Setiap pasangan yang berkahwin semestinya mengimpikan kehidupan bahagia dan menginginkan mahligai yang dibina berkekalan hingga akhir hayat. Namun lain pulak kisah Pelakon dan penyanyi Eida Moin ini.
Walaupun cuba mempertahankan rumah tangganya yang dibina hampir 10 tahun, namun Eida Moin, 35 tidak mampu melawan takdir apabila dia diceraikan secara sah di Mahkamah Syariah, hujung Disember lalu. Sedih pulak Ida Melly dengan Eida Moin ni mana taknya hampir 10 tahun tu mahligai dibina dan ia bukanlah satu tempoh yang singkat!
Eida atau nama sebenar Siti Haida Abd Moin akui walaupun apa yang berlaku sangat pedih untuk ditelan, namun dia tidak mahu kisah penceraiannya menggangu perjalanan hidup dan kerjaya seninya.
Eida Moin yang mula dikenali menerusi kumpulan Moin bersama adiknya Eddy, kini kembali bersemangat untuk meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian apabila dia muncul dengan single terbaru.
Eida yang kini sibuk mempromosi single terbarunya, Kahwin Lagi dimana lirik lagu tersebut dihasilkan oleh bekas anggota kumpulan UG14 iaitu Teddy Iskandar. Teddy Iskandar menegaskan bahawa dia tidak mahu mengungkit apa yang telah berlaku.
“Sejujurnya, rumah tangga saya dan Naquib memang bermasalah sejak lima tahun lalu. Sebagai isteri, saya cuba melakukan yang terbaik untuk mempertahankannya tetapi memang tertulis jodoh kami hanya sampai di sini.
“Saya tidak mahu bercerita panjang mengenainya. Biar perkara yang berlaku itu berlalu. Yang penting sekarang, saya harus bangkit dan bina hidup baru. Paling utama, saya harus bekerja keras demi masa depan saya dan anak, Nur Dhia Dania,” katanya.
Kata Eida lagi, kembali menyanyi dan menghasilkan lagu single juga merupakan sebahagian daripada usahanya untuk mengembangkan kembali bakat dan nama yang sedia ada.
“Sebenarnya, niat untuk kembali menyanyi sudah lama ada, cuma peluang dan keadaan pasaran tidak menentu membuatkan saya berasa kurang yakin untuk merakam lagu baru.
“Tahun lalu tiba-tiba Teddy datang menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan saya. Lagu diberikan juga menarik. Sesuatu yang sudah lama tidak dilakukan mana-mana penyanyi,” katanya.
Tegas Eida, perancangan merakam lagu Kahwin Lagi dibuat sebelum bercerai dan tiada kena mengena dengan kisah hidupnya.
“Apabila mendengar lagu ini, jangan ada pula yang salah faham kerana lagu ini sudah lama dicipta. Pada awalnya ia seharusnya dinyanyikan seorang pendatang baru tetapi dia tidak dapat memberi komitmen, menyebabkan Teddy dan pihak syarikat rakaman Rousing Muses Sdn Bhd terpaksa mencari pengganti.
“Lagu ini berkonsepkan satira atau komedi yang pernah dirakam Anita Sarawak dan contoh paling dekat untuk mengenali karya begini adalah Kalau Berpacaran yang dipopularkan Ana Raffali, Sohaimi Mior Hassan dan Altimet sebelum ini.
“Saya tahu ramai pihak skeptikal apabila saya mengambil keputusan kembali menyanyi tetapi ia bukan bidang yang asing kerana saya pernah melakukannya bersama adik saya dulu. “Pada saya, dalam usia sekarang bukan sesuatu yang sangat lewat. Malah, ada juga penyanyi yang bertahun-tahun meninggalkan industri muzik tempatan diterima baik peminat apabila membuat kemunculan semula,” katanya.
Bagi Eida, kembali menyanyi sekurang-kurangnya memberi peluang untuk mendapat duit lebih. Tambahan lagi dia kini bergelar sebagai ibu tunggal yang membesarkan anaknya sendirian.
“Sekarang tawaran berlakon juga perlahan dan tidak sekencang dulu, terutama apabila badan saya kembali susut.
Saya hairan apabila tidak lagi gemuk, orang tidak mahu lagi mengambil saya berlakon. “Saya juga hairan apabila kebanyakan produser, pengarah mahupun peminat melabelkan saya pelawak, sedangkan saya tidak pernah mengehadkan bakat pada satu-satu genre.
“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana dengan lawaklah saya lebih dikenali sebagai pelakon, namun saya cuba memastikan bakat saya berkembang dalam semua sudut dan watak.
“Selain berlakon, saya juga mengacara. Apabila saya kembali menyanyi dan muncul dengan single Kahwin Lagi, ia lebih mudah kerana apabila ada tawaran menjayakan persembahan, saya boleh melakukan dua tiga perkara dalam satu masa dan pasti penganjur yang mempelawa saya akan memperoleh keuntungan,” katanya.
Sumber : gosipmalaysia.com