Selepas merangkul gelaran Ballon d'Or buat kali kedua berturut-turut, Cristiano Ronaldo mengakui masih merindui Manchester United dan Sir Alex Ferguson.
Ronaldo dinobatkan sebagai Pemain Terbaik FIFA 2014 buat kali ketiga selepas 2013 dan 2008 dengan mengetepikan pencabar terdekat Lionel Messi (Barcelona) dan Manuel Neuer (Bayern Munich) pada majlis anugerah tersebut di Zurich awal pagi Selasa.
Penyerang Portugal ini tiba di Old Trafford ketika usia 18 tahun pada 2003 seterusnya Ferguson mengasah bakatnya sehingga bergelar pemain terbaik dunia.
Biarpun di puncak kejayaan, Ronaldo tidak pernah lupa nama Ferguson malah tetap merindui aksinya Old Trafford yang menjadi tapak permulaan bergelar bintang.
"Saya terfikir mengenai Manchester United, permulaan karier saya. Saya yakin penyokong-penyokong di sana sentiasa ada bersama.
"Saya belum menghubungi Sir Alex lagi, tetapi kami sentiasa berhubung sebelum ini.
"Beliau sentiasa memberi semangat kepada saya untuk terus melangkah ke depan. Katanya "Cristiano, kamu yang terbaik, jangan bimbang dengan yang lain".
"Beliau seorang yang menakjubkan dan saya merinduinya," jelas Ronaldo.
Ketika bersama United, Ronaldo meledak 118 gol dengan 292 penampilan dalam tempoh enam musim serta membantu kelab Inggeris itu merangkul gelaran juara liga, Piala FA, dua trofi Piala Liga dan Liga Juara-Juara.
Pada tahun 2009, Ronaldo berpindah ke Real Madrid dengan harga mencecah rekod dunia bernilai 80 juta pound (RM430 juta), seterusnya membantu kelab ini memenangi juara La Liga, dua trofi Copa del Reys serta trofi Liga Juara-Juara.
Namun jika pemain berusia 29 tahun mengimpikan untuk kembali ke Old Trafford, sebaiknya lupakan sahaja kerana kontraknya bersama Madrid sehingga 2018.
"Saya baharu sahaja menandatangi kontrak beberapa tahun dan teruja untuk meraih lebih banyak trofi dengan kelab ini," jelasnya.
Sumber : mstar.com.my