Showing posts with label PT3. Show all posts
Showing posts with label PT3. Show all posts

Tuesday, January 6, 2015

Syarat Baru Kemasukan Aliran Sains Tingkatan 4 Mulai 2015

Syarat baru kemasukan aliran sains Tingkatan 4 mulai tahun 2015 di Peringkat Sekolah Menengah Rendah. Menerusi pekeliling rasmi yang telah diedarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, penetapan syarat baru kemasukan aliran sains Tingkatan 4 mulai 2015 adalah berdasarkan keputusan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

Syarat Baru Kemasukan Aliran Sains Tingkatan 4 Mulai 2015, PT3, Pendidikan, berita, info, terkini

Syarat Baru Kemasukan Aliran Sains Tingkatan 4 Mulai 2015

  1. Murid mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam Sains dan Matematik dalam keputusan PT3
  2. Murid yang mendapat gabungan gred A/C, B/C atau C/C dalam Sains dan Matematik, mendapat sekurang-kurangnya Band 4 dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut serta berminat untuk belajar dalam aliran Sains berdasarkan Pentaksiran Psikometrik
  3. Kes Khas : Murid yang mendapat gabungan gred A/D, B/D atau C/D dalam Sains dan Matematik, mendapat sekurang-kurangnya Band 4 dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut serta berminat untuk belajar dalam aliran Sains berdasarkan Pentaksiran Psikometrik.
  4. Murid yang dapat gred E dalam mana-mana matapelaran tidak layak masuk aliran Sains.
Sumber : melvister.com