Stadium Putra, Bukit Jalil.

Kejayaan Zero ini sememangnya dramatik apabila mereka pada asalnya hanyalah peserta Hot Seat MLM 2014 namun atas kerja keras dan kreativiti mereka sepanjang 13 minggu MLM 2014 berlangsung, mereka akhirnya kini dinobatkan sebagai juara.

Juara Maharaja Lawak Mega 2014 Milik Kumpulan Zero, MLM2014, info, terkini, hiburan, sensasi,

Kejayaan ini juga membolehkan mereka tiga beradik iaitu Syaiful, Shahril dan Atu menerima hadiah wang tunai RM500,000 berserta sebuah trofi sumbangan Astro.

Juara tahun lalu, Sepahtu yang dianggotai Jep dan Shuib juga boleh berpuas hati di mana rezeki terus berpihak kepada mereka untuk merangkul gelaran naib juara dan memenangi wang tunai RM250,000 berserta sebuah trofi.

Satu-satunya peserta solo, Nabil pula terus gah di pentas Maharaja Lawak apabila dia menduduki tempat ketiga kali ini dan memenangi wang tunai RM150,000 berserta trofi.

Ajak dah Shahrol yang membentuk kumpulan Shiro pula menghuni tempat ke-4 dan memenangi RM50,000 berserta trofi dan kumpulan Bocey terpaksa berpuas hati di tempat ke-5 dan membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 berserta trofi.

Untuk peringkat akhir ini, dua tema telah diberikan kepada setiap finalis di mana untuk pusingan pertama, mereka akan membuat persembahan bebas dan untuk pusingan kedua, tema muzikal harus dipersembahkan.

Juara Maharaja Lawak Mega 2014 Milik Kumpulan Zero, MLM2014, info, terkini, hiburan, sensasi,

Maharaja Lawak Mega 2014 Akhir telah disiarkan di Astro Ria (104), Astro Warna (132) dan Mustika HD (134). Juri-juri yang mengadili dan memberi komen untuk setiap finalis pada malam tadi seperti biasa ialah Dato` Jalaluddin Hassan, Farah Quin, Fazura dan Taufik Batisah yang turut membuat persembahan istimewa di atas pentas.

Sumber : murai.com.my

Kisah Sedih Dan Teladan Dari Kumpulan Zero

Kumpulan Zero merupakan peserta finalis Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) dari sabah yang boleh dikatakan paling underdog.

Kisah Sedih Dan Teladan Dari Kumpulan Zero, info, terkini, hiburan, sensasi, MLM2014, Zero

Kumpulan Zero terdiri dari tiga orang adik-beradik iaitu Mohd. Syaiful Doli Sharif (Syaiful), Mohd. Kadir Doli Sharif (Kadir), dan Sharid Kunal Doli Sharif (Atu).

Kisah Sedih Dan Teladan Dari Kumpulan Zero, info, terkini, hiburan, sensasi, MLM2014, Zero

Mereka berasal dari kampung dan dari golongan yang boleh dikatakan agak susah. Ayah mereka merupakan seorang yang cacat penglihatannya dan sudah meninggal dunia.

Mereka akui kurang berpelajaran dan hanya pertaruhkan bakat yang sedia ada sahaja. Tidak cukup dengan itu, Kadir telah berhenti belajar di tingkatan satu kerana kesempitan wang dan terpaksa bekerja untuk mencari rezeki.

Sumber : katakcomel.my

Tuesday, February 3, 2015

Zero Cipta Sejarah Peserta Hotseat Layak Ke Akhir MLM2014

Maharaja Lawak Mega 2014 kali ini banyak mencetuskan kontroversi lebih-lebih kontroversi antara Fazura dan Zizan Razak. Kalau tidak tak kan la gosip ‘Fazura Meluat Dengan Perangai Zizan Razak Yang Berlagak?‘ tersebar kan?. Semuanya gara-gara tindakan Zizan Razak yang dikatakan kurang ajar dengan mencelah ketika juri bercakap. Opss!

Zero Cipta Sejarah Peserta Hotseat Layak Ke Akhir MLM2014, MLM2014, info, terkini, hiburan, sensasi,

Sehubungan dengan itu, ‘Zizan Razak Muat Naik Permohonan Maaf Di Instagram‘ bagi meredakan segala sengketa dengan mengakui kesalahannya. Namun, kumpulan Virus yang dianggotai oleh Zizan Razak, Tauke dan Pak Yus akhirnya tersingkir di pentas separuh akhir Maharaja lawak Mega 2014 selepas memperolehi markah terendah iaitu 48.61% daripada juri dan undian SMS.

Bertemakan ‘Props’ dan ‘Loghat’, kesemua peserta menghadapi kesukaran dengan kebanyakkan peserta memberikan persembahan tidak secemerlang minggu lalu.

Apa yang lebih menarik kumpulan Zero telah mencipta rekod Maharaja Lawak Mega apabila menjadi peserta ‘hotseat’ pertama berjaya mara ke peringkat akhir sedangkan Virus tersingkir. Kisahnya ‘Virus Tersingkir, Lawak Kurang Menjadi‘, nampak gayanya populariti tidak membantu kumpulan tersebut mara ke peringkat akhir. Saksikan persembahan Zero sebelum ini di pentas ML2014.

Jadi kepada semua kepada peminat dan penyokong Maharaja Lawak Mega 2014, jangan lupa menyaksikan lima ‘super hero’ berentap di pentas akhir pada minggu hadapan. Pentas akhir MLM 2014 bakal bersiaran secara langsung di Stadium Putra Bukit Jalil, bermula jam 10 malam, minggu hadapan (Jumaat) dan disiarkan menerusi Astro Warna dan Astro Mustika HD.

Sumber : gosipmalaysia.com